Wahh..macam menarik je filem di atas bukan?Ya,memang aku tak dapat nafikan betapa seronoknya menonton filem ini di pawagam.Kali pertama aku menontonnya bersendirian di Alamanda sejurus habisnya Minggu Orientasi.Kemudian kali keduanya aku menonton bersama sahabatku Hakim Adzman juga di Alamanda GSC.
Tiket jam 8.45pm membolehkan kami solat berjemaah dahulu Isyak di Surau Alamanda.Dijangkakan akan tamat filem tersebut pada jam 11.15am.Tayangan untuk filek sekuel kedua Tansformers ini adalah lebih kurang 2 jam 30 minit.Satu tempoh yang lama untuk sebuah filem yang ditayangkan.Dengan tiket RM 10,kami mendapat seat dihadapan memandangkan seat di tengah dan belakang telah pun dibeli.90% dewan pawagam utama telah diisi walaupun sudah sebulan ianya ditayangkan di seluruh dunia.
Bagiku,ceritanya menggunakan teknik komputer terkini dan tercanggih.Kelihatan begitu realistik robot dan letupan yang menjadi rencah majoriti dalam filem ini.Iyalah tengok sahaja dua orang besar dalam industri perfileman Hollywood iaitu Steven Spielberg dan Micheal Bay. Memang layaklah otak genius mereka berdua digabungkan membentuk sebuah movie mega yang terbaik tahun ini mungkin.
Macam biasalah,proksi Hollywood digunakan sebaik mungkin oleh Freemason dan Zionis serta badan anti-Islam untuk menyalurkan ideologi mereka secara senyap dan terhalus.Memang tidak salah menonton.Aku menonton pun hanya untuk berseronok sahaja.Tidak aku abaikan solat berjemaah Isyak masa itu,tidak aku keluar bersama yang tidak halal denganku dan aku keluar niat hanya mahu menemani Hakim serta hanya untuk menggembirakan hatiku setelah penat menghadapi minggu baru di UNITEN.
Aku datang melihat Transformers untuk melihat sejauh mana hebatnya jarum ideologi Freemason dicucuk kedalam minda fikiran anak muda Islam.Tak percaya?Sesiapa yang sudah menontonnya,tak dapat kamu nafikan,terdapat adegan mengghairahkan yang memang agak melampau ditonjolkan dalam filem ini.Adegan Makeela (heroin) menukar pakaian kepada seksi untuk menarik perhatian Sam (Hero),Ciuman melampau mereka berdua serta aksi atas katil pelakon wanita yang memegang watak robot juga sangat melampau.
Disamping itu,ideologi kebebasan pergaulan juga diterapkan secara mendalam dalam filem ini.Lihat sahaja bagaimana hostel kolej tempat Sam baru masuk,lelaki dan perempuan hanya dipisahkan bilik sahaja.Bermakna,sebelah bilik lelaki dan sebelah bilik perempuan.Dan yang menambahkan pelik bin ajaib adalah tandas dan bilik air dikongsi bersama!Harap sangat ianya tidak terjadi di mana-mana tanah Islam.
Salah satu dialog yang dimainkan dalam filem ini juga seperti memperlekehkan tuhan yang menciptakan manusia.Salah seorang askar dalam filem tersebut menyatakan yang sama maksudnya:"If God create us,who create them?"Them bermaksud Robot Transformers.Di sini seperti mencerminkan bahawa,terdapat multi-Tuhan di alam semesta ini.Menunjukkan Tuhan yang mencipta manusia tidak sehebat tuhan yang mencipta Transformers!Apakah kita sedar bahawa mereka cuba membayangkan bahawa tuhan itu lebih satu?Dan manusia ini adalah ciptaan yang biasa dan tiada istimewanya berbanding robot-robot yang hakikinya manusia sendiri cipta melalui komputer?Secara tidak sedar juga,mereka memperkecilkan kekuasaan Allah SWT,Tuhan Esa Islam.Ah,biadap sungguh!
Bukti lain menunjukkan mereka ada menghina Islam adalah salah satu adegan di Mesir,di mana pertempuran antara manusia+autobots dan Deceptions dijalankan di kawasan perkampungan Islam Mesir.Yang menjadi mangsanya adalah sebuah surau atau masjid dimana jelas dalam filem tersebut ternampak kubah kecil yang melambangkan terdapatnya pusat ibadat Islam di kampung itu.Namun aksi memanjat bumbung surau/masjid ditambah pula dengan serangan dan letupan manusia dan robot berhampiran kawasan surau/masjid menampakkan kekurangan keajaran mereka memijak kesucian tempat ibadatnya umat Islam!
Disini juga menampakkan seperti umat Islam takut pada USA.Salah satu plot di mana rombongan Sam dan rakannya Robotwarrior mahu melepasi sempadan Mesir.Pengawal Mesir pada mulanya meminta passport.Namun apabila rakan Sam menyebut mereka adalah keluarga dari USA,maka dibenarkan masuk malah dijemput masuk ke Mesir tanpa ada pemeriksaan passport.Jika rakyat Palestin yang merana di Gaza dan mahu merentas masuk ke Mesir dihalang, mudah sahaja membenarkan orang USA masuk ke bumi Anbiya'.Apa semua ini?
Filem ini juga secara jelas mempamerkan kehebatan teknologi USA dan sekutunya. Ini akan menakutkan serta melemahkan semangat jihad orang Islam dimana mereka pasti akan merasakan bahawa dengan tiada teknologi seperti USA,maka tidak akan mereka menangi peperangan mempertahankan kedaulatan Islam.Adakah mereka tidak nampak kemenangan yang Allah berikan kepada Hamas di Gaza,Hizbullah di Lebanon dan Taliban suatu ketika dahulu di Afghanistan?Islam mudah lupa?Bukan Islam lupa tetapi umatnya yang alpha dengan mainan minda Freemason dan Zionisme.
Sekarang perhatikan kemana arah tuju kita semua.Aku menontonnya juga bukan untuk bergembira 100% semata-mata.Ada sebab musababnya.Untuk menyedarkan serba sedikit dan mengemukakan bukti sahih yang ada di depan kita bahawa pemikiran umat Islam kini dijajah dan ditindas sewenang-wenangnya oleh agama lain.Jika bukan kita yang mempertahankan Islam,siapa lagi?Renung-renungkan...
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥
6 tahun yang lalu
3 Kesan Parut:
salam...tahniah atas entry yang dipaparkan...
dlm stp cite bkn Islam pst da unsur2 cm2 even kdg2 flm melayu pn xkrg hbtnye da unsur2 -ve.tp smanye ats dr n iman kte utk mndptkn ilmu n ssua2 prkr br.pndai2 r plh....
Kenapa begitu terasa dan mencari di mana kita ini dikaitkan?
Aksi2 ghairah itu mmg obvious salah lah..
Aksi2 peperangan mainly di padang pasir. Itu ya, tapi piramid tu, bukan di tanah arab kan? Piramid pun bukan Islam yang bina. Mungkin scene di padang pasir lebih senang dibuat drpd kwsan yg rata2 penduduknya penuh. (Boleh aje dianggap begitu. Kenapa nak mencari point yang agama kita mesti diperlekehkan juga. - nak je cari salah org?)
Kenapa mesti mencari point kesalahan orang lain. Padahal yang diberi akal itu kita. Kita mampu tgk yg mana baik, yang mana buruk. Siapa encik ni, yang sesedap rase fitnah diorg yang mungkin takde tendency langsung utk kaitkan dgn mana2 agama. Kalau itu yg sebenar, bagaimana? Kenapa cepat sgt buat judgement ni? Islam tak tuduh melulu bukan?
Biar aje ape movie diorg nak buat, kt takde hak nak kate ape motif diorg buat, sbb kite takkan tahu. Allah Maha Mengetahui. Menuduh diorg tu pun same salah. Menfitnah kerana tanggapan kita, juga berdosa. Kan?
Kita berakal. Kita fikir baik buruk sendiri. Kita tak tahu motif mereka, then jangan tuduh. Kalau yg baik, ambiklah. Kalau yang buruk, buanglah. Yang encik disini sedang buat, bagi tanggapan, disebarkan tanpa mengetahui kebenaran, dan yang baca, sama2 cepat terima.
Begitu kah kita? Hmm.. Senangnya..
Catat Ulasan