Salam Ukhwah Fillah dariku buat pengunjung dan sahabat setia Destinasimu.Selesai sudah ToT Naqib Naqibah PPIP UNITEN 2009 bertempat di Lembah Azwen Resort H.Langat.Hampir 3 Hari 2 malam kami berkampung di resort serba lengkap dan damai itu (tidak termasuk bermandikan air karat),pengalaman itu bakkan permata emas yang bila dibiarkan di tanpa dipakai akan menyebabkan si pemakai merasa rugi ketidak memakaikan barangan mewah itu.Begitu jugalah,pada mulanya agak mual dengan pelbagai kem yang ku sertai namun kem ini membawa satu sinar jihad dan perjuangan yang kental dalam menjadi role model di UNITEN kelak.
Dengan kehadiran team Persatuan Pengajian Islam UNITEN Muadzam Shah seramai 30 orang menewaskan team PPI+SAQ UNITEN Putrajaya benar-benar memerahkan muka kami di Putrajaya yang mampu menghantar cuma 25 orang sahaja.Sedangkan jumlah siswa siswi di Putrajaya melebihi 5000 berbanding UNITEN MS yang cuma 3000 orang sahaja.
Apa yang menarik sepanjang 3 hari kem berlangsung?Nantikan diari kehidupan Ukhwah Fillah di Azwen pada siri entri akan datang.InsyaAllah..
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan