Salam ukhwah dan sejahtera buat semua khususnya yang baru datang ke UNITEN.Diharapkan 6 hari minggu orientasi dapat membantu kalian dalam mengenal cara hidup dan kemudahan yang terdapat di UNITEN.Dan selamat juga menempuh minggu kedua semester anda yang pertama di UNITEN.Bagaimana dengan semester pertama dahulu?Adakah dengan langkah kaki kanan atau sebaliknya?Atau dengan semangat nafas perjuangan menuntut ilmu atau nafas nafsu bersuka ria semata-mata?
Percayalah wahai sahabat baruku,perjalananmu di UNITEN hanyalah sekadar kelipan mata lajunya.Seperti aku dulu,ingatlai,dengan pakaian formal coklat cair bertali leher,aku disambut masuk oleh Kak Onie ke BA pada jam 10.30am 9 Julai 2007.Ku amat mengenalinya kerana dia merupakan seniorku di GMI.Senasib denganku agaknya,dia dan aku meneruskan perjuangan hidup menuntut ilmu di UNITEN.Harapan menjejak kaki ke negara bekas kuasa besar dunia Jerman telahpun luput diingatanku.Namun laluan aku untuk berjaya tidak ditutup olehNya.
Dan dari situ aku mula mengenali UNITEN.Futat dan Onie as my senior di GMI menjadi Fasilitator pada orientasi 2007.Dan kini aku mengorak langkah mereka dengan berjayanya menjadi Fasilitator sesi 2009 juga untuk Mass Fresh Degree yang pernah aku lalui 2 tahun lalu. Dan menjadi seorang Fasi bukanlah mudah seperti mana yang anda bayangkan.Bukan kebanggaan atau keegoan menjadi mainan kotak fikiran.Namun tanggungjawab yang perlu digalas adalah yang paling sukar ditempuh.Memandangkan diri ini juga tidak selengkap dan sebaik orang lain.
Dan inilah kehidupan.Ianya berputar.Masa akan datang,sahabat baru ku di FD 2009 pula akan menggantikan tempat kami untuk mendidik anak baru UNITEN.Namun sebelum berangan menjadi Fasi,perelokkan dirimu.Belajarlah...dan belajarlah dengan tekun tetapi jangan abaikan softskill yang perlu kamu isi dalam melengkapkan dirimu dengan teknikal skill yang akan kamu belajar kelak.Di sini ada beberapa tips langkah kanan buat yang Freshie's di UNITEN:

- "Dah beli atau belum buku rujukan subjek anda?Tidak semua matapelajaran memerlukan buku teks sebagai bahan rujukan utama.Kadang-kadang pensyarah akan memberikan notanya yang lebih padat dan berguna untuk anda.Jika harapkan buku teks semata-mata,melilau mata membacanya."
- "Rajin ke kuliah untuk 1st month perkara biasa.Dan anda akan merasai kebosanan dan kemalasan yang datang tetiba setelah ujian kedua selesai.Rasa seperti tidur di bilik lebih baik."
- "Rajin-rajin study di Library apabila dekat ujian atau peperiksaan akhir.DI bilik perlukan semangat jihad yang kuat untuk melawan nafsu tidur dan berbual dengan kawan."
- "Carilah mentor dari kalangan senior yang berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan.Salah pilih merana hidup anda!"
- "Pastikan first impression lecturer terhadap anda adalah baik dan bukan sebaliknya.Pastikan kalian berjaya memenangi hati pensyarah dengan senyuman,sering bertanya dan tidak tidur di dalam kuliah!"
- "Ontime bila datang kelas.Selewat-lewatnya 5 minit selepas kuliah bermula.Jangan tunjukkan kalian biadap terhadap pensyarah.Tak berkat ilmu."
- "Sebenarnya menyalin nota ketika pensyarah bagi ilmu adalah kurang berkesan. Cuba dapatkan fotokopi lecture note dan hanya nota kaki tambahan je perlu ditambah dalam fotokopi tersebut."
- "Kuiz,Test dan project serta Assignment amat-amat memainkan peranan penting dalam memperbaiki sebahagian besar result anda kelak!Jika assesment 50% adalah Kuiz,Test,Assignment dan Project,make it at least 40%.Maka sebelum final exam lagi,anda telah pun lulus subjek tersebut!Jika dapat jawab 80% daripada Final Exam,A- telah pun berada di dalam tangan.Maka kesimpulannya,dapatkan sekurang-kurangnya 40% for your carry mark!B+ and above dalam tangan anda InsyaAllah."
- "Softskill dan kepimpinan sangat penting.Joinlah kelab dan persatuan serta jadilah ahli yang aktif.Jangan jadi ahli tidur yang setia!Hanya di Universiti kita dapat meningkatkan mutu kepimpinan dan sahsiah hidup!"
- "Tidur kena cukup.Sebaiknya tidur 6 jam.Amalkan tidur jam 12am dan bangun jam 6am. Bangun subuh awal...Segar tubuh badan kelak!"
- "Jangan salah add-drop subjek semester akan datang.Dan jangan salah susun atur jadual dan pensyarah dalam pendaftaran subjek kelak.Pilih pensyarah terbaik dan bertanyalah pada senior kalian!"
- "Study group untuk pelajar U sangat berkesan.Pastikan tidak lebih 4 orang.Nanti akan jadi warung kopi.Carilah lelaki dengan lelaki sahaja.Perempuan dengan perempuan sahaja. Pilih berlainan boleh tapi niat kena betul.Nanti jadi tempat syaitan membiakkan dakwah nafsunya!"
Itulah serba sedikit tips kehidupan di UNITEN dariku.Akan ada pertambahan kelak.Sebarang pertanyaan sila YM di paishz86...Assalamualaikum dan Good Luck all!!!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan