Adakah aku sudah bertemu pasangan idaman untuk melayari kehidupan bersama?Bukankah aku masih belajar dan masih ditanggung oleh MARA?Berangankah aku kini?
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah mahligai bahagia. Aku harus menyediakan diri dengan banyak perkara.
Mengenangkan semua perkara itulah, mungkin ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun sudah bertahun-tahun menjalin hubungan atas nama cinta.Tidak termasuk aku,memang aku mencari dan mencari dan insyaAllah telah dijumpai namun beberapa faktor seperti faktor keluarga dan kewangan membantut niat murni ku ini.
Seperti kata bijak pandai, cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi. Ia adalah perasaan untuk disayangi. Kasih sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu sememangnya senang pudar andai tidak bijak membajainya.
Bahkan, percayalah cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah apabila tiba masanya. Jika di bawah, jangan cepat berputus asa, berusaha untuk menaikkannya semula kerana anda sudah memilih jalan itu.
Apa sekalipun, mungkin perkara berikut elok direnung untuk lebih yakin dengan pilihan hati:
1) Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh itu, yakinkan diri tujuan anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin diperoleh daripada perkahwinan?
Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dulu niat sehingga anda benar-benar yakin.
2) Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik atau almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan emosi.
3) Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka perihal diri masing-masing baik secara zahir mahupun batin.
Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk mengenai sikap pasangan anda.
4) Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Ada kalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan supaya hubungan emosi tetap terjalin.
5) Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tetapi ingat pasangan anda. Dia juga mempunyai pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza. Maka, meningkatkan diri untuk bertoleransi dan saling menghargai adalah sesuatu yang amat digalakkan.
6) Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apapun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
7) Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga.
Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Lalu, bersikap rasional dalam masalah adalah lebih baik. Anda tidak harus mengurangkan waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.
8) Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin adalah cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagia.
Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Maka,sudah bersediakah aku menghadapinya?Pokoknya,aku belum cukup menjadi yang soleh untuk bakal zaujahku tersebut.Ya Allah permudahkan niat murni dan halal ku ini.
3 Kesan Parut:
Kalau nak kira kita bersedia.. mungkin sampai bila2 kita akan ttp berfikir.. the best thing.. laluinya dulu.. baru kita tau.. kita nie bersedia atau layak.. i'm married in the age of 22 and my hubby 23.. memula mmg semua org tak harap.. but when we get through it.. Lepas kita menikah.. br ler tau camana keadaan sebenar.. tgg jwb n sgala nya.. mmg Alhamdulillah seronok sangat kehidupan lepad bernikah.. jgn teragak2 utk membuat sesuatu yg baik dan HALAL
+++wink++wink+++
kadang2 cam tak sedar lak umo dh masuk 20-an..."kawen" is one of da most popular topic between me n my frens.....by da way, lau g kursus kawen...sijil tuh valid sampai bile ye??? by da way,i like dis article....saya belum sedia untuk malu.maka,kesimpulannya: saya belum sedia unt bernikah :)
klu tak silap saya tiada tarikh luput :)... but da lost my sijil kursus kawen ler :-s... n asked my hubby... but then .. dier jawab.. " biarlah hilang.. berapa kali nak nikah,nikah sekali cukup ler " :))
Catat Ulasan