Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Disebalik Hatiku Yang Tersirat Untukmu..




Ukhwah yang dimeterai kini bersambung kembali...


Syukur,aku bersyukur pada illahi kerana masih meletakkan roh dalam jasadku untuk ku bertemu dengan sahabat-sahabatku di dalam kumpulan Fresh Degree semalam.Riuh rendah membasahi mulut kami berbual mesra serta bertanya khabar.Walaupun sudah lebih seminggu kumpulan ini secara formalnya dibubarkan seiring dengan habisnya minggu Orientasi,semangat ukhwah yang Nabi anjurkan masih kami laksanakan.

Alhamdulillah juga aku bertemu dengan Marwan,my bestfriend untuk International Student. Amat senang berkawan dengannya.Seorang yang merendah diri tetapi kuat bercakap serta sangat menjaga agamanya,membuatkan aku kagum bangat pada si dia.Alhamdulillah moga ukhwah kita berkekalan Marwan!

Hipokrit.Itulah yang berlaku saban hari kepada ramai diri manusia zaman ini.Bukan mahu mengatakan diriku terbaik.Malah setiap kali nasihat ku berikan,akulah yang paling terasa kerana aku sendiri menulis dan kadang-kadang aku sendiri melakukan perkara yang tak sepatutnya.Mungkin kalian tak faham.Biar aku seorang yang memahaminya.

Sahabatku,takutkah kamu dengan undang-undang manusia berbanding hukum-hakam yang diturunkan Allah kepada khalifahNya dimuka bumi?Adakah kehidupan manusia hanya di dunia kemudia roh bercerai berai seperti tidak pernah ada setelah kematian?Mana perasaan takutnya kita pada seksaan kuburNya?Timbangan di padang Mahsyar?Titian Siratul-Mustakim?Syurga dan Neraka?Kita lupa semua itu?

Jika disuruh menutup aurat saat Orientasi,betapa ikutnya dan patuhnya hati manusia tunduk pada arahan manusia.Namun selepas itu,bagaikan Tuhan tiada.Aku tidak menyalahkan kalian 100%.Suasana bebas ciptaan Freemason dan Zionisme mengikat kalian kepada erti kebebasan tanpa agama.Jika beragama pun,hanya sebahagian diambil.Yang lainnya dibuang.Sedar tak sedar ada juga muslimah mempersoalkan adakah pemakaian tudung itu wajib di sisi agama atau hanyalah adat semata-mata?Ini buktinya Islam mewajibkan menutup aurat:

Adajuga yang mempersendakan akan adanya azab api neraka jika manusia mengingkari perintah Allah.Kata mereka kolotlah,tak logik lah,dalam kubur takda sumber apilah.Itulah manusia.Tidak melihat peristiwa yang berlaku pada kaum terdahulu untuk dijadikan teladan kehidupan.Nah ini buktinya!:

Aku pasti dna pasti,mereka yang membuka setelah menutupnya akan kembali menutupnya apabila semester hadapan kalian akan mengambil subjek Islamic Studies 1,11 dan 111.Ketika itu insyaAllah kalian akan berjumpa diri pembuat artikel ini.Janganlah menjadi hipokrit.Kalau hipokrit ok lagi,bagaimana jika jatuh kepada MUNAFIK atau Fasiq?Astaghfirullah.Moga dijauhkan kita.Kita manusia biasa.Bisa dihasut syaitan laknatullah.Kuatkanlah imanmu.Ramai orang di serata dunia mati muda.Mati dalam keadaan beriman idaman setiap Muslim.Namun ramai pemuda-pemudi mati katak,tanpa sempat kembali ke agamaNya.Umur 20-30 adalah umur muda dan umur emas untuk bersuka ria.Namun ramai juga mati kerana sudah sampai ajalnya.Ajal tidak ada signal namun ada penunjuk bahawa makin dekatnya mati.Tuan empunya badan boleh merasa cuma dia sedar atau tidak.


Adakah kalian mahu menjadi seperti ini?:

Di umur muda,pemuda ini murtad dari agamanya.Sesudah beberapa jam dikebumikan,inilah azabNya!

Apa yang berlaku di Acheh diluar dugaan sama sekali penduduknya.Sempat menjamah makan pagi kemudian hanyut mati dalam ombakan ganas Tsunami.Adakah kamu masih menafikan kematian itu datang tiba-tiba?


Buat yang sekaum dengan ku,Adam,rendahkanlah seluarmu menutup di bawah paras lututmu. Ini nasihatku buatmu.Tanda solatnya diterima apabila manusia itu berubah dan dapat dicegah dirinya dari melakukan dosa dan maksiat.Cerminkan diri,adakah solat anda diterima?(Nasihat juga buat diri si penulis).Bangkitlah wahai pemuda-pemudi Islam.Jangan menunggu roh di tengkuk baru mahu bertaubat.Tiada gunanya lagi.Maaf akan artikel ini.Kerana sayangkan kalian , inilah caraku menasihatimu wahai adik-adikku...Asif Jiddan.


1 Kesan Parut:

hafiy berkata...

satu lagi lupe tmbah, "anak saye ni ade alergi dgn tudung, xleh pakai tudung.. nnti kulit merah2.." hehe, mcm ku kenal ayat nih...