Tetiba handphone burukku berbunyi mengejutkan lamunan aku mengemas bilik apartment Cendiakawan.Panggilan dari kelibat manusia yang telah 2 bulan lebih tidak aku tatap wajahnya. Waqar Hamman."Faiz,salam.Ko kat mana?Aku nak sebilik dengan ko tau"sapa Waqar dari hujung telefon.Aku membalas "Ok je hang dengan aku,tapi lagi satu siapa?"."Lagi satu untuk Zam",balas Waqar."Baik bos!"
Bermulalah pada saat itu,2 minggu yang amat menyeronokkan serta memenatkan.Mahu menjadi seorang pembimbing kepada siswa-siswa baru UNITEN,Perlunya kami dibimbing terlebih dahulu.Tatkala diri ini masih belum mengenali sahabat-sahabat seperjuangan Fasilitator yang berjumlah 120 orang,diadakan minggu Induksi Fasilitator 2009/2010 bertempat di gedung ilmu kami UNITEN.Ia merupakan induksi kedua bagiku selepas Induksi Fasilitator Kem Motivasi Felda-Uniten 2009.
Bermula dengan taklimat,klimak perahan tenaga naik mendadak pada hari kedua Induksi apabila hari tersebut digelar sebagai Hari Team Building!Bangun pada jam 6.15 am dan tidur semula jam 12.15 am.Tempoh 18 jam dipergunakan sepenuhnya oleh kami membentuk satu pasukan yang saling mengenali antara satu sama lain.Masih aku ingat salah satu daripada modul Tema Building yang dijalankan,iaitu paip keseimbangan (tak pasti nama sebenarnya), kami berjemur 1 jam di padang yang disirami kepanasan bahang sang matahari untuk menyeimbangkan paip pvc sepanjang 10 meter.Ianya dilakukan bersama-sama ahli kumpulan dan syaratnya ialah paip perlu diluruskan mendatar dan paip tersebut hanya diletakkan di atas dua jari dan bukannya di pegang!Memang benar-benar memerlukan seorang ketua yang hebat mengendalikan proses penurunan paip tersebut ke tanah.
Aku bersama rakan-rakan lain juga sempat berexplorace sekitar UNITEN dan juga berpeluang berkayak di Tasik Uniten.Juga tidak luput di lubuk memoriku adalah kami memasuki kolam Admin untuk mencari harta karun!Memang mencabar kerana apa?Sebab lantainya licin dan tidak pernah rasanya orang memasuki kolam tersebut melainkan proses penyucian.
Untuk mengendalikan sebuah modul,perlunya aku mengetahui cara ia dijalankan serta sebab musabab (objektif) serta kesimpulan yang dapat dibuat darinya.Ya begitu banyak modul yang dijalankan kepada kami.Senior Fasilitator memberi tunjuk ajar kepada kami,cara untuk mengendalikan sesebuah modul agar ianya menjadi berkesan dan mencapai objektif yang mahu dicapai dan digapai.Antara modul yang kami jalankan ialah:
- Medan Elektrik (Modul Ice-Breaking)
- Kita Serupa (Modul Ice-Breaking)
- Zarah-Zarah (Modul Ice-Breaking)
- Kod Rahsia (Modul Taaruf)
- Titik Hitam (Modul Taaruf)
- Radio Karat (Modul Provokasi dan Kepimpinan)
- Kotak Minda (Modul Provokasi dan Kepimpinan)
- Pulau Impian (Modul Provokasi dan Kepimpinan)
- Liku-liku kehidupan (Modul Provokasi dan Kepimpinan)
- Sungai Asid (Modul Pemikiran Kreatif dan Kritis)
- Jalan Kejayaan (Modul Pemikiran Kreatif dan Kritis)
- Lipatan Dimensi (Modul Pemikiran Kreatif dan Kritis)
- Kereta F1 (Modul Pemikiran Kreatif dan Kritis)
13 modul yang telah dijalankan amat menarik minat aku untuk mendalami dunia fasilitator. Mungkin selepas ini jika aku diberi peluang menjadi fasilitator atau biro program,mahu jua aku mencadangkan kepada persatuan ku untuk menjalankan modul berkenaan.Setelah berhempas pulas selama 6 hari lamanya,akhirnya pada pagi sabtu,bermulalah satu cabaran menjadi Fasilitator terbesar dalam sejarah hidupku!Menjadi salah seorang dari 120 orang Fasilitator dan menjadi abang kepada 14 orang anak buah kumpulanku yang mewakili 1100++ jumlah kemasukan pelajar baru ke UNITEN,ia benar-benar mencabar ketahanan fizikal dan mentalku.
Untuk artikel seterusnya,akan aku ceritakan pula pengalaman dan kisah menarik sepanjang Minggu Orientasi Pelajar Baru UNITEN 09/10...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan