Hayati beberapa situasi di bawah:
Situasi 1
Kak Ngah:Ibu,nak tanya sesuatu boleh tak?
Ibu:Ya apa Angah?Nape macam tak selesa je ni?
Kak Ngah: Ibu,Angah minta sesuatu ni,mungkin buat ibu pula rasa tak selesa.
Ibu:Eh,cakaplah dulu apa bendanya?
Kak Ngah:Ibu tahu tak hukum bersanding?Angah tak mahu bersanding Ahad ni.
Ibu:Apa hukumnya?Kalau tak bersanding nanti apa pula kata orang.
Kak Ngah:Hukumnya haram kalau memperhiaskan isteri untuk tatapan bukan suami dan mahramnya.
Ibu:Memandai je angah ni.Buat ajalah.Dulu ibu buat je tak da masalah pun.
Situasi 2
Along:Mak,along nak berniat menanda kepada seseorang boleh tak?
Mak:Maksudmu?Abahnya,cuba tanya sikit anak awak ni.
Abah:Nak apa sebenarnya along?
Along:Along nak bertunang.Hati along dah dimiliki seseorang.
Abah:Oh,sudahlah tu along.Kamu masih belajar.Duit pun takda.
Mak:Betul tu.Nanti nak bagi anak dara orang makan apa?Pasir ke?
Along:Tapi along ada sikit duitnya.
Mak:Dah kerja baru fikir benda ni.Habiskan study along dulu!
Situasi 3
Alang:Nek,nak tanya boleh tak.Lang sebenarnya...mahu dipinang oleh seseorang.
Nenek:Wah,alhamdulillah.Baguslah tu.Siapa orangnya?
Alang:Sahabat sekuliah dengan lang.Nak tanya ni nek.Berapa belanja untuk pertunangan dan pernikahan?
Nenek:Oh,besar belanjanya.Untuk pertunangan,cincin sahaja mahu rm 500.Hantaran beberapa dulang mahu rm 1000.Tak termasuk buat pakaian,mak andam.Paling utama kenduri.Mahu beribu juga.Kalau tiada rm 5000 tak boleh nya nak wat pertunangan ni.
Alang:Tapi nek,bukankah pertunangan ini perkara yang dirahsiakan?Dan tak perlulah berbelanja besar kerana yang pentingnya semasa pernikahan.
Nenek:Tapi orang kampung kena tahu.Memang adat kita kalau ada pertunangan,kita akan ajak jiran-jiran sekeliling rumah ni.Pertunangan juga penting buat keluarga kita.Maka perlu keluarkan belanja lebih.Jika laki yang Lang suka itu tak mampu,suruh dia abis belajar dulu.
Situasi 4
Man:Mak,perkenalkan ini Syira.Teman rapat man di kuliah.
Mak:Apa khabar Ira?
Syira:Khabar baik makcik.
Mak:Naik apa datang sini?Maaflah makcik belum bersiap di dapur.
Syira:Man ambil saya tadi pakai motor dia .Sebelum itu dia teman saya ke Midvalley.
Man:Ira mahu beli sesuatu untuk mak.Ada di atas meja itu.
Mak:Terima kasih ira.Pandai ambil hati makcik.Korang berdua duduklah dulu ya.Berbual-bual.Makcik nak buatkan air kejap.
Ira:Terima kasih makcik.
Mak:Beruntung makcik kalau dapat bakal menantu macam ini....
Begitulah rencah kehidupan masyarakat Melayu kita yang beragama Islam saban hari.Dunia ini penuh dengan pancaroba yang terpaksa dihadapi.Serangan pemikiran melampaui batasnya melebihi peperangan memegang senjata.Melayu memang layu.Cukup layu.Batas-batas agama sudah hilang di dada.Hanya mengikut apa yang dituruti oleh nenek moyang tanpa disoal selidik kebenarannya.Melayu,bangsa yang pernah menjadikan agama Islamnya tuan kepada adatnya,kini arus pemodenan menukar falsafah ini kepada adatnya memperhambakan agamanya.
Siapa kata Malaysia khususnya Melayu kini sudah merdeka?31 Ogos ini genap 52 tahun negara kita dijajah minda dan pemikirannya.Pelbagai aliran barat disalur masuk ke urat-urat pemikiran otak orang Melayu Islam di Malaysia kini.Bagi sesetengah dari kita,amalan nenek moyang kadang-kadang boleh menjadi bidaah dalam agamanya.Apakah yang biadaahnya itu?Akan dibincangkan kemudian.
Salah satu kejayaan British mencucuk jarum pemikiran kebaratan selepas kemerdekaan ialah dari segi industri hiburan zaman P.Ramlee.Lihat sahaja sekitar tahun 50-an hingga 70-an,bagaimana mereka yang mungkin berpangkat datuk dan nenek kita berpakaian ala kebaratan.Si neneknya dahulu berpakaian ketat di pinggang.Menari bersama si atuknya apabila alunan lagu dimainkan.Semua bagaikan lupa dunia.Bukan nak katalah tapi itu memang realitinya.Sejak zaman muda atuk nenek kita lagi,sudah ada hiburan melampau.Maka tak kisahlah apa yang terjadi kini.(Hakikatnya aku ambil berat hal ini).Anak-anak muda kini berpeleseran macam atuk nenek mereka tidak pun mak ayahnya.APa nak kisahnya.Ianya merupakan "adat" keturunan nenek moyang.
Dalam hal mencari yang halal seperti mengikat pertunangan mahu pernikahan,lebih sukar mahu digambarkan betapa sempitnya adat menghalang dipermudahkan urusan seperti ini.Syariat meletakkan akad nikah,mas kahwin,maharnya dan cincin sebagai syarat hantaran si wanita,namun Melayu adat resamnya menokok tambah yang memeningkan kepala si pengantin lelaki seperti hantaran berdulang-dulang,dewan majlis walimah,audio sistem,buah tangan yang mahal (dahulu memberi bunga telur),pakaian berpasang-pasang,mak andam professional, jurukamera yang beribu harganya dan lain-lain.Jika tidak ada intipati majlis di atas maka janganlah harap mahu menikahi anak dara mereka.
Orang kampung pula kadang-kadang ada adat meminta izin masuk halaman pengantin perempuan.Tak ingat namanya.Orang tua-tua akan meminta beberapa wang saku dari pengantin lelaki sebelum masuk ke rumah pengantin.Kalau seorang tiada RM 10 maka janganlah melangkah masuk.Pernah hal ini dihebohkan dalam media.Namun tak tahu apa natijahnya.Yang kesiannya pada si lelaki.Sudahlah masa awal mendirikan masjid,binaannya belum kukuh.Sudah disedut duitnya dengan hantaran mahal,walimah besar-besaran dan adat meminta wang sebelum masuk ke rumah pengantin.Miskin sangatkan orang tua-tua ini?Sehingga menyusahkan orang lain?
Arus permodenan kadang-kadang memang memodenkan pemikiran ibu bapa.Mungkin kerana didikan agama tidak cukup dari datuk nenek mereka,maka aliran keadatan melebihi agamanya. Sekarang sudah menjadi kebiasaan si ibu atau bapa lebih selesa jika anak mereka berpasangan samada di Universiti mahupun di bangku sekolah.Bagi mereka kalau mahu bertunang atau bernikah semasa berumur seusai SPM mahupun awal sekitar 20-an,adalah suatu yang janggal. Memang tidak salah mereka memikirkan bagaimana anak mereka mahu menyara hidup anak orang lain.Namun,rezeki ada di mana-mana.Jika kita lakukan yang halal untuk elakkan yang haram,insyaAllah Dia akan bukakan pintu rezeki yang tidak disangka-sangka selepas pernikahan itu.
Jika ditonton filem Melayu yang memang layu,acap kali dilihat pergaulan bebas menjadi rencah utama untuk melariskan filem.Ingat lagi bagaimana seorang pengarah muda,anak kepada pengarah ulung negara.Apabila disoal kenapa banyak sangat adegan bercumbuan dan mengghairahkan maka jawapannya ialah "Filem ini membawa hal realiti dalam masyarakat kita sekarang.Tiada niat mempromosikan kehidupan seperti itu,Biarlah penonton menilainya".Chewah,mudah sungguh lepaskan tangan.Yang menontonnya seagama dengan mu.Kamu boleh menjadi usahawan berjaya dalam dunia perfileman juga berjaya dalam saham pendosaan!Banyak lagi cara untuk mengetengahkan masalah sosial masyarakat sekarang. Cuma mungkin bagi kamu,cara begitu kolot.
Berlaku pula al-kisah di dalam perbualan YM ku dengan seorang muslimat menceritakan masalah yang dihadapi kakaknya:
*** (25/07/2009 0:49:32): susah la nak argue org2 lama or my nenek pasal ni
paishz86 (25/07/2009 0:49:37): ler
paishz86 (25/07/2009 0:49:39): mana baik
paishz86 (25/07/2009 0:49:40): kita ikut
paishz86 (25/07/2009 0:49:41): cuma
*** (25/07/2009 0:49:45): aritu kakak sy kawin
paishz86 (25/07/2009 0:49:47): kalau yang menyusahkan benda halal
paishz86 (25/07/2009 0:49:51): kita terangkan pada mereka
paishz86 (25/07/2009 0:49:55): doa2 moga mereka terima
*** (25/07/2009 0:50:08): pastu die xnak bersanding
*** (25/07/2009 0:50:37): nenek sy suruh gak sbb die kate sbb anak sulung la,mcm2 la.
Memang boleh diagak kadang-kadang mengapa terjadinya perselisihan faham antara orang yang bertuankan agama dan bertuankan adat.Perbualan di atas disimpulkan bahawa kadang-kadang tak boleh juga dituruti sepenuhnya nasihat orang tua kerana mereka boleh taksub kepada adat resam.Apabila si muda mahu mengikut agama sebenarnya,dicantas si muda dan dikatakan jangan derhaka pada orang tua-tua.Bak kata mereka "Aku makan garam lebih dari kamu!" Memang kedu lidah si muda mahu mempertahankan hujahnya.Namun sekarang nak jumpa pemuda pemudi yang ikut syariat juga sukar.Mereka lagi teruk dari atuk nenek dan mak ayah mereka.Adat dibuang,syariat dah lama dilupakan.Apalah nak jadi sebenarnya!
Sekarang fenomena bercouple lebih menjadi kebiasaan masyarakat Muslim berbanding suasana pembinaan 'Masjid' di umur yang muda.Bak kata sesetengah orang,waktu mudalah nak enjoy. Pegang sana pegang sini raba sana raba sini.Rasa sana rasa sini.Dah tua lah waktu bertaubat dan waktu duduk di masjid.Mereka semua ini memperhambakan diri kepada keduniaan semata-mata.Mungkin tidak sedar bagi mereka bahawa kini ramai sahaja pemuda pemudi mati katak. Sesetengah pendapat mengatakan akhir zaman,Allah mengambil nyawa orang soleh di awal usianya.Memang benar.Namun Allah juga mengambil nyawa orang jahat di awal usianya kerana mahu menggantikan kaum sebegini dengan kaum yang menyembahNya bukan menyembah Syaitan Laknatullah!
Mungkin selepas membaca apa yang cuba disampaikan di artikel ini,akan ada pertembungan syariat dan adat diantara si tua dan si muda.Aku tak mengatakan semua orang berumur mementingkan adat.Tidak!Cuma segelintir yang mengeruhkan keadaan.Syaitan akan memudahkan laluan melakukan zina namun menyukarkan pernikahan.Kerana memang kerjanya menyesatkan manusia sejagat.Bagi yang tua,kurangkan pengaruh adat resam yang kadang-kadang menjadi bidaah seperti adat merenjis.Ianya mengikut adat resam Hindu di majlis perkahwinan mereka.
Moga apa yang disampaikan ini tidak mengeruhkan keadaan tetapi serba sedikit mahu menjernihkan kehalalan perhubungan antara bukan muhrim.Jika mereka mahu diijabkabulkan, sepatutnya kita menyokong mereka kerana mereka sedaya upaya bertarung dengan hasutan penderhaka Allah untuk mendekati zina.Kurangkanlah pergantungan kepada adat.Nak malu apa kata sesama jiran berbanding malu mahu menjawab di akhirat kelak.Fikirlah secara sihat berlandaskan syariat berbanding mempertahankan adat yang menyimpang dari hakikat sebenar firmanNya dan sunah rasulNya.Asif Jiddan...
Lintas Hati Dari:
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari
Admin Destinasimu
Darul Ikhwan
1 Kesan Parut:
sy pnah lalui suituation pertama... but no one.. supporting me n my hubby.. my auntie n uncle yg arif psl ni amik sikap atas pagar utk jaga hati org tua saya.. and then ... dier org kata tu hak dier org nak wat sanding.. tak payah nak derhaka.. susah yer bila org lebihkan adat dari agama... begitu juga ngan baju kawen.. malu utk saya katakan.. sy yg berhijab memakai baju sebegitu.. harap2 mereka diberi hidayah :)
Catat Ulasan