Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menjadi satu topik perbualan yang sangat membingitkan telinga samda di sekolah,IPT,warung-warung kopi mahupun di tempat kerja.Ada sahaja perbincangan,perdebatan dan respons dari pelbagai pihak mengenai hal sedemikian.Dan semalam 8 Julai 2009 mencatitkan satu lagi keagungan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan apabila penentangan terhadap PPSMI dari pelbagai penjuru dan arah membuahkan hasil.Ianya disambut baik dari pelbagai pihak samada ibubapa,guru,ahli politik mahupun golongan professional seperti doktor,pensyarah dan sebagainya.
Memang baik benar kita bersangka baik dengan apa yang dilakukan kerajaan dan ana menyambut langkah pemansuhan tersebut dengan tangan terbuka.Memang ana ini sangat tidak menyukai orang yang berkata mempertahankan bangsa Melayu tetapi dari belakang menikam bahasa ibundanya sendiri.Namun keputusan yang dilakukan oleh jemaah Kabinet di Dewan Rakyat adalah tepat dan terbaik untuk anak bangsa.
Namun,ada agenda disebaliknya mengapa tarikh semalam dipilih?Perasan atau tidak,sejak sebulan dua ini,pelbagai media perdana menggunakan segala kudrat kekuatannya untuk menghentam pembangkang.Ya memang benar pembangkang sekarang menampakkan kerapuhannya.Namun mereka tetap utuh.Propaganda yang di mainkan oleh media kerajaan sangat menyesakkan nafas pendokong pembangkang.
Malah kini pilihanraya kecil DUN Manek Urai Kelantan akan menjadi gelanggang pertarungan 2 anak jantan dari PAS dan UMNO.Maka inilah senjata digunakan oleh media kerajaan dan kerajaan sendiri untuk menarik undi dan sokongan orang Melayu di Manek Urai dengan memansuhkan PPSMI.Mengapa ya ia tidak dihapuskan sebelum diketahui adanya PRK Manek Urai?Perlu menunggu adanya PRK baru mahu menunjukkan perubahan baik kerajaan untuk rakyatnya?
Secara tidak sedar juga,yang menjadi mangsa dalam isu ini pelajar itu sendiri.Bayangkan anak kecik berumur 7 tahun terpaksa berhempas pulas mempelajari BI kemudian mungkin 2012 yakni 3-4 tahun dari sekarang terpaksa pula menukar kepada bahasa Ibunda.Mereka dijadikan platform ujian sekali lagi setelah PPSMI diperkenalkan beberapa tahun yang lalu.Mengapa perlu dibebankan murid?Sudahlah terkucar-kacir mencari arah tuju untuk menguasai BI untuk Sains dan Matematik,kini istilah seperti conclusion,Square Root dan Velocity terpaksa ditukar kembali ke perkataan kesimpulan,punca kuasa dan halaju.Guru juga menjadi mangsa tetapi majoriti guru masih belum fasih menggunakan BI.Pemansuhan PPSMI melegakan sedikit hati guru yang tidak mempunyai latar belakang penguasaan BI yang kuat.
Ana tak nafikan pentingnya penguasaan BI.Terima kasih atas jasa Tun Mahathir atas pembangunan dan permodenan yang dilakukan untuk menonjolkan sebuah negara terletak di tengah semenanjung Asia ini.Kecil namun berisi.Terima kasih Tun.Namun harap Tun memahami bahawa tidak semua tindakan Tun adalah benar.Setiap orang ada pandangan masing-masing.Sebagai seseorang yang sudah bersara,berehatlah dan banyakkan amal kepadaNya.Kerosakan pada Islam yang Tun lakukan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Biarlah pewaris yang baik menerajui tampuk pemerintahan negara ini.
BI memang bahasa penjajah.Kejayaan Britain menjajah sekali lagi Malaysia berjaya dilakukan setelah Malaysia mengikut sistem demokrasi dan perlembagaan negara dibuat juga oleh mereka. Dikuatkan lagi dengan PPSMI dahulu.Ramai tidak sedar jarum penjajahan sekarang sangat licik. Ianya tidak menggunakan kekuatan fizikal namun perangkap minda pula yang dipergunakan.
Ayuh mari kita mendaulatkan bahasa Melayu.Biarlah pendidikan peringkat rendah dan menengah menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Jangan dijadikan isu bumiputera dan bahasa ibunda sebagai agenda politik semata-mata.Ingatlah rakyat tidak lagi bodoh dan dungu. Mereka memerhatikan tindak tanduk anda wahai pemimpin negara.Kemudian dipersaksikan pula hasil kerja tangan dan mulutmu di depan Allah kelak di padang Mahsyar.Bersedialah kita semua...
MANUSIA AKHIR ZAMAN
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan