Assalamualaikum...
KahKahKah...suka benar aku melihat sekali lagi dunia politikus Malaysia dilanda tsunami PRK buat kali ke berapa entah.Mahu kali 6 kot.Rasanya bahana perubahan landskap politik negara semakin hari makin panas sejak PRU ke-12 tahun lalu.
Aku tahu sekarang terdapat kepincangan dalam Pakatan Rakyat.Namun dapat ku rasakan ianya strategi PR semata-mata.Bermula dengan krisis di PPinang kemudian krisis DAP di Kedah.Semuanya memainkan peranan penting dalam mengenakan peluru makan mangsa.Mangsanya adalah BN sendiri.Kudrat media perdana seperti Utusan Malaysia,Berita Harian,NST,The Star,TV3,RTM dan sebagainya digunakan sepenuhnya oleh pemerintah untuk menangkis serangan bertalu-talu tanpa penyudah oleh pembangkang.
Kelihatan seperti kemenangan berpihak kepada BN apabila mereka berjaya meruntuhkan kerajaan PR Perak dengan menggunakan kesetiaan kepada Raja untuk mempertahankan maruah institusi raja.Ah..bohong je tu.Dahulu masa era zaman Mahathir,UMNOlah yang menyekat banyak kuasa raja sehinggakan mereka mahu menyiasat harta yang dimiliki oleh Raja-raja Melayu.Biadap sungguh.Itu belum lagi kes terbaru di mana semasa krisis BN di Terengganu,Sultan Mizan dihina kaw-kaw dengan panggilan "Kami nak deris ********".Kasar sungguh mereka ini.
Usaha untuk memecahbelahkan PR kelihatan seperti berjaya beberapa minggu lalu.Isu di mana Babi di Kedah dimainkan oleh Media BN.Begitu juga kuil dan tokong juga di negeri Jelapang Padi tersebut.Semua diperbesarkan agar pendokong PR ragu-ragu dengan perjuangan mereka selama ini.Apabila DAP Kedah keluar PR,Penyangak BN tepuk tangan namun mereka bertepuk sebelah tangan.DAP menarik kembali kenyataan mereka untuk keluar dari PR.Ini tamparan hebat buat Be-End.
Sebelum itu,negara dipanaskan dengan isu Unity Goverment.Memang cukup panas. UMNO sengaja mahu memecahkan satu-satunya parti Islam yang membawa Syariat Islam.Jika mahu membawa Syiar Islam,semua parti boleh lakukan termasuk Ameno.Namun untuk Syariat Islam,ketika ini hanya PAS mampu melakukannya.
UMNO berjaya memecahkan PAS kepada dua puak iaitu yang menyokong UG dan menentangnya.Presiden dan Timbalannya PAS menyokong UG,namun akar umbi bersama Mursyidul AM mereka terus-menerus menentang.Nik Aziz merasa peritnya ditendang oleh UMNO setelah UMNO kuat dahulu setelah hampir hancurnya UMNO dalam peristiwa 1969. Kemudian betapa peritnya Kelantan di anak-tirikan oleh UMNO sepanjang hampir 20 tahun pemerintahan PAS.Namun sekarang isu UG tidak lagi dimainkan kerana ianya hanya mainan oerang saraf oleh UMNO and The Geng.UMNO tidak ikhlas memperjuangkan nasib bangsa Melayu.Kerana mereka sendiri adalah menyangak Melayu itu sendiri.
Isu PPSMI,isu pemberian tanah di Johor dan sebagainya menjadi bukti UMNO kini membunuh bangsanya sendiri.Itu belum dikira agamanya lagi.Aku terbaca kenyataan TPM,Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengatakan UMNOlah parti Islam dan dasar asal perjuangan UMNO adalah Islam.Kepala Hotak dia!UMNO adalah parti kebangsaan semata-mata.Islam sebenar dibuang kerana menyekat periuk nasi dan nafsu serakah mereka!TPM mengatakan UMNO membangunkan banyak masjid dan bank Islam.Itu semua adalah syiar Islam.Memang nampak bagusnya.Namun di mana Syariat Islam yang paling utama dibangunkan???Jika bina masjid cantik-cantik pun tanpa ada insan yang mengimarahkannya,ianya adalah salah satu tanda akhir zaman di mana Masjid hanya menjadi tempat kebanggaan bukan lagi pusat kegiatan Islam. Masjid kini makin hilang serinya apabila pelbagai tekanan diberikan agar masjid tidak mampu mengeluarkan suara kebenaran dalam menghancurkan kebatilan.Tangan siapa yang menghalang masjid bersuara bebas?Tentunya si pemerintah!
PAS,dulunya Hizbul Muslimin diharamkan oleh British kerana membawa syariat Islam sepenuhnya.British yang merupakan ejen Freemason dan Zionis mahu menyekat sebarang parti yang membawa kepada bangkitnya semula Kerajaan Khalifah Islam setelah runtuhnya Turki Uthmaniah pada 1924. British bijak merancang strateginya.Mereka membenarkan hanya pertubuhan bukan Islam seperti UMNO yang berteraskan semangat Bangsa dan Kebangsaan semata-mata hidup segar mekar di Tanah Melayu ketika itu.Akhirnya PAS terpaksa menyelinap masuk ke UMNO untuk sekurang-kurangnya meng'islam'kan kembali UMNO ketika itu.
UMNO dulu dan kini sangat berbeza.Dahulu ada juga UMNO memperjuangkan Islam walaupun tidak tegas mempertahankan Islam.Kini UMNO mempermainkan Islam.Lihat sahaja apa sudah berlaku apabila kabinet pernah bersetuju untuk memberikan hak kebebasan kepada anak-anak yang ibu bapanya berlainan agama seperti Islam dan Kristian untuk memilih agama kesukaan mereka.Tak wajib kata mereka memeluk Islam untuk anak-anak yang tidak mengenal erti kehidupan itu.Hancur!Kemudian dibanggakan pula apabila Kuala Lumpur menjadi Kota Kebudayaan Islam.Lagi satu hancur!KL adalah pusat segala kemaksiatan yang terdapat di Malaysia.Dengar kata hujung tahun ini,KL menjadi hub utama dalam Pesta Arak Antarabangsa! Wahhh...hebatnya Kota Kebudayaan Islam ini!Haram halal dicampur adukkan!
Janganlah nak katakan Ameno itu parti Islam jika diri mereka sendiri telah terpengaruh dengan nafsu dunia semata-mata.Islam mungkin ditegakkan oleh mereka setelah Malaikat Izrail berada di hadapan mereka.Riba,pelacuran,perjudian,rasuah,pembohongan terus menjadi sajian kempen UMNO di mana-mana.Lihat pada pernyataan di bawah ini!:
"KUALA KRAI, 10 Julai (Bernama) — Hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat di Manik Urai akan menjadi lebih mudah jika para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri itu memilih calon BN, sekaligus memenangi pilihan raya kecil pada 14 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kerajaan BN tidak memingggirkan mana-mana kawasan pedalaman dalam agenda pembangunannya jika diberi peluang berkhidmat di kawasan berkenaan meskipun kerajaan negeri ditadbir pembangkang."
Seperti telah menjadi darah daging, setiap kali pilihanraya samada umum atau pilihanraya kecil, UMNO/BN ‘wajib’ menipu rakyat.Endau di Johor dan Rompin di Pahang adalah dua kawasan Dewan Undangan Negeri yang TIDAK pernah dimenangi oleh parti lain sejak negara mencapai kemerdekaan selain daripada UMNO. Malangnya kedua-dua kawasan ini adalah antara kawasan yang paling mundur di Semenanjung Malaysia.
Sepanjang tempoh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar Johor langsung tiada pembangunan ketara di kawasan Endau. Taraf kemiskinan penduduk daerah Endau adalah antara yang tertinggi dalam negeri Johor !!!
Kadar celik IT penduduk di dua kawasan ini amat rendah. Mereka lazimnya hanya menerima maklumat daripada siaran RTM dan akhbar arus perdana yang biasanya dipenuhi dengan propaganda dan pendustaan fakta.
Maka buat mereka yang celik dari penipuan besar UMNO dan BN,bangkitlah.Pilihlah yang terbaik dari kalangan yang baik.Memang PAS tidaklah sempurna tetapi mereka jauh lebih tegas dan baik dalam memperjuangkan Islam berbanding parti UMNO.Yakinlah kemenangan akan berpihak kepada Islam akhirnya!Allah hu Akhbar!!!
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan