Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Satu Ujian Setelah Percubaan...

Catatan Sepanjang Minggu Orientasi UNITEN 09/10
Aku bangun di pagi hari.Paling awal dalam sejarah hidupku dalam tempoh 3 bulan iaitu pada jam 5 pagi.Saat ku membuka kelopak mataku,mengalir air mataku menahan mengantuk yang teramat. Namun satu wadah perjuangan baru bermula yang perlu aku selesaikan.Adli sudah pun bangun dari lamunan tidurnya.Kira lewat juga aku bangkit.Ku kirakan ku paling awal.

Seusai membersihkan diri,ku memberanikan diri bertandang di hadapan cermin."Wah,smart juga aku rupanya",bisik hatiku.Dengan mengenakan baju batik biru cair,menampakkan kematangan ku. Inilah kali keduanya aku memakai baju batik setelah baju batik outing MRSM Muar ku 6 tahun lalu.Mengenakan seluar slack hitam yang baru dibeli sehari sebelumnya,nampak kemas dan segak. Ku melangkah keluar dari apartment ku untuk memulakan tugas ku secara rasmi sebagai seorang Fasilitator Minggu Orientasi Pelajar Baru UNITEN 09/10.

Jam baru sahaja menunjukkan jam 7.45am.Kelibat beberapa orang manusia yang tidak ku kenali melangkah masuk ke bangunan pengurusan UNITEN."Ah,barangkali mereka ibubapa yang membawa 'buah hati' mereka untuk mendaftar hari ini"kata ku pada rakan disebelahku.Begitu awal mereka datang.Mengorbakan segalanya untuk melihat anak mereka melangkah masuk ke menara gading.Adakah setelah berjaya anak mereka,akan dibalas budi mereka atau dilayan seperti orang gaji?Jawapan hanya boleh dijawab oleh si anak tadi.

Aku bersama lebih 15 orang rakan seperjuangan melangkah masuk dengan penuh semangat ke Galeri Admin.Sejuk membeku pagi itu.Staff UNITEN semuanya sudah bersiap sedia menjalankan kerja extra time memandangkan mereka bekerja untuk hari Sabtu dan Ahad. Kemudian ku melihat mereka memakai mask.Tampak seperti berada di airport.Iyalah sekarang musim H1N1.Langkah pencegahan dari penularan virus itu adalah dengan mencegah dari mengubati.

Dari nombor panggilan 000 hinggalah 820 dalam tempoh 8 jam,sudah tentu melenguhkan urat serta otot kakiku yang hanya senantiasa berdiri.Namun terdetik hati ini bersyukur kerana ditugaskan menjaga kawasan yang didinginkan dengan udara sejuk.Takziah buat sahabat di kelompok yang bertemankan bahang dan tangisan langit sepanjang 8 jam tersebut.Namun tanpa anda juga,tidak berjaya hari pendaftaran selama 2 hari tersebut.

Masih aku ingat dikala aku berbual mesra dengan soerang pelajar International.Memang ada Language Barrier antara Malaysian dan International.Aku boleh bercakap dalam Inggeris namun untuk memahami sleng yang digunakan oleh mereka terutama dari Timur Tengah menyukarkan telinga ini menangkap setiap perkataan yang diseburkan dari lidah mereka.

Pada malam hari pendaftaran pertama,telah diadakan perjumpaan untuk taklimat Orientasi untuk kesemua pelajar Orientasi Foundation UNITEN.Seramai 798 orang telah mendaftar pada hari pertama.Pada hari kedua pula,hampir 300 pelajar baru mendaftar.300 orang pelajar baru ini merupakan antara mereka yang akan menjadi pelajar di bawah kelolaan ku sepanjang 6 hari Orientasi.Masih aku ingat,kelibat Malik masa mula-mula mendaftar.Kuat juga dia bertanya.Seorang yang tidak malu untuk bertanya.Malik merupakan salah seorang dari Mass FD (Fresh Degree) dan menjadi ketua untuk Group FD 3-2 bawah jagaan Aiza.

FD yang diketuai oleh Farah Hana (Farah JB),Gozie,Aiza,Syafiqah,Chew dan aku perlu menjaga 82 pelajar FD baru UNITEN.Bagiku ia merupakan satu peningkatan.Saat aku memasuki UNITEN 2007,Bbilangan FD tidak cecah 80 orang.Dan pengambilan kali ini menampakkan ramai Melayu berbanding bangsa lain untuk FD.

