Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

List of Subjects


Dari Anas r.a bersabda Rasulullah S.A.W:

"Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam.Dan orang yang meletakkan ilmu itu disisi orang yang tidak ahlinya seperti memberikan rantai permata,mutiara dan emas ke leher khinzir"

Maka telah diseru oleh junjungan besar nabi kita untuk menuntut ilmu.Ana menyahut seruan nabi dengan meneruskan perjuangan yang belum selesai di menara gadingku Universiti Tenaga Nasional.Berada di semester 5 tahun ke-3 benar-benar akan menguji ku memandangkan semester kali ini memang berat benar subjek yang ku ambil.Berikut adalah subjek yang diambil oleh ana:

  1. Mechanics of Fluid 2
  2. Machine Design
  3. Modeling and Analysis of Dynamic System
  4. Engineering Measurement Lab
  5. CAD Lab
  6. Principle of Management 

14 Credit Hours with RM 6000++....

Masih terngiang di telinga ana tengahhari tadi,lecturer CAD Lab ana berkata "Berdasarkan pengamatan Jabatan Mekanikal UNITEN,Sem 5 merupakan bermulanya jatuh CGPA para pelajar'.Terkejut benar juga ana dibuatnya.Ini akan memberikan cabaran yang tertinggi untukku menangkis kata-katanya.Moga-moga aku terus menerus meningkatkan pencapaian ku dalam studies ku!!!Amin ya Allah...

0 Kesan Parut: