Pada suatu ketika, Nabi Musa diperintahkan oleh Allah supaya menyeru kaum Bani Israel untuk menyembah Allah. Pada ketika itu, negeri Mesir diperintah oleh seorang raja yang zalim dan kejam iaitu Firaun. Firaun menganggap dirinya sebagai Tuhan dan menyuruh semua rakyat menyembah dirinya. Maka Allah mengutuskan Nabi Musa untuk menyeru Firaun supaya menyembah Allah.
Firaun tidak mahu menyembah Allah. Disebabkan kedegilan Firaun itu, Allah memerintahkan Nabi Musa menunjukkan mukjizatnya kepada Firaun. Setelah mendapat perintah itu Nabi Musa pun terus menuju ke istana Firaun.
"Apakah tujuan engkau datang ke istana aku?" tanya Firaun.
"Aku datang untuk menyeru engkau supaya menyembah Allah," jawab Nabi Musa.
"Aku ingin melihat kekuasaan Allah. Tunjukkanlah kepada aku," kata Firaun kepada Nabi Musa.
Tanpa membuang masa, Nabi Musa menunjukkan kekuasaan Allah dengan melemparkan tongkat yang dipegangnya di hadapan Firaun. Dengan kekuasaan dan keagungan Allah, tongkat yang dilemparkan oleh Nabi Musa tadi bertukar menjadi seekor ular. Firaun berasa amat takut. Tetapi dia tetap tidak mahu menyembah Allah. Firaun telah menuduh Nabi Musa sebagai seorang ahli sihir. Firaun mencabar Nabi Musa dengan memanggil semua ahli sihir untuk memperlihatkan kehebatan dan kebenaran masing-masing.
Pada keesokan harinya, maka datanglah ahli-ahli sihir dari seluruh pelosok negeri Mesir. Mereka telah berkumpul di hadapan istana Firaun. Nabi Musa dipanggil oleh Firaun untuk bersama-sama ahli-ahli sihir bagi menunjukkan kehebatan masing-masing.
"Aku mahu engkau menentukan masa dan tempat untuk membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran masing-masing," arah Firaun.
"Baiklah aku tetapkan pada hari perayaan dan orang ramai dikehendaki berkumpul pada waktu pagi," jawab Nabi Musa.
Apabila tiba masanya, maka berkumpullah orang ramai di satu tanah lapang untuk melihat kehandalan Nabi Musa melawan ahli-ahli sihir Firaun.
"Aku ingin memberitahu kepada semua yang hadir bahawa pada hari ini kita akan dapat menyaksikan kekuasaan Tuhan yang disembah Nabi Musa," kata Firaun dengan megah.
Nabi Musa memberi peluang kepada ahli-ahli sihir Firaun melemparkan tongkat masing-masing. Maka ahli-ahli sihir mencampakkan tongkat masing-masing sambil menyebut nama Firaun. Tongkat yang dicampakkan tadi, tiba-tiba bertukar menjadi ular-ular kecil yang merayap-rayap di atas tanah tersebut.
Nabi Musa berasa takut. Akan tetapi, Allah telah berfirman menyuruh Nabi Musa mencampakkan semula tongkatnya. Dengan kekuasaan Allah, maka muncullah seekor ular yang sangat besar di hadapan semua orang. Ini telah membuktikan bahawa Allah Maha Berkuasa. Maka ular besar itu terus memakan semua ular kecil yang ada di hadapannya.
Semua orang yang hadir berasa kagum melihat kehebatan Nabi Musa. Ahli-ahli sihir sedar dan insaf lalu mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh Nabi Musa itu bukanlah sihir tetapi merupakan bukti kekuasaan Allah dan keagungan Allah.
"Kami datang untuk memberitahu bahawa kami semua telah beriman kepada Allah Tuhan kamu," kata ahli-ahli sihir kepada Nabi Musa tidak lama selepas itu.

0 Kesan Parut:
Catat Ulasan