Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Celcom 1+5 ,Best ke?


Salam....

Jika diikutkan sekarang sudah 6 kali ana akanj bertukar nombor sejak dari pertama kali ana memilik handphone iaitu tahun 2004.Masa itu,ana menggunakan celcom.Kalau tak silap ana nombor pertama ana ialah 0192879350.Kemudian ana menggunakan Maxis dan bertukar ke Digi (0163214548).Kemudian dua tahun selepas itu ana bertukar kembali ke Maxis dengan nombor 0172929978.Kemudian tukar lagi*(berapa kali tukar da...) ke Celcom UPAX iaitu nombor prepaid sekarang.Tak kan ana nak beritahu semuanya bukan?Ingatkan inilah nombor terakhir yang akan ana gunakan memandangkan ana sangat berpuas hati dengan Celcom UPAX.Namun,tak diduga akhirnya ana julung kalinya akan menggunakan postpaid pada esok hari yakni Isnin (1/6/2009).

Ana beli postpaid ini di The Mines dan ana tertarik dengan tawaran yang diberikan.Pakej 1+5 ini kira akan ada satu Main Line yang akan bayar RM 50 dan baki 5 lagi akan membayar hanya RM 5 sebagai cas bulanan.Namun cas RM 50 dan RM 5 ini termasuk juga penggunaan kita menghantar SMS dan membuat panggilan.Jika guna lebih dari nilainya maka bayar apa yang kita lebih.Tanpa ada sebarang cas langganan bulanan.Maka ana pun membelinya untuk 3 orang iaitu ana sendiri dan 2 subline.Panggilan antara Main Line dan Sub- Line (1+5) adalah percuma selamanya.Begitu juga akan mendapat SMS,MMS dan Video Call percuma antara Main dan Sub Line tersebut.Jika anda selalu benar menelefon ahli keluarga mahupun sahabat rapat anda dan menggunakan ia lebih RM 100 sebulan,maka pelan ini amat-amat menjimatkan!

Untuk panggilan selain 1+5,semua panggilan adalah 15sen/min tidak kira apa jua nombor yang anda hubungi cuma kekurangannya pada SMS kerana kadarnya agak mahal iaitu 12 sen/sms ke semua nombor.Namun ianyat automatik menurun apabila anda menggunakan lebih RM 50 dan keatas.Jika anda seorang pelajar yang sering gunakan prepaid lebih RM 100 bulanan,plan ini sangat menguntungkan.Jika takut terlebih guna,anda boleh mengehadkan ia kepada RM 150/RM200 mahupun RM 300.

Esok akan secara rasminya ana akan menggunakan postpaid ini.Adakah ianya murah?Nantikan bil yang akan tiba pada 30 Jun kelak!.HeHe..tak sabar nak buat panggilan kepada Subline ana!Percuma segalanya!!!Nak cuba?Tanya pendapat orang lain juga ya!Good Luck!

Berbincang Lebih Baik Dari Berdebat


Memang tabiat manusia sentiasa hendak menang. Untuk menang, manusia sanggup berbuat apa saja. Jalan hendak tunjuk hebat dan meraih kemenangan ialah dengan berdebat.

Remaja yang kuat minda dan ilmu tidak ketinggalan menggunakan cara ini demi juara dalam kalangan teman-teman.

Berdebat bukan saja dalam isu tempatan dan global, malah dalam perkara agama. Mereka yang tidak pandai cakap, boleh kalah. Mereka yang pandai cakap sering menang walaupun cakapnya tiada isi dan fakta.

Sebenarnya berdebat dalam perkara agama banyak tidak membawa faedah, apa lagi kalau pendebat itu sama-sama tidak cukup alat (ilmu).

Jika berbincang rasanya lebih bermanfaat. Biasanya debat dengan tidak beretika lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan yang merugikan.

Memang tidak dinafikan berdebat adalah satu cara atau uslub berdakwah, tetapi itu adalah antara jalan yang terakhir selepas buntu dengan pengajaran dan pendekatan secara berhikmah.

Kalau hendak berdebat juga, ia hendaklah secara berhikmah dan dengan adab yang tinggi. Firman Allah yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah bersama mereka dengan baik.” (an-Nahl:125)

Ayat ini meletakkan debat sebagai jalan terakhir selepas pendekatan nasihat dan berhikmah. Ini bukan bermakna ia tidak berkesan, tetapi kerana kesukaran mematuhi aturan adab dan akhlak ketika berdebat.

Mungkin ramai suka berdebat, tetapi kurang ramai boleh ikhlas. Tidak ramai yang hendak cari kebenaran.

Yang biasa ialah yang hendak cari menang saja. Mengalah sama sekali tidak. Kalau pun ada yang mengaku, itu hanyalah di gelanggang, tetapi di luar belum pasti lagi. Perdebatan selalunya dikuasai mereka yang pandai bercakap walaupun tiada isi. Dalam pertandingan debat di sekolah atau universiti sebenarnya tidak termasuk dalam perbincangan ini kerana pertandingan itu ada juri dan hakimnya yang akan menentukan jumlah markah.

Acara di peringkat sekolah dan universiti itu untuk melatih pelajar bercakap serta mengeluarkan hujah dan fakta. Ia patut diteruskan.

Bagaimanapun, antara akhlak dan adab yang perlu ada kepada remaja yang berdebat supaya dapat menghasilkan natijah yang baik adalah seperti berikut:

1. Elakkan daripada menggunakan perkataan kasar dan kesat yang menggambarkan tidak menghormati pemikiran lawan. Jika perlu, adakan pengadil supaya perdebatan itu berhasil.

Malah, jika perlu, adakan kad kuning dan kepada yang berhak dapat kad merah pun perlu diberi agar tidak ada mereka yang langgar disiplin.

2. Hendaklah banyak mencari titik persamaan antara kedua-dua pihak. Ini kerana lebih banyak persamaan yang dicari lebih banyak hasil diperoleh.

3. Usah memperbesarkan perkara remeh-temeh.


Kepada adik-adik remaja, tajamkanlah minda untuk mencari dan membela kebenaran bukannya untuk bermegah dan mendabik dada. Jadikanlah buku sebagai mentor dan penasihat ketika kekusutan. Kebenaran akan muncul dan kebatilan akan lenyap.

Ada Apa Dengan Britain Got Talent's?(MUST READ!)

Salam dari ana,

Ah setelah lama ana tidak mencoret di blog ini,kerana kesibukan ana dengan pelbagai rencana hidup yang perlu ana hadapi dengan penuh kesabaran.

Sejak akhir-akhir ini ana ada satu hobi baru lebih-lebih lagi ketika musim cuti ini.Ana merupakan salah seorang peminat rancangan TV Realiti Britain iaitu 'Britain Got Talent's' (BGT).BGT merupakan sebuah rancangan realiti TV Britain yang sulung kali diudarakan pada tahun 2007.Pada tahun 2009 merupakan tahun ke-3 penerbitannya namun pada tahun ini,BGT mula dikenali ke seluruh pelusuk dunia.Bukanlah niat ana mempromosikan ia tanpa sebab tetapi jika dinilai dari sudut berlainan,BGT boleh dijadikan tauladan bagi yang baik serta sempadan bagi yang tidak baik.

Baiklah,format bagi BGT adalah,setiap minggu(iaitu sebanyak 7 minggu semuanya),akan diadakan audition di setiap perhentian (Setiap negeri di Britain).Ianya diadakan dalam sebuah teater dimana ditonton secara live oleh ribuan audien awam dan 10 juta penonton di rumah..Terdapat 3 orang hakim iaitu Piers,Simon dan Amanda.Setiap perhentian ada lebih kurang 1000 orang rakyat Britain beradu nasib mempersembahkan bakat mereka.Setiap peserta dibenarkan mengambil masa antara 1 minit hingga 2 minit untuk meyakinkan 3 hakim tersebut.Jika ketiga-tiga hakim itu menekan buzzer (tanda mereka tidak suka atau setuju dengan persembahan peserta),maka secara automatiknya peserta tersebut tidak akan dapat ke pusingan pemilihan ke separuh akhir.Namun jika hakim tidak melakukannya,peserta akan menghabiskan persembahan mereka dan akan mendengar komen dari para hakim.Kemudian akhirnya para hakim akan memutuskan samada mereka layak ke pusingan seterusnya dengan memberi isyarat YES.Jika menerima majoriti YES (2/3) maka mereka akan berpeluang ke semi-final.Jika mendapat 3 YES maka sudah tentu peluang mereka ke semi-final sangat besar.

Setelah itu,pada pemilihan semi-final,hanya 40  orang peserta terbaik dari lebih 100 peserta yang mendapat majoriti YES (2/3) akan ke semi-final.Semi-Final diasingkan kepada 5 bahagian dimana setiap bahagian berbeza hari.Setiap semifinal (ada 5 semifinal) akan ada 8 orang peserta (dari kalangan 40 yang terbaik) berentap.Namun untuk ke pusingan akhir,ada dua cara untuk ditentukan.Setelah selesai semua persembahan,dari 8 orang hanya akan ada 2 yang terpilih ke final BGT.Yang pertama dipilih kerana mendapat undian tertinggi penonton dan orang awam melalui telefon rumah dan telefon mudah alih.Yang kedua pula dipilih melalui keputusan para Hakim bagi menentukan antara tempat kedua dan ketiga undian tertinggi,siapakah lebih layak untuk ke Final.Maka pada saat ini,keputusan hakim juga penting.

Setelah semua siri semifinal dijalankan,maka 10 orang peserta final (2 dari setiap semifinal) akan berentap pula.Dan setelah itu,keputusan Juara,tempat ke-2 dan ke-3 juga diumumkan.Juara akan membawa pulang wang tunai 100,000 Pound Sterling (+- RM 500,000) dan diberikan penghargaan untuk membuat persembahan di Royal Variety Show di hadapan Queen of Elizabeth.

Untuk siri pertama iaitu BGT 2007,tempat pertama dimenangi oleh Paul Pott (penyanyi Opera) dan tempat kedua ialah Connie Talbot ,juga penyanyi cilik berumur 5 tahun.Yang baiknya Paul Pott,dia hanya merupakan seorang yang sangat merendah diri namun suara nya sangat baik. Seorang jurujual telefon namun keberaniannya tampil ke BGT mengangkat beliau sebagai artis antarabangsa.Kalau tak percaya,sila ke Youtube dan taip "Paul Pott BGT".Anda juga akan kagum dengan anugerah tuhan buat si kecil Connie Talbot yang hanya berumur 5 tahun ketika itu yang mempunyai suara yang begitu merdu.

Bagi siri kedua BGT 2008,Ianya lebih hangat dari tahun sebelumnya.Antara peserta yang menyengat ialah George Sampson (Break Dancer),Signature,Kate and Gin (Dog Trainer),Escala (Musician) dan Adrew Johnson (Singer).Pada siri kali ini,ana dapat lihat semangat tidak mahu menyerah kalah George Sampson kerana pada tahun 2007 dia pernah memasuki BGT tetapi gagal dalam pemilihan ke semi-final.Dia tidak berputus asa,setahun selepas itu,dia mencuba lagi sekali dengan peningkatan mendadak dan berjaya ke Final sehingga berjaya dinobatkan sebagai Juara BGT 2008.Bagi peserta seperti Kata and Gin,ia menunjukkan hubungan manusia dan haiwan boleh membawa rezeki.Cuba cari di Youtube "Kate and Gin BGT",anda pasti kagum dengan kecerdikan seekor anjing yang patuh pada tuannya.Rezeki George pula mencurah-curah kerana sikap merendah dirinya menyebabkan dia mempunyai ramai peminat.

Dan untuk tahun ini,tahun yang paling hebat dan hangat kerana BGT 2009 dikenali di serata dunia hinggalah ke Malaysia.Kerana apa?Ada seorang peserta iaitu Susan Boyle telah menjadi global superstar kerana di youtube sahaja,pencarian terhadapnya melebihi 100 juta orang dalam tempoh sebulan.Wanita berumur 47 tahun ini pernah mengalami kesusahan hidup sebelum memasuki BGT 2009 apabila dia kematian ibunya.Dia merupakan anak yang baik dan setia menjaga ibunya yang tua dan sakit.Kematian ibunya menyebabkan dia menjauhkan diri dari orang ramai,berkurung di rumah berbulan lamanya kerana dia terasa kehilangan insan yang amat dia sayangi iaitu ibunya.Sejak itu hanya kucingnya menjadi temannya sebelum dikenali ratusan juta manusia selepas audition hebat pertamanya di BGTT 2009.Susan begitu dikenali di Britain,USA dan Canada.Setelah audition pertamanya,dia telah menerima tawaran untuk menerbitkan albumnya walaupun belum lagi ke semifinal BGT 2009.Rezekinya sudah melimpah ruah atas pengorbanannya menjaga ibunya dulu.

Namun dia bukanlah hanya seorang peserta yang hebat kerana terdapat 10 peserta lain yang begitu menyengat pada BGT 2009 edisi ketiga ini.Finalist BGT 2009 adalah Susan Boyle,Diversity,Flawless,Stravos Flatley,Aidan Davis,Shaun Smith,Julian Smith,Hollie,Shaheen Jafargholi dan Two Grand.Untuk peserta Two Grand dan Stravos Flatley,ia menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dimana segala rintangan dapat dilalui hinggalah mereka berjaya menjadi finalist.Tidak percaya lihatlah ragam mereka di Youtube.Akhirnya pada malam tadi (30 Mei 2009),3 orang peserta terbaik 2009 iaitu Susan Boyle,Diversity dan Julian Smith menjadi top 3.Dan keputusannya Diversity membuat kejutan terbesar mapabila mendapat undian tertinggi menewaskan kuda hitam Susan Boyle yang pernah dianggap sebagai pemenang mutlak BGT 2009.Julian di tempat ketiga.Diversity menunjukan kepada kita bahawa dengan pelbagai latar belakang,usaha dan kesatuan serta saling memahami boleh membawa kejayaan begitu hebat hingga menjadi Juara BGT 2009!Dari pelajar skeolah rendah hinggalah pelajar Master,A-Level dan Jurutera,mereka bersatu hati untuk mempersembahkan sebuah kumpulan penari yang bijak mengatur langkah dan cara persembahan.Tahniah buat Diversity.

Dan yang baiknya program seperi ini ialah setiap undian pada semifinal dan final BGT akan disalurkan separuh darinya ke Tabung Amal.BGT tidak bolot semua keuntungan dan mereka masih memikirkan untuk memberi kebajikan hasil rancangan realiti mereka.Maknanya,populariti bukanlah nombor satu buat pengurusan BGT.Mengapa rancangan realiti di Malaysia tidak seperti mereka?AF dan sebagainya hanya memikirkan keuntungan semata-mata.Kemudian pengundi di Malaysia hanya lihat pada rupa sahaja dan sukar membuang sikap mereka supaya lebih melihat pada bakat yang ada.Audien dan Para Hakim BGT lebih suka pada bakat dari rupa.Atas sebab itu peserta yang menggunakan hanya pakej kecantikan tidak panjang umurnya di BGT.

Diharapkan kita mengambil tauladan yang baik dari rancangan seperti ini.Pergilan ke Youtube dan cubalah cari beberapa nama seperti yang ana nyatakan di atas.Mereka kini mulai popular bukan sahaj di Britain tetapi di seluruh dunia.Jangan terkejut lihat rupa dan persembahan mereka.Tiada lagi bakat seperti mereka di Malaysia ini.Untuk maklumat lengkap sila ke :

http://talent.itv.com/

Moga yang baik dapat kita ikutkan walaupun mereka bukan Muslim

Pemerhati BGT Malaysia

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari

Ibuku Hanya Satu Mata (Keinsafan)


Anda pasti akan menangis bila membaca kisah ini.......


Kisah ini dipetik dari sebuah drama yang pernah dilayarkan di TV3.. dah tak ingat apa tajuk drama 2..

Bacalah dengan hati....

Ibuku hanya mempunyai satu mata..

Aku benci ibuku!!! Aku bencikan dia!!!

Dia memalukan aku!!!

Dia bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah untuk menyara hidup kami sekeluarga

Ada satu ketika sewaktu aku di sekolah rendah, ibu datang untuk bertanyakan khabar..

Aku malu!! Aku malu!!

Sanggup ibu datang ke sekolah, dalam keadaan memalukan aku…

Aku mengabaikan dia, aku memandangnya dengan penuh kebencian…MENYAMPAH!!!

Keesokan harinya, semua kawan-kawanku mengejekku, “EEEE, mak kau ada satu mata aje.."

Kalaulah boleh, aku nak lari waktu itu juga… Aku nak menyorok daripada kawan-kawan aku.. Kalau boleh aku nak ibu hilang daripada dunia ini…

Suatu hari, aku pernah berkata pada ibu, “kalaulah aku hanya sebagai bahan ketawa kawan-kawan oleh kerana kecacatanmu, kenapa ibu tak mati aje?!!!"

Ibu terdiam seribu bahasa!!!

Dalam keadaan marah, aku tak pernah berfikir sebelum berkata-kata kepadanya. Aku tak pernah terfikir akan perasaan ibu...

Namun, aku tak kisah apa perasaan ibu lagi…

Aku mahu ibu keluar dari rumah ini…

Jadi, aku belajar bersungguh-sungguh untuk menyambung pelajaran ke universiti

Kemudian, aku berkahwin. Aku mempunyai rumah sendiri, aku mempunyai beberapa orang anak, aku gembira dengan hidupku…

Pada suatu hari, ibuku datang untuk melawat kami sekeluarga.. Dah bertahun lamanya ibu tidak bertemu aku, dan juga cucu-cucunya…

Apabila ibu berdiri di hadapan pintu rumahku, anak-anakku mentertawakannya..

Lantas aku menjerit kepadanya, “Berani kau datang ke rumah aku, kemudian menakut-nakutkan anak-anakku!!”

“KELUAR!!! KELUAR KAU DARI SINI!!!
SEKARANG!!!”

Kemudian, ibu terdiam seketika…
“maafkan saya, mungkin saya tersalah rumah.."

Dan diapun menghilangkan diri.

Suatu hari, surat jemputan ke perjumpaan rakan sekolah lama aku sampai ke rumah.

Aku menipu pasanganku bahawa aku telah pergi ke luar negara…

Selepas perjumpaan itu, aku kembali ke rumah lamaku yang telah lama kutinggalkan..

Jiranku memberitahu bahawa ibuku telah meninggal dunia…

Aku tidak merasa sedih sedikitpun…

Jiran memberikan kepadaku sekeping nota yang ditulis oleh ibu sebelum meninggal dunia…

“Anakku, ibu sentiasa mengingatimu sepanjang masa…”

Ibu meminta maaf kerana datang ke rumahmu tempoh hari…

Ibu gembira kerana ibu mendapat berita yang kamu akan ke perjumpaan rakan sekolah lama kamu...

Tetapi ibu tidak mampu untuk bangun dari katil walau sekalipun untuk melihat kamu, wahai anakku..

Ibu minta maaf kerana selama ini memalukan
kamu sepanjang kamu membesar..

Anakku, semasa kamu kecil kamu pernah terlibat dalam kemalangan, dan kamu kehilangan sebelah daripada matamu…

Sebagai ibu, ibu tak sanggup untuk melihat kamu membesar dengan sebelah mata sahaja…
Lantas… ibu memberikan mata ibu kepadamu…..

Ibu sangat berbangga, anak ibu dapat melihat dunia dengan mata ibu….
SEKIAN
…yang sangat menyayangimu…

10001 pada 2330,27/5/2009.Thankz Guys!


KHAS BUAT ANDA YANG MEMBACA


Alhamdulillah,setelah 210 hari,Destinasimu meraikan pengunjung ke 10000 sebelum jam 2330 27/5/2009.Bukanlah niat mahu berbangga.Jauh sekali.Cuma ana amat berterima kasih kepada semua sahabat dan pengunjung yang terus menyokong perjuangan ana ini.Dengan kewujudan ribuan blog berbentuk hiburan dan cinta semata-mata,ana garapkan blog ini dengan kepelbagaian dan itulah keunikan Destinasimu.

Kepada yang selalu mengkritik ana,ana ucapkan terima kasih kerana senantiasa menjadi pemerhati luar kepada ana.Ana sedar ana bukanlah ustaz tetapi ilmu yang ada di dada mahu juga dikongsi bersama dengan sahabat sekalian.Ana rasa gembira dapat bersama-sama dalam medan dakwah alam maya.Ini menunjukkan Islam itu senantiasa menerima teknologi baru untuk mashlahat umatnya.

Jika diperhatikan,blog berbentuk politik dan hiburan semata-mata amat menguntungkan blogger nya kerana mempunyai pengikut dan pengunjung yang begitu tinggi.Tak percaya cuba lah lihat beberapa buat blog politik yang terpampang di list Political Blogs di blog ini.Mudah menerima iklan dan mendapat pendapatan lumayan dari penulisan blog mereka.Mengapa ana tidak lakukan seperti mereka?Ana bukanlah hardcore penganalisa politik mahupun gila hiburan semata-mata. Biarlah ianya seimbang. Ada Tazkirah Agama, Kisah Tauladan ,Percintaan,Akhwat,Ikhwan dan sebagainya khas untuk tatapan anda sekalian.

Sebelum ana mengakhiri entri penghargaan ini,ana sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung setia ana.Tanpa anda siapalah ana.Tunggukan artikel yang lebih menarik dan lebih bermanfaat untuk santapan kalian semua.Jazakallah...

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari
Admin Destinasimu

.:::DESTINASIMU_DESTINASIKU_JUA:::.



Jangan Bincang Dengan Lelaki 9 Perkara Ini!


Bukan senang nak bina hubungan yang bahagia.Banyak yang kita mesti buat.Termasuk dalam bende ini adalah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan pada pasangan anda(Zauj ).Benda ini semua akan menyusahkan diri orang juga.

Sila baca 9 perkara ini: 


1.Jangan cerita tentang lelaki lain yang dalam diam-diam pernah mencintai anda. 

2.Membenci ibunya.Memang lelaki pantang. 

3.Cerite tentang kecurangan yang pernah anda buat. 

4.Jangan juga cerite tentang keburukan kawan baik lelaki tu.Kawan itu penting bagi mereka. 

5.Jangan membandingkan dia dulu dan skrg,lebih lagi tentang kegagahannya.Buruk si dia. 

6.Jangan buat dia patah semangat terhadap pekerjaan yang dia lakukan.Sebaliknyer cubalah bantu. 

7.Bercerai.Memang satu perkataan yang lelaki takleh dengar.Eloklah dihindarkan. 

8.Kalau anda pendapatan melebihinya,jangan pula nak diperbesarkan.Benda itu akan menyinggung perasaan dia. 

9.Bila jumpa dengan teman lelaki lama.Tak payah la terlalu ghairah dan takyah la diceritakan perasaan itu pada dia.
Selamat Mencuba.Eh jangan cuba!!!

10 Jenis Solat Ditolak Allah SWT


10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T 


Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa :
"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya : 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 
4. Orang lelaki yang melarikan diri. 
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 
9. Orang-orang yang suka makan riba'. 
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah."
Hassan r. a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Moga-moga kita dijauhkan dari 10 golongan di atas.Kalau tidak sia-sialah usaha kita selama mana hidup di atas muka bumi Allah ini.Nauzubillah...

Balasan Penghuni Syurga

Bersanding dengan Bidadari 
Diceritakan dari Abdul Wahid bin Zaid yang berkata: Dahulu aku pernah naik sebuah perahu. Tiba-tiba bertiuplah angin ribut, sehingga kami semua terdampar di sebuah pulau. Di sana aku sempat menjumpai seorang lelaki penyembah berhala. 

Kami kemudian bertanya kepadanya, “Wahai Fulan! Siapakah yang sedang kamu sembah itu?” 

Lelaki itu kemudian menunjuk ke sebuah berhala, dan kami kembali bertanya, “Di perahu, kami mempunyai seorang teman yang biasa membuat benda seperti ini (berhala). Akan tetapi, benda ini bukanlah merupakan sembahan sepertimana Tuhan!” 

“Lalu, siapa yang kalian sembah?” tanya lelaki penyembah berhala itu. 

“Allah,” jawab kami. 

“Siapa Allah itu?” tanyanya. 

“Zat di mana Arasy-Nya ada di langit, kekuasaan-Nya ada di bumi dan keputusan-Nya berlaku bagi yang masih hidup serta yang telah mati,” jawab kami semua. 

“Bagaimana kalian dapat mengenali-Nya?” tanya lelaki itu lagi. 

“Tuhan kami telah mengutus seorang utusan yang mulia dan beliaulah yang menerangkan semua itu,” jawab kami. 

“Lalu, apa yang dilakukan oleh utusan itu?” tanyanya. 

“Beliau telah menyampaikan risalahnya dan kemudian beliau pun wafat,” jawab kami serentak. 

“Apakah beliau tidak meninggalkan sebuah bukti kepada kalian?” tanya lelaki penyembah berhala itu. 

“Ya, beliau meninggalkan kitab Allah,” jawab kami lagi. 

“Tolong perlihatkan kepadaku kitab Allah itu, aku yakin kitab-kitab Allah itu indah sekali,” kata lelaki tadi. 

Kami pun mengambilkan sebuah mushaf. Setelah melihatnya, dia berkata, “Aku tidak pernah tahu kitab ini!” 

Kami lalu membacakan sebuah surah Al-Qur’an dan ketika kami membacanya, dia pun menangis hingga kami selesai membaca satu surah. Selepas kami membacanya, dia pun berkata, “Sudah selayaknya Pemilik kalam ini tidak diderhakai.” 

Akhirnya lelaki penyembah berhala itu pun masuk Islam, dan ikut bersama kami. Kami ajarkan hukum-hukum Islam serta sebahagian surah-surah Al-Qur’an kepadanya. 

Saat malam tiba, selepas melakukan solat Isyak, kami merebahkan diri di pembaringan, lelaki itu kemudian berkata, “Wahai saudaraku! Apakah Tuhan yang telah kalian tunjukkan kepadaku ini ketika malam tiba Dia juga tidur?” 

“Tidak, wahai hamba Allah! Dia adalah Maha Besar, Maha Berdiri sendiri dan tidak akan pernah tidur,” jawab kami semua. 

“Kalau begitu. orang paling buruk adalah kalian semua. Kalian semua tidur, sedang Tuhan kalian tidak pernah tidur,” kata lelaki tadi. 

Kami semua kagum oleh kata-katanya itu, maka ketika kami sampai di daerah Ubbadan, hal ini kuberitahukan kepada teman-temanku, “Dia baru saja masuk agama Islam.” 

Kami mengumpulkan beberapa keping wang dirham, selanjutnya kami berikan kepadanya. Saat kami serahkan, dia berkata, “Apa ini?” 

“Kami berikan ini kepadamu,” jawab kami. 

“Laa ilaaha illallaah, kalian telah menunjukkan aku ke sebuah jalan yang selamanya belum pernah kalian lalui. Dahulu aku berada di sebuah jazirah dengan menyembah berhala, tetapi berhala itu tidak pernah membuat aku hidup miskin. Maka sekarang tidak mungkin Tuhan yang aku sembah ini akan membuat aku susah, sedang aku sendiri mengingati-Nya siang dan malam,” kata lelaki itu. 

Selang beberapa hari, aku mendapat khabar bahawa lelaki itu menderita sakit parah. Aku datang menjenguk dan bertanya kepadanya, “Adakah yang dapat kubantu untukmu?” 

“Yang dapat membantuku adalah orang yang bersama kalian ke jazirah tempat tinggalku,” demikian jawabnya. 

Pada saat itu mataku terasa mengantuk sekali hingga akhirnya aku pun tertidur di sisinya. Di dalam tidur aku bermimpi bahawa di makam Ubbadan ada sebuah taman dan di taman itu ada sebuah kubah. Di dalam kubah tersebut ada sebuah pembaringan. Di atasnya duduk seorang bidadari jelita yang belum pernah kulihat sebelumnya. 

Gadis itu kemudian berkata, “Demi Allah, aku memohon kepadamu agar dia datang secepatnya. Sungguh, aku telah rindu kepadanya!” 

Aku pun terbangun dan ternyata setelah kuamati lelaki itu sudah meninggal dunia. Aku ikut merawat jenazahnya, mulai dari memandikan, mengafani, menyembahyangkan dan seterusnya menguburkannya. 

Tengah malam aku bermimpi bertemu dengan lelaki itu, dia berada dalam kubah bersanding dengan bidadari yang kujumpai dalam mimpiku sebelumnya. Aku dengar lelaki itu sedang membaca ayat yang bermaksud: ....sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan), “Salamun ‘alaikum bima shabartum (salam sejahtera buat kalian semua atas kesabaran kalian semua).” Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” 

(Ar-Ra’d: 23-24)



Penduduk Syurga


Di dalam kitab Al-Multaqith diceritakan, bahawa sebahagian bangsa Alawiyah ada yang bermukim di daerah Balkha. Ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan. 

Ketika suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang ramai di sekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim sejuk. 
Saat mereka telah memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah di masjid, sementara dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi. 

Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu. 

Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut dan menjelaskan mengenai dirinya serta berkata, “Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!” 

“Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyah,” kata tokoh orang Muslim di kampung itu. 

“Di kampung tidak ada orang yang mengenaliku,” kata ibu tersebut. 

Sang tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia hendak memohon kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan tokoh kampung, lelaki Majusi lalu memerintahkan kepada salah seorang anggota keluarganya untuk datang ke masjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumah Majusi yang memberinya pula pelbagai perhiasan serba indah. 

Sementara tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah SAW. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijau. Kepada Rasulullah SAW. dia lalu bertanya, “Wahai Rasululah! Milik siapa istana ini?” 

“Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah,” jawab baginda. 

“Wahai Rasulullah, aku pun seorang Muslim,” jawabnya. 

“Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah,” sabda Rasulullah SAW. kepadanya. 

Tokoh di kampung itu pun bingung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah SAW. kemudian bersabda lagi, “Di saat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya, “Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku!” Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu tunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!” 

Sesaat kemudian lelaki muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai, lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada. 

Lelaki Muslim itu segera berangkat ke rumah orang Majusi yang telah menampung wanita Alawiyah beserta anak-anaknya. 

“Di mana wanita Alawiyah itu?’ tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi. 

“Ada padaku,” jawab si Majusi. 

“Aku sekarang menghendakinya,” ujar lelaki Muslim itu. 

“Tidak semudah itu,” jawab lelaki Majusi. 

“Ambillah wang seribu dinar dariku dan kemudian serahkan mereka padaku,” desak lelaki Muslim. 

“Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal di rumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya,” jawab lelaki Majusi itu. 

“Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya,” ujar lelaki Muslim itu seolah-olah mengugut. 

Maka, lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu, “Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah, aku dan seluruh keluargaku tidak akan tidur sebelum kami memeluk agama Islam di hadapan wanita Alawiyah itu, dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah SAW. sendiri telah pula bersabda kepadaku, “Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?” 

“Ya, benar,” jawabku. 

“Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai orang Mukmin,” sabda baginda kembali.




Istana Mutiara Berwarna Merah


Bersumber dari Khatan Abu Imran Al-Lu’lu’i. Dia adalah seorang soleh yang suka melayani orang-orang fakir dan rumahnya selalu terbuka bagi sesiapa pun. 

Suatu ketika ada sekelompok kaum bertamu ke rumahnya, dia lalu segera menghadap kepada seorang hakim agar memberi sesuatu kepadanya yang akan digunakan untuk menjamu para tetamunya itu. Akan tetapi, sang hakim tersebut tidak memberikan sesuatu pun kepadanya. 

Demikianlah, Khatan pun akhirnya pergi menemui seorang Yahudi dan orang Yahudi itu ternyata mengabulkan permintaannya dan dengan segera mengirimkan sesuatu yang diperlukan oleh Khatan dalam menjamu tetamunya. 

Ketika sang hakim tidur, dia bermimpi seakan-akan dia sedang berdiri di depan sebuah pintu gerbang sebuah istana yang terbuat dari mutiara berwarna merah. Saat melangkahkan kakinya, hendak memasuki istana tersebut, tiba-tiba dia dihadang dan dilarang memasukinya. Lalu dikatakan kepadanya: 

“Sebenarnya istana ini milikmu, akan tetapi sekarang telah diserahkan kepada si Fulan yang beragama Yahudi itu.” 

Pada keesokan harinya, hakim itu bergegas pergi ke rumah Khatan Abu Imran untuk meminta keterangan tentang apa yang telah dilakukannya setelah ditolak beberapa waktu sebelumnya. Setelah memberitahukannya, sang hakim itu kemudian bergegas menemui orang Yahudi sebagaimana telah disebutkan oleh Khatan. 

Sang hakim berkata kepada orang Yahudi itu, “Kamu telah mempunyai istana di syurga. Adakah kamu mahu menjualnya dengan harga sepuluh ribu dirham?” 

“Tidak,” jawabnya tegas. 

Hakim itu berusaha menaikkan harga tawarannya, namun demikian, orang Yahudi tersebut tetap pada pendiriannya untuk tidak menjualnya. 

Dan akhirnya hakim itu minta kepadanya untuk menceritakan kisah yang dialaminya, dan si Yahudi itu akhirnya menceritakan kisahnya. 

Orang Yahudi itu lalu berkata kepada Khatan Abu Imran, “Ajarilah aku akan agama Islam!” 

Demikianlah, ditinggalkannya agama Yahudi yang dianutinya dan kemudian dia masuk Islam dengan yakin dan ikhlas.

Mari Lihat Keajaiban Otak!

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri.Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 12 saat:



FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!







































OK?


Berapa banyak?


Tiga atau empat? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


Baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


Otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak?

PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini..

Kisah Ahli Ibadah dan Pelacur Cantik


Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar. 

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. 

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.” 

Wanita pelacur itu berkata: “Silakan masuk ke rumahku.” 

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.” 

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!” 

Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?” 

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah. 

Wanita pelacur itu berkata: “Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.” 

Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!” 

Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.” 

“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu. 

Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?” 

Lelaki itu menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.” 

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut. 

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.” 

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?” 

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.” 

“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu. 

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

Kenali Lelaki Melalui Rambutnya


Buat wanita,balik ini tengokklah rambut ayah,abang,sepupu ,adik atau suami serta anak-anak ya...

1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??

16) RAMBUT 'RONALDO'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2....sekadar hiburan........
Leh Percaya Ker???Hiburan semata-mata!Tiada niat mengutuk sesiapa!!!HaHaHa

Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka


1) Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.


2) Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


3) Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


4) Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.


Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? 

Kenduri Arwah Bidaah?


Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, ke40, ke 100, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazahab syafie telah mengahramkan dan membid'ahkan perbuatan atau amalan yang menjai tajuk perbincangan dalam tulisan ini. Sebagaimana fatwanya :

"Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan".

Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar yg berpegang kepada mazhab syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah jiran, kerabat si mati atau orang yg datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli simati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:

"Aku suka kalau jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya sehingga menyenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah".

Fatwa Imam Syafie di atas adalah berdasarkan hadis sahih;

"Abdullah bin Ja'afar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja'afar, Nabi saw bersabda : Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja'afar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)". dihasankan oleh at-turmizi dan di sahihkan oleh al-hakim 

Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk keluarga yg miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak yatim hukumnya haram.

"Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid'ah".

Imam Syafie berfatwa:

"Diantara bid'ah yg mungkar ialah kebiasaan orang yg melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari ke 40 padahal semua ini adalah haram".

Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, ketujuh, ke40, ke 100, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat iislam sekarang adalah perbuatan haram dan bid'ah menurut fatwa Imam Syafie. Oleh itu mereka yg mendakwa bermazhab syafie sewajarnya mebghentikan perbuatan yang haram dan bid'ah ini sbg mematuhi wasiat imam yg agung ini.

Seterusnya mufti yang bermazhab syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid'ah dan mengharamkan kenduri arwah:

"Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bid'ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghauskan) bid'ah, membuka banyak pintu-pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid'ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram".

Kenduri arwah atau lebih dikenali sbg majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul. Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid'ahkan oleh Imam Syafie rahimatullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:

"Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga simati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid'ah yang mungkar".

Di nukilkan ketegasan Imam ar-Ramli rahimatullah yang mana beliau berkata :

"Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli : Antara perbuatan bid'ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab "Ar-Raudah" iaitu mengerjakan amalan yang disebut "kaffarah" secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si mati sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid'ah yang mungkar) menyembelihan untuk si mati, malah yang demikian itu adalah haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas)atau seumpamanya".

"Termasuk bid'ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziah".

Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yg ditujukan kepada arwah si mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' (pembuat atau aktivis bid'ah) sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkan oleh pengamalnya tentang haram dan tegahan dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab syafie.


Faedah Kita Ber'Couple' Adalah....


Apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple': 


1) Seronok (dapat fitnah) 
2) Seronok (dapat dosa) 
3) Seronok (dapat geng dengan syaitan) 
4) Dapat meluahkan masalah..(Allah kan ada) 
5) Banyak habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung.. 
6) Banyak risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..) 
7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..) 
8) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..) 
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... ) 
10) Lain-lain lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA.. 


Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi:

1) Byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak. 

2) Perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le.. 

3) Sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan... 

4) Bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni.. 

5) Ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek.. 

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana. 

7) Lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat... 

8) Haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt.. 

9) Ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu... 

10) Fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...
(ARTIKEL INI TIDAK MENGGUNAKAN AYAT FORMAL KERANA MAHU KELIHATAN LEBIH SANTAI.BUKAN NIAT MEROSAKKAN BAHASA.ASIF JIDDAN)

Personaliti Anda:Ada 4,Anda Yang Mana Satu? (PART 4)

BAHAGIAN 4: CIRI-CIRI PEACEFUL PHLEGMATIC

Akhirnya tiba juga bahagian ke-4 dan yang terakhir.Dalam banyak-banyak ciri yang telah diterangkan,watak Peaceful Phlegmatic atau PP ini adalah sederhana dalam segala hal dan majoriti manusia adalah dari golongan ini.Mereka juga pengantara dalam semua hal.Tidak begitu tegas,tidak begitu cermat dan tidak begitu periang seperti sifat ekstrim yang ditunjukkan dalam 3 personaliti sebelum ini.Mereka ini diibaratkan seperti awan cerah yang bergerak di udara kerana kehadiran mereka tidak begitu diambil tahu oleh orang lain.Mereka ini dikenali sebagai manusia bersikap cool and steady.

Namun mereka juga ada kelemahan dan juga kelebihan yang perlu diketahui.Percaya atau tidak ramai akan dilahirkan dalam kategori ini untuk menjaga keamanan sejagat.HeHeHe.Jom tengok jom!:

KELEBIHAN PEACEFUL PHLEGMATIC:

1. Mudah dalam segala hal seperti mudah didekati,mudah dibawa berbincang dan senantiasa dalam keadaan tenang dalam pelbagai keadaan.
2. Penyenyap tetapi lucu jika pandai mengusik mereka.
3. Suka menyimpan emosi mereka dari dilihat oleh orang lain.Jika marah pun lebih suka meredakan marah mereka.
4. Sangat menjaga pergaulan,sangat menjaga persahabatan dan sangat disenangi oleh orang lain.
5. Melambangkan keamanan dan sangat menyenangkan dalam banyak hal.
6. Pendengar baik.Jika anda perlu pendengar yang baik,merekalah orangnya.
7. Seorang yang penyabar seimbang.
8. Suka Mengelak Konflik berlaku.Sesuai menjadi duta.

KELEMAHAN PEACEFUL PHLEGMATIC:

1. Sangat lambat membuat keputusan.Jika pergi ke kedai makan,merekalah orang yang paling lambat buat keputusan untuk makan apa.
2. Tidak tegas.Sebab itu sering dibuli atau hanya mengikut telunjuk orang lain.
3. Seorang yang senantiasa dalam keadaan bimbang tetapi tidak menzahirkannya.
4. Tiada arah tuju yang muktamad.Masih tercari-cari.
5. Sangat berkompromi.
6. Tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
7. Pemalas dan tiada motivasi diri yang baik.
8. Tidak suka pada perubahan. Seorang yang tetap pada pendiriannya.
9. Marah jika dipaksa tetapi seperti yang dinyatakan,mereka lebih suka memendam rasa maka terpaksa menurut dengan tidak rela.


PASANGAN SANGAT IDEAL UNTUK MENDIRIKAN RUMAH TANGGA:
POWERFUL CHOLERIC!!!

SETERU UTAMA:
PERFECT MELANCHOLY!!!

Contoh Insan PP:
PAKLAH

JIKA UJIAN DI BAWAH MENUNJUKAN ANDA DOMINAN PM,MAKA CIRI ANA LEBIH PADA PM.JIKA PM DITEMPAT KEDUA MAKA ADA SEDIKIT CIRI PM PADA DIRI ANDA DARIPADA YANG DOMINAN YANG ANDA MILIKI.SELAMAT MENCUBA!!!

UNTUK KE UJIAN PERSONALITI SILA KLIK LINK DIBAWAH DAN JAWAB DENGAN JUJUR!SILA JAWAB HANYA SATU YANG TERBAIK BAGI SETIAP ROW!!!JIKA TIDAK FAHAM MAKNA INGGERISNYA,SILA LIHAT KAMUS!!!WAJIB CUBA!SERONOK!!!

http://www.oneishy.com/personality/personality_test.php


Personaliti Anda:Ada 4,Anda Yang Mana Satu? (PART 3)

BAHAGIAN 3:CIRI-CIRI POWERFUL CHOLERIC (PC)
Macam panas je artikel pasal personaliti ini.Ramai kata tak seronok buat ujian personaliti lah,khurafat lah,menipu lah.Ana dahulu pun seperti kalian.Cuma bila bertemu 4 karakteristik ini,ana macam tak percaya,ianya hampir persis dengan diri ana.InsyaAllah,setelah anda melakukan ujian ini, anda akan lebih mengetahui ciri-ciri masing samada kelebihan atau kekurangan yang dimiliki oleh kalian.Maknanya selepas ini kita lebih memahami sahabat serumah,sekelas mahupun ahli keluarga kita.Paderi Kristian menggunakan ujian ini untuk mendekati orang Islam untuk berdakwah dengan mereka.Mereka perlu mengetahui latar belakang personaliti seseorang itu kerana setiap orang ada sensitifnya dan ada cara untuk melembutkan hati mereka.Ana telah terangkan 2 personaliti sebelum ini iaitu Popular Sanguine (PS) dan Perfect Melancholic (PM).Jom kita usha pula yang ketiga iaitu Powerful Choleric (PC).

Secara ringkasnya,mereka yang dominan (banyak peratusan pada ciri ini) bersifat bossy.Sukakan pada watak pengarah dan mereka ini dengan mudah digelar Diktator.Pemimpin terbaik adalah dominan pada personaliti PC ini.

KELEBIHAN POWERFUL CHOLERIC:

1. Dilahirkan sebagai pemimpin.
2. Sangat suka pada kebebasan pada dirinya dan tidak suka diarahkan kerana dia menganggap hanya dia layak mengarah.
3. Suka pada kejayaan.Dilatih untuk berjaya dalam semua perkara.Sebab itu pemimpin seperti ini berjaya memenangi hati Rakyat.
4. Berpandangan jauh.Orang lain akan tentang apa yang difikirkannya tetapi keputusan selepasnya akan membuatkan orang lain takjub akan kebolehannya berfikir di luar kotak.
5. Lebih suka pada yang praktikal dan mahu selesaikan sesuatu perkara dengan praktikali.
6. Sangat pantas membuat keputusan.
7. Mempunyai ramai musuh namun musuh menghormatinya sebagai lawan.
8. Suaranya didengar oleh semua orang.Sangat dihormati dan digeruni kawan dan lawan.

KELEMAHAN POWERFUL CHOLERIC:

1. Terlampau mengarah hinggakan orang meluat. (BOSSY)
2. Panas baran dan tidak penyabar.
3. Bersikap kasar dan tidak cermat hingga selalu menyinggung perasaan orang lain.
4. Keputusan yang tidak menentu.Seseorang yang boleh berubah mengikut keadaan.
5. Sangat mengharapkan bantuan orang lain dan tidak mampu hidup sendirian kerana kuasanya bergantung pada sokongan orang bawahannya.
6. Suka mencetusakan kontroversi.

PASANGAN SANGAT IDEAL UNTUK MENDIRIKAN RUMAH TANGGA:
PEACEFUL PHLEGMANTIC!!!

SETERU UTAMA:
POPULAR SANGUINE!!!

Contoh Insan PC:
DR MAHATHIR
SADDAM HUSSEIN
SEBARANG KETUA YANG TEGAS DAN BERSIKAP BOSSY

JIKA UJIAN DI BAWAH MENUNJUKAN ANDA DOMINAN PM,MAKA CIRI ANA LEBIH PADA PM.JIKA PM DITEMPAT KEDUA MAKA ADA SEDIKIT CIRI PM PADA DIRI ANDA DARIPADA YANG DOMINAN YANG ANDA MILIKI.SELAMAT MENCUBA!!!

UNTUK KE UJIAN PERSONALITI SILA KLIK LINK DIBAWAH DAN JAWAB DENGAN JUJUR!SILA JAWAB HANYA SATU YANG TERBAIK BAGI SETIAP ROW!!!JIKA TIDAK FAHAM MAKNA INGGERISNYA,SILA LIHAT KAMUS!!!WAJIB CUBA!SERONOK!!!


http://www.oneishy.com/personality/personality_test.php