Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Sinar Islam di Turki kembali menyinar?

video

Tanpa Cinta Tidak Jejak Kakimu ke Syurga!


...Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini saya nak bualkan topik cinta atau love atau jiwang atau sebagainya.Umum telah tahu bahawasanya Hawa adalah peneman setia Adam.Malas sudah syaa mahu ceritakan kisah cinta di sebalik Adam dan Hawa kerana berbilion manusia tahu kisah cinta mereka.Agama Samwi sudah termaktub dalam kitab suci mereka akan cinta pertama manusia yang berlangsung di dunia.Memang tidak dinafikan Allah jadikan setiap benda ciptaanNya berpasangan.Bulan ada bumi.Bumi ada langit.Malam ada siang.Baik ada jahat.Cantik ada hodoh.Jantan ada betina dan lelaki ada perempuan. Jodoh ini memang telah Allah jadikan untuk makhluknya saling melengkapi antara satu sama lain.

Saya,pemilik Destinasimu,bukanlah seorang yang mahir menilai peribadi seseorang.Kerana rahsia diri sendiri pun belum saya kupas sebaiknya.Inikan pula mahu mengupas peribadi orang lain.Namun setelah saya mengenali ramai orang terutama kaum hawa,saya dapat membaca sedikit sifat dan peribadi mereka.Walaupun sedikit,ia boleh dijadikan guideline buat saya untuk memahami kelebihan dan kelemahan yang mereka miliki.Ya,memang saya berterus terang, saya juga memiliki ramai sahabat dan kawan dari berlainan jantina dari saya.Selain ratusan sahabat adam,saya juga miliki ratusan sahabat hawa.Bermacam ragam saya temui dan hadapi.Bukanlah mahu mengeluh tapi saya bersyukur kerana Allah kurniakan saya ramai sahabat tidak kira lelaki atau perempuan. Sejak saya mencipta blog ini,ramai mengatakan blog ini blog motivasi cinta,motivasi wanita mahupun blog palestin.Sebenarnya saya membuat blog ini adalah untuk menguji tahap penulisan saya selain menceburi dunia blog yang serba bebas ini.Banyak perkara yang saya dapat pelajari.Jika mahu membuat sebuah artikel berkenaan dengan percintaan,perlu saya membaca buku berkaitan dengan tajuk tersebut dan secara tak langsung mendidik diri ini untuk rajin membaca walaupun setengah orang kata buku cinta ini jiwang.Dunia semata-mata.Adakah cinta ini hanya berkaitan dengan hal dunia semata-mata?Benarkah?Tanpa cinta tidak akan masuk manusia itu ke syurga!Eh,mengarutkah pendapat saya ini?Tidak!Jangan sempitkan skop pemikiran kita.Bila tersembul perkataan cinta maka hanya cintakan kekasih adam hawa yang bermain di fikiran kita.Itu semua pemikiran yang sempit dan kolot yang menjadi gula-gula syaitan.Tanpa cinta pada Allah,tidaklah tercium kita wangi syurga.Tanpa cinta pada Ibu bapa,tidaklah cium kita wangi syurga,tanpa cinta pada sesama muslim,tidak berpeluanglah kita memasuki syurganya dan tanpa mencintai zaujah atau zaujun kita,tidak berpeluanglah kita menginap di jannah-Nya.Cinta berasal dari syurga dan sepatutnya cinta juga berakhir di syurga bukan?

Hah,sekarang,baru tahu kuasa cinta menentukan masa depan seseorang samada baik atau buruk.hendak memasuku jannah-Nya,keredhaan Allah perlu kita perolehi.Beribadah macam mana sekali pun hingga ratusan tahun,jika tidak mendapat keredhaan Allah,tidaklah ke syurga seseorang itu.Eh,mengapa pula kalau dan beribadah kuat pun tak boleh memasuki syurga?Aneh! Ini tak adil!Jangan terburu-buru menghukum diri saya ini.Biar saya jelaskan.Adakah orang yang beribadah itu ikhlas kepada Allah?Bukan menunjuk-nunjuk?Ataupun amal ibadahnya untuk tujuan duniawi semata-mata?Adakah khusyuk dalam pengamalan ibadahnya?Jika tidak, bagaimana Allah mahu menerima ibadah seseorang itu?Pahala ibadat seumur hidup tak setanding dengan nikmat sebiji mata yang Allah kurniakan kepada manusia.Apatah lagi mahu kecapi Syurga-Nya.Maka keredhaan perlu kita perolehi dengan mencintai Allah dengan sepenuh hati.Ibadah adalah ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan dariNya.


Cinta pada ibu bapa?Tanpa cinta mereka bolehkah kita ke jannah-Nya?Tidak.Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan kedua ibu bapa.Nabi pernah bersabda yang berbunyi bahawa orang yang paling perlu kita berbakti adalah ibu dan nabu s.a.w mengulanginya sebanyak 3 kali dan kali keempat baru disebut nama ayah.Ini bermakna,sangat-sangat perlu kita menghormati ibu kita yang berpenat lelah mengendong kita sembilan bulan ketika kita di alam rahim.Menderhaka pada ibu bapa tanpa sempat bertaubat dan meminta ampun kepada mereka berdua bermakna menempah neraka Allah.Tanpa rasa cinta kita kepada mereka dan cinta mereka pada mereka, jangan haraplah mahu cium kewangian syurga.

Cinta pada sesama muslim juga salah satu faktor penentu kemana seseorang itu pergi samada melepasi titian sirath atau jatuh ketika melaluinya.Nabi pernah bersabda berbunyi lebih kurang,jika kita tidak mengingati nasib saudara semuslim kita,maka kita bukanlah dari golongan mereka yakni umat Muhammad.Jika Rasulullah sendiri tidak mengaku kita sebagai umatnya, siapakah nabi kita lagi?Bukankah kita seperti terkapai-kapai di tengah padang mahsyar tanpa perlindungan dan syafaat dari Nabi kita sendiri?Pada masa itu baru kita tahu langit itu tinggi atau rendah.Saudara semuslim kita yang dahulunya kita tindas,kita lupakan kesusahan mereka, tanpa keredhaan mereka juga,tidak beroleh kita syafaat dari Muhammad S.A.W.

Kemudian cinta dalam baitul muslim.Percintaan antara Zaujun dan Zaujah adalah percintaan yang diredhaiNya. Pegangan tangan mereka akan digugurkan dosa-dosa dicelah jemari mereka. Jimak mereka dikira ibadah.Ah,begitu pemurahnya Allah pencipta adam dan hawa.Benda yang dipandang jijik oleh sesetengah agama seperti Kristian yang melarang Paderinya berkahwin kerana menganggap jimak itu jijik adalah dipandang mulia oleh Islam dengan syarat,ianya adalah antara Zaujun dan Zaujah yang di ikat secara sah!Dan jimak mereka adalah kerana mendapat keredhaan Allah dan meramaikan umat Muhammad di muka bumiNya ini.Lagi satu hal adalah, jika tiada percintaan Zaujun kepada Zaujahnya,mungkin boleh jadi zaujahnya bertindak liar dan tidak lagi menjadi isteri solehah yang diidam-idamkan.Dan telah jatuhlah zaujun itu dayus jika dia tidak bertindak menasihati dan menghalang perbuatan mungkar yang dilakukan oleh si isteri.Lelaki dayus adalah salah satu dari 70 dosa besar dan dosa besar yang tidak sempat bertaubat,tidak akan masuk syurga.Nauzubillah.Moga kita dijauhkan.Tanpa cinta suami isteri, terabailah anak-anak yang sepatutnya menjadi pewaris khalifah yang memakmurkan muka bumi Allah ini.Berdosalah ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak ke jalan yang diredhaiNya.

Inilah buktinya kenapa saya katakan,tanpa cinta tidak masuk manusia ke syurga.Tanpa cinta,berbahagialah Adam a.s di syurga tanpa berteman.Tidak adalah Qabil dan Nabil.Tidak lahirlah Ibrahim,Ismail dan Muhammad S.A.W.Dan tidak lahirlah kita sekarang.Tanpa cinta,tidak damailah dunia.Cuma cinta ini perlu diterjemahkan kepada yang positif yakni cinta yang bersandarkan kepada cinta yang baik dan bukan cinta yang buruk.Cinta yang buruk tidak layak dipanggil cinta kerana perkataan cinta itu patut diubah kepada nafsu yang buruk.Bukan cinta yang buruk.Cinta itu indah.Indah sangat.Walhal Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyintai Khadijah dan para isterinya.Cinta yang tidak melanggar syariat adalah dibenarkan Islam.Jangan sempitkan pemikiran anda bahawa Islam itu melarang percintaan.Cuma biar ia berlandaskan jalan yang lurus.Janganlah berpasangan secara haram tanpa ada ikatan yang sah dan suci.Itu yang perlu kita tekankan.Dunia akhir zaman ini,benda yang dahulunya haram,kini dipandang halal oleh masyarakat sekeliling bahkan umat Islam itu sendiri memandang mudah akan benda "halal" ini.Sebab itulah berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan kita.Nauzubillah.Fikirlah dari sudut yang positif,kenapa cinta itu penting...kerana pencipta kamu yang ciptakannya untuk kamu!


Mem'Blog' di pagi Jumaat


Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih bernafas aku.Selepas aku solat subuh tadi aku terus ke duduk di depan laptop kesayanganku untuk melepaskan lelah dengan menaip sedikit sketsa hidupku di Destinasimu.Arghhh kenapakah cuti ini aku rasakan begitu sekejap.Adakah ini kali pertama dalam hidupku aku memanfaatkan sepenuhnya cuti dengan aktiviti yang berfaedah.Terima kasih ku ucapkan kepada sahabat serumahku Baitul Junnud yang memperkenalkan aku kepada Persatuan Belia Islam Nasional,ISMA dan Aman Palestin.Dengan usaha kalian mengajak ku ke jalan yang lebih baik,dapat aku rasai nikmat kita di bawah satu organisasi bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam sebagai prinsip asas dalam kehidupan.

Tidak juga aku lupakan kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam PPI yang mengajak aku kepada sebuah persatuan yang aktif dalam menegakkan syiar Islam di UNITEN.Jika tidak sudah tentu aku menyertai kelab atau persatuan yang lara dan masih dibuai mimpi indah nikmat dunia yang hanya sementara ini.

Seronok benar aku bercuti kali ini.Aku suka menjadi sukarelawan.Selain dapat berbakti kepada agama,aku dapat menambah kenalan dan tahu cara sesebuah organisasi itu bergerak. Cuti seminggu ini aku setia bersama AMAN PALESTIN.Aku sibuk menjaga booth di Kompleks PKNS Bangi kerana di situ diadakan pameran SAVE GAZA selama dua minggu untuk memperingati kepayahan dan kesengsaraan kehidupan rakyat Palestin di Gaza.Feedback yang kami dapat adalah sangat baik dan ramai pengunjung memberikan sokongan pameran ini diadakan.

Aku masih ingat semasa kami buat pameran dan kutipan derma bergerak di Tasik Chempaka sempena pertandingan memancing,apa yang kami belajar dari proses kutipan derma itu adalah, kita tidak boleh judge seseorang melalui pemakaian atau luaran mereka.Mengapa aku berkata sedemikian?Ini kerana pemancing yang aku tengok pemakaian mereka tak menjaga aurat,ada yang warnakan rambut dan berkelakuan agak liar tetapi mudah hulurkan duit sumbangan untuk menderma ke Tabung SAVE GAZA.Ada juga minah yang open hair,pakaian masyaAllah seksi dan bercouple tapi tanpa segan silu menderma.Ada pula pakcik yang memakai lebai atau kopiah mahupun makcik yang bertudung labuh,mahu diberi pamplet atau brochure atau risalah berkaitan dengan Palestin pun mereka tolak dan buat muka masam.Mungkin mereka tengah hot agaknya tak dapat ikan yang dipancing.hehehe...

Kini aku belajar dan belajar untuk berpersatuan bersama Islam.Mungkin ini usahaku kecil tetapi untuk saudaraku di Palestina,ini pengorbanan aku untuk kalian.Dan sahabatku di luar sana,teruskan berjihad menentang Israel dan sekutunya dengan memboikot barangan mereka. Isnin ini akan bermula kembali sesi pengajian ku di UNITEN dan aku kembali sibuk bertugas sebagai seorang siswa dan pimpinan PPI Uniten.Moga Allah bantu mempermudahkan hidup ku kelak.Tarbiyah itu adalah ujian Allah buatku...Alhamdulillah...

Puisi "Dunia Yang Memperdayakan"



Alangkah indahnya dunia ini, Di sudut mana pun dia mempersonakan, Makan minum lazatnya dirasa,
Mempengaruhi jiwa dan fikiran,
Perempuan cantik memperdaya, Banyak laki-laki yang binasa, Pangkat dan darjat menjadi rebutan, Kerana di sana ada hiburan, Berfikirlah manusia siang dan malam ke arah itu,
Segala tenaga dikerah mencapainya, Sekalipun letih menggapainya, Sesungguhnya manusia telah menjadi hamba,
Kepada dunia,
Di sanalah manusia dianggap mulia, Siapa tiada diperhina,
Nafsu merangsang setiap waktu ke arah itu, Ditariknya kita,dituntunnya kita memburunya, Hingga kebanyakkan manusia tidak mampu,
Menahan kemahuan nafsunya,
Hilang pertimbangan,Lupa agama,porak-peranda Manusia dibuatnya,
Dibantu pula oleh syaitan,
Pendorong manusia memburunya, Syaitan membisik-bisik:Buatlah apa saja
yang menguntungkan
Terutama masa muda jangan dipersia-siakan, Gunakan tenaga itu untuk keseronokan,
Tua nanti bertaubatlah,Tuhan kan Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang, Begitulah bisikan syaitan,
Terlupalah manusia dengan tuhan,
Syariat tuhan diabaikan, Tuhan tidak di ambil kira,
Akhirat di benci bahkan di lupakan, Siapa yang mengajak kepada tuhan, Dianggap ketinggalan zaman, Tenggelamlah manusia lemas di dalam dosanya sendiri!

Funny Japanese Video (Untuk Gelak Ketawa)

Sebenarnya kesian jugak tengok mamat ini merangkak mengeja dalam English.Jangan kita jadi macam dia sudahlah.Mak ayah hantar ke sekolah untuk belajar bukan nak cari kekasih.Let's enjoy this video!



video

Manusia dan Istidraj



Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.Rasullulah s. a. w. bersabda :

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.Rasullulah s. a. w bersabda:

"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)


Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Alasan Kami Taknak Boikot!


Alasan Pertama:

"Wei,McDonald tu aku dah biasa makan lah.Benda yang dah biasa dengan kita mana leh nak tinggalkan.Lagipun dia halal.Kita makan bukan nak support Israel.Niat kita makan je pun.Lagipun apalah sangat kalau kita je boikot mereka.Bukan besar sangat pun effect dia kat Yahudi.Jangan jadi kolot la!"

Alasan Kedua:

"Kami di pihak KFC/McDonald sesungguhnya amat simpati dengan nasib yang menimpa saudara Islam di Gaza.Kami merupakan perniagaan yang bukan berdasarkan kepada kepentingan politik atau pihak tertentu.Lagipun kami mempunyai 3000 pekerja dimana majoritinya beragama Islam. Boikot barangan kami akan menjejaskan ekonomi dan peluang pekerjaan umat Islam itu sendiri."

Alasan Ketiga:

"Nawaitu tu penting.Bukan kerana makan nak support mereka tetapi makan nak kenyangkan perut."

Alasan Keempat:

"Mana buktinya yang mengatakan benda ni ada kaitan dengan Yahudi?Jangan main ikut cakap je kalau xda bukti yang sahih!"
Alasan Kelima:

"Tak ada dah alternatif lain lah.Terpaksa juga guna.Mana ada orang lain keluarkan produk macam ini!"

Alasan Keenam:

"Alahai,kami makan dua minggu sekali je pun.Bukan tiap-tiap minggu apatah lagi tiap-tiap hari.Kami boikot juga barangan mereka.Tapi bab produk ini,kami kurang skit nak boikot!"

Alasan Ketujuh:

"Buat apa nak boikot,Gaza itu kan hal orang Arab dan Yahudi.Sapa suruh cari pasal dengan orang Yahudi.Yang Hamas dengan Fatah tu tak reti-reti nak bersatu?Kan yang sengsaranya rakyat mereka sendiri?!Pandai buat tanggunglah sendiri!"

Alasan Kelapan:

"Eh saya tak tahu plak barangan ini produk Yahudi.Tengok ramai je orang Islam makan tanpa rasa segan silu?"

Alasan Kesembilan:

"Aik,bila masa ada kempen memboikot ini?Dulu macam ada tetapi kejap je.Tak berterusan pun. Saya pun dah lupa ada kempen macam ini."

Alasan Kesepuluh:

"No komen lah."

Cara mudah nak patahkan hujah mereka:

Alasan Pertama:Anda fikirkan perut anda atau perut saudara anda di Palestin?Macam rokok, benda yang tak baik,jika selalu merokok akan ketagih.Macam itu juga dengan produk mereka.Jika selalu sangat guna,susah nak buang.Ketagihan tak langsung akan terjadi.Apa sangat kesannya?Besar sangat kesannya.Niat murni yang kecil jika dilihat oleh Allah di akhirat kelak akan mendapat keredhaanNya kelak.Amin.Dan kesannya telah dirasai oleh McDonald di Asia barat dimana mereka kerugian di sana setelah diboikot.Dan ini bukan hal kolot tetapi ini hal umat. Sabda nabi berbunyi Jika kita tidak fikirkan nasib saudara seislam kita,maka kita bukanlah dari golongan Muhammad SAW.Kolot ada golongan yang sudah menjadi pengikut setia produk Yahudi.

Alasan Kedua:3000 orang dibuang kerja berbanding puluhan ribu mangsa kekejaman Yahudi terhadap pelarian Palestin manakah yang lebih tragis?Bukan tiada pilihan lain untuk mencari pekerjaan lain yang lebih halal dan diredhaiNya.Selagi ada alternatifnya jangan jadikan ianya alasan.Apabila poket duit perniagaan makin kurang akibat boikot,masa itulah mengatakan mereka simpati terhadap kesengsaraan rakyat Palestin.

Alasan Ketiga:Dipatahkan seperti alasan pertama tadi.Lagipun nawaitu yang baik tetapi tak kena pada tempatnya dikira salah juga.Macam ibu yang melihat anaknya kelaparan.Dengan ketiadaan duit,maka si ibu jual dirinya untuk lelaki jalang untuk dapat duit sesuap nasi ke mulut anaknya.Yang haram tetap haram.Jangan campur adukkan antara keduanya.
Alasan Keempat:Buktinya banyak di Internet.Contohnya di Inminds.com.Jika tak percaya juga silalah pergi ke website PPIM.Di situ terdapat senarai barangan yang mendokong perjuangan Yahudi Israel.Senarai barangan itu telah dikaji dan dipersetujui pengharamannya oleh beberapa ulama besar Mesir.Rajin-rajinlah lawati dunia maya.Jangan kita hanya di dimensi kita sahaja.

Alasan Kelima:Kalau Yahoo dan Google memang nampak macam tiada alternatif lain.Kalau macam itu,kita jadikan ianya sebagai senjata makan tuan.Gunakan perisian mereka untuk tentang mereka secara tidak langsung.Sebarkan seluasnya kempen memboikot.Jika KFC dan McDonald rasanya tak mati jika kita tak makan.Banyak lagi yang boleh kita makan seperti Ayam Radix dan Ramly.Supportlah barangan tempatan.Sampai bila nak jadi hamba produk Yahudi?
Alasan Keenam:Kalau sekali makan dan dua minggu,mungkin yang dikeluarkan RM 15.00.Mungkin yang akan disalurkan ke USA RM 0.50.Dan mungkin nilai kecil ini mampu belikan sebutir peluru ke Yahudi untuk dibenamkan ke dada seorang bayi Palestin.Apa kita nak jawab dihadapan Allah kelak?Inilah jihad kita yang tak mampu pegang senjata berjihad di sana. Langkah kita kecil tetapi besar maknanya bagi manusia sejagat.

Alasan Ketujuh:Inilah masalahnya jika terdapat umat Islam yang tak belajar sejarah ataupun mereka yang liberal dan sekular.Isu di Palestin bukan isu bangsa tetapi merupakan isu agama. Jika anda agama Islam,wajiblah pertahankan bumi ketiga suci bagi Islam yakni Baitul Maqdis. Berkaitan dengan hal Hamas dan Fatah,sabda nabi berbunyi,akan ada satu golongan yang berada di pihak yang benar yang akan tinggal di Baitul Maqdis di akhir zaman kelak di mana mereka ditindas oleh orang yang memusuhi mereka.Hadis ini merujuk kepada HAMAS kerana mereka lah golongan pejuang yang benar-benar mempertahankan bumi Palestin dari di jajah oleh Israel.FATAH pula telah menjadi sebuah gerakan yang menjadi tali barut Israel dan sekutunya.Telah terbukti ketika pencerobohan Israel di Gaza yang lalu.

Alasan Kelapan:Sebab itulah kempen memboikot ini dibuat agar menyedarkan orang ramai tentang barangan Yahudi.Ramai yang makan kerana tidak tahu secara mendalam akan produk yang mereka gunakan.Jika tahu pun,alasan mereka berikan adalah seperti alasan pertama.Jika kita beramai-ramai jihad memboikot,akan terasa kesannya pada jangka masa panjang.

Alasan Kesembilan:Inilah masalah penguatkuasa di Malaysia.Memboikot ikut musim.Jika tiada isu besar di Palestin maka surutlah kempen memboikot.Macam hipokrit.Bila ada isu,barulah terhegeh-hegeh besarkan isu memboikot.Biarlah ianya Istiqamah buat kita.Kita tak rugi tetapi yang ruginya adalah Yahudi Laknatullah.
Alasan Kesepuluh:Bab no komen ini,tak tahulah nak balas macam mana.Mungkin inilah tanda akhir zaman di mana kita tak ambil kisah masalah umat di sekeliling kita.Ataupun sudah tidak ada Keislaman dalam diri kita.Islam hanya pada nama.Moga kita dijauhkan dari golongan ini.Amin..

Moga apa yang saya persembahkan ini adalah perkara yang telah kalian lalui atau akan lalui.Berhujahlah dengan cara yang baik.Jika ada dalil sahih maka lebih baik.Biar usaha kita ini kecil nilainya dimata manusia tetapi besar nilainya dari pandangan Allah SWT.Asif Jiddan atau segala kekurangan.





Terbukti,Inilah Perangai Lelaki!

Mungkin bagi kalian ini merupakan video agak lucah tetapi di sebaliknya renungkanlah.Memang benar wanita adalah senjata Iblis dan Syaitan untuk sesatkan manusia


video

AMAN PALESTIN


Booth jualan Akhwat dipisahkan dengan booth jualan Muslimin oleh pameran



Bakal Pewaris AMAN PALESTIN!!!


Hasil kerja tangan Syakur and da geng!Tahniah!

Pijak muka minah ni!!!


Gerai Jualan AMAN PALESTIN sempena "SAVA GAZA"


Bersama Tiga Khair (Dari Kiri:Khairil (UMK),Abg Khair (Presiden KRIM) dan Khairil FaREasT)


Pameran "SAVE GAZA" anjuran AMAN PALESTIN di PKNS BB Bangi


FaREasT bersama Ustaz Wan(Director Board of ISMA dan AMAN PALESTIN)

Baitul Maqdis

video

Aku dan Mimpi Malam Tadi...


Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah...

Betapa hati ini gentar dengan mimpi malam tadi.Aku berada di lautan sebelah Gaza.Al kisahnya aku berada di Gaza untuk misi kemanusiaan.Kemudian tiba-tiba,Gaza di serang lagi sekali oleh Israel Laknatullah.Aku merasa begitu takut dan seperti ianya benar-benar berlaku di hadapanku.Gaza di hujani ratusan peluru berpandu yang menghentam setiap jarak 50 meter.Aku benar-benar dalam ketakutan.Begitu banyak bom menghampiri ku dan aku berjaya selamatkan diri.Biasalah mimpi katakan.Tetapi kekuatan bom itu sangat menakutkan aku.Aku lihat memusnahan rumah,harta benda dan nyawa di hadapanku.Aku seperti mahu meraung melihat keadaan kelam kabut seperti itu.Aku bergegas bersama-sama pasukan misi bantuan kembali ke kapal misi kemanusian milik Malaysia.

Dan apabila tiba di pantai,nun jauh di sana kelihatan beberapa buah kapal perang Yahudi mula berlabuh di tepi pantai Gaza.Aku cepat-cepat menaiki kapal Malaysia dan setelah kami baru hendak berlayar,Kapal akan ditahan oleh Yahudi.Yang anehnya mereka menggunakan kekuatan tentera seperti helikopter untuk menembak kami.Maka kelam kabut kami mencari perlindungan di dalam kapal 5 tingkat itu.Aku merasakan nyawaku akan dicabut sebentar lagi kerana mereka benar-benar mahu membunuh ku.Apa salahku pada mereka?Aku bersama crew penyelamat yang lain berusaha mengelakkan diri daripada bertemu atau di kesan oleh tentera Yahudi di dalam kapal kami.Baki yang tinggal berkumpul untuk bersama-sama melarikan diri tetapi kami berada di lautan.Kemana mahu lari?Kapal sudah dikepung.Dalam situasi genting seperti itu,tiba-tiba aku dengar suara azan mendayu.Wah!Tengah lautan juga boleh dengar suara memanggil manusia menyembah Illahi.Aku pejam mata dan kemudian celikkan mata.Ah, aku bermimpi rupanya.Azan tadi adalah azan subuh masjid berdekatan dengan rumahku. Alhamdulillah dengan keamanan yang Malaysia kecapi.Dan aku doakan Allah berikan kekuatan kepada Palestina untuk bangkit dari kemusnahan yang mereka hadapi...

(Cerita di atas merupakan mimpi benar yang aku lalui...)

Voice Music

video

Pameran Aman Palestin di PKNS Bangi


Assalamualaikum...

Insya-Allah bermula esok yakni Sabtu jam 2.00pm hingga 7/2/2009 akan berlangsungnya pameran SAVE GAZA anjuran Aman Palestin Berhad dan PEMBINA yang akan diadakan di perkarangan ruang legar dalam Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.Pelancaran akan dilancarkan oleh wakil rakyat kawasan Bangi pada jam 2.00pm.Semua dijemput hadir!

(p/s:InsyaAllah diberi kekuatan,aku salah seorang tenaga petugas sukarelawan Aman Palestin.Amin..inilah destinasiku untuk bersama-sama perjuangkan saudaraku di Palestin)

Dimanakah Cinta Kamu Kini?


KEPADA YANG SINGLE:

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

KEPADA YANG RAGU DENGAN PERNIKAHAN:

Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

KEPADA YANG KAKI PEREMPUAN ATAU LELAKI:

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

KEPADA YANG PATAH HATI:

Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

KEPADA YANG BELUM TEMUI 1ST LOVE:

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

KEPADA YANG INGIN MENGUASAI:

Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

KEPADA YANG GENTAR MENGAKUI:

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

KEPADA YANG TEGUH CINTA PADA YANG TELAH TIADA:

Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tapi byk ranjau onak berduri didalamnya…. .

Saya Kerja Juga Takda Masa Nak Layan Awak!


Sambut Suami di Muka Pintu

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami. Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.
Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami. Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.
Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu. Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.

Cinta di IPT Memang Indah


"Apabila Baju Melayu bertemu Baju Kurung"

Allah SWT lahirkan perasaan cinta dalam hati manusia kerana sifat semulajadi manusia menyukai perkara-perkara yang baik-baik dan indah-indah.Cume bergantung kepada individu untuk mendapatkan cinta di kedudukan yang bagaimana supaya ia tetap suci dan luhur.


Cinta di IPT memang indah.Ini adalah kerana tahap kehidupan remaja yang penuh dengan fantasi yang dimomokkan oleh media cetak dan elektronik.Lihat sahaja akhbar dan majalah kesukaan remaja hari ini,tidak kurang juga radio dan siaran-siran TV,kebanyakkan mengajak remaja samada di IPT atau di luarnya ke arah cinta fantasi semata-mata,cinta fatamorgana,cinta hanya untuk berseronok dan mencuba.

Apa ubatnya?Saya bukan terlalu kolot untuk menolak 100% cinta di kalangan remaja IPT kerana saya pernah dahulu melaluinya sebelum ia putus di tengah jalan.Saya kini sedang menuntut di IPTS.Sebagai seorang sahabat yang sering melihat kehidupan kawan-kawan di sekeliling,fenomena ini subur mekar tubuh di IPT yang menjadi tunjang negara untuk menjadi pewaris masa depan negara.Cinta adalah fitrah dan anugerah Allah untuk hambaNya.Pengendalian perasaan ini dengan betul amat penting supaya remaja IPT tidak terjebak dengan pencintaan fatamorgana seperti mana cinta Leonardo diCaprio dan Kate Winslet di dalam filem Titanic dimana jumpa beberapa hari terus ditebuk kemudian si lelaki meninggalkan si perempuan yang mengandungkan anak luar nikah.Jadi cinta bagaimana yang dibenarkan?Bagaimanakah caranya?

Percintaan yang dibenarkan adalah cinta di dalam perkahwinan.Cinta zaujah kepada zauj dan cinta zauj kepada zaujahnya.Percintaan selepas berkahwin yang disulami dengan kasih sayang,pengorbanan dan tanggungjawab adalah seribu kali lebih indah daripada cinta fatamorgana sebelum berkahwin.

Oleh itu,sekiranya perasaan cinta itu wujud di dalam hati mana-mana remaja IPT,kendalikan sebaik mungkin.Usahakan untuk menghalalkan cinta tersebut dengan ikatan perkahwinan yang suci dan murni.Berbincanglah dengan ibu bapa,fikirkan semasak mungkin dan timbangkan sebaik mungkin.Sekirannya ada halangan keluarga,masa dan sebagainya,jagalah perasaan itu baik-baik,bataskan pergaulan dan dekatkan diri kepada penciptamu.Jangan biarkan perasaan itu menganggu kehidupan seharian.Tumpukan perhatian kepada tujuan utama masuk ke IPT yakni BELAJAR.Sibukkan diri dengan perkara berfaedah dan libatkan diri dengan kerja-kerja amal kebajikan.InsyaAllah ia akan berjaya seperti mana saya telah melaluinya.Memang saya menyukai seseorang tetapi setelah sibukkan diri dengan persatuan, saya dapat kurang perasaan itu sampai ke satu tahap saya muhasabah diri saya kenapa saya perlu manjakan perasaan itu ketika ini kerana masanya belum tiba lagi.

Sesungguhnya masa muda sangat dan amat berharga.Akhirat kelak Allah akan bertanya kepada manusia kemana masa mudanya dihabiskan.Masa itu penyesalan tidak berguna lagi.Bagi remaja yang tersungkur kerana cinta IPT ini,sesungguhnya merekalah orang yang paling rugi kerana masa muda hanya sekali dan bukan bermaksud masa mudalah semunya kita mahu cuba.Salah sama sekali.Masa mudahlah kudrat kita di maksimum.Disitulah kita gunakan untuk berjihad di jalanNya.

Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunya "Fatawa Muasorah" telah menasihatkan agar jangan memasuki alam perkahwinan dengan berbekalkan perasaan semata-mata.Banyak perkara yang perlu diambil kira dan semuanya hendaklah berpandukan akal fikiran yang sihat dan waras.Malah yang lebih penting ialah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.Namun ini tidak bermakna perkahwinan boleh berlaku secara paksaan.Islam telah menggariskan semua batas dan garis panduan agar tidak menzalimi fitrah kemanusiaan.Contohnya Islam membenarkan lelaki yang ingin berkahwin melihat bakal zaujahnya.Sesungguhnya dengan melihat akan menambahkan rasa kasih sayang dan mengekalkan hubungan antara mereka berdua.Semua ini harus berlaku dalam syara' dan bukannya cinta sebagaimana kita lihat dalam budaya jahiliyyah dahulu dan moden.

Oleh itu Islam telah menetapkan beberapa langkah pencegahan dengan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita.Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidak haram.Malah ianya dituntut sekiranya niat daripada pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara benar dan kebaikan seperti ilmu,dakwah dan jihad.Antara batas-batas tersebut ialah:
  • Kedua-dua belah pihak menjaga batas aurat.Bagi wanita mereka hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan,tidak boleh berpakaian ketat,nipis atau jarang.Pakaian pula bukanlah untuk bermegah-megah.Bagi lelaki aurat mereka adalah antara pusat dan lutut.Namun begitu lelaki di seru untuk menutup bahagian atas badan mereka.
  • Kedua-dua pihak mesti menjaga pandangan.Janganlah melihat aurat kaum lawan atau memandang dengan penuh nafsu.Bagi waniat perlulah menjaga etika dan adab sebagai seorang muslimah.Contoh dari segi percakapan,janganlah menggunakan suara yang boleh menggoda kaum adam,pergerakkan yang boleh menimbulkan nafsu bergelora kaum lelaki mahupun mendandan secara keterlaluan untuk menarik perhatian kaum lawan wanita.
  • Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa mahram.
  • Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar memerlukan ia dipertemukan.
Maka fikirlah,samada kita dah bersedia untuk melangkah ke gerbang percintaan yang penuh pancaroba ini?Kita tidak akan bersendirian kerana akan ada yang ketiga yakni musuh Adam dan Hawa yakni Iblis dan Syaitan laknatullah.Mereka akan ketawa terbahak-bahak ketika melihat dua anak adam melakukan maksiat.Dan mereka akan menangis apabila hamba Allah itu bertaubat nasuha kepadaNya.Jika kita rasa dah bersedia maka teruskan dengan taaruf,merisik,bertunang dan berkahwin.Maka jadilah kita Zauj dan Zaujah yang akan melahirkan pewari Muhammad SAW.Ingatlah,anak yang soleh datangnya dari baka yang baik. Jadilah ibu bapa yang baik.Ibu bapa yang baik dipertemukan dengan cara yang baik. Jika fikrahnya sama maka lebih berkualitilah zuriat yang akan dilahirkan.Amin...




Siapakah Orang-Orang Yang Dicintai Allah?

Alangkah indah apabila cinta kita berbalas!Siapakah orang-orang yang terbalas cintanya oleh Allah? Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 54:

"Maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai Allah."

Berdasarkan ulama tafsir,mereka yang dicintai Allah SWT ialah:

  1. Attawabun (Orang-orang yang bertaubat).
  2. Al-Mutathahhirun (Suka bersuci).
  3. Al-Muttaqun (Bertaqwa).
  4. Al-Muhsinun (Suka berbuat baik).
  5. Shabirun (Bersabar).
  6. Al-Mutawakkilun (Bertawakal kepada Allah).
  7. Al-Muqsithun (Berbuat adil).
  8. Orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam satu barisan seakan-akan mereka satu bangunan yang kukuh.
  9. Orang yang berkasih sayang,lembut kepada orang mukmin.
  10. Orang yang menampakkan izzah kehormatan diri kaum muslimin di hadapan orang-orang kafir.
  11. Orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) di jalan Allah.
  12. Orang yang tidak takut dicela manusia kerana beramal sunnah.
  13. Orang yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan yang wajib.

UNITEN ada Pro-Mahasiswa ke??Pelik!!!Uniten di Harakah!


Ini bukan hal politik cuma cari ayat atau gambar yang berkaitan dengan tajuk artikel di atas!


Wartawan Subky Latiff pernah menulis sebuah rencana dalam Mastika sekitar 1970-an berhubung skandal rasuah bekas MB Selangor Dato' Harun Idris.





Skandal itu melibatkan wang Bank Rakyat untuk menaja pertandingan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka pada 1975. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya Harun dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.Mengulas peristiwa skandal tersebut, tersiar rencana Pak Subky berjudul, 'Harun jatuh, Ali pun jatuh'. Atau, judul rencana mungkin adalah sebaliknya, 'Ali jatuh, Harun pun jatuh'.

Saya pun kurang pasti. Tapi, apa yang pasti, Mastika pada saat itu, adalah santapan akliah insan cendekia, hidangan minda kalangan intelektualis, tak seperti sekarang.Puas juga saya cari rencana itu, tetapi tidak berjumpa. Mungkin Pak Subky boleh menulis semula kisah tersebut dengan rapi. Saya tertarik dengan judul itu kerana, kejatuhan Menteri Besar itu kemudiannya disusuli pula dengan kejatuhan peninju terkenal, Muhammad Ali.

Demikianlah.. apabila sudah silap cara dan kaedahnya sejak daripada mula.. orang yang hebat pun boleh tumbang.

ImageTulisan ini bukanlah mahu meriwayatkan isu Harun Idris dan Muhamad Ali. Cuma ada pertalian antara kejatuhan Wan Farid di Kuala Terengganu dengan kejatuhan Aspirasi Umno di Universiti Malaya baru-baru ini.

Kejatuhan Umno bukan perkara baru. Sejak 8 Mac, berlakunya apa yang dinamakan 'tsunami politik' dan kemudian disusuli peristiwa gelap Umno di Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu yang menyaksikan Dato' Seri Anwar Ibrahim menumbangkan calon Umno-BN; Arif Shah.

Paling mendukacitakan Umno, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Abdullah, Najib ialah ketika tersiarnya berita Arif Shah mahu beralih parti pula selepas beliau tewas. Sekali lagi, maruah Umno tercabar dan imejnya tercalar. Orang yang diharapkan dapat menyalakan imej sempurna kepada BN, akhirnya berura-ura mahu 'murtad' parti.

Pendek kata, bagaikan teori atau permainan domino, imej dan maruah Umno rebah satu persatu kerana rakyat kita mahukan pembaharuan dan masyarakat Malaysia umumnya mahu mengirim isyarat supaya Umno segera berubah ataupun kekuasaan mereka bakal tercabut seluruhnya atau kekuatan itu tercabut satu persatu dalam masa yang perlahan dan mengambil tempoh yang agak lama. Itu semua bergantung kepada Umno sendiri untuk membuat pilihan.

Aspirasi Umno di UM jatuh?
ImageDan, demikianlah yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini. Kira-kira 4:15 pagi, pengumuman telah dibuat oleh suruhanjaya pilihan raya kampus di Universiti Malaya. Keputusan yang menggemparkan itu, khabarnya telah pun memihak kepada kumpulan Pro Mahasiswa di universiti itu. Kalaulah benar, hasil titik peluh dan letih lelah mereka selama ini terbayarlah sudah.

Namun ada beberapa hal yang perlu dipertimbangkan. Pertama, hendaklah disebutkan dengan jelasnya bahawa kemenangan itu tercipta setelah Pro Mahasiswa telah dihina dengan kepala khinzir di atas bendera PAS diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam (Api) baru-baru ini. Ayatnya mesti begitu. Jangan semata-mata berkata, "Kami telah menang!"

ImageAyat semacam itu tergantung. Ia tiada unsur dramatik, tidak mencengkam perasaan, tiada klimaks, sifar kombinasi susur galur plot perjuangan dan kelihatan sama seperti perjuangan di kampus-kampus lain. Sedangkan, kejadian ini sebenarnya boleh dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan kalau mahu isu penghinaan ke atas Pas itu diperdebatkan segera.

Ketika kita marahkan Israel, Amerika dan Zionis, bendera negara haram Israel itu dibakar dan bendera Amerika dipijak, diinjak-injak oleh para demonstran. Namun, ketika bendera parti Islam yang berjuang menegakkan Negara Islam dihinakan dengan meletak kepala khinzir di atasnya, kita boleh diam membisu seribu bahasa pula.

Baiklah, hal itu terserahlah kepada pucuk pimpinan parti sama ada mereka mahu mengambil tindakan atau tidak.

ImageHal berikutnya yang perlu diberi perhatian, adakah jumlah bilangan kerusi Pro Mahasiswa benar-benar mengatasi kerusi Aspirasi? Atau, cuma calon Umum sahaja yang mendapat banyak undian. Sejarah di Upsi cukup memberi pengajaran. Di USM, dengan kekurangan 1 kerusi (15-16) di pihak Aspirasi sekali pun, mereka boleh 'rampas' MPP USM sekitar 2004/2005.

"Bantahan demi bantahan banyak dibuat awal pagi tadi," kata seorang teman dengan gembiranya. Saya sudah menjadi fobia untuk bergembira. Sepatutnya pada malam pengiraan undi, kita mesti perhatikan kelibat TNC. Dengan siapa beliau sedang bercakap, berbual dan berbincang. Perhatikan, apakah wujud garis-garis kekerutan pada wajahnya.

Jika dia bergembira walaupun kita berasakan keputusan akan memihak kepada kita, berawaslah segera. Mereka ini panjang akal, penuh tipu helah dan tipu muslihat. Mungkin anda tidak percaya, tapi saya bercakap atas pengalaman.

ImageKetika ini saya tidak tahu apakah maklumat yang sempurna daripada Universiti Malaya. Hanya.. doa saya selalu bersama anda. Jangan kita angkuh, 'over confident' dan sangat gembira kerana khuatir akan mendapat berita yang mendukacitakan kita kelak. Ini baru fasa kedua, iaitu fasa ketika pilihan raya.

Kita baru melangkah ke fasa ketiga-selepas pilihan raya, dan kita pun tak tahu apa lagi sekatan demi sekatan yang akan disusun oleh HEP.

Apa-apa pun saya berkongsi kegembiraan ini bersama saudara dengan penuh kerisauan yang bersarang di dada. Marilah kita kenangkan semula sebuah hadis berhubung 'jihad hawa nafsu' sebagai muhasabah.

Saat baginda Rasulullah s.a.w mendengar bualan dan perkataan para sahabat tentang jumlah musuh-musuh yang mereka bunuh, baginda bersabda, "Kita baru pulang daripada perang yang kecil dan kini kita sedang menuju perang yang lebih besar."

ImagePara sahabat terkejut besar. Tergambar di ruang mata mereka betapa kilatan mata pedang mereka disuluh sinar mentari sebentar tadi bersama percikan darah syuhadak dan musuh Islam.

Suara-suara pekikan takbir serta raungan musuh bergema mengisi kesifaran sepi di padang pasir. Alam seakan dibancuh warna merah darah. Dan.. semua itu masih dilihat baginda Rasul sebagai sebuah peperangan yang cuma bertaraf kecil-kecilan baginya?

"Apa..selepas ini..ada perang lagi yang lebih besar ya Rasulullah?" pantas mereka bertanya, hampir serentak.

"Benar.." kata Rasulullah s.a.w, lalu baginda meneruskan sabdanya, "iaitu perang ke atas hawa nafsu."

ImageBaginda Rasul mungkin mahu menegur para sahabat agar tidak lagi bersikap takbur dengan menghitung-hitung berapa ramai musuh yang telah mereka penggal kepalanya. Jangan berasakan diri kuat, membanding-bandingkan kehebatan sesama mereka dengan menghitung-hitung berapa ramaikah musuh yang masing-masing telah mereka tewaskan dalam pertempuran tadi.

Keangkuhan, kesombongan, kecongkakan, kebongkakan, kepongahan dan ketakburan akan membinasakan diri seumpama Umno yang selama ini takbur dan suka 'sembang deraih' dan 'sembang kemaih' berhubung kekuatan mereka di media sebelum ini. Sikap melampau-lampau inilah yang menyebabkan rakyat menjadi bertambah meluat dan menyampah.

Kemenyampahan rakyat dan pengundi itu bukannya tidak boleh terpalit ke atas kita, kalau kita bersikap takbur seumpama mereka. Janganlah diulangi kesilapan Umno dan Aspirasi. Kelak kita akan dimarahi, disumpahi rakyat dan pengundi yang sudah pun memilih kita sebelum ini. Sekian dengan itu, wassalam..



Pakatan Risikan Zionis dan Fatah!

Selasa, ribuan rakyat Palestin berkumpul dan melakukan perarakan panjang di kota Gaza, merayakan kemenangan atas agresi Israel, yang berlangsung selama tigsa minggu, dan telah menghancurkan bangunan, dan mengakibatkan syahidnya hampir 1500 muslim Gaza, dan ribuan lainnya luka-luka.

Hamas menyerukan kepada seluruh penduduk di kota Gaza mengaakan aksi selepas shalat zhuhur. Aksi itu sebagai bentuk dukungan para pejuang Palestin yang dengan berani menghadapi agressor Zionis-Israel.

Perarakan panjang itu dimulai dari Gedung UNRWA menuju sekolah Fakhoura di kem Jabalia di sebelah utara Gaza, di mana telah terjadi pembantaian yang dilakukan Zionis-Israel, yang mengakibatkan syahidnya 45 muslim Gaza, dan 150 lainnya cedera. Tempat penampungan pelarian dan sekolah itu hancur akibat pemboman yang dilakukan Israel.

Perarakan panjang itu berhenti di depan rumah Dr. Nizar Rayyan, tokoh Hamas yang telah syahid beserta seluruh keluarga termasuklah 4 orang isterinya dan 9 anaknya turut syahid, akibat pengeboman Israel. Dalam aksi sejumlah pemimpin Hamas ikut ambil bahagian, mereka berjalan kaki dari kota Gaza berkeliling ke kem Khan Yunis, Rafah, Deir al-Balah, Nussseirat dan Breij. Para peserta perarakan itu membawa bendera hijau, yang menjadi lambng Hamas.

Sementara itu, juru bicara Briged al-Qassam dalam sidang akhbarnya, menyatakan, selama agresi militer Zionis-Israel ke Gaza, berhasil mencabut nyawa 80 tentera Israel, dan ratusan lainnya yang luka. Brigade al-Qassam telah menembakkan missil ke Sderot 213 kali. Brigade al-Qassam menegaskan perang yang berlangsung di Gaza itu, berhasil pula menghancurkan 47 kereta kebal Merkava, yang menjadi kebanggaan Israel, puluhan bulldozer, dan menjatuhkan empat helikopter Apache milik Israel.

Di tempat terpisah di Beirut, perwakilan Hamas di Lebanon, Osama Hamdan, menegaskan bahawa tidak ada lagi dialog nasional dengan Otoriti Palestin atau al-Fatah, yang dipimpin Mahmud Abbas. Rekonsiliasi nasional dan pemerintahan persatuan sudah tamat. Kerana pemerintahan Otoriti Palestin, yang dipimpin Presiden Mahmud Abbas, ikut berkomplot dengan Israel yang melakukan agresi ke Gaza.

Di bahagian lain, tokoh Hamas, yang berada di Kaherah, Bardaweel, menuduh polis perisikan Otoriti Palestin berkomplot dengan perisikan Israel (Shin Bet) untuk melakukan pembunuhan tokoh-tokoh Hamas, seperti Nizar Rayya dan Said Siyam. Para perisikan Otoriti Palestin itu,ikut operasi dengan badan perisikan Israel (Shin Bet) melakukan pembunuhan tokoh-tokoh Hamas, dan memberikan informasi tempat tinggal para tokoh Hamas. Pernyataan Bardaweel ini berdasarkan pengakuan orang-orang yang menjadi anggota perisikan Otoriti Palestin yang berhasil ditangkap pasukan Hamas.

7 Perkara Yang UNITEN perlu buat!!!(Open Speak!)

Apa yang aku tak puas hati dengan UNITEN?:

  1. Aktiviti Kokorikulum (Persatuan,Kelab mahupun Event) macam hidup segan mati tak mahu. Budak UNITEN lemau!Lemah!Semua bagi alasan tiada masa untuk sertai koko.Bagi alasan nak tumpukan study.Kemudian yang study tu kalau dapat dean list kira oklah.Ni ada yang anti koko tapi result tak mencecah 2.5 GPA pun.So memang lemah serba serbi (KOKO+Akademik)Kalau macam ini,softskill memang pasti tiada,kerja pun sukar nak cari.Tak kemana lah pelajar UNITEN kalau jenis macam ini.Sapa yang perlu dipersalahkan?
  • Pentadbiran:Pihak pengurusan ini tegaslah sedikit dalam hal kokorikulum siswa siswi di Uniten.Buatlah macam di IPTA yang memberi kredit kepada yang aktif dalam koko. Maka siswa siswi nak tak nak terpaksa menyertai koko.Barulah meriah skit koko di UNITEN.Ni tak,kalau sesebuah kelab buat aktiviti yang datang orang yang sama di mana bilangannya boleh dikira dengan jari.Kalau target 100 orang datang yang datang hanya 30 orang.Tu pun orang kuat kelab ataupun orang yang sama.Oleh itu,sangat perlulah pihak UNITEN mewajibkan siswa mereka menyertai koko dengan memasukkan kredit koko dalam GPA mereka.Contohnya 2 jam kredit.Bagi mereka terhegeh-hegeh cari persatuan bukan persatuan terhegeh-hegeh cari peserta.Pihak UNITEN juga perlu laburkan duit semester rm 80 untuk aktiviti koko pelajar sepenuhnya.Bukan simpan duit itu untuk kegunaan UNITEN.Jika ada 8000 siswa di UNITEN x rm 80 satu semester=rm 640,000 dan kalau setahun RM 1.2 juta.Kalau setahun hanya 9 bulan pengajian maka setiap bulan perlu UNITEN belanjakan 100 ribu untuk aktiviti pelajar!Itu sebulan!Ini tidak,kalau kelan nak buat event besar yang perlukan peruntukan RM10 ribu beri hanya RM 2 ribu maksimum.Kalau sebulan pun bukan semua kelab buat aktiviti.Yang grand hanya 2 atau 3 kelab yang belanja tak cecah RM 50 ribu.Mana hilangnya duit pelajar ini?Jawablah sendiri jika pihak tersebut menyalahkan saluran duit itu dibelanjakan.Nauzubillah...
  • Pelajar:Pelajar pun ada silapnya.Dah tahu setiap tahhun bayar RM 160 untuk aktiviti pelajar,gunalah duit yang dibayar itu sebaik mungkin.Hidup di U ni tiada sapa yang paksa anda tetapi jika anda keluarganya pendapatan rendah ataupun sederhana,RM 160 tu banyak nilainya.Yang kaya raya itu,tak tahulah nak kata apa.Setiap ringgit yang kita belanjakan akan Allah persoalkan ke mana ia dibelanjakan dan dari mana ia datang.
2. Tempat parking yang maha sikit:Dalam hal ini,aku pun tak tahu apa kena dengan UNITEN ini.Tempat kosong banyak.Tak tahulah jika nak bangunkan kena dapat kelulusan dari TNB ke atau tidak.Cuma jika HEP rasakan mereka mendengar keluhan pelajar,sudah tentu mereka akan fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.Tak perlulah mengehadkan pelajar yang membawa kereta kerana ramai yang kena duduk luar sebab yuran asrama di kampus mahal!Kalau semua kaya tak mengapa.Yang dapat PTPTN kesian mereka.

3. HEP suka kerja bertangguh atau banyak kerja?:Dalam hal ini aku tak tahu mana yg betul. Ada yang kata HEP ini suka tangguh kerja,takpun staf banyak cuti atau x pun banyak sgt kerja yang dibuat mereka.Kalau ikutkan untuk dapatkan pengesahan atau kelulusan untuk menjalankan sesuatu aktiviti persatuan di UNITEN,2 atau 3 hari dan boleh selesaikan ttp kadang-kadang itu sampai seminggu lebih baru nak approved.Nak kena mintak approval dari KPT ke?Pelajar nak buat aktiviti yang membina jati diri dan sifat kepimpinan mereka tetapi kelewatan kelulusan membantutkan progress kerja mereka.Fikirlah sendiri HEP.

4. Pengurusan perlu mesra pelajar atau senang kata pelanggan.Memang bagus di buka booth untuk bertemu pelanggan tetapi kadang-kadang itu,terpaksa melalui MPP ataupun booth dibuka di tempat ekskusif seperti di Dewan Seri Sarjana mahupun BM.Bukalah di Foyer COIT mahupun COE tak pun buka di KAFETERIA COE ke.Baru dekat dengan pelajar.Dan orang yang menjaga kaunter pelanggan itu perlulah dari orang HEP sendiri.Bagi orang atasan mendengar keluhan siswa-siswi di UNITEN.Bukan semuanya gembira dengan pengurusan universiti.

5. Sekuriti tidur.Hal ini malas dah nak cakap.Sekuriti di UNITEN ini bekerja bermusim. Macam makan gaji x celik je.Kalau ada event besar baru nak cek sticker.Kalau x lepaskan semua kereta keluar masuk.Selepas itu,kes perkakas UNITEN di conteng termasuklah kereta pensyarah,bas dan dinding UNITEN adalah kelemahan sekuriti membuat rondaan setiap masa.Kalau ada kes baru terhegeh-hegeh buat kerja.Macam melepaskan batuk di tangga je buat kerja.Setiap kerja adalah amanah dari Allah.Janganlah main dengan tugasan yang diberikan.Agaknya kalau kereta pensyarah kene curi baru nak buat spot check kat semua orang.Masa tu dah terlambat dah pun. Naik muak tengok Sekuriti buat kerja main-main.

6. Hari Isnin.Penguatkuasaan tiada di UNITEN!Kata wajib pakai formal tetapi tak penah buat spot check.Maka pelajar naik lemak la semuanya.Buat malu UNITEN je kalau ada orang luar melawat.Pelajarnya tidak berdisiplin.Arahan mudah iaitu pakai pakiaan formal pun tak mampu nak ikut.Bagaimana?Syabas kepada pensyarah yang take care tentang tata cara pemakaian.

7. UNITEN dapat status syarikat MISC ke?xda rupa pun.Internet kat dalam kampus terutama dalam asrama lembab macam batu je.Nak sign ini YM pun susah apa lagi nak check email.Kata dulu dan upgrade internet tapi lagi lambat macam dulu adalah.Kemudian salahkan student kerana overload lah apa lah.Dah yang duduk di dalam UNITEN tu beribu so ada beribu laptop dan desktop yang perlukan Internet,memang la berat.So upgradelah apa yang perlu.Jika seorang student bayar purata RM 5000 semester,setahun jadi RM10000 dan ada 8000 student di UNITEN so jumlah setahun lebih 70 juta setahun.Upgrade internet 5 tahun sekalin tak kan cecah sampai berjuta-juta kot.Gaji pensyarah mungkin purata seorang rm 4000 sebulan.Kalau ada 500 pensyarah baru rm 2 Juta sebulan.Setahun 24 juta.Pekerja am 500 x RM 2000.Setahun RM 12 juta.Campur dua-dua RM 36 juta.Elektrik air mungkin RM 1 Juta.Tak cecah rm 40 juta pun.Yang bakinya buatlah perbaiki kemudahan di UNITEN.Tak perlualah setiap semester buat.Setahun dua jadilah.At least ada enviroment baru di UNITEN.Bas UNITEN pun tak mencukupi.Mungkin pengiraan di atas hanya anggaran sahaja.Jika salah, aku bukannya orang kewangan UNITEN.

Tujuan kat sini bukan nak lepaskan geram atau buka pekung di dada,tetapi untuk menyedarkan pihak yang terlibat bahawa ramai pelajar UNITEN merungut dengan kekurangan yang ada.Perbaikilah kekurangan yang ada agar tak malu kita dengan orang luar nanti.Walaupun UNITEN adalah swasta tetapi jika kewangan diuruskan dengan bijak,tentu keuntungan syarikat dan juga keuntungan pelajar yakni kebajikan pelajar dapat di jaga.Saya mungkin mewakili pelajar UNITEN yang sedar akan keperluan mereka.Bagi anak orang kaya di UNITEN,mungkin tak perlu tahu masalah ini kerana mereka dah bahgia dengan kereta mewah yang dibawa ke UNITEN kemudian bawa anak dara orang tanpa arah tujuan.Aku maksudkan di sini bukan semuanya tetapi segelintir yang tak sedar bahawa harta yakni kereta mereka gunakan adalah amanah dari Allah SWT bagi mereka.Sesungguhnya itu adalah istidraj Allah buat kalian. Maaf atas kekasaran bahasa kerana bahasa yang lembut akan memualkan rasa tidak puas hati.Biar lepas cakap.Agar orang tertentu dalat cermin kembali diri mereka.Assalamualaikum.Asif Jiddan.

Kembali Dari Kesibukan Yang Mencanak!!!

Assalamualaikum Sahabat Sekalian,

Alhamdulillah minggu yang sepatutnya tenang dan nyaman bagiku rupa-rupanya merupakan minggu yang begitu tegang bagiku.Tegang di sini bermaksud aku mempunyai begitu banyak tugasan yang tidak disangka-sangka hadir.Contohnya aku terpaksa membuat 2 Lab Report di mana salah satunya sepatutnya dihantar selepas cuti tetapi terpaksa dihantar semalam yakni Rabu.Maka kelam kabutlah aku menyiapkannya.Kemudian minggu ini juga aku kena menyiapkan dua tugasan tutorial Thermodynamics 11 yang banyak.Dan alhamdulillah aku sudah menyiapkan petang tadi tetapi yang paling membingungkan aku adalah tugasan Proposal Project Theory of Machine.Dari 5 Proposal yang dihantar dan dipresent,hanya satu di terima setelah kami mencuba selama 4 hari untuk memperbaikinya.Dan pressure bertambah kerana mekanisma yang salah yang terpaksa kami perbaiki tersebut,tidak dijumpai jalan penyelesainnya.Tetapi setelah aku bangun pagi untuk subuh di masjid sebentar tadi,aku mendapat ilham untuk membuat lagi satu mekanisme baru dan seterusnya diterima oleh Mr Hafiz.Alhamdulillah.Tenang aku dibuatnya.Dan kini barulah aku punyai masa untuk berada di hadapan Laptop ku...Moga aku lebih tersusun hidupnya...

Tahniah TV3!Anda memang hipokrit!!!

Assalamualaikum...

Heheheh..sudah tentu sahabat sekalian pelik kan tengok title artikel aku kali ini.Al kisahnya jam 10.00pm 15.1.2009 semasa aku makan kat Restoran D Limau Nipis Bangi,aku pilih meja berhadapan dengan skrin TV besar.Sedang-sedang kita kalut dengan masalah di Gaza dan boikot besar-besaran barangan Yahudi dan sekutunya,datang pula media yang mempromosikan barangan mereka.Aku terkejut melihat TV3 mempromosikan iklan produk McDonald terbaru iaitu Prosperity.Kemudian terus ada iklan Maybelline under syarikat Sara Lee.Kemudian datang pula iklan Caltex.Ketiga-tiga produk ini jelas benar ada kaitan dengan dana kepada Israel. Al Kuliah punyalah bagus bincangkan hal anti peperangan Gaza.Kat Buletin Utama pula tak habis-habis tunjukkan diri menjadi hero perjuangkan Palestin.Tetapi pada masa yang sama mereka tikam belakang rakyat Palestin.Buat benda yang baik dan pada masa buat yang baik.Apa nak jadi dengan TV3 ini tak tahulah.Dah jadi ejen kerajaan membabi buta.Sepatutnya media kena menjaga etika mereka agar bebas dari mana-mana pengaruh.Bukannya jadi tali barut kerajaan atau rakan perniagaan Yahudi Laknatullah.Masih tak sedar-sedar lagi ke TV3 ini? Entahlah,mereka sedang di lamun mimpi indah duniawi sahaja...Moga Allah buka kan hati mereka agar tidak hanya memikirkan perniagaan semata-mata...Amin...Jika nak buat baik jangan campur adukkan dengan yang tak baik.