Bermula dengan Modul Ice-Breaking,kami 6 Fasi FD berusaha memecahkan perasaan malu,gusar dan segan antara pelajar FD baru.Mereka yang hadir dari tempat belajar yang sama akan senantiasa bersama dan tidak bercampur dengan rakan mereka yang lain.Ada yang datang dr KBU,Intec,Taylor,Matrik,Sekolah Kerajaan (STPM) dan lain-lain.Kalau diikutkan mood mereka,mereka semua dalam mood menurun kerana kegagalan mereka untuk menempatkan diri mereka di IPTA impian mereka.Jika dapatpun hanyalah jurusan bukan yang mereka minati.

Maka menjadi tugasan besar buat kami berenam menjadi bateri charger buat mereka untuk kembali mendaki roda kerana saat mereka mendaftar di UNITEN,mereka menjadi roda di bahagian bawah.Perlunya mereka bangkit dari kegagalan lama mereka.Modul yang dijalankan iaitu Medan Elektrik dan Kita serupa agak berkesan untuk mengurangkan rasa malu mereka.Namun ianya dijalankan dalam ruangan yang bergema.Terpaksa lah juga aku mengeluarkan anak tekak untuk meninggikan suara agar didengari anak buah kami semua.

Keesokkan harinya pula,bertempat di COIT setelah pagi mereka menadah telinga mereka menadah banyak input mengenai UNITEN melalui ceramah di DSS,kami jalankan pula aktiviti di COIT.Modul Kod Rahsia dan Titik Hitam pula dijalankan.Dua modul ini diletakkan dalam Modul Taaruf.Ianya menjadi lebih khusus buat pelajar dalam kumpulan kecil untuk mengenali antara satu sama lain.Ketika ini tampak mereka lebih mengenali antara satu sama lain.Lawatan kampus yang dijalankan menggunakan Bas Uniten nampak kurang berkesan kerana mood drebar bas yang terganggu akibat keletihan memnadu tanpa henti dari jam 2.30pm hingga 6 pm.Mungkin miscommunication antara Pengurusan Orientasi dan barisan Drebar bas menyebabkan kelewatan dalam perjalanan lawatan kampus ini.

Hari ketiga pula menjadi hari ujian kepada kami fasi berenam kerana kami akan mengendalikan bengkel pengiraan CGPA untuk pelajar FD.Agak memeningkan sebenarnya pengiraan CGPA ini kerana kami sendiri tidak bisa mengira CGPA sendiri.Yang melakukan adalah komputer dan apabila keputusan diumumkan,telah pun tercetak.Namun kerana tanggungjawab,kami terpaksa juga belajar mengira CGPA agar dapat membantu pelajar baru UNITEN ini.

Bagiku hari ketiga orientasi dalam agak membosankan mereka kerana dipenuhi dengan ceramah dari awla pagi hinggalah ke lewat petang.Ini membantutkan mood mereka untuk hari tersebut.Tiada modul LDK mahupun game dimainkan.Aku sebagai Fasi juga akan bosan.Pada akhir hari yang membosankan itu,aku mengingatkan kepada pelajar FD agar bersedia menghadapi hari esok kerana mereka akan mendaftar subjek hari keempat (Rabu) dan sebarang kesilapan akan membawa bahana sepanjang 4 tahun pengajian mereka di UNITEN..Lawatan perpustakaan juga dijalankan namun aku sendiri tidak begitu arif dengan library UNITEN sebenarnya.Oleh yang demikian,bantuan dari Farah banyak juga membantu aku dalam menerangkan kemudahan yang terdapat di dalamnya.

Kemudian kami jalankan pula modul Radio Karat.Agak memeningkan ayat yang digunakan untuk para pelajar dalam kumpulanku FD 1-2 untuk mengingatinya.Semuanya bermula dengan abjad J.Maka menjadilah suatu perenggan yang sangat kelakar dan sukar dihafal.Dari 48 patah perkataan telah dipendekkan menjadi hanya 5 patah perkataan.Jauh benar ianya lari dari perenggan asal.Namun tahniah.Memang kami Fasi berenam sengaja melakukan ayat sukar kerana mahu mengetahui daya kuat ingatan.

Pada malamnya pula kami jalankan pula modul Pulau Impian.Maka kami bahagikan tugas dengn 4 fasi menjadi fasi jahat dan 2 fasi menjadi fasi baik.Aku berlakon menjadi Fasi jahat dan watak kelakar dan senyum aku berubah dalam tempoh sejam modul itu dijalankan.Tugas ku adalah untuk melakukan provokasi kepada mereka dan meletakkan mereka dalam keadaan tertekan dan mood jatuh.Dan misi kami berjaya apabila salah seorang ahli FD iaitu Amirul membangkitkan persoalan kenapa Fasi hari ini menjadi panas dan sering menghentam pelajar.Dan aku terus memancung persoalannya dengan mengatakan"Jika sekarang pun korank tak tahan dengan tekanan dan suasana ditekan,bagaimana mahu menghadapinya ketika berada dalam semester di UNITEN?Sangat sukar menghadapinya kerana di UNITEN,semuanya dalam keadaan tergesa-gesa.Jika korank hanya relaks dan tenang,maka ketinggalan lah korank!".Terdiam Amirul lalu memohon maaf juga Amirul kepada barisan Fasi.Mungkin Amirul terlepas pandang bahawa kami berenam hanyalah berlakon dan tidak kejam mahu menjatuhkan mood kalian.

Pada hari ke-5,kami mengahabiskan saki baki odul iaitu 3 modul pemikiran kreatif.Menguji semangat bekerjasama dan setiakawan adalah matlamat modul ini.Kepimpinan juga perlu ditonjolkan agar tugasan yang diberikan tidak lari dari arahan yang diberikan.Zafran telah menjadi contoh pimpinan terbaik dalam FD.Dengan pengalaman yang dimiliki,dia mampu membawa ahli FD kepada satu momentum semangat berorientasi selama 6 hari.

Pada malam jumaat,merupakan satu-satunya modul yang membawa pelajar baru UNITEN mendekati Allah SWT.Modul sebelum ini lebih kepada sifat dunia semata-mata.Bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada modul sebegini.Modul tersebut ialah modul yang sering Rasulullah jalankan iaitu Qiam.Aku begitu tertarik dengan salah seorang rakan Fasi ku iaitu Lam Mun Heng kerana mahu melihat bagaimana Qiam itu dijalankan.Lam begitu benar mahu mengetahui apakah itu Qiam.Kegugupan Lam memasuki masjid menyebabkan tertumpahnya air milo di lantai.Tak mengapa Lam,moga Allah berikan hidayah padamu untuk kamu memeluk Islam.Moga kamu sempat mengucap La Ilahailallah.Moga dijauhkan dengan apa yang berlaku pada Micheal Jackson kerana keislamannya masih menjadi perdebatan hingga kini.Kami bakal suadara mu akan bimbing kamu setelah kamu mengisytiharkan Islam dengan ikhlas.

Hari teakhir,daya ketahanan Fasi menjadi maksimum kerana semuanya tidur kurang 4 jam.Selepas Qiam,kami bergegas pulang ke apartment dan bersiap untuk majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baru.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Flow majlis tersebut sangat lancar. Kehadiran Prof Dato' Dr Ir Mashkuri Yaakob menjadi pembakar semangat buat pelajar baru untuk memulakan langkah kanan ke alam Universiti.Kami Fasi diberi penghargaan untuk menaiki pentas dan menyanyikan lagu Langkah Pertama yang menjadi lagu tema Orientasi UNITEN selama 3 tahun berturut-turut.Sehabisnya VIP meninggalkan dewan,kami fasi meraikan tamatnya orientasi dengan menaiki pentas untuk meraikannnya.Berbaloilah 14 hari kami mengorbankan masa cuti kami untuk hadir membantu anak Malaysia untuk mengenaili lebih lanjut tentang kehebatan UNITEN.

Kepada sahabat-sahabat ku (dahulunya anak buahku di FD 1-2),ingatlah modul yang telah dijalankan.Ambil ia sebagai pengajaran.Aku sangat bertuah memiliki kamu semua.Buat Azmi,jadilah seorang pemimpin yang lebih menonjol pada masa akan datang.Aku memberikan penghargaan kepada rakan fasi lain yang banyak membantuku serta kepada 14 orang ahli kumpulan FD 1-2 iaitu:Azmi,Kuming,Pijoe,Nazri,Daniel,Luban,Ravi,Iqbal,Fariz,Faizah,Winnie, Iqa,Safwan dan Nik.Korang semua best!!!Jangan lupakan aku sebagai orang yang pernah bimbing kamu ketika langkah pertama mu ke UNITEN....






0 Kesan Parut: