"Sila perkenalkan diri"sapa abang SB (Fasi ToT Naqib/Naqibah)
"Nama diberi Mohamad Khairil Faiz bin Sapari.Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di tahun ketiga"
"Trademark Faiz apa?"tanya lagi abang SB.
"eR......."aku termenung panjang.Dari tadi menjelir lidah Baihaqi mahu mengenakan aku.
"Destinasimu Destinasiku"Sampuk Adli disokong oleh Baihaqi dan Hakim.
"Trademark saya DD"itulah yang terlintas di kepala otakku yang memang dah blur nak memilih apa untuk trademark ku sempena modul taaruf ketika itu.Alhamdulillah ramai juga tahu akan tugas ku sebagai blogger.Walaupun bukanlah menjadi kerjaya,namun ianya serba sedikit menjadi medan dakwah buat diriku.Bukanlah menggelarkan ku pendakwah professional namun mahu terdetik di hati menjadi penyambung warisan dan pewaris Rasulullah S.A.W.Ada juga yang seperti memerli diri ini dengan sering mengaitkan ku dengan Destinasimu.Namun aku tidak cepat melatah kerana ku tahu setiap orang ada ragamnya dan biarlah mereka mengaitkan ku dan dunia blog.Sekurang-kurangnya mereka membantu ku dalam mengiklankan blog ini secara percuma!
Sebenarnya apa itu blog?Di sini dapat saya simpulkan 10 sebab musabab kenapa manusia suka memblogging!
"Nama diberi Mohamad Khairil Faiz bin Sapari.Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di tahun ketiga"
"Trademark Faiz apa?"tanya lagi abang SB.
"eR......."aku termenung panjang.Dari tadi menjelir lidah Baihaqi mahu mengenakan aku.
"Destinasimu Destinasiku"Sampuk Adli disokong oleh Baihaqi dan Hakim.
"Trademark saya DD"itulah yang terlintas di kepala otakku yang memang dah blur nak memilih apa untuk trademark ku sempena modul taaruf ketika itu.Alhamdulillah ramai juga tahu akan tugas ku sebagai blogger.Walaupun bukanlah menjadi kerjaya,namun ianya serba sedikit menjadi medan dakwah buat diriku.Bukanlah menggelarkan ku pendakwah professional namun mahu terdetik di hati menjadi penyambung warisan dan pewaris Rasulullah S.A.W.Ada juga yang seperti memerli diri ini dengan sering mengaitkan ku dengan Destinasimu.Namun aku tidak cepat melatah kerana ku tahu setiap orang ada ragamnya dan biarlah mereka mengaitkan ku dan dunia blog.Sekurang-kurangnya mereka membantu ku dalam mengiklankan blog ini secara percuma!
Sebenarnya apa itu blog?Di sini dapat saya simpulkan 10 sebab musabab kenapa manusia suka memblogging!
Apakah itu blog?
Apakah bezanya antara blog dan laman web? Sebenarnya, blog juga adalah salah satu jenis laman web yang sama seperti forum, portal dan sebagainya cuma sasaran dan rupanya sahaja berbeza. Blog mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, terdapat juga blogfoto, vblog, podcast dan banyak lagi. Blog juga dikategorikan mengikut tajuk tertentu seperti blog automotif, teknologi, fesyen, gajet-gajet terkini dan sebagainya. Antara jutaan blog di internet, blog peribadi adalah blog yang paling banyak di bina di seluruh dunia. Blog kini semakin popular dan tren semasa anda hendaklah mempunyai blog. Kenapa anda perlukan blog? Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!
1- Emosi
Hidup di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak tugasan, kurang masa dan pelbagai masalah lain. Masalah harian ini lazimnya akan membawa kita kepada tekanan. Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi. Biasanya kita akan meredakan tekanan dengan meluahkan pada seseorang seperti kekasih, ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja. namun tidak semua mempunyai keluarga yang dekat dengan mereka jika mereka berasal dari negeri lain atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?
Buatlah sebuah blog untuk anda meluahkan perasaan anda. Tidak kira perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana, tetapi pasti ada kesannya. Apatah lagi apabila ada maklum balas atau komen dari kenalan talian anda atau sesiapa yang anda tidak ketahui memberi kata-kata perangsang dan semangat untuk anda. selain itu, anda juga boleh berkongsi kegembiraan dengan individu lain secara menghebohkannya di blog dan dikongsi bersama sesiapa jua. Bagus bukan? Blog sebagai terapi emosi.
2- Ekonomi
Zaman sekarang, dimana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ahli perniagaan. Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Secara ringkasnya anda boleh bina blog yang menarik dan menegamskininya dari masa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen atau menjual ruang blog untuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu. Selain itu, anda juga boleh menjual blog kepada sesiapa yang berminat pada harga yang tinggi (sudah tentu bukan blog peribadi anda).
Lebih baik lagi, jika anda sudah begitu profesional dalam dunia blog, mungkin anda boleh mempertimbangkan menjadi ProBlogger. Jangan terperanjat kerana ProBlogger ini telah menjadi satu kerjaya yang mampu menjana pendapatan lumayan. Percayalah!
3- Diari
Kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari, terutama sekali kaum perempuan. Tetapi lelaki juga ada yang mempunyai diari. Kita mungkin boleh mengingati hal yang berlaku hari ini atau semalam, namun hal-hal yang berlaku bulan lalu atau pun tahun lalu mungkin sukar. Inilah masanya blog memainkan peranan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dicatatkan. Kadangkala, aku sendiri membaca apa yang aku lakukan pada tahun lepas di dalam blog aku. Ada masanya aku ketawa sendiri mengenangkan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan. Ada masanya kita mungkin kagum dengan diri kita sendiri dengan apa yang kita lalui beberapa tahun yang lalu!
Apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan , merangkak, bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah. Blog menjadi public diary, maksudnya boleh di baca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai fungsi pos peribadi (private), yang memerlukan kata laluan sebelum boleh dibaca. Seperti mana kertas dan buku, komputer dan papan kekunci sudah semakin lazim dengan hidup kita. Atas sebab ini jugalah tiada keraguan bahawa blog boleh dijadikan diari terkini yang mudah dan moden.
4- Benchmark
Blog juga mempunyai fungsi besar tanpa disedari iaitu kayu pengukur (benchmark) tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik? Adakah kita masih berangan tidak sudah-sudah seperti dulu tanpa melakukan apa-apa? adakah kita hari ini adalah orang yang lebih baik dan sangat hebat berbanding diri kita 2 atau 3 tahun dulu? Sekiranya kita masih sama seperti beberapa tahun dahulu, eloklah kita buat sedikit perubahan. Sebaliknya jika kita sudah berada jauh lebih baik dari diri kita yang dulu, syukurlah! Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang telah anda lalui dan mungkin bakal anda rancangkan satu hari nanti.
5- Portfolio
Sesetengah Blogger akan menghantar pos berkaitan dengan kerja yang mereka lakukan atau tentang minat atau hobi mereka. Contohnya, seorang pereka grafik akan menghantar pos Artwork terkini atau kerja-kerja bebas. Seseorang yang bekerja dalam bidang penulisan mungkin akan pos sajak atau puisi, manakala arkitek muda pula bercerita di dalam posnya tentang bangunan terkini yang sedang direkabentuk beserta serba sedikit gambar lukisannya.
Katakan, pada satu hari sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan segera dan menawarkan gaji yang lumayan. Lalu diiklankan di surat khabar ataupun mana-mana laman web terkemuka. Jadi, apa yang selalu kita lakukan ialah menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja kita kepada syarikat berkenaan. Kenapa tidak gunakan cara yang lebih mudah dengan menghantar email kepada syarikat tersebut dan sertakan pautan kepada blog yang mengandungi portfolio anda. Siapa tahu, dizaman jalur lebar ini email anda dengan pantas di balas oleh individu di syarikat tersebut. Mudah bukan.
6- Kenalan
Kita sering terfikir untuk menacari kenalan lama yang pernah belajar di sekolah atau sama-sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang paling mudah dan sesuai, Blog!.Kita buat satu pos didalam blog menceritakan tentang sekolah kita, kolej atau universiti. Atau cerita tentang memori kita ketika belajar dan kenangan menarik yang pernah berlaku ketika itu. Ditakdirkan tuhan, salah seorang teman karib kita yang sekian lama terputus hubungan telah menemui blog kita melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah atau nama kumpulan kita semasa belajar. Alangkah seronoknya! Selain itu, kita juga boleh terus berhubung terus dengan rakan-rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain dan diberikan komen. Maka rantaian kawan-kawan ini tidak terputus dan berkembang dari hari demi hari.
7- Komunikasi
Percayakah anda, dengan memblog setiap hari boleh menambahkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi. Sebahagian besar penulis blog membuat pos berdasarkan satu-satu isu semasa. Mereka akan menulis pendapat mereka di blog sama ada dengan emosi atau dengan kajian terperinci. Ia sedikit sebanyak juga akan meningkatkan kemahiran menulis mereka. Seterusnya seperti biasa, pasti ada yang kurang setuju dengan pendapat anda, lalu mereka mempersoalkan apa yang anda tulis. menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dengan hujah-hujah dapat menguatkan keyakinan diri.
Berbahas di alam maya seperti kita berdebat dengan orang yang tidak dikenali (anonymous). Disini bukan sahaja kita di uji membalas komen dengan hujahan yang baik, kadang-kala ada yang berbahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat. Perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Dengan perlahan-lahan tanpa kita sedari, kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.
8- Minat
Minat atau bakat boleh disalurkan ke blog. Jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu, video dan apa jua sekali pun, tulislah di blog anda setiap hari atau bila mana anda mahu. Biarkan sesiapa membacanya dari minat dan bakat anda terbiar begitu sahaja. Blog memberi ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang kadangkala tidak dapat di tempatkan di dunia sebenar. Jika tidak memuaskan hati individu lain sekali pun, paling tidak ia memuaskan hati anda sendiri. Atau jika anda amat meminati muzik? Bermain gitar sekadar suka-suka. Rakamkan, kemudian muat naik di blog anda, biarkan orang lain menikmati melodi yang anda hasilkan.
9- Menjual Diri
Jangan salah sangka. Menjual diri bukan bermakna menjual maruah diri. Menjual diri disini ialah memberitahu kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. Ilmu, kepakaran dan kemampuan diri anda. Jual kemampuan diri anda supaya wujud peluang sama ada peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio anda, peluang mendapat kerja sampingan atau peluang menambahkan sumber ekonomi atau peluang mewujudkan perniagaan. Terlalu banyak peluang yang boleh direbut. Mulakan hari ini.
10- Ilmu
Bukan niat, untuk meletakkan ilmu sebagai sebab terakhir. Sebaliknya inilah sebab utama yang terbaik untuk anda blog. Seorang doktor akan menulis tentang tips-tips kesihatan ataupun info-info penyakit semasa. Seorang pakar sistem komputer menulis tentang bidang kerjanya diselang-selikan dengan tips-tips komputer, juga cara-cara mengatasi dan membaik pulih masalah komputer yang berlaku.
Seorang peguam pula menceritakan bagaimana hendak mendakwa orang-orang tidak bertanggungjawab mencuri hak harta intelek di blognya. Seorang novelis tersohor pula berkongsi ilmu cara-cara bagaimana mahu menulis novel.
Menarik bukan? Setiap orang akan blog tentang hal yang mereka tahu dan ianya adalah ilmu. Bayangkan betapa banyaknya ilmu di blog-blog serata dunia.
Tidak kiralah sama ada kita orang yang memerlukan pengetahuan tersebut atau menyampaikan ilmu kepada orang lain. Bukankah menyampaikan ilmu itu satu perkara yang baik.
Itu hanya 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog, bahkan ia boleh menjadi lebih dari itu. Maka, tiada ruginya anda memblog. Mulakan hari ini!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan