Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Memori Sahabat Muadzam dan Putrajaya..




Saat menulis ini,daku telah pun 25 jam berpisah dengan saudara seagama ku nun jauh datang dari Muadzam Shah.Biarpun berlainan negeri namun kita bernaung di bawah panji agama yang sama. Juga berpayungkan Naib Canselor yang sama.Cuma jarak antara kita lebih 200km menyukarkan ditemukan wajah antara kita wahai sahabatku PPI di UNITEN MS Pahang.


Ingat lagi,ketika ku melangkah masuh ke masjid UNITEN jam 3.00pm 17 Julai,kelihatan bas persiaran yang membawa kalian dari Pahang telah tiba dan kalian sedang bersolat berjemaah di atas.Aku dan sahabat dari UNITEN Putrajaya memasuki bas UNITEN terlebih dahulu dan hanya menampakkan susuk tubuh kalian dari tingkap bas yang dinaiki.Masih keras ais yang dimiliki oleh kami.Saat itu mungkin hanya memikirkan segan untuk bertegur sapa kerana berlainan cawangan menuntut namun aku mungkin lupa bahasanya tiada yang membezakan kami kerana kami saudara semuslim.

Perjalanan terasa jauh benar.Dalam hati dimana sebenarnya destinasi kami.Bukankah ke Hulu Langat?Dapat dirasa dihati Ustaz Dzul tersalah jalan.HuHuHu.2 tol menjadi 4 tol.Mungkin Ustaz tersilap jalan kot.Perjalanan 25 minit menjadi 50 minit.Takpelah.Berfikiran positif.Ustaz mahu membawa kami berjawlah di Kajang kot.HeHeHe.

Setibanya aku dan rombongan di Lembah Azwen Resort pada jam 4.30 pm,diminta dahulu kami masuk ke Dewan Ungku Jamilah untuk mendengar taklimat dari ustaz Dzul dan abang SB yang tidak pernah kulihat.Rupa-rupanya beliau ialah pensyarah di IKAL.Rugi tak ambil MASB dengannya.Seorang yang sangat berilmu pengetahuan am yang tinggi dan bijak berkata-kata.Memang layak menjadi satu-satunya Urusetia Biro Program.

Aku bersama beberapa sahabat Putrajaya iaitu Nazmie,Adli,Baihaqi,Roy dan Razak memasuki Dorm Sri Sentosa 2.Bersama 8 orang lagi peserta dari Muadzam.Yang diingati ialah Haziq,Tajol dan erk..lupa dah..Adoi,taaruf belum cukup mantop rupanya!Pada mulanya agak kekok mahu berbicara dengan mereka.Namun aku pernah ke Muadzam sebelum ini sempena KKM MPP di kampus MS tahun lepas.Maka salah seorang yang aku masih kenal ialah Syafiq,Presiden PPI UNITEN MS.Setahun lepas,beliau merupakan Exco Musolla.Dah naik pangkat rupanya!HeHe.

Petang itu juga aku dilantik sebagai Penghulu ketika mahu makan malam.Ini semua kerja sahabat PPI dari Putrajaya.Saje mahu mengenakan aku!Sabar je lah dihati.Tapi ada hikmah disebalik yang berlaku.Pemerintahan kuku besi akan ku jalankan.HeHe.Diktator katakan.Kesuka hatian diri ini melantik siapa imam dan bilal solat 5 waktu dan pembaca doa makan ketika mahu menjamah makanan.Kan seronok!~~~

Malam itu,dijalankan aktiviti Ice-Breaking.SB menjalankan beberapa modul seperti Kita Serupa Berpantun dan Trademark.Yang seronok ialah Trademark dimana aku menggelarkan diriku as DD membawa maksud Destinasiku_Destinasimu.Taaruf itu diserikan dengan pelbagai ragam Trademark yang diberikan seperti Sasa,Kecik,711,Kaki kikis dan sebagainya.Dipenuhi dengan gelak ketawa kami.Ah..lupa lak..ada juga menggelarkan dirinya Encik Sengkang!HeHeHe...Solat Maghrib sebelum sesi taaruf ini meletakkan aku dalam kekaguman dengan sahabat dari MS.Mereka seusai solat bersalaman dengan beratur dan berselawat kepada junjungan besar Muhammad S.A.W.Perkara ini jarang kami PPI Putrajaya lakukan.Mungkin kerana mereka di MS sering berjumpa dan solat berjemaah di surau yang sama memudahkan untuk mereka membiasakan diri keadaan sedemikian.Kami di Putrajaya sangat sukar untuk berjumpa untuk bersolat jemaah bersama-sama melainkan solat Zohor dan Asar di Surau COE.

Malam itu kami tidur dengan kurang lena..eh rasanya aku je kot sebab kesejukan seperti berada si scene Titanic ketika karam.Kipas di atas kepala berkelajuan maksimum membantutkan mimpi indahku.Bangunnya jam 4.45am adalah yang antara terawal kerana semata-mata mahu ke dewan mahu membuka kuncinya.Sebagai Penghulu diamanahkan kepadaku untuk membuka dan mengunci apa yang perlu dikunci di dewan kuliah tersebut.Kemudian jam 5.15am berlangsunglah Qiamullail.Rindunya aku pada Qiam.Diimamkan oleh Ustaz Dzul hinggalah tibanya subuh kemudian tazkirah juga dari Ustaz Dzul.

Paginya ada sedikit pengisian modul berkaitan dengan Hala Tuju Halaqah dari Ustaz Dzul.Kemudian sebelum lunch,bengkel sirah diteruskan dengan aku diletakkan dibawah pengawasan abang As.Selepas makan tengahhari,diisi pula dengan ceramah dari ustaz Adnan bertajuk Silibus Halaqah.Sebelum asar menjelma,bengkel hadith 40 mengambil tempat dimana kami diminta membuat peta minda.

Malamnya Ustaz Poknik mengambil tempat.Dengan wajahnya yang bersih dan cerah bak bulan purnama menggambarkan bersihnya hati beliau sebagai pendidik dan pendakwah.Modul yang dijalankan pada malamnya sangat aku sukai kerana walaupun telah berkecimpung dalam dunia keFASIan agak lama,namun modul dibawanya berkonsepkan agama dan sangat berkesan pada hati.Ianya juga menggelikan hati.Tidaklah begitu serius.Dengan gayanya bersahaja dan suka membawa perwatakan lawak tidak bersalah,membuatkan kami peserta tidak kering gusi.

Modul pulau impian sudah menjadi kebiasaan buat kita.Namun bagaimana pula dengan Modul Pusat Dakwah IMpian?Waaa..sungguh menarik hati melihat tajuknya.Kumpulanku nombor 4 dibawah pengawasan ketua berdedikasi Encik Sengkang (Dzar) berjaya menambat hati pengambil gambar untuk terus menekan butang nya menangkap gambar modul kami.Dengan bahan asas binaan bukanlah dari markerpen ataupun kertas,ianya dari tumbuhan yang pernah hidup seperti carrot,cili,bendi,kacang,sayur-sayuran yang macam-macam jenis.Mari lihat hasilnya!

Lawa juga bila ditatap ulang kali.Hasil kerja tangan orang laku.Yang bestnya,masjid itulah hasil tangan kerjaku 100%!!!HeHe...Masjid adalah yang tengah dan berwarna merah.Lawa tak?Modul ini tamat pada jam 12.00am dan diteruskan dengan modul makan durian yang dikelolakan oleh Haji Ali.Terima kasih Haji Ali kerana memanaskan badan kami dikala malam yang sejuk.Aku meratah 3 biji durian.Maksudnya ulas dari 3 biji bukan duriannya sekali bersama durinya ku meratah.Tidur pada jam 1.30am kemudian perlu bangun jam 4.30am pasti menjadi cabaran besar bagiku dan rakanku lain.3 jam tidur.HuHuHu.Bangun awal esok kerana ada 2nd Qiam.Yang lamanya Qiam ini kerana adanya solat sunat Tasbih.

Paginya aku bangun agak lewat iaitu jam 4.50am.Sangat lewat namun bukanlah aku yang terlewatt.HeHe.Semua peserta mata bagaikan hantu yang merah menyala matanya menahan mengantuk.Namun berjaya juga aku selesaikan Qiam dan Subuh berjemaah pada pagi itu.Ingatkan selepas Ma'thurat boleh ke bilik untuk kendiri (mean tidur buat kami) namun kami perlu terus berkemas dalam masa 5 minit untuk aktiviti senaman bersama Ustaz Poknik.

Senaman pagi itu juga agak luar biasa.Biasanya dua tali disimpulkan oleh dua orang dan perlu melepaskan simpulannya tanpa melepaskan tangan dengan tali itu.Namun kali ini,Ianya berkaitan dengan tangan.Kami diminta memegang tangan sahabat lain seramai 10 orang satu kumpulan.Bagai nak rak kami memikirkan cara membuat satu bulatan penuh setelah tangan kami bersimpul di tengah.Tentu kalian tak paham kan?Komsepnya sama seperti simpulan tali tadi.Dan setelah itu,pelajar Ustaz Poknik dari UIA pula mengambil tempat (Bukan ambil tempat di hati tau) untuk mengendalikan Modul Ukhwah.Modul ini sangat mencabar dan memerlukan project manager.Oleh sebab itu,aku sebagai penghulu melantik Akram yang otaknya bergeliga!

Modul terakhir ialah Modul Syura.Seramai 8 orang menjadi orang buta (ditutup matanya dengan kain hitam),bakinya menjadi orang normal dan orang pekak bisu.Sangat menyeronokkan dan teruja dengan modul ini.Tak sangka,ada juga modul berasaskan islamik yang sangat berjaya memberi kesan kepada hati-hati yang bertaut padaNya.Jazakallah Ustaz Poknik dan angkatannya dari UIA.ToT kami berakhir dengan perasmian penutup oleh TNC HEP dan Pengurusan yang baru.Beliau sangat berbangga dengan adanya aktiviti seperti ini dan naqib-naqibah akan menjadi role model kepada semua pelajar muslim di UNITEN kelak.Ah,begitu besar tanggungjawab ku kelak!

Jam 2.00pm merupakan saat terakhir kami dari jemaah Putrajaya dan MS bersama.Bas kami masing-masing telah pun menunggu kami.Agak sayu juga hati ketika itu.Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Walaupun pahit terpaksa ditelan jua.Namun sebelum bertolaknya bas,sempat kami muslimin berpelukkan buat kali terakhir untuk kali ini.Moga ukhwah terbina dipanjangkan hingga ke akhir hayat.Aku rindu kalian semua...hubungi ku di YM ku paishz86...

Kepada sahabatku dari MS yang banyak membaca blog ini..jazakallah ku ucapkan.Moga ukhwah berterusan di sini.Salam alayaik!!

1 Kesan Parut:

Mohd Alliph Hj. Maryani berkata...

Salam bro.. citer yang menarik + sedey...huuu~