Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Hipokrit Betul Pemimpin Negara!



Assalamualaikum...

Al-kisahnya,tadi aku pulang sebentar ke rumah ibubapaku.Ziarah dilakukan setelah 2 minggu tidak ketemu insan yang mengasuhku sejak kecil.Ada juga cerita-cerita menarik lahir dari mulut ibuku.Salah satunya ialah adikku Salwanie bertukar handphone,PC di rumah rosak dan topik hangat ialah pasal pernikahan gantung.Rupa-rupanya ibubapaku dulu juga bernikah gantung.Kerana mereka dilahirkan suasana orang susah maka perbelanjaan perkahwinan ditangguhkan sebentar dan dibuat yang wajib sahaja iaitu akad nikah.HeHeHe.Mahu sahaja aku turuti mereka!

Seterusnya,seusai membantu ibuku ke bank CIMB,aku pun pulang kembali ke Bangi setelah makan bersama adikku Husaini.Kepulangan ku ke Bangi rasa agak terseksa kerana Viser (cermin helmet) aku dah rosak.Maka tanpa pelindung cermin itu,pedih mata menahan arus angin yang menembusi mataku.Berair juga.Namun apakah daya,tak mahu menyusahkan ibubapaku untuk membeli yang baru.

Setelah skuter ku membelok ke kanan menuju ke seksyen 8 dari lebuhraya SILK, ternampak begitu ramai kontraktor mengalirkan air keringat untuk membersihkan jalan.Selain itu mereka juga mengecat arah jalan dan memotong rumput.Eh,ada apa di Bangi ni?Tak pernah sibuk sebegini mereka membersihkan kawasan B.B Bangi.Ketika jarum speedometer aku menunjukkan 80 km/j ,aku berani menoleh ke kanan sedikit dalam terlihat banner tergantung di sepanjang jalan.Ah,menunjukkan ada seorang pemimpin besar negara mahu hadir.Hadir kemana?Ke Pusat Tenaga Malaysia Bandar Baru Bangi Seksyen 9.Sangat dekat dengan rumah sewa lamaku iaitu rumah Hakim.

Kenapalah bila pemimpin nak datang,baru kelam-kabut nak bersihkan tempatlah,turap jalan lah,pasang lampu isyarat la.Patutlah kampung atau pendalaman tidak maju kerana tiada pemimpin yang hadir.Maka dibiarkan busuk sehinggalah diwangikan sedikit pabila pilihanraya umum atau kecil menjelma.Memainkan rakyat je kerja pemimpin sekarang.Lagi satu,yang benar-benar mengejutkan aku,pemimpin Malaysia iaitu Zahid,menteri pertahanan Malaysia bertemu dengan pemimpin Israel laknatullah.Tak kisah siapa pemimpin Israel itu samada tikusnya mahupun seringgalanya,semuanya haram bagi kita berbincang dengan mereka.Ini menampakkan kita mengiktiraf si laknatullah itu menakhluk tanah suci umat Islam di mana ianya tanah Nabi di mikrajkan dan juga tempat lahirnya ramai para anbiya'.

Perhatikan petikan berita ini:

"Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris bulan lepas.

Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut. Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris!Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid. 

Sesungguhnya, adalah amat menyedihkan sekiranya Zahid berasakan bahawa pertemuannya dengan Israel akan membuatkan Israel mengubah caranya, sedangkan sekutu-sekutunya yang paling setia seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pun tidak berjaya dalam desakan supaya regim Zionis mengubah caranya, contohnya desakan untuk menghentikan pembinaan pendudukan haram Yahudi di atas tanah Palestin. 

Oleh itu, kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat lebih daripada sekadar pertemuan yang biasa dalam gerak isyarat diplomatik singkat Zahid dengan Menteri Pertahanan Israel, yang merupakan orang yang sama yang bertanggungjawab dalam semua serangan udara yang dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia selama ini. 

Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya? 

Bagi menambahkan lagi keraguan, pertemuan tersebut bukannya di antara dua orang menteri luar negeri, tetapi di antara dua orang menteri pertahanan. Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya. 

Satu-satunya orang yang boleh menjawab persoalan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atau mungkin juga Zahid, yang pada awal tahun ini memainkan peranan 'memperjuangkan Islam' dengan amaran kerasnya kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia supaya 'tidak menguji kemarahan orang Islam', mahukah beliau memberitahu kebenaran dan membuat pengakuan tentang kepura-puraan diplomatiknya?"

Apalah nak jadi pada moral dan maruah pemimpin umat Islam sekarang.Sudahlah khalifah tiada, sistem kapitalis,demokrasi,globalisasi,liberal,sekular dan semangat nasionalisme terus menghantui umat Islam.Pemimpin Islam kini tiada kualiti.Semuanya menjadi pak turut Freemason dan Yahudi.Moga kita dijauhkan dari menjadi pengikut seperti mereka ini.

"JANGAN KAMU ZAHID MENJADI PENUANG PEMINUM DARAH RAKYAT PALESTIN!"

0 Kesan Parut: