Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru


MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s. w. t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

Manusia melakukan 
sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah 
Allah s. w. t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia 
paling hampir dengan Allah s. w. t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud 
adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: 

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 

- melegakan sakit hernia. (burut) 

- mengurangkan 
sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan. 

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). 

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. 

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.Maka lihatlah betapa hebatnya ciptaan solat buat manusia.Ianya bukannya hanya menyumbang kesihatan spritual tetapi juga kesihatan fizikal dalaman dan luaran tanpa kita sedari.Bersyukurlah buat kita yang melafazkan kalimah laila haillallah sekurang-kurangnya 9 kali dalam solat.Alhamdulillah..besarnya nikmatMu iaitu Islam dan Iman..

Selamat Pengantin Baru Buat Rakan Sekelasku

Alhamdulillah,rezeki Allah itu ada di mana-mana dan kadang-kadang tanpa disangka-sangka.Pada tanggal 29/11/2008 salah seorang temanku yang bernama Haslinda yang merupakan rakan seperjuangan semasa bersama-sama menjadi Pengawas Koperasi Sekolah Menengah Taman Keramat telah pun sah menjadi seorang isteri kepada suami pilihannya.Ketika mahu beransur pulang aku sempat berkata pada pengantin Haslinda "Linda,tahniah,kau dah jadi isteri orang maka jadilah isteri yang solehah k?ini pesanan dari aku."Haslinda dengan merah muka senyum.Mungkin masih malu untuk dia bergelar isteri agaknya.Majlis yang diadakan di Kelab Ukay Perdana Bukit Antarabangsa menemukan pengantin dengan teman-teman sekolah lama samada dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah.Tak disangka oleh kami ramai juga teman-teman lama yang hadir memeriahkan majlis.Mengikut pengiraanku,lebih 20 sahabat lama berkumpul kembali secara tidak dirancang.Itulah rezekiNya.Dapat aku kembali merapatkan ukhwah yang telah lama pudar kerana masing-masing mencari haluan kehidupan masing-masing.Berikut adalah sedikit tatapan gambar ketika majlis sedang diadakan.

BErSaMa KaNaK-kAnAk RiAnG

...Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat Sahabatku sekalian...

"Alamak jam dah pukul 4pm!Adoi,jam 3pm sepatutnyer berada kat Majis Uniten!Aku kan jadi Urusetia Kem Anak-Anak Soleh TNB kat Masjid Uniten!",Jerit aku di dalam hati ini apabila mengetahui aku sudah lambat.Serik jugak aku akhirnya buat rawatan resdung aku.Yelah saja nak guna cara baru yakni Earcandling.Mahal lak tu.RM100.HuHU..tapi lega la skit kerana resdung aku dah kurang.Kesibukan membuatkan aku kadang-kandang lupa nak jaga kesihatan diri sendiri."Nak kena kahwin cepat juga aku ini",ketawa kecil hatiku.

"Abang Lukman,maaf yer,ana lambat kerana buat rawatan tadi.Maaf sangat",pohon ku kepada pengarah program."Takpe-takpe ana tak kisah",balas Abang Luqman dengar nada yang tenang. Fuuhh,lega dapat bos macam ini.Aku tengok ramai benar kanak-kanak riang yang umur mereka 7 tahun hingga 14 tahun.Semua muda-muda belaka.Ada yang perangai budak-budak sangat.Eh dah kata umur 7 tahun memang budak-budak la kan.hehe.."Ustaz Faiz,Ustaz Adli mana?",mengerut kening aku mendengar aku dipanggil sedemikian rupa.Nak gelak pun ada tapi aku layan jer.Yela melayan kanak-kanak kecil kan.Macam-macam karenah budak-budak ini.Yang besar pun buat kepala mereka juga.Yela kan badannya besar maka mereka cume menjadi bos pada budak-budak kecil ini.

Aku pulang awal pada malam pertama kem ini.Aku tulis artikel ini sejam selepas aku pulang dari kem itu.Selamat dekat je kem itu dari rumahku.Esok aku kembali lagi.Menjadi urusetia yang insyaAllah akan setia cuma tengah hari itu mungkin kurang setia kerana aku akan menyertai rakan-rakan sekolah lama ke majlis perkahwinan yang juga rakan sekolah kami.Namanya Haslinda.Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Haslinda.Moga menjadi isteri yang solehah.InsyaAllah dirahmati rumahtangga yang dibina.Pagi ahad pula kemungkinan aku akan menyertai homestay baitul jundi ke Taman Tema Air Pedas N9.Hehehe,lama dah tak main air.hehe.. Join jadi budak-budak kecil best jugak kan.Syukur pada Allah,aku isi cuti aku ini dengan penuh manfaat.Berpeluang menjadi Fasilitator kepada 3 kem dan juga menjadi pengarah yang kena buat proposal program pada tahun hadapan.Berat benar tanggungjawab ku ini.InsyaAllah,dipermudahkan urusanku ini.Amin ya Allah...

Cinta Pandang Pertama???


Cinta bukanlah sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. kalau diteruskan juga sikap ini, akan terhasillah suatu keadaan yang memperkecilkan cinta. Bagi lelaki, cinta sejati bukanlah sesuatu ungkapan yang diciptakan untuk mencari seorang lagi. 

Pandangan berhubung cinta sejati ini ditujukan kepada para jejaka dan gadis yang sedang mencari pasangan agar mereka berhati-hati dan mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan jiwa mereka. Kalau nak dipanjangkan lagi, pasangan yang sesuai tidak semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran. Kadang-kadang unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapkan. 

Wujudkah cinta sejati kepada pasangan yang kononnya telah bertemu pasangan yang sehati sejiwa. Sedangkan pada hakikatnya, itu adalah cinta adalah cinta pertama kali mereka, yang seringkali disebut cinta pandang pertama. Hakikatnya adalah orang yang bercinta pertama kali biasanya tertipu dengan bayangan perasaan yang begitu mengelirukan. Misalnya seorang lelaki yang mempunyai sikap rendah diri, kesanggupan seseorang gadis untuk menemuinya, lantas ditafsirkan cinta pertama baginya, boleh menyebabkan beliau jadi angau dan sasau. Lalu beliau mangambil satu keputusan, tanpa berfikir dengan panjang lebar lagi, inilah cinta pertama dan terakhir bagiku. Kalau jodohnya baik, mungkin akan membawa kejinjang pelamin. Misalnya apabila kedua-duanya tamat pengajian di universiti dan mendapat pekerjaan yang boleh menjamin hidup. 

Hakikatnya ialah, dalam kes-kes seperti ini, si jejaka tadi tidak pernah mencuba pilihan-pilihan yang lain dalam pencarian cinta sejatinya. Beliau tidak pernah meneroka kemungkinan-kemungkinan lain kerana penerokaan itu sendiri di anggap sudah mengkhianati cinta pertama itu. Hal ini samalah dengan pihak gadis. Jadi, saya syorkan kepada para gadis dan teruna ( klasik bunyinya ) janganlah terlalu terikat dengan cinta pandang pertama, kerana dengan keterikatan itu, tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya lebih baik adalah tinggi. 

Namanya lagi cinta pandang pertama. Pandang pertama boleh sahaja berlaku di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar malam mahu pun akibat sesuatu perlanggaran ataupun kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan berlangsung secara tidak sengaja. Cinta pertama bukan tulin dan tidak bersandarkan asas yang kukuh dan resional dalam pembinaan sesebuah hubungan yang matang dan mantap. Hubungan yang mantap mungkin boleh berlangsung daripada hasil risikan dan tilikan serta kajian terhadap seseorang yang ingin jadikan pasangan dalam masa yang berlangsung secara relatifnya lebih lama berbanding dengan cinta pandang pertama yang mungkin berlangsung dalam satu saat. Oleh itu, jangan sesekali remehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap kolot apabila cuba mencari pasangan untuk kita. Kononnya, hak mencari pasangan adalah hak peribadi kita, tanpa perlukan campurtangan pihak ketiga. Mereka menyusun aturan-aturan yang baik dan raisonal dalam mencari pasangan yang sesuai. Ada risik, tilik dan bermacam lagi prosesnya sebelum alam rumah tangga dapat terbentuk. 

Saya menyarankan konsep cinta agung bagi menggantikan cinta pandang pertama. Cinta yang sejati adalah cinta agung. Cinta agung pada pandangan saya hanya boleh dicapai melalui pencarian. Namanya lagi pencarian, yang membawa maksud menyelidik, dan tidak ditipu oleh perasaan cinta yang buta sepertimana cinta pandang pertama. Melalui kaedah cuba jaya, mungkin lepas seorang, seorang yang lain pula, kita akhirnya akan bertemu dengan cinta yang sejati ini. Dalam budaya pencintaan Asia, orang seperti ini diberikan pelbagai gelaran buruk, sehingga dianggap pisau cukur ataupun buaya. Selain daripada yang benar-benar buaya atau pisau cukur pada nawaitunya, terdapat lebih ramai yang bertukar pasangan kerana mencari kesesuaian. 

Sekiranya kesemua pasangan kekasih dapat menerima konsep percubaan cinta seperti ini, maka tidak akan muncul lagi istilah-istilah seperti putus cinta, kecewa lara dan sebagainya, kerana putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai. Putus cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur kerana putus cinta. 

Akhirnya, kepada mereka yang pernah putus cinta, harapan saya agar mereka menganggap peristiwa tersebut sebagai peristiwa yang biasa. Bercintalah lagi, dan lagi, dan lagi, teruskan mencari sehinggalah kita menemui cinta sejati seperti kisah Laila Majnun. Sepatah kata ucapan si Majnun-yang mencintai Laila seluruhnya, segala kekurangan dan kelebihan, secara pakej dengan katanya," Aku menyintai Laila termasuk selipar buruk dan anjing-anjing yang ada di rumahnya".- Anjan Ahzana

Alhamdulillah Ya Allah


..Assalamualaikum wbt...
5 hari sebelum semester baru menjelang tiba,aku rasa amat gembira.Gembira pada hari ini yakni rabu.Keputusan peperiksaan telah keluar dan apa yang ku perolehi melebihi apa yang penah aku bayangkan.Keputusannya amat sederhana bagiku tetapi cukup gembira bagi merubah sedikit keputusan ku yang jatuh pada Sem yang lalu.Syukur tak terhingga ku luahkan kepada illahi.Usaha aku sepanjang semester ini tidak sia-sia.Dahulu aku rasakan nasibku tak akan berubah tetapi Allah telah janji dalam Al Quran yang bermaksud Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu melainkan umat itu mengubah nasib mereka terlebih dahulu.Kini terbukti.Memang benar janji Allah itu.Aku mencapai apa yang bagiku amat sukar ku gapai sejak menjejak kaki ke Uniten.Ya Allah, InsyaAllah dengan rezekiMu yang diberikan kepadaku,aku cuba manfaatkan untuk ku curahkan kepada AgamaMu..walaupun sedikit tetapi biarlah ikhlas keranaMu ya Allah. Aku mahu Syahid..Itulah impianku...

Inilah Wajah Jenazah Yang Diidamkan... Pengebom Bali...


Tatap wajah mereka puas-puas...buatlah penilaian kita sendiri.Manis jika dilihat wajah mereka.Samada mereka syahid atau tidak,itu kerja Allah.Sebagai sesama muslim,mari kita doakan roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.

Tetapi al-kisahnya,pihak berkuasa Indonesia agak ‘pelik’ kerana mereka bertiga terus meninggal dunia selepas satu das tembakan sedangkan sebelum ini kebanyakkan banduan hanya menemui ajal selepas ditembak sebanyak tiga kali di bahagian tersebut.Katanya, media Indon melaporkan yang ketiga-tiga mereka juga sering menangis akhir-akhir ini terutama bila mengetahui yang ajal mereka akan tiba.

Ketiga-tiganya bagaimanapun menolak untuk dipakaikan sarung muka ketika hukuman dijalankan, pun begitu, permintaan awal mereka supaya tubuh mereka dipancung daripada ditembak, ditolak oleh pihak berkuasa IndonesiaApa yang menarik, kata member aku, media Indonesia turut melaporkan secara meluas bagaimana kira-kira satu jam sebelum kedatangan jenazah pengebom Bali, Amrozi dan Muklas, orang kampungnya mendapati kawasan sekitar rumah Hj. Tariyem, dikejutkan dengan kedatangan tiga burung belibis yang melayang-layang di udara Desa Tenggulun, Solokuro, Lamongan.

“Ini menandakan jenazah mereka langsung bertemu dengan Allah. Burung itu bidadari yang menjemput,” ungkap Haji Ahmad, salah satu pendukung Amrozi.

Mereka yakin jenazah ketiga-tiga itu mati yang telah dijantung pada hari tadi, Amrozi, Muklas dan Imam Samudra akan masuk surga.

Jenazah Amrozi tiba sekira pukul 9.20 WIB , dengan menggunakan dua kereta ambulans yang bertuliskan Puskesmas Tikung disertai kereta Polis dari Balai Polis Lamongan dan Bojonegoro

Sebenarnya, lepas mengetahui ketiga-tiga mereka menjalani hukuman, aku dah agak cerita-cerita macam ni pasti akan keluar.Wartawan Mastika sepatutnya dah pergi ke sana, confirm boleh bawa banyak story.Bagi aku, Alhamdulillah sekiranya mereka syahid dan diterima Allah ke syurga tetapi aku juga percaya yang bukanlah urusan kita untuk meneka.

Syurga dan neraka urusan Allah…jangan hanya membuat andaian berdasarkan rupalah, bau mayatlah, keadaan mayatlah. Siapalah kita untuk mengetahuinya.Tetapi itulah manusia. Manusia sentiasa mahu meneka…malangnya mereka selalu gagal menafsir!

Al-Fatihah.

Rahsia Hari Lahirmu Wahai Muslimah


Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS


Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT


Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU


Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD


Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Minyak Turun...Minyak Turun...Minyak Turun...Tapi apa yang naik???

Assalamualaikum..

Kembali aku menulis blog ini setelah 3 hari aku bercuti di rumah ibubapaku di Taman Keramat.Ah..letih kaki ini melangkah kembali ke Bangi setelah sekian lama enak aku berehat di rumah.Kosnya sudah tentu ibubapa ku yang tanggung.Makan minum semua sudah tersedia.Aku hanya disuruh membeli makanan dan menguruskan sedikit hal hal berkaitan dengan rumah.Adikku Wanie sudah kembali ke UiTM.Walaupun dia masih bercuti lebih sebulan,tetapi ada tugasan perlu disiapkan pada waktunya.Dia juga kini merupakan tutor kepada beberapa orang anak orang kaya.Dia mengajar Bahasa Inggeris.Iyalah,dia kan bakal lulusan Ijazah Sarjana Muda TESL.Memang berapi jika dia berujah dengan bahasa omputihnya.

"Tengok Faiz,minyak dah turun,kan bagus tu..menyenangkan rakyat.Sapa kata kerajaan tak ambil peduli tentang kos hidup rakyat?",sergah ibuku padaku.Kemudian aku bertanya kembali,"Mak,bagaimana dengan barang keperluan hidup di market?makin murah?",ibuku senyap sahaja.Ya,aku tak salahkan ibuku sama sekali.Tetapi kasihan ku lihat ibubapaku.Mereka hanya menurut sahaja apa yang diperlakukan pemerintah kepada mereka.Memang benar dan baik sekali kerajaan menurunkan harga minyak.Dahulu ketika kemuncak kekejaman pemerintah menaikkan harga minyak membabi buta hingga RM2.70 seliter,benar-benar menyeksa kehidupan rakyat.Ketika itu minyak mencecah $140 setong,tapi kini sudah berada di bawah paras $50.Sangat murah harga minyak sekarang. Syukur minyak sudah turun 70sen dari harga asal ketika di kemuncaknya.Kini RM2.00 dan dengar kata akan turun lagi,Mungkin bawah rm1.90.Memang kita akan terasa murah.Sudah tentu dengan penurunan harga ini akan merancakkan ekonomi yang berkaitan dengan pengangkutan.Industri permotoran akan kembali rancak yang dulunya begitu lemah dan tiada harapan untuk melihat peningkatan peratusan jualan kenderaan.Dengan penurunan harga minyak,industri permotoran kereta kembali bernafas.

Tapi,adakah kereta itu keperluan asas kehidupan bagi rakyat jelata?Kalau kita survey harga barangan di market kecil mahupun besar,memang memeranjatkan.Harga barangan keperluan asas harian seperti gula,garam,susu,ayam,ikan,daging dan sebagainya tetap dengan harga yang tinggi.Tiada penurunan yang ketara.Kalau ada pun hanya beberapa sen turun berbanding kenaikan yang beringgit-ringgit ketika minyak naik.Sedangkan minyak sudah turun harganya?Kenapa tidak turun terus harga barang ini?Mujurlah nasi yang rakyat Malaysia jamah setiap hari ada penurunannya.Bijak juga pembekal dan pemborong.Mereka senang menaikkan harga tapi amat sukar menurukan kembali harga barangan asasi tersebut.Mana silapnya?Kalian sudah tentu dapat menjawabnya.Sudah tentu ianya dibawah tanggungjawab pemerintah dan pengguna itu sendiri.Pemerintah harus pantau harga semasa dan kenakan tindakan yang tegas bagi mereka yang menaikkan harga barang sesuka hati.Manakala pengguna yakni kita harus bijak membeli dan gunakan kuasa membeli untuk mendapatkan produk yang terbaik mutunya pada harga yang rendah. Tetapi adakah itu kita lakukan?Tidak bukan?Kalau ia pun,hanya segelintir dari kita yang menggunakan kuasa membeli kan?Majoriti dari kita rambang matanya ketika berada di market.Ada sahaja barang yang kadang-kadang tak perlu dek badan kita sambar tanpa memikirkan kesannya pada kita.

Ah,mungkin aku hanya berbual disini.Sungguh aku berbual...Hah,berita yang hangat sekarang adalah kes bunuh diri.Harga minyak turun tetapi Kes Jenayah seperti bunuh diri,merompak,buh,rogol dan rasuah naik.Mengenai bunuh diri ini,bila aku tatap majalah Mastika keluaran terbaru yang bertema 'Adakah Tuhan Terima Roh Mereka?',membuatkan hatiku sayu.Mana tidaknya,kes bunuh diri ini bukan masalah kecil.Ia merupakan masalah negara amnya dan masalah umat Islam khususnya.MajoritI yang bunuh diri adalah umat Muhammad S.A.W.Adakah mereka tidak takut pada Allah?Adakah mereka tidak percayakan pada hari pembalasan?Adakah tidak ada Munkar dan Nakir di alam barzakh kelak?Adakah tidak ada iman walaupun secebis dalam hati mereka?Tidakkah mereka sedar adanya manusia yang masih menyayangi mereka dan akan meratapi pemergian mereka?Apabila semua persoalan diatas tidak diendahkan oleh tuan punya badan yang bunuh diri,maka bunuh dirilah penyelesaiannya.Apa besar sangatkah masalah mereka hingga tiada jalan dijumpai jalan keluar dari permasalahan yang mereka hadapi?Muflis?Putus Cinta?Keretakan Rumahtangga?Pengambilan dadah berlebihan?tekanan hidup?Semuanya bisa dibereskan.Usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi tanpa berputus harap kepada Yang Maha Esa.Itulah kunci penyelesaiannya.Apa yang diuji kepada kita hanyalah sebutir pasir dari berbilion ujian yang dihadapi Para Nabi dan Ulama'.Memang kita bukan Ulama' tetapi kita juga manusia seperti mereka.Mengapa perlu tamatkan riwayat hidup dengan mudah sekali?Mati dengan mudah tetapi penyeksaan pada hari yang kekal abadi sangat memeritkan.Pada masa itu tidak ada sudah penyesalan dalam diri ini walaupun kita menangis hingga keluar air mata berdarah sekalipun.Sungguh menakutkan...ia hanya menakutkan bagi mereka yang beriman yang amat percayakan pada hari pembalasan...Janganlah kecewa dengan ujianNya.Dia menguji kita agar kita kembali kepadaNya.Jika tidak kita akan terus hanyut dengan mainan dunia yang fana ini.Tidak ada apa dengan dunia ini.Yang hanya adalah penipuan semata-mata. Yang bijak akan berusaha bercucuk tanam dengan rajinnya dan menuai dengan gembiranya pada musim menuai(Akhirat).Yang bermain-main di musim bercucuk tanam akan menangis di hari menuai kelak.Hayatikanlah...

Dengan siapa kamu duduk???


...Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya


kASIh KeKaSih...Untukmu....



Di saat cinta itu bertasbih,aku memandang sejenak diriku.hebat sehebat iskandar zulkarnain cinta antara Aisha kepada Fahri.Sejuk mata ini aku pandang dan melihat wanita berpurdah hitam ini.Ciri wanita solehah terlahir pada rohani dan fizikalnya.Ah,hebatnya penangan cinta rumah tangga.Ranjau yang hadir yang tanpa segan silu hadir menggoncang ketenangan rumahtangga mereka.Ranjaunya hadir dari yang maha esa.Apakah sebabnya keluarga yang aman islamik diuji yang maha esa ke tahap itu?diuji dengan tohmahan,fitnah,cinta kedua ketida,orang kedua dan ketiga serta ujian amanah yang dipikul oleh mereka.Wahai Aisha,kamu hebat,hebat sungguh.Kamu bagaikan jelmaan isteri nabi dan isteri para sahabat nabi yang berakhlak al-quran.Pengorbanan melayakkan kamu berpangkat di atas Ainul Mardhiah.Alangkah bahagia hati si suami seperti Fahri itu memiliki cinta seorang isteri berpankat jeneral bidadari di dunia ini.Letaklah kamu sekalian seribu sufi masih tidak mampu menyamai kemulian seorang wanita solehah ciptaan dari dua benih manusia yang hina dipadang oleh makhluk yang di laknatNya yakni iblis dan syaitan.Dari benih itulah,lahirlah Aisha dan Fahri.Dua pungguk yang menanti giliran memasuki syurga Allah kerana kehebatan aura islamik rumah tangga mereka.Setiap detik diri mereka berpaut tangan,akan gugurnya dosa dosa di celah-celah jari jemari yang sangat akrab itu.Gugurnya dosa itu bakkan gugurnya dedaun tua dari pokoknya dipuncak musim luruh.Fahri,Allah membalas apa yang kamu buat.Allah menguji kamu yang kamu patut di uji.Kamu lelaki hebat seperti mana isteri kamu.Islam menjadi panduan hidup mu yang penuh ranjau.Menjadi fisabilillah di tanag firaun membuat dirimu mempunyai kekasih abadi sejak lahir kamu hingga ke syurga kelak yakni tuhan kamu dan tuhan kami Allah yang maha penyayang.

Mengapa begitu kuat imanmu wahai fahri,adakah tarbiyah dari keluarga mu,rakan-rakanmu,ulama besar mesir yang menjadi gurumu membuatkan kamu hebat seperti itu?Ah,cemburunya aku dengan mu.Walaupun kamu watak,watak dalam sebuah cerita,cerita yang sangat membangun jiwaku yang usang ini dan mencari cinta yang diredhaiNya,watakmu dan isterimu hidup dalam hidupku.Ku mengerti apa itu sabar,apa itu dugaan dan apa itu ujianNya.Jangan bisa difikirkan tuhan benci kita saat kita di uji-Nya.Ramai antara kita yang mengucap la ila ha ilallah tewas dalam peperiksaanNya.Menyalahkan diri,menyalahkan keadaan dan menyalah orang lain. Yang mengaku dirinya seperti tuhan pula,menyalahkan takdir.Ah,buruk sungguh sifat mazmumah ini. Hanya sebutir pasir dugaan dari dugaan padang pasir yang diuji keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W,sudah dikau berputus asa.Hilang sudah erti sabar,doa,berusaha dan tawakal kamu padaNya.Bagaimana bisa seorang muslimah yang dikau kata lemah seperti Aisha sanggup berkorban kasih sayang dan maruahnya sebagai isteri yang satu untuk melihat kebahagian manusia lain walaupun bukan seiman dengannya.Dialah muslimah yang aku impikan.Jika dia berada di depanku,dan dia mahu akan aku,alangkah indahnya permata di hadapanku ini.Tapi bisa aku tempuh cabaran bersama?Dengan fitnah yang nakal aku lalui kelak?Tabah kah aku seperti suaminya Fahri? Ku tenung cermin,Ya Allah,Engkau perelokkanlah akhlakku seperti mana dikau perelokkan wajahku ini.Aku tahu kelemahan ku.Dan aku tahu bakal peneman hidupku kelak juga lemah.Aku seperti manusia lain,lemah selemah-lemahnya.Ku bisa mengangkat tangan kanan,kerana izinNya.Bisa ku membuka kelopak mata kerana izinNya dan bisa juga ku bernafas keranaNya.Alangkah kerdilnya diri ini.Kemewahan tidak menjamin apa-apa.Tidak dan sudah tentunya tidak.Sudah berapa ramai anak adam tewas dengan material mereka.Bagi mereka “Ah,tidak adanya hari penghabisan.Hidup hanya sekali,ayuh kita enjoy”.Alangkah jahil mereka ini.Tapi aku bukan penghukum,akulah khalifahNya seperti kalian untuk membimbing diri ini dan diri orang yang lalai akhirat ini.

Wahai Maria.Engkau jelmaan Mariam.Tidak seiman dahulu tetapi engkau zimmi.Wajib dilindungi.Menyakiti engkau dan seangkatan denganmu beerti menyakiti Rasul kita,Muhammad S.A.W dan Allah S.W.T.Engkau tidak seiman dengan Fahri,tetapi engkau mencintai AL-Quran.Kitab hebat yang paling banyak dibaca anak adam dimuka bumiNya.Jesus adalah Isa,David adalah Daud,Solomon adalah Sulaiman dan engkau Maria adalah Mariam ibu Isa Al-Masih.Hati budimu indah.Engkau katakan “Fahri,Engkau percaya pada jodoh?,Sudah tentu bukan?Aku rasa,Sungai Nil asudah ditakdirkan jodohnya dengan Mesir.Tanpa Nil,Mesir enggak ada apa-apa.Tidak ada tamadun,tidak ada Cairo dan tidak ada kita bertemu di tepian sungai Nil ini.Aku rasa inilah jodoh mereka Fahri”.Alangkah tingginya perumpaan yang tersembul dari bibir merah seorang gadis bukan Islam yang mengerti apa itu cinta yang suci.Jika semua gadis yang tidak seiman denganku sepertinya, maka akan lahirlah di dunia ini keamanan.Dan lahir dari mereka ini juga anak-anak Islam.Aku sedih,hanya meratap kesedihan dengan nasib saudara semuslim aku?Hanya sedih?Apa tindakan aku?Aku sedih budaya pengkid,gay,lesbian,penceraian,pergolakkan rumah tangga dan couple menjadi budaya segar bugar di dalam lubuk hati saudara seiman denganku.Apakah perlu aku lakukan?Sekurang-kurangnya aku menjadi antara yang benci dengan perbuatan itu.Tetapi aku tak bisa benci orangnya.Kerana mereka tipis imannya.Tipis ilmu agamanya.Mereka perlu dibimbing kembali ke pangkal jalan.Memang aku malu.Malu denagn diri sendiri.Apa aku lakukan demi agamaku yang benar benar agama samawi ini?Duduk dan membaca sahaja?Menulis sahaja?Ataupun melelap mata tanda kerehatan yang nyaman tanpa memikirkan masalah umat yang menggoncang imanku? Ah,hinanya diriku.Aku ingin jadi seperti mu Fahri.Kamu berani tampil kehadapan menentang kemungkaran di hadapanmu.Kamu lemah lembut,merendah diri tapi kamu berani.Hanya ada satu dalam ribuan lelaki muslim yang berakhlak mulia seperti mu Fahri.Aku cemburu amat padamu.Aku cemburu.....

Terima kasih dan sujud syukur buat Allah yang melahirkan Habiburrahman El Shirazy.Tanpa Habib,tiadalah idea Hanung Bramantyo untuk melahirkan kisah cinta penuh Islamik ini di layar perak.Cerita yang penuh Islamik.Ayat-ayat Cinta,novel kedua aku baca selepas 1515 [Kombat] tulisan tangan Faisal Tehrani.Kedua-duanya hebat.Satunya pasal cinta keluarga Islamik dan satunya pula pasal cinta jihad Islamik.Hebat sungguh buku-buku ini.Tetapi hebat mana kamu,kamu tak setanding sebaris ayat dalam kitab samawi manusia yang benar sepanjang zaman yakni kitab kita,Al-Quran yang Maha Agung.Aku tabik sama penulis kedua-duanya yang pandai benar menggunakan akhlak dan tauladan dari Al-Quran untuk diterapkan dalam karangan kalian.Moga Allah rahmati kalian berdua.Ya Allah,aku ingin bernikah untuk menundukkan pandangan ku dari apa yang haram di sisi agamamu Islam.Tetapi perjalanan aku masih jauh.Jauh bangat.Aku mahu dicintai dan dicintai.Tetapi aku mahi belajar menyayangi pemberi hadian dari hadiah yang bakal aku terima.Hadian itu adalah isteri solehah impian kalbuku dan pemberi hadiahnya?Pemberi hadiahnya adalah tuhan ku rabb,Allah SWT.Aku mahu belajar bercinta denganNya.Aku tahu lemah diriku untuk bercinta denganmu kerana aku tak melihat dirimu.Tetapi aku mengenalimu dengan sifat-sifatmu,dengan ciptaanmu dan dengan ujian yang diKau uji kepadaku.Aku mengenalimu seperti aku mengenali ibubapaku sendiri.Bimbinglah aku.Aku mahu dekat padaMu Ya Rabb.Ya Allah,jika diKau panjangkan umurku,pertemukanlah aku dengan hawa yang sekufu denganku.Aku tidak punyai rupa,dan aku tidak bisa melihat hanya pda paras rupa kerana itu adalah pra-syarat yang keempat dari 4 syarat memilih bakal jodoh.Yang terakhir.Bukan yang pertama.Yang pertama?Tentulah agama.Agamalah yang menjamin kebahagian rumah tangga yang bakal ku dirikan kelak.Aku tahu hidup berkeluarga bukan perkara main-main.Ianya dibawa hingga ke saat mati.Besar tanggungjawabku kelak.Aku perlu bersedia bertempur di medan perang menentang bisikan syaitan pemusnah keluarga bahagia.Cuma aku perlukan bantuan dariMu dan bantuan wakilmu di dunia yakni bakal isteriku kelak.Dari rahimnyalah akan lahir zuriatku.Penyambung zuriat umat Muhammag S.A.W.Akan ku kucup tanda cinta padanya saat dia melahirkan zuriat Muhammad dan zuriatku kelak.Dan aku berdoa:

“Ya Allah,Tuhan sekalian alam,yang menguasai bumi dan langit.Yang menguasai syurga dan neraka,yang menguasai segala hati makhluknya dan yang mengetahui segala isi alam fana ini,dengan bantuanmu,aku pohon,kurniakanlah padaku seorang wanita yang solehah.Aku tahu aku tak layak pinta seperti ini dariMu sebab diriku bukanlah soleh,tetapi aku mahu ke arah yang soleh.Arah yang diredhaiMu.Moga dengan Kau kurniakan buatku isteri solehah,dia juga menjadi pembimbing diriku untuk memimpin keluarga ku kelak ke arah yang Engkau Redhai.Biarlah dia sejalan dakwah denganku.Biarlah dia sehati sejiwa.Jika tidak pun,biarlah kami saling melengkapi.Ya Allah,kurniakanlah kepada ku zuriat yang soleh dan solehah,yang akan memegang panji-panji tentera mu di medan perang kelak.Biarlah mereka menjadi tahfiz,biarlah mereka menjadi doktor dan jurutera Islam,dan biarlah mereka menjadi muslimin dan muslimah yang sejati impianku.Dari mana mahu aku mencari zuriat seperti ini?Sudah tentu dari rahim wanita solehah.Kurniakanlah aku wanita seperti ini ya Allah.Moga aku dipertemukan juga dengan isteriku ini di syurgaMu kelak.Jauhkanlah kami dari panahan NerakaMu yang amat tidak tertanggung oleh kami.Engkaulah tuhan sebaik-baik menerima taubat dan penyayang.Amin ya Allah”.... Oh kekasihku,dimanakah kamu...muncullah kamu...

Nukilan Ikhlas Dari Hatiku Yang Hiba,

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari....