Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan ku keupayaan bernafas untuk terus menabur bakti di Destinasimu.Coretan demi coretan yang ku lakarkan di blog ini dari semuda benih jagung hinggalah saat ini,pelbagai kenangan pahit dan manis ku kecapi.Bersama sahabat yang berjuang dalam arena maya blog,pelbagai cabaran yang dihadapi.Musuh utama ialah kesibukan masa atau ketiadaan masa.Maka jadilah kadang-kadang sesebuah blog itu bagaikan sawang yang telah lama tidak dibersihkan.
Syukur hingga saat ini,Allah masih memberikan aku nafas untuk meneruskan dakwah di Destinasimu.Dari sebuah blog yang enggak bisa dilawati orang pada tanggal 7 November 2008 hinggalah 8 bulan selepas itu,pengunjung menghampiri 14000 orang dan purata seharian 200 orang pengunjung seluruh dunia,tidak pernah ku harapkan sedemikian.Walaupun ia jumlah yang kecil namun ku berdoakan ilmu di sini dapat disampaikan kepada yang lain.
Dan kini ku mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat di luar sana tidak kisah samada ku kenali mahupun tidak,kerana anda semua Destinasimu mengecapi tangga ke-29 dalam senarai Top Blog @ I Luv Islam.com.Kedudukan yang agak cemerlang dengan jumlah blog berdaftar di bawah ILuvIslam.com adalah melebihi 500 buah blog.Moga aku terus menerus mengisi pengisian berguna buat sahabat sekalian.InsyaAllah.Jazakallah ya kawan-kawanku!
1 Kesan Parut:
thniah :)
Catat Ulasan