Kadang-kadang kerja syaitan untuk menyesatkan manusia.Bahkan bukan kadang-kadang kerana menyesatkan manusia hingga hari kiamat adalah janjinya kepada Allah.Begitu dendamnya Iblis dan Syaitan kepada bani Adam dan Hawa.Kerana Adam dan Hawalah mereka dibuang dan menderhaka pada Allah.
Kini pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan keyakinan akan kebenaran Islam yang hakiki. Memang kuasa Allah untuk menunjukkan kekuasaannya dengan kalimah Allah dan Muhammad pada benda ciptaanNya.Itu telah menjadi kebiasaan kelihatan hatta pada susunan jari kita pun tersingkap akan kalimah Allah itu.Mengapa cari jauh?
Dan gambar di bawah ini menceritakan hal yang lagi satu.Gambar kononnya Jesus terpampang dibeberapa tempat.Adakah ia benar-benar terjadi ataupun buatan tangan manusia atau syaitan? Bagaimana mereka tahu itu gambar atau rupa Jesus (Isa a.s)?Mereka pernah berjumpa? Hanya melihat lukisan dan patungnya di gereja dan yakin itulah rupa Jesus? Ya memang Jesus atau Isa a.s itu adalah salah satu dari 25 rasul yang wajib diimani oleh muslim namun tidaklah sampai ke tahap meletakkan Allah Yang Esa kepada Triniti!Subhanallah tiada diperanakkan Allah dan tidak beranak!
Sesungguhnya agama samawi itu 3 iaitu Islam,Nasrani dan Yahudi namun Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang satu selepas Nasrani dan Yahudi dicemari oleh tangan-tangan manusia yang kejam mengubah kitabNya untuk menurut perintah hawa nafsu mereka. Ya Allah,selamatkan umat Islam dari tipu daya dakyah Kristian dan Yahudi.Amin!Allah hu AKhbar!
1 Kesan Parut:
Salah satu kerja2 syaitan yg cuba nk menyesatkan iman manusia..lagipun teknologi sekarang ini mcm2 leh buat..Allahu 'Allam bi sowab
Catat Ulasan