Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Buat Yang Mengenali Diriku...


Buat Yang Mengenali Diriku...


Sahabatku,aku bukanlah maksum.Aku sering melakukan kesalahan.Begitu juga kamu.Melakukan kesalahan pada penciptaku lebih berat ku rasa dari melakukan kesalahan kepadamu.Namun jika kamu tidak maafkan ku,tidak juga ku perolehi kunci syurga kelak.Maka akan malaikat heret ku ke nerakaNya.Astaghfirullah...

Sahabatku,aku tahu kamu mengharapkan sesuatu yang hebat dan terpuji dariku.Aku bukan nabimu.Aku bukan pemimpin hebat Islam yang kamu wajib kagumi.Aku manusia biasa.Biasa sangat hinggakan ku juga melakukan dosa besar tanpa ku sedari.Jika mengharapkan yang luar biasa diriku,sesungguhnya penulis ini bukan orangnya.

Sahabatku,ku tahu harapan menggunung dirimu padaku.Namun aku juga punyai kesempitan hidup.Kadang-kadang tidak terluah di lidah,mahu berkacakan mata tidak juga mampu kerana aku dikuasai ego seorang lelaki.Maka dibasahilah hati ku ini dengan tangisan.Yang tidak bisa dilihat orang lain melainkan tuan punya badan.

Sahabat, aku sayang kamu semua.Tanpa kamu tiadalah kehidupan yang ku kecapi kini. Ku terasa bahagia memiliki sahabat seperti mu.Itu nikmat tuhan kepadaku.Aku mahu jaga ukhwah fillah yang terbina agar kita menjadi 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah di padang Mahsyar kelak.Bertemu dan berpisah kerana Allah.

Sahabat,bercintalah,bercinta dan bercintalah kepada Rabbmu sebelum bercinta kepada makhlukNya.Ku tahu aku tidak layak berkata demikian.Namun kesedaran itu hadir.Untuk aku praktikkan seruan Nabi 'Sampaikan satu ayatku walaupun dengan perkataan Jangan'.Itulah kemampuanku untuk mengajak diri kita bersama mendapat keredhaanNya.

Sahabatku.Ku ketahui,kamu hadapi kesulitan hidup.Begitu juga aku.Kesulitan hidup adalah rahsia kehidupan manusia.Memang kamu dan aku tidak sedar akan hakikat kepayahan hidup. Namun berapa peratus sangat ujian kepada kita berbanding ujian Allah kepada RasulNya dan para sahabat.Jika mereka takut pada Allah dan takut akan kemurkaanNya,apakah tempat kita di hatiNya?Syurga atau neraka destinasimu?

Sesungguhnya telinga ku paling hampir dengan lidahku.Aku menasihati diriku kerana nasihat itu begitu hampir dengan diriku.Mahu menjadi pendakwah adalah impianku.Kekurangan perlu aku perbaiki.Aku mahu menjadi penyeru kebaikan dan nahi mungkar kepada dirimu sahabatku.Asif Jiddan atas semua kekhilafan yang berlaku.Aku manusia biasa yang bisa bangat lakukan kesalahan kepadamu.Asif Jiddan dariku...


0 Kesan Parut: