Assalamualaikum...
Cinta cinta cinta.Itu kah yang hanya dipandang oleh sesetengah pengunjung tentang blog aku ini? Isu yang sering diputarkan hanya cinta je kew?Bukan aku mahu membunuh teguran segelintir daripada pengunjung yang menegur ku cuma harap sesetengah daripada mereka memahami akan tujuan ku mengutamakan artikel berkaitan perasaan yang diciptakan olehNya sebelum wujud Adam a.s lagi.Jika bukan kerana cinta Allah pada Muhammad S.A.W,maka tidak diciptakan Adam a.s dan Hawa sebagai Nenek Moyang di Bumi ini.
Cinta dan kasih sayang saling berkaitan.Sekarang ramai orang yang jahil agama serta ceteknya pemikiran memandang bahawa cinta itu kotor semata-mata.Cinta ada tiga jenis yakni cinta peringkat atas,pertengahan dan bawahan.Yang atas adalah cinta pada Rabb dan rasulNya.Disusuli cinta akan ibubapa,keluarga,isteri,anak-anak,sesama muslim dan sahabat handai.Ini semua cinta pertengahan.Cinta bawahan adalah cinta kotor antara dua bukan muhrim serta cintakan dunia semata-mata.
Aku sendiri pernah terjebak dalam cinta bawahan ini.Yakni lebih 2 tahun lalu.Namun syukur padaNya kerana memisahkan aku antara cinta kotor ini kemudian mendekatkan diriku kepada cinta suci yang tertinggi,cinta pada penciptaku.Mulanya sangat bergetar hati dan luluhnya semangat ini mahu meneruskan hidup ini.Namun kini tuhan tidak menunjukkan terus jalan keluar kita sekelip mata.Dia akan bimbing hambaNya perlahan-lahan agar dirasai nikmat perubahan kepada yang baik.
Kini aku diuji lagi.Bukanlah niatku menukilankan karya di Destinasimu untuk mencari publisiti murahan untuk mendapatkan hati perempuan untuk dijadikan kekasih hati.Namun ramai yang berfikir sebegitu.Aku masih ingat seorang gads kiraku solehah,hampir sebulan lalu.Baru sahaja si dia meletakkan aku dalam senarai YMnya,terus sahaja dia diam.Aku tidak kisah masa itu.Namun hari-hari seterusnya,terlihat seperti dia mahu mencapai sesuatu dan mahukan sesuatu dariku.
Dan akhirnya,2 minggu lalu (rasanya),dia meluahkan seperti ini 'Saya mencintai kamu kerana Tuhan'.Dengan nada kelu,aku membalas apakah benar yang dikatakannya.Sebab musabab utama dia meluahkan perasaan sebegitu adalah kerana berasa 'kagum' dengan karya yang ada di blog ku.Apakah semua ini?Sudah kenalkan kamu akan sikap ku yang sebenar?Yang engkau telah jelaskan,mahukan seseorang untuk membimbing kamu menjadi wanita solehah.Tetapi beringatlah wahai gadis tersebut,untuk menjadi gadis solehah hendaklah dimulakan oleh tuan empunya badan.Bukan orang lain.
Dan untuk menjadi wanita solehah,tidaklah perlu mendekatkan diri kepada mencintai seseorang yang belum halal bagimu lagi.Jika kamu benar-benar mencintai,teruskan pada pernikahan agar dihindarkan cinta kelas bawahan seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini.Niatku bukanlah mahu menghentam sesiapa,namun sekadar teguran ku buatmu dan sahabatku yang lain.Dan aku mengakui,ku pernah jatuh cinta dengan seseorang di tempat belajar ku kini.Namun kini aku menganggapnya sebagai sahabat walaupun ramai yang nakal mengusik aku dan dia.Aku buat endah tak endah sahaja kerana hidup perlu diteruskan.
Kini aku mengorak langkah kehadapan untuk mengharungi hidupku di semester yang baru ini. Dan ada seorang insan memegang rahsia ku.Biarlah ia dirahsiakan.Tiba masanya akan diketahui juga.Itupun panjang umur dan murah rezeki.Destinasimu bukan blog cintan tetapi blog mengenal 3 cinta,cinta mulia,cinta pertengahan dan cinta hina....Asif Jiddan...
MANUSIA AKHIR ZAMAN
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan