Jika bersedia teruskan kepada pernikahan.Lebur segala fitnah ciptaan iblis dan manusia jahil. (Gambar hiasan semata-mata)
Assalamualaikum...
Sebelum memulakan sedikit ucapan di sini,aku memohon ampun dan maaf kepada pihak yang terasa cuma itulah yang kini aku mahu luahkan agar tidak mendatangkan fitnah dan tanggapan buruk orang lain.
Buat sahabatku,aku baru membaca blog kamu.Salah satu statement mu mengatakan bahawa "terima kasih atas sejambak bunga.. moga ikatan kita akan terus bersemi hingga ke syurga.. ingat pesan **** ya, kalau ada jodoh, ada la.. kita create our ukhuwwah as a truly friend.. not more than that..".Ah,seperti indah kata-kata sahabatku ini dalam blognya.Namun apakah ada udang di sebaliknya.
Kamu pernah mengatakan couple tiada dalam kamus hidupmu.Semuanya sahabat bagimu. Kamu mengatakan kamu sayang pada semua sahabatmu.Namun aku sudah mengagak perkara ini berlaku.Berjaga-jagalah sahabatku.Jarum kini dicucuk oleh musuh Adam dan Hawa dan kini pertempuran permusuhan ini masih berlangsung antara anak cucu Adam dan Syaitan Laknatullah.
Kamu menyatakan hanya sayang pada persahabatan,namun di situ secara jelas memang kamu menyintai seseorang.Perlukah diberitahu kepada orang lain.Kadang-kadang ianya akan menimbulkan syak wasangka orang di luar sana,apakah benar kamu katakan atau hanya skrip hipokrit?Jika benar kamu ada seseorang katakan.Namun ingatlah,simpanlah kata-kata manis setelah kamu diijabkabulkan.
Dan khabarkan pada sahabat-sahabatmu yang hati kamu telah dimiliki setelah kamu telah ditunangkan dan dinikahi.Janganlah kamu memberitakan sesuatu hal yang belum pasti lagi. Allah berkuasa membolak-balikkan hati manusia dengan sekelip mata.Bukan niat mahu memarahi mu.Jauh sekali.Namun aku pernah memberi nasihat padamu,jangan memainkan hati lelaki.Jangan bermain dengan kata-kata.Bahana menanti.Aku lebih berumur darimu.Ku tidak mahu orang lain mengulangi kesalahan ku seketika dahulu.
Dan jika benar dia milikmu,cepatkanlah pertunangan mu.Takut jadi fitnah.Dia adalah Al-Hafiz.Jangan kamu mencemari kebersihan hatinya.Habis punah hilang Al-Quran dari dadanya kelak. Jika sayang pada dia teruskan pada yang halal.Jangan dekati haram wahai yang terkena. Jika bukan kerana ku melihatmu sebagai sahabat dunia akhirat,tidak akan berani ku menulis warkah nasihat ini untukmu.Moga kamu benar-benar menjadi wanita solehah.Dan jadilah isteri solehah apabila kamu telah dimiliki oleh insan bernama pemuda soleh sejati.Asif Jiddan ya ukhti.
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan