Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Riadah Pagi di UKM dan Sekitar Darul Ikhwan

SMS berbunyi:


"Salam,ko dah bangun?"terpapar di skrin HP ku pada jam 6.45 am.Ya memang aku sudah bangun sejak jam 6.15am lagi.Seusai solat subuh,aku terus memblogging dengan memasukkan 3 artikel baru pagi tadi.Dan sebelum SMS itu ku terima,sudah segar bugar tubuhku disirami air mandi pagi yang sejuk mencengkam badanku.

"Dah bangun dah.Aku sampai lewat sedikit.Jam 8.15am".Ya memang hampir tepat ku tiba di Amanah,UNITEN.Hakim memintaku untuk membantunya mengambil sahabat-sahabat barunya untuk diajak bersama mengisi masa lapang di pagi hari dengan beriadah kerana Allah Taala.Kereta yang dipinjam dari Nazmie (Nazmie ke Kuantan atas urusan penting bersama Syakur dan Adlie), Ku membawa Waqar,Eyoi dan Syukur bersama 3 lagi sahabat mereka ke padang sukan UKM Bangi.Kehadiran lebih 30 orang yang datang dari pelusuk Bangi seperti UKM,UNITEN,KLMU,OUM,UPM dan sebagainya memeriahkan ibadah umum kami ini iaitu bermain bola sepak.

Streching oleh Mr Waqar benar-benar mengendurkan ototku yang begitu keras sebelum ini kerana sudah lama tidak 'bertegur sapa' dengan bola sepak.Kebiasaannya aku bermain bersama pemain handalan dunia di luar negara.Melalui FIFA 2009.HeHeHe.

Ditamatkan jam 10.30am,sesi tazkirah bersama saudara Muadz UTP menghidangkan kami rencana pengisian agama yang amat didahagakan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Jazakallah atas nasihat berguna dari orang yang berjaya sepeti Muadz.Bak katanya,mahu berjaya perlu berusaha 10000 jam.InsyaAllah,jika termampu.HeHeHe.Sekadar berkongsi dengan kalian beberapa gambar sebelum pergi ke UKM,ketika tazkirah seusai bermain dan keadaan sekitar rumah baru kami Darul Ikhwan di Seksyen 8,BB Bangi:
















Jazakallah atas hubungan ukhwah yang dibina diatas padang.Moga ketemu lagi kita!

3 Kesan Parut:

nEeChAn berkata...

erk...tido sampai t'keluar sarung bantal??

Tanpa Nama berkata...

faiz..say hi to bola sepak..hii.

muslim berkata...

harap2 lepas ni faiz lebih berkomitmen utk turun main bersama kami lagi.. well done bro!!!