Jam menunjukkan pukul 11pm.HP ku berbunyi semersik bunyi dengkuranku (gurau je).Aku melihat skrin HP dan terpampang tulisan "My Family".Perkara apa mahu dibualkan ditengah malam.Lalu aku mengangkat dengan nada suara mengantuk+mamai yang tidak dibuat-buat.Memang sebelum itu aku telah memasuki alam mimpi namun dikejutkan dengan panggilan suara HPku.
"Faiz,Faiz sihat?"Nun jauh dihujung telefon ibuku bertanya khabar padaku.Sejuk hati dapat dengar suara ibuku.
"Faiz sihat mak.Mak?Kenapa mak call malam-malam?Faiz dah tertido tadi,Maaf"Balas ku dalam keadaan agak mamai.
"Mak sihat.Faiz,nak tahu tak cerita pasal Mak Lang?"sambut ibuku yang mula bertukar moodnya dari lembut kepada nada kesedihan.
"Kenapa mak?Dia sakitkan?"Aku cuba mendapatkan kepastian.Memang telah diketahui Mak Lang ku sakit tetapi dengar cerita terkena buatan orang.Namun seperti ada sesuatu perkara cuba disampaikan oleh ibuku pada malam itu.
"Faiz.....Faiz rasa Mak Lang kena apa?"
"Mungkin kanser atau barah"
"Bukan Faiz.Semuanya akibat arwah suaminya yang liar dahulu"
Aku mulai tergamam.APakah maksud ibuku itu?Bukan mahu memburukkan arwah.Namun itulah realitinya.Mak Lang seorang isteri yang sangat taat.Melahirkan 5 zuriat untuk suaminya.Namun diakhir perkahwinan,si suami menunjukkan kepalanya.Berkeliaran bebas dan melakukan segala yang amat haram di dalam Islam.Hinggakan pernah bercerai dengan Mak Lang sebanyak 2 kali.Ceraian terakhir adalah sebelum arwah suaminya meninggal.
Dengan ketiadaan suami yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya,Mak Lang lah ibu dan bapa bagi 5 orang anaknya.Dengan bangun pagi untuk menyiapkan bekalan kuih untuk dihantar ke kantin sekolah berdekatan.Kemudian berniaga di pondok kecil dengan menjual makanan,itulah wang seharian yang digunakan oleh Mak Lang untuk menyara hidup anak-anaknya.Hinggakan kurus dirinya penat menyara mereka semua.
Mak Lang pernah berkata pada ibunya (Nenekku),"Mak,pasni mok tak yah lagi wat kerja rumah.Lang akan duduk dekat kat mak dan jaga mok"Itulah cerita pernah disampaikan oleh ibuku kepada ku.
Namun kini,nenekku pula menjaganya kerana kini dia menjadi tidak berdaya serta merta.Penyakit yang disebabakan sistem imunisasinya yang lumpuh,menyebabkan dia terus berada dalam keadaan tidak boleh bekerja dan melakukan kendiri dengan sendiri.Tragis benar. Bagaimanakah keadaan anak-anak mereka?
"Faiz,Mak Lang hang dijangkiti ***!"Ibuku menangis.Sebak dibuatnya.
Aku dah agak dah.Ya Allah,tempatkan Mak Lang kelak dalam syurgaMu!Dia seorang isteri yang banyak bersabar dan menjadi ibu kepada anak-anaknya yang sedang besar dalam mengimarahkan agamaMu!Mak Lang,bersabarlah.Hayatikan tazkirah dibawah ini yang mengisarkan "Penyakit uji keimanan, kesabaran manusia"
Penyakit uji keimanan, kesabaran manusia
SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.
Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan." (Riwayat Abu Sunnah)
Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."
Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.
Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.
Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.
Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.
Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.
Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.
Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah SAW akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

"Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)
Sementara itu, Rasulullah SAW juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)
Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.
Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.
Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."
Dan dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)
Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.
Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.
2 Kesan Parut:
Salam.sampaikan salam pada Mak Lang. mudah2n beliau tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang amat besar itu. ingin saya pinjamkan ketabahan yang ada diri ini pada diri beliau...sesungguhnya ujian dan dugaan yang diberikan itu adalah sebagai tanda beliau merupakan hamba Allah yang mendapat perhatian dariNya...Insyaallah...
Jazakallah buat asrar_nia..
Ibu dan keluarga baru shaja melawat dia.Namun sy tiada kesempatan untuk pergi kerana ada urusan mustahak di universiti.
Catat Ulasan