Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Hari Pelik Di UNITEN!!!



Suasana kuliah yang gelap dan PANAS!Atas kuliah Modeling dan bawah kuliah Machine Design.Baru panas dunia belum panas akhirat!Astaghfirullah!


Salam...

Saat ini aku baru sahaja melihat blog sahabatku iaitu Mutiara Muslimah.Melihat kerajinannya dalam menghadapi semester baru membuatkan aku melihat diri ini yang makin jauh dilandas kemenangan untuk mengekalkan DL ku.Adakah berlaku perubahan negatif dalam diriku?Moga dijauhkannya dari kesusahan dan kepayahan.

Menceritakan pada perubahan,terdapat beberapa culture changing yang berlaku secara tidak ku fikirkan sebelum ini.Jika sebelum ini parking lot di COE UNITEN senantiasa bersesak-sesak dipenuhi dengan kereta-kereta pelajar,namun pagi tadi semuanya berubah.Security telah menggunakan pemerintahan kuku besi menyukarkan kehidupan pelajar UNITEN.Aku yang hanya memandu skuter yang bermasalah iaitu Karisma 125 GTi V6 Dohc (Gurau je!) juga mengalami nasib seperti rakan-rakan yang menaiki kenderaan 4 roda.Kami tidak dibenarkan parking di COE! Arahan yang diberikan ialah semua kereta pelajar hendaklah parking di atas bukit berhampiran Hotel Residence.Manakala motor mencarilah tempat yang sesuai.Lalu aku dengan nada pelik dan bengang pun menuju ke foodcourt dan meletakkan motor ku di situ.

Seusai tiba di bilik kuliah di BN COE,berlaku lagi satu persembahan pelik bin ajaib UNITEN kepada pelajarnya apabila bekalan elektrik terputus.Ianya bermula sejak aku menapak di BN COE jam 9am sehinggalah petang tadi kelas terkahir yang dibatalkan pada jam 3pm.APakah sebenarnya yang berlaku di COE UNITEN?Bukankah di situ terdapat banyak professor elektrik dan master-master yang berlambak?Namun mengharapkan juruteknik menyelesaikan masalah yang tidak surut hinggalah ke petang?

Di saat ku menunggu kuliah Machine Design,merantaulah aku ke BL tingkat 2 untuk mencari arena buatku untuk mengulang kaji pelajaran.Bertemu dengan Hariz yang begitu tekun menelaah subjeknya merencanakan pemangkin buat diri ini untuk kembali ke landasan pelajar rajin seperti semester sebelumnya.Kemudian hadir seorang siswi berbajukan merah dan berseluar jean menghubungi rakannya berdekatan dengan ku.Ku terdengar pelbagai complain bagaikan si pengguna Streamyx yang tidak puas hati dengan perkhidmatan TM,meluahkan segala perasaan ketidakpuas hatiannya terhadap tindakan keselamatn UNITEN yang menahan dari pelajar parking di kawasan COE.

Salah satu frasa yang dihemburkan dari mulutnya ialah "Ko nak tahu tak,security saman aku sebab kata aku bawak kereta laju dalam UNITEN.Dia kata limit just 30 km/j.Aku tak pernah tahu pun hal ni!Aku lawanlah balik....."dan seterusnya semakin samar ku mendengarnya kerana dia berpaling ke arah lain.Ah,begitu taksub juga security ini menjalankan tugasannya.Tak pernah dibuat menyaman pelajar kerana membawa laju!Buat tabiat agaknya!

Hakikatnya,tidak boleh disalahkan pihak keselamatan kerana mereka juga mendengar arahan dari pihak atasan UNITEN.Adli berkata padaku tengahhari tadi bahawa punca permasalahan yang berlaku ialah DEAN COE mengarahkan Security agar tidak membenarkan pelajar dalam kampus meletakkan kenderaan beroda di dalam kawasan COE kerana seperti kebiasaan,kawasan COE akan menjadi tin sardin apabila tiba waktu puncaknya.Semua divider menjadi mangsa diletakkan kenderaan.Nak salahkan pelajar pun tak boleh kerana yang masuk UNITEN ramai yang anak berada.Tempat parking di UNITEN pun macam nazak khususnya di COE.Apa-apa jelah.Yang pentingnya aku bahagia meletakkan kenderaan beroda duaku di COE kerana jarang benar ditahan kecuali pagi tadi.Tapi security UNITEN pun hangat-hangat tahi ayam je.Jam 1pm sudah tidak kelihatan guard yang tadi begitu teruja mengawal keadaan di COE seperti ada perhimpunan haram pula.

Banyak sangat pelik-pelik berlaku hari ini.Motor ku juga rosak tengah hari tadi.Maka melayanglah RM 170.00 kerana terpaksa menggantikan bateri dan starter skuter yang telah lama kong!Melayang lagi duitku.Bertambah pula bil celcom ku RM 104.00.Menyesal pula banyak guna SMS pakai postpaid.450 SMS=RM 50.Mahal gila!Panggilan memang bagiku murah.Tapi terlebih dari jangkaan ku.Ku hanya bajet maksimum penggunaan RM 100 sebulan.Namun terlebih kerana penggunaan SMS melampau khususnya ketika minggu orientasi.Moga Allah permudahkan jalan rezeki ku selepas ini.T-T....Hari Isnin pelik bagiku juga bagi sesetengah pelajar UNITEN.Assalamualaikum....


0 Kesan Parut: