NABI Syu’aib, keturunan Nabi Luth, diutuskan kepada kaum Madyan, yang tinggal di sempadan Palestin. Kaum itu tidak mengikut ajaran nabi terdahulu, malah sering melakukan kejahatan, termasuk mencuri, menipu dan mengurangkan timbangan ketika berniaga.
Pedagang yang mempunyai modal kecil dan petani miskin sering menjadi mangsa penipuan mereka. Penindasan itu menyebabkan orang berada menjadi bertambah kaya dan miskin semakin papa.
Syu’aib diutuskan untuk mengajak kaum Madyan supaya sujud kepada Allah, sekali gus meninggalkan sebarang penyembahan lain dan amalan jahat yang merugikan.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami telah mengutuskan kepada penduduk Madyan saudara mereka Syu’aib, sambil berkata: Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan melainkan-Nya. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata daripada Tuhanmu.
“Oleh itu, sempurnakan alat sukat dan timbangan dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi selepas Tuhan membaikinya. Sehubungan itu, lebih baik bagimu, jika benar kamu orang beriman.”
Nabi Syu’aib menasihati mereka supaya bersikap adil dan jujur terhadap diri sendiri, apatah lagi dengan orang lain, meninggalkan penipuan ketika berurus niaga kerana ia menindas golongan miskin.
Beliau turut mengingatkan mengenai nikmat Allah yang mereka terima, iaitu tanah yang subur dan kemakmuran dengan bilangan penduduk yang ramai perlu diimbangi dengan kesyukuran dan beriman kepada-Nya.
Seterusnya, mereka diberi amaran, jika tidak mahu bersyukur dan kembali ke jalan yang benar, Allah berkuasa menarik kembali nikmat-Nya, malah menurunkan balasan kesengsaraan di dunia dan akhirat.
Nabi Syu’aib juga menceritakan kisah kesengsaraan yang dialami kaum Nabi Nuh, Hud, Saleh dan Luth, untuk dijadikan iktibar, supaya mereka tidak mengalami nasib serupa. Namun, semua nasihat dan amaran itu tidak diendahkan mereka.
Malah, ada kalangan mereka berkata: “Adakah kerana solatmu, kamu memerintahkan kami menyembah selain yang telah kami sembah sepanjang hidup kami. Apakah kerana solatmu, kamu menyuruh kami meninggalkan cara hidup kami seharian, yang ternyata membawa kemakmuran kepada kami, malah menjadi adat kami turun-temurun.
“Kami sungguh tidak mengerti apa tujuanmu dan apa maksudmu dengan ajaran baru yang kamu bawa kepada kami. Malah, kami sangsi kesempurnaan akal dan keelokan otakmu.”
Dakwah Nabi Syu’aib tidak dipedulikan, malah mereka berkata: “Datanglah kepada kami azab itu sekarang, jika kamu memang orang yang benar.”
Firman Allah bermaksud: “Kaumnya dengan sombong berkata: ‘Sesungguhnya kami akan usir kamu wahai Syu’aib dan orang yang beriman bersamamu dari kota kami ini atau kamu kembali kepada agama kami.’ Syu’aib berkata: “Apakah kamu juga akan usir kami walaupun kami tidak menyukainya?”
Disebabkan kaum Madyan tidak mahu mengikuti nasihat, malah mencabar Syu’aib supaya menurunkan seksaan, beliau kemudian berdoa kepada Allah supaya membawa azab berkenaan.
Allah makbulkan doa Syu’aib, lalu menurunkan udara yang sangat panas ke atas kaum itu. Bahang kepanasan itu menyebabkan mereka amat dahaga yang tidak boleh dihilangkan dengan minuman, malah menggelupaskan kulit mereka.
Ketika mereka berlari mencari perlindungan daripada kepanasan itu, terbentuk awan hitam yang begitu tebal. Daripada awan hitam itu jatuh percikan api, diringi dengan suara petir yang dahsyat, menyebabkan mereka mati bergelimpangan.
Firman Allah, bermaksud: “Kemudian mereka mendustakan Syu’aib, lalu mereka ditimpakan azab pada hari mereka dinaungi awan. Sesungguhnya azab itu adalah azab hari yang besar.”
Sebelum bencana itu, Nabi Syu’aib dan pengikutnya yang beriman menyelamatkan diri dengan berhijrah ke satu perkampungan tidak jauh dari Madyan, iaitu Aikah.
Disebabkan azab yang diturunkan Allah mengerikan, Nabi Syu’aib berasa terharu dan berkata kepada pengikutnya yang beriman: “Aku telah sampaikan kepada mereka risalah Allah, menasihati dan mengajak mereka supaya meninggalkan perbuatan mungkar.
“Aku mengingatkan mereka terhadap seksaan Allah jika berkeras hati dan menutup telinga kepada kebenaran ajaran yang aku bawa. Mereka tidak menghiraukan nasihatku dan tidak percaya peringatanku. Aku sedih atas bencana yang membinasakan kaumku yang kafir itu.”
Demikian seksaan Allah yang didatangkan-Nya secara tiba-tiba terhadap kaum Madyan yang sesat dan mungkar. Bagaimanapun, Nabi Syu’aib dan kaumnya yang beriman terselamat daripada bencana itu.

0 Kesan Parut:
Catat Ulasan