Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Jom Main Jom!

Menanti Esok dan Rabu..

Assalamualaikum...



Sesungguhnya betapa sibuknya aku kini menguruskan hidup ini.Alhamdulillah pada Tuhan Sekalian Alam Yang Esa,menjadikan rezeki yang melimpah ruah kepadaku.Saat ku berkesempitan uang,Dia memudahkan jalanku.Syukur padaMu!

Esok ada tugasan berat buatku.Menjadi Pengarah Kursus Pra-Perkahwinan UNITEN 2009 di COIT.InsyaAllah aku akan dibantu tulang belakang ku yang merupakan rakan-rakan seperjuanganku.Moga Allah permudahkan pengurusan kami di kursus tersebut selama dua hari.

Dan petang ini pula,akan diadakan perlawanan persahabatan Bowling M-Team Sahabat Al-Quran. Malamnya pula aku dijemput menjadi VIP untuk Malam Anugerah Smart Group 2009.Ah,begitu tidak gemar aku digelar VIP kerana aku Pimpinan PPI.Mahu sahaja duduk bersama-sama sahabat yang tiada pimpinan yang menjadi tulang belakang kepada sesebuah persatuan itu.

Dan rasanya perlu
aku umumkan akhirnya di sini bahawa secara rasminya aku,Faiz akan mengakhiri pimpinan Persatuan Pengajian Islam pada Rabu ini dan tidak akan sambungkan ianya selepas Muktamar PPI kelak.Harap para sahabat dan sahabiah menghormati keputusan ku ini.Aku lihat,insyaAllah pimpinan kali ini begitu ramai yang boleh dinaikkan sebagai pimpinan seperti Hafizan,Akram,Syahir,Fahmi,Lam,Hazim dan lain-lain.Mereka lebih layak dariku.

Ini tidak bermakna berakhirnya perjuanganku bersama PPI.InsyaAllah jika ada program PPI,sudi sahaja menjadi pembantu dalam menguruskan bersama kalian cuma kena pada masanya.InsyaAllah pimpinan baru kelak lebih baik dari pimpinan sebelumnya.

Dan di sini juga aku mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke 21 kepada Zaidah (2/8/2009) dan juga Jannah (4/8/2009).Moga Allah panjangkan umur kalian.Amin...


Hukum Minyak Wangi Beralkohol Dalam Solat!


Hukum Alkohol dalam Minyak Wangi 


SOALAN 

Assalamualaikum, 

Saya keliru tentang hukum memakai minyak wangi beralkohol didalam sembahyang. Setengah pendapat berkata alkohol itu najis jadi tidak sah sembahyang kita.... mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat.. 



Jawapan seperti berikut :- 


1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut : 


"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90). 


Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim: 

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya " 

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis" 

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis. 

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal. 

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan" 

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali); 

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152). 

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol. Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk. 


Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya. 

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat. 

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.
Sumber:Islamic Tazkirah Online

Aku Dibius Cinta!!!


Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.

“Aku dibius cinta!” kata Melly Goeslow.

Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do’s and don’ts yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.

Namun, saya ingin mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli dari nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan di bawah nanti, sesuai untuk meneroka kembara mawaddah dalam sebuah rumahtangga yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Firman Allah SWT:




“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21]


Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.
Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:


SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

1) Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

2) Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

3) Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

4) Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

5) Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

6) Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

7) Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?



SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

1) Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

2) Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

3) Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

4) Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

5) Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

6) Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

7) Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?


Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.


“…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [al-Baqarah 2: 286]


Namun, menyedari bahawa kehidupan berumahtangga itu adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh dari realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.

Sesungguhnya saya senaraikan 14 soalan, separuh untuk bakal suami dan separuh untuk bakal isteri, bukanlah soalan yang direka-reka tanpa asas. Mengendalikan sesi perkongsian di antara teman-teman dan peserta program, bertukar-tukar pandangan serta nasihat dari golongan yang lebih berusia, mengumpulkan hal-hal ini untuk direnung oleh kita semua.

Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika.
Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.

Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan.Sebelum anda dibius cinta… soallah diri sejauh mana anda bersedia?
Petikan dari Ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com)

Lelaki Ramai Masuk Neraka?


Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"


Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)


Manchester United Tidak Ke Indonesia,Kejayaan Kuffar?


Petikan Dari Suara Muda:
Malam tadi saya berbual dengan seorang teman yang merupakan peminat bola sepak. Saya tidak tahu siapa yang diminatinya samada MU, Arsenal atau apa. Katanya, bayangkan di Indonesia sahaja ada sebanyak 28 juta peminat MU ( lebih lagi ) yang menanti kehadiran mereka ke Indonesia. Namun, gara-gara pengeboman hotel di Jakarta yang salah satu dari hotel itu adalah tempat mereka bakal menginap, akhirnya mereka mengambil keputusan membatalkan kehadiran mereka kerana kebimbangan soal keselamatan mereka yang mungkin tidak terjamin.


Ribuan yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan ini baik di Jakarta ataupun melalui skrin-skrin besar yang akan dipasang di seluruh tempat di Indonesia. Bayangkan jika 28 juta orang membeli baju T-Shirt MU, berapa keuntungan yang akan didapati oleh pemain MU hasil komisyen antara pembuat baju (penganjur) tersebut. Bahkan terdapat peminat yang membeli tiket untuk makan malam bersama pemain MU yang bernilai 30 – 40 juta rupiah. 


Lebih sebulan di kaca TV, iklan-iklan kehadiran pemain MU ke Indonesia dipaparkan. Setiap hari lebih dari 10 kali iklan. Semua iklan itu sampai menggunakan pemain MU sebagai modelnya iaitu Wayna Rooney, Rio Ferdinand, Berbatov, Ryan Giggs dan beberapa orang yang lain. Iklan yang ditaja oleh syarikat telefon M3 ( macam Maxis lah kalau di Malaysia ) ini dikatakan dibuat diluar Negara. Sangat menarik, mereka muncul di dalam iklan tersebut dengan berbicara dalam bahasa Indonesia yang berbentuk kempen mencintai bola sepak dan mengajak menyaksikan perlawanan tanggal 20 Julai lalu.


Sekarang apa yang terjadi ?


Setelah hotel di bom tanggal 17 Julai lalu, pemain MU tidak mahu datang kerana jaminan terhadap keselamatan mereka diragui walaupun berkali-kali pihak penaja iaitu M3 membuat rayuan agar selepas mereka berada di Malaysia, diharap dapat juga datang ke Indonesia. Namun, mereka tetap tidak mahu datang. 


Kini, syarikat M3 terpaksa membayar kepada pemain MU sebanyak 19 milliar ( billion ) rupiah atas iklan yang menggunakan pemain MU sebagai modelnya. Mereka juga perlu membayar komisyen baju MU yang telah dijual kepada para pemain ini. Cuba anggarkan jika sehelai baju berharga RM12.00 dan RM 10.00 perlu diberikan kepada pemain MU, kira-kira berapa kos yang perlu ditanggung oleh syarikat penaja ini ? 



Kejayaan Kuffar dengan pengeboman hotel ?


1) Mereka boleh ‘masuk campur’ atas nama kerjasama memerangi teroris di Indonesia yang akhirnya nanti para aktivis jihad dan gerakan Islam akan ditangkap di Negara sendiri. (setakat ini Susilo masih tidak mahu ada campur tangan asing dalam menyelesaikan kes ini ).


2) Mereka boleh masuk campur untuk ‘mengganggu’ hubungan baik Susilo dengan partai-partai Islam di Indonesia dan membantutkan kontrak politik yang menguntungkan Islam antara SBY dengan partai-partai ini khasnya dalam perjanjian SBY perlu mendukung Palestin. Ini menakutkan Amerika kerana Indonesia adalah Negara yang mempunyai paling ramai umat Islam. 


3) Musuh Islam berjaya menimbulkan kemarahan yang sangat menggila kepada peminat fanatic MU yang sangat kecewa dengan pembatalan perlawanan ini. Maka secara tidak langsung TV yang setiap detik memprovokasi nama Jama’ah Islamiyyah, Al-Qaeda, mujahidin dan sebagainya telah menambahkan kebencian kepada peminat-peminat MU ini sehingga mereka nantinya tidak segan-segan memaki hamun JI dan para mujahidin membabi buta sebagaimana media yang jahat ini.



Catatan : RM 1.00 bersamaan RP 2,800. Kiralah berapa jumlah 19 billion RP dalam jumlah RM dan kiralah berapa nilai keuntungan kuffar memprovokasi para peminat MU yang jumlahnya melebihi 28 juta orang di Indonesia.

Button Badge Islamic For Sale!!!


Sesiapa mahu,sila hubungi Mr Nazmie seperti talian tertera di iklan di atas!

Abu Jahal Menguji Muhammad S.A.W


SUATU HARI Abu Jahal ke rumah Abu Talib, Bapa Saudara Rasulullah SAW. Maksud kedatangannya adalah ingin melaporkan tentang keadaan Rasulullah akhir-akhir ini. Kedatangannya disambut oleh Abu Talib dengan senang hati. 

Berkatalah Abu Jahal: "Hai Abu Talib, ketahuilah bahawa anak saudaramu Muhammad akhir-akhir ini berbuat perkara yang aneh-aneh. Dia menyebarkan agama baru, mengumpat-ngumpat tuhan kita dan nenek moyang kita. 

Kami masih memaafkannya kerana menghormati akan kemuliaanmu. Tetapi jika anak saudaramu Muhammad masih terus saja berbuat yang tidak bersesuaian dengan ajaran nenek moyang kita, maka tidak ada jalan lain kecuali kami akan membunuhnya." 

"Wahai Abu Jahal, duduklah kamu di sini sebentar sampai Muhammad saya panggil ke mari," jawab Abu Talib. 

Tidak lama kemudian datanglah Rasulullah SAW di hadapan bapa saudaranya dan Abu Jahal. Rasulullah SAW sudah menduga maksud kedatangan Abu Jahal ke rumah bapa saudaranya itu. Setelah mereka saling berhadapan, berkatalah Abu Jahal kepada beliau. 

"Hai Abu Talib!" Abu Jahal memulai bicara. "Kalau memang anak saudaramu itu betul dalam pengakuannya sebagai Rasul, cubalah tunjukkan kepada kami akan tanda-tandanya," pinta Abu Jahal. 

Abu Talib menoleh kepada anak saudaranya sambil berkata: "Hai anak saudaraku Muhammad, bagaimanakah tanggapanmu akan permintaan Abu Jahal itu?" 

"Pak Cik," jawab Nabi Muhammad. "Apakah mereka mahu beriman jika saya sanggup membuktikannya?" tanya Rasulullah. 

"Sekarang apakah yang mereka kehendaki Pak Cik?" tanya Rasulullah SAW lagi. 

Kebetulan sekali di muka pintu rumah Abu Talib ada seketul batu yang besar sekali. Sambil menunjuk ke arah batu itu, Abu Jahal berkata: "Hai Muhammad, jika kamu itu betul-betul utusan Allah, cubalah keluarkan dari dalam batu itu sebatang pohon yang mempunyai dua cabang, yang pertama condong ke sebelah Barat, sedang yang kedua pula condong ke sebelah Timur," perintah Abu Jahal. 

Mendengar permintaan Abu Jahal ini lalu baginda berdoa kepada Allah SWT/ Tidak beberapa lama kemudian, turunlah Malaikat Jibril memberi salam lalu memberitahu kepada baginda, bahawa Allah telah menerima doanya. 

Seketika itu juga batu di muka rumah Abu Talib terbelah menjadi dua. Dari dalam batu itu kemudiannya keluar sebatang phon dengan dua cabang yang semakin besar dan meninggi, sesuai dengan permintaan Abu Jahal dan kawan-kawannya. 

Mereka yang menyaksikan menjadi kagum. 

"Alangkah baiknya apa yang dia datangkan," ujar salah seorang dari mereka. Tetapi mereka belum puas, lalu meminta supaya pohon itu ditukar untuk menjadi sesuatu yang lain. 

Abu Jahal dengan kawan-kawannya bertambah hairan, tiba-tiba mereka berkata: "Alangkah bagusnya sihirmu, hai Muhammad!" Kata Abu Jahal. 

Setelah berkata demikian, mereka pun berlalu pergi dengan melemparkan kata-kata ejekan kepada Rasulullah. 

Demikianlah sifat-sifat orang kafir yang tidak pernah menepati janji. Mereka selalu ingkar, walaupun sudah kalah berhujjah, sebagaimana Abu Jahal dan kawan-kawannya.


20 Alasan Pelik Lelaki Kahwin Lambat!



20 Rahsia Alasan Pelik-Pelik Lelaki Kenapa Kahwin Lambat!:
1)Tulisan Yang Diboldkan ialah luahan hati lelaki
2)Tulisan Yang Italic,ulasan mereka yang tidak fikirkan jalan keluar berlandaskan Islam
3)Tulisan Merah,isihati Destinasimu!


1."Duit lum cukup lagi". 
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Meggi pun dah nak naik harga!
-Sebenarnya kesusahan tidaklah ditanggung seorang sahaja selepas pernikahan.Allah itu maha adil.Rezeki selepas bernikah,akan Allah gandakan kepada dua iaitu untuk si suami dan isteri.Allah lebih suka pada yang halal dan benci pada yang haram.Lakukanlah yang halal agar dipermudahkan rezekimu.Mengenai hantaran itu,berfikirlah bahawa perkahwinan bukan semasa majlis akad sahaja.Ianya sehingga anak cucu.Perbelanjaan ketika menimang cahaya mata lebih berat buat si suami dan isteri. 

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin". 
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .
-Bersusah-susah dahulu bersenang-senag kemudian!Jika awal perkahwinan smeuanya nak mewah,berhutanglah kamu!Maka bercerai berailah kamu kerana masalah kewangan.Menabung dahulu untuk rumah dan keperluan masa depan anak.Baru berfikir akan kereta mewah dan sebagainya yang mewah.


3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". 
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis! 
-Sampai bila nak berkenan dihati?Jumpa sahaja yang cantik mahu disambar?Cantik luaran sahaja difikirkan?Di dalam?Di mana kita umat Muhammad SAW mahupun praktikan 4 ciri-ciri pemilihan zaujah?Si wanita pun,utamakan yang soleh.Rezeki selepas perkahwinan Allah berikan. Ramai sahaja usahawan dan peniaga berjaya sebelum kahwin  gagal selepas perkahwinan kerana tiada Islam dalam hatinya.

4."Tak datang seru lagi kot". 
Bakal isteri pun tiada lagi? Camana nak kahwin. 
-Seru itu datang ketika Allah katakan si dia jodoh kita.Jika rasakan dia terbaik untuk kita, buatlah solat istikarah dan siasat latar belakangnya.Kemudian teruskan kepada pertunangan atau pernikahan.

5."Banyak sangat halangan". 
Banyak sangatlah procedure sekarang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!HaHaHa. 
-Semua perkara yang mahu dilakukan ada halangan.Mengapa dipersoalkan hal perkahwinan?Halangan kecil itu hanya seumur hidup sekali sahaja!

6."Belum bersedia la". 
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Perempuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana. 
-Kita akan bersedia setelah adanya perbelanjaan asas mendirikan rumah tangga dan adanya ilmu didada untuk didik isteri kita serta anak-anak.Jika takutkan tanggungjawab akan jadi ketua keluarga,bagaimana tanggungjawab terhadap dirimu sendiri?Bukankah sejak baligh lagi,ianya telah dipertanggungjawabkan kepadamu?

7. "Ilmu tak cukup la". 
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?Mimpi basah? Yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?Soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak! 
-Rosak kalau berfikiran seperti ini.Belajarlah hal rumah tangga dengan lebih mendalam seusai akad nikahmu.Namun belajarlah serba sedikit dari kursus pra-perkahwinan mu dan juga tanyalah pada ibu bapamu.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
 
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak. 
-Oleh itu,carilah pada awal perkahwinan itu yang baik dan solehah.Namun kamu juga perlu menjadi pemuda yang soleh.Moga bertemu dengan yang solehah.Kurang sedikit bebanan untuk mendidik isteri selepas itu.Salah pilih padah menanti!

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan". 
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita. 
-Banyak juga lelaki meninggalkan perempuan kerana paras rupa bukan?Maka wanita juga seperti itu.Namun lebih ramai lelaki memilih kriteria kecantikan berbanding wanita memilih kerana kekayaan.Berusahalah mencari harta untuk menyenangkan hidup keluargamu kelak!

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la". 
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung. 
-Hal dosa-dosa ini,itulah yang telah  diamanahkan oleh Allah untuk kita benar-benar menjadi suami yang soleh.Jangan menjadi dayus!

11."Jodoh tak sampai lagi kot". 
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !! 
-Anda direject bukan kerana paras rupa.Wanita lebih berfikiran jauh.Mereka memikirkan masa depan hidup berkeluarga ketika sudah beranak-pinak.Jika hidup bakal suami pun sangat susah,bagaimana mahu menyara hidup keluarga kelak?

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . 
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin! 
-Bukankah itu memang sifat semulajadi wanita untuk merajuk?Mereka merajuk untuk mendapatkan perhatian si suami akan kehadirannya dalam institusi keluarga.Ianya akan menjadi kehangatan kepada perkahwinan anda kelak.Pasti Bahagia dengan ragam sebegini!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka". 
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!! 
-Kalau fikirkan mahukan si dia perfect,cermin dahulu diri kita.Adakah perfect seperti yang kita mahukan darinya??

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la". 
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!! 
-Terluka bercinta dengan makhluk?Memang kerana cinta pada makhluk akan luput setelah jasad di liang lahad.Namun cinta padaNya juga membawa kepada syurga yang abadi. 

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat". 
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer. 
-Janganlah cari wanita seperti ini.Ini adalah yang mempermainkan diri lelaki.Lelaki soleh jarang benar terjerat dengan bab ini.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". 
Pompuan memang camtu.. 
-Huh,ini hanya wanita je boleh jawab.Lelaki pun kadang-kadang sama juga kan?

17. "Nak carik yang solehah lah". 
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot. 
-Mahu cari yang solehah?Jadilah soleh dahulu.Baru layak!

18. "Masalah la". 
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar. 
-Perempuan  kadang-kadang beremosi kerana mereka akan datang masa uzurnya.Maka lelakilah memainkan peranan dalam mengimbangi kembali emosi mereka.Bukan hentam sahaja.Dah itu ciptaanNya.Jagalah baik-baik.

19. "Nak sambung belajarlah bakal isteri saya tu ader master atau phd malu la". 
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh kat dia tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject. 
-Ingatlah,jodoh itu telah ditentukan oleh Allah sejak kita dilahirkan lagi.Jodoh tidak mengira darjat namun ianya disatukan kerana rahsia Allah.Kelak selepas diijabkabulkan,barulah pasangan tersebut tahu mengapa mereka secocok walaupun berlainan paras akademik.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". 
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.
-Yang pastinya lelaki juga suka permainkan hati wanita.Jika anda suka seseorang terus terang padanya dan teruskan pada pernikahan.Jangan test-test dahulu!

Cinta Mana Sahabat Kejarkan?


Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan  menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi,  orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). 
Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga : 

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, 
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan 
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri 
sendiri. 

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara  dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah  SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah  yang lain.  Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya: 


1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang  yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan  selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir  tak bisa berfikir lain. 


2. Cinta rahmah Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap  berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih  memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang  penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia  sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.  Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah,  terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al  Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang  memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat. 



3. Cinta mail Adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga  menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan.  Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana  ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung  mengabaikan kepada yang lama. 



4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan  memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa  seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan.  Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya  Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf. 



5. Cinta ra'fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma  kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk  salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan  agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam  hal ini kasus hukuman bagi penzina (Q/24:2). 




6. Cinta shobwah, Yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa  sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi  Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon  dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga  dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun  min al jahilin (Q/12:33) 



7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang  menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa  rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian  diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an  nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya  memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. 


Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al  Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al  qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang  pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi.



8. Cinta kulfah. Yakni perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada  hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu,  membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an  ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan  kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Kerang dan Kita (MUST READ!)


Kerang dan Kita 



Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaidera manusia. Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang.

Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan.

Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek; dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa, semoga tetap bertahan. Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan. Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang.

Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah... Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang dan ketam bergelimpangan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.

Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat, otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mual dan termuntah di situ. Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.

Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku. Kita ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh kita.

Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan. Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan jiwa dan melancarkan lidah.

Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan. Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan?

Anda Mahu Berkahwin Dengan Sepupu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjurus kepada artikel bertajuk "Apakah Aurat Antara Ipar?",ianya banyak mendapat respons positif.Memang ana tak nafikan betapa sekarang ramai yang jahil tentang hukum menutup aurat termasuk diri ini.Oleh yang demikian,dengan kesedaran yang ada,ana tampilkan hukum tersebut pada artikel tersebut.

Kini diajukan pula pertanyaan dari salah seorang pengunjung Destinasimu mengenai hukum berkahwin dengan sepupu belah ibu.Mari kita lihat persoalannya:

Maka jawapan kepada pertanyaan saudari ialah:

Tidak ada hadis atau ayat al-Quran melarang perkahwinan antara sepupu.

Namun ada yang mengatakan tidak digalakkan perkahwinan dengan kerabat terdekat kerana bimbang anak yang bakal diperoleh akan lemah akalnya. Sebenarnya dalam perkahwinan, yang dianjurkan ialah mencari calon yang soleh dan bertakwa.

Jika kebetulan yang soleh dan bertakwa itu dari kalangan sepupu atau saudara mara, ia tidak menjadi kesalahan. Cuma janganlah kerana sebab seperti takut keturunan dan nasab hilang maka dijodohkan sesama saudara seperti beberapa kes mereka yang ada gelaran Syed atau Wan yang hanya berkahwin dengan sepupu kerana bimbang gelaran hilang. Rasulullah SAW sendiri mempunyai isteri yang ada kaitan hubungan sepupu dengannya.

Namun situai yang boleh diceritakan ialah seperti orang Perak,mereka berpegang kuat pada belah ayah.Mereka mengatakan anak-anak adik-beradik lelaki ayah (sepupu belah ayah) tidak boleh berkahwin kerana air wudhuk tidak terbatal.Maka dikatakan tidak boleh berkahwin.Penerangan pada artikel sebelum ini iaitu tidak boleh berkahwin anak saudara sebelah adik beradik lelaki mahupun perempuan bermaksud di sini,kakak atau abang anda mungkin telah berkahwin dan sesungguhnya anak mereka (anak sedara kita) tidak boleh dikahwini.Namun jika kita mempunyai anak kelak,boleh berkahwin dengan anak-anak mereka.Untuk kepastian sila bertanya dengan ustaz.Ini adalah permasalahan Munakahat.Jika salah sila betulkan.Jazakallah.

Promo Kursus Pra Perkahwinan UNITEN

Apabila Hindu Bersekutu Dengan Israel?


 Assalamualaikum.

Peringatan untuk semua, umat Islam kini diancam bahaya dari kafir laknatullah. Wallahualam.

TO ALL MY MUSLIM FRIENDS .... EVERY ONE MUST READ AND UNDERSTAND WHAT'S GOING ON IN THIS WORLD?

KEPADA SEUDARA MUSLIM.. ANDA SEMUA MESTI FAHAM APAKAH APA YANG SEDANG BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI..

This book was introduced into the London book market for 5 days before it was withdrawn due to fear of harassment and discrimination against Hindus in the arab world. The source of this information comes from the U.A.E .
Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi orang Hindu di dunia Arab. Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E

Sharjah broadcasting Channel presented by Ra'ad Aman and the program name, "Foreign writings".
Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan oleh Ra'ad dan proram bernama "Penulisan Luar".

Book Title : "All Hindus Wake up"
Buku Berjudul : "Semua Hindu Bangunlah"

Subheading : "The protocols for Hindu leaders"
Tajuk kecil : "Protkol Ketua Hindu"

The Author : Dr.R. Singh
Pengarang : Dr. R. Singh

These are 13 of the protocols mentioned :
Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:

1. Hindus must consider the state of Israel as its most friendly ally due to its negative at! titude towards muslims.
1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.

2. Spread Sinful acts and values within muslim communities.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.

3. Hindu temples must be built in all places possible! and to be visited every day. Also the statue of "Ram" (their god name) to be placed in the work place.
3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.

4. Regular meetings are to be held to plan ways in working against Islam.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam

5. Distribution of drugs and prostitution to be carried out within muslim countries and communities.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.

6. Sexual relationships with muslim women is encouraged to ensure the production of Hindu babies within muslim communities.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak-anak Hindu dilahirkan dikalangan mereka.


7. If you are a pharmacist or doctor, try at all costs to enduce congenital ! defects in the foetus.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.

8. If you are a nurse or doctor, whisper "Ohm" into the new-born's ear. like what we say azan)
8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)

9. Try to spoil or damage goods in muslim shops if you are employed by them.
9. Cuba rosakkan bekalan makanan dalam kedai orang Islam sekiranya anda bekerja dengan orang Islam.

10. Become their friends, gain their trust and stab them in the back.
10. Jadilah sahabat! mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian khianatilah mereka.

11. Turn others against them.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.

12. If you work in their homes, try to influence their children or wives way of thinking.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.

13. Wear a black string around your wrist.
13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda.

 Perkara ini telah berlaku di Perak,ini lah kerisauan yang dialami oleh mufti Perak...
 

 

 

BERGETAR JANTUNG KU, MENYIRAP DARAH KU,

TIDAK KU TAKUT MAHU PUN GENTAR,

KERANA AGAMA DAN BANGSA YANG TERCINTA,

AKAN KU TENTANG HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR...  

 

ALLAH HU AKBAR...ALLAH HU AKBAR..ALLAH HU AKHBAR 

Apabila Hanya Mempersoalkan Kecantikan...


"Satu kaji selidik mendapati wanita cantik cenderung untuk melahirkan anak perempuan lebih cantik berbanding ibunya manakala kitaran itu berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian oleh seorang penyelidik dari Universiti Helsinki iaitu Markus Jokela menyatakan wanita cantik melahirkan lebih ramai anak terutamanya anak perempuan berbanding wanita yang kurang cantik.

Dalam kajiannya, Jokela menggunakan data melibatkan 1,244 wanita dan 997 lelaki dari Amerika Syarikat selama empat dekad.

Sepanjang kaji selidik itu dilakukan, gambar setiap responden dirakamkan bagi menilai kecantikan fizikal mereka manakala jumlah anak yang mereka miliki turut direkodkan.

Beliau mendapati wanita cantik memiliki 16 peratus lebih ramai anak berbanding wanita yang kurang cantik.

Contoh-contoh jelas kaji selidik itu termasuk selebriti wanita yang memiliki anak perempuan yang cantik.

Model terkenal, Jerry Hall memiliki dua anak perempuan yang cantik iaitu Elizabeth dan Georgia Jagger.

Anak perempuan model terkenal, Yasmin Le Bon iaitu Amber turut memiliki wajah yang cantik.

Bagaimanapun, kaji selidik yang sama mendapati perubahan tersebut tidak berlaku kepada kaum lelaki."
Destinasimu:
Artikel di atas dipunyai oleh Agensi Berita.Aku agak sangsi dengan artikel di atas.Apa yang cuba disampaikan?Adakah mahu mengagungkan kecantikan semata-mata tanpa melihat kepada aspek lain.Bukankah nabi telah letakkan 4 aspek pemilihan si isteri?Dan kecantikan yang terakhir.Adakah mahu mempromosikan kecantikan luaran sahaja tanpa kecantikan dalaman? Banyak je sekarang anak gadis cantik dari ibunya yang cantik namun sedihnya akhlaknya tak secantik luarannya.Indah khabar dari rupa.Berfikirlah wahai adam,bahawasanya kehidupan bersama isterimu,setibanya umur 40 tahun,hilanglah wahaj kecantikan mudanya namun yang tinggal adalah akhlak dan agamanya yang akan memimpin mu kelak hingga ke liang lahad mu.

Apakah Aurat Antara Ipar???


Persoalan?

Apa pandangan anda mengenai pendapat mengatakan bahawa kita boleh buka aurat kepada abang atau adik ipar? 



Jawapan:

Pendapat yang berkata dengan boleh membuka aurat kepada ipar itu adalah salah dan berlawanan dengan syariat Islam. Para Ulamak telah sepakat berkata bahawa ipar tidak termasuk mahram dan batal wuduk apabila bersentuh dengannya.

Apakah alasan bahawa bolehnya membuka aurat dihadapan abang atau adik ipar itu?

Wajiblah diketahui bahawa mahram itu hanya 3 golongan yaitu dengan sebab nasab, susuan dan mushoharoh.

Yang menjadi mahram dengan sebab nasab atau keturunan itu hanyalah 7 iaitu :

1. Ibu dan keatas 

2. Anak cucu dan kebawah.

3. Adik beradik.

4. Emak saudara sebelah bapa.

5. Emak saudara sebelah ibu.

6. Anak saudara sebelah adik beradik lelaki.

7. Anak saudara sebelah adik beradik perempuan.

 

Manakala mahram dengan sebab susuan pula ada 7 seperti diatas kerana hadith Nabi saw yang bermaksud :


  "Haram dengan sebab susuan itu apa yang haram dengan sebab nasab."


 
Dan yang menjadi mahram dengan sebab mushoharoh itu ialah anak menantu dan ibu mertua.

 
Dalam sebuah hadith Nabi saw ditanya tentang haruskah berduaan dengan ipar maka Nabi saw menjawab :

  "Ipar itu adalah maut"


Ertinya ipar bukan mahram yang bahaya berduaan dengannya.
 

Wallahua'lam 

Ya Allah!Jauhkan Dari Sifat Munafik!



Golongan munafik sudah wujud sewaktu hayat Rasulullah SAW lagi. Istilah itu digunakan bagi merujuk kepada golongan yang hanya berpura-pura mengikuti ajaran Islam, tetapi hakikatnya mereka tidak mengakui atau ragu-ragu terhadap kebenaran Islam dalam hati.  

Firman Allah yang bermaksud:

“Apabila orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” - (Surah al-Munafiqun, ayat 1)

Begitulah Allah menerangkan dengan jelas perihal orang munafik dalam al-Quran sehingga Allah menamakan satu surah iaitu al-Munafiqun bagi menggambarkan betapa bahayanya sifat munafik terhadap agama Islam. 

Pada zaman Rasulullah SAW, perihal orang munafik itu lebih jelas apabila Baginda memerintahkan Muslimin untuk keluar berjihad di jalan Allah, maka golongan munafik akan segera berdolak-dalih dan memberi 1001 alasan bagi mengecualikan diri keluar berperang menentang Musyrikin ketika itu. 

Allah merakamkan keadaan itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: 

“Dan juga dengan tujuan Ia hendak melahirkan dengan nyata akan orang munafik yang dikatakan kepada mereka: Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu). Mereka menjawab: Jika kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentulah kami mengikut kamu (turut berperang).” - (Surah Ali-Imran, ayat 167)


Ulama mengkelaskan golongan munafik kepada dua keadaan. Pertamanya, munafik I’tiqadi iaitu yang berkaitan dengan kepercayaan dalam hati. Mereka itu terdiri daripada golongan yang hanya beriman kepada Allah secara luaran saja. 

Hakikatnya mereka ragu dengan kebenaran Islam dan keesaan Allah. Mereka hanya berlakon di khalayak ramai, tetapi sebenarnya mendustakan agama Allah yang dibawa oleh Rasul-Nya. Firman Allah yang bermaksud: 

“Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami sudah beriman kepada Allah dan hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.” - (Surah al-Baqarah, ayat 8)



Hakikatnya, golongan itu sudah terkeluar daripada agama Allah kerana niat di hati memainkan peranan penting dalam soal akidah dan dikira sebagai penentu hakiki kepada keimanan seseorang di sisi Allah. 

Golongan itu akan dimasukkan ke tingkatan neraka paling bawah. Sesuai dengan penipuan dan kezaliman dilakukan terhadap diri mereka sendiri. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan terkebawah sekali dari (lapisan dalam) neraka.” - (Surah an-Nisa’, ayat 145)



Keadaan kedua disebut munafik ‘Amali iaitu berkaitan perbuatan. Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabda yang bermaksud: “Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir dan apabila diberi amanah ia khianat.” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).” - (Hadis riwayat Bukhari) 

Jelas kepada kita ada perbuatan tertentu yang jika dilakukan, maka ia termasuk dalam golongan munafik. Sebagai manusia yang secara fitrahnya tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan, sudah tentu saban hari kita menuturkan kata-kata, membuat janji dan memikul amanah. 

Persoalannya, adakah kita melakukan perbuatan itu dengan cara yang betul dan menurut kehendak Islam? Ataupun kita melakukan perbuatan itu mengikut cara orang munafik melakukannya? 

Persoalan itu hanya mampu dijawab dengan jawapan positif bagi mereka yang memiliki iman kukuh dalam diri. Walaupun jika dilihat secara rambang, kesemua perbuatan itu tidaklah sebesar dosa membunuh, berzina, mencuri atau minum arak tetapi dengan mengamalkannya sudah cukup untuk melayakkan diri menerima azab seksa-Nya di akhirat kelak. 

Sebagai Muslim yang berusaha sedaya upaya untuk menjadi hamba sentiasa mendapat keredaan Allah, tidak boleh tidak, semua sifat dan perbuatan yang melambangkan perihal orang munafik mestilah dihindari untuk menyelamatkan diri daripada menerima kemurkaan Allah. 

Antara lain, dengan muhasabah diri kerana dengan itu kita akan lebih berwaspada terhadap setiap tingkah laku dan gerak-geri. Bermuhasabah juga, membolehkan kita memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri. 

Kadang-kadang kita tidak sedar perbuatan itu melampaui batas ditetapkan agama. Muhasabah diri menyedarkan seseorang mengenai perbuatan yang dilakukan dan setiap amalan tidak terlepas daripada timbangan neraca Allah di akhirat kelak. 

Firman Allah yang bermaksud:

“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya).” - (Surah az-Zalzalah, ayat 7-8)


Saidina Umar al-Khattab pula pernah berkata yang maksudnya: “Hisablah (nilai) diri kamu, sebelum kamu dihisab (pada hari akhirat kelak).” 

Selain bermuhasabah yang bergantung seratus peratus pada usaha sendiri, sebagai Muslim yang mencintai saudaranya, amalan saling memberi nasihat dan teguran juga boleh menghindarkan diri daripada sifat munafik yang tercela itu. 

Ada kala perbuatan kita di luar kawalan atau tanpa kita sedari. Justeru, peranan orang di sekeliling yang menyedari akan hal itu dapat membantu kita daripada terus hanyut di bawa arus pembohongan, pendustaan dan pengkhianatan atau pecah amanah. 

Sesungguhnya, amalan memberi nasihat dan teguran inilah yang menjadi tuntutan Islam, sesuai sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Agama itu nasihat.” - (Hadis riwayat Muslim) 

Allah juga mengingatkan pentingnya sentiasa memberi peringatan yang sememangnya akan membawa kebaikan kepada ummah secara keseluruhannya. Firman Allah yang bermaksud: 

“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman.” - (Surah az-Dzariyat, ayat 55)


Marilah sama-sama berusaha sedaya upaya untuk sentiasa menjauhi sifat golongan munafik. Jangan jadikan pembohongan, mungkir janji dan khianat atau pecah amanah satu perlakuan biasa tanpa ada rasa bersalah dan takutkan azab yang sentiasa menunggu bagi mereka yang tidak menyesali segala perbuatan jahat dilakukan. 

Iltizam yang kuat dalam diri di samping bantuan sesama Muslim penting bagi memelihara diri daripada sifat golongan munafik itu. Sesuai sabda Rasulullah SAW yang menerapkan semangat kasih sayang sesama Muslim supaya orang Islam sentiasa berada dalam rahmat dan keredaan Allah. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya, seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri.” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)