Selepas ketua-ketua kaum Quraisy mengadakan mesyuarat, persiapan untuk memerangi Nabi Muhammad SAW dan tentera Muslimin telah dilakukan. Setiap keluarga mengutuskan anak-anak lelaki dan hamba-hamba yang masih kuat untuk menyertai peperangan tersebut.
Sebanyak 3,000 tentera dikumpulkan. Sebanyak 200 tentera berkuda dilengkapi dengan pakaian perang, senjata dan makanan serta minuman yang melimpah ruah. Seramai 700 orang pula memiliki senjata yang lengkap manakala selebihnya menaiki unta.
Angkatan tentera kaum Quraisy diketuai oleh Abu Sufyan. Barisan wanita yang terdiri daripada tujuh belas orang diketuai oleh Hindun binti Uthbah iaitu isteri Abu Sufyan.
Tentera Quraisy bersiap sedia dengan kelengkapan perang yang sudah mencukupi, ditambah dengan bilangan tentera lebih daripada tiga ribu orang. Lalu berangkatlah mereka menuju ke Madinah.
Dalam perjalanan itu mereka turut membawa tuhan mereka yang paling besar iaitu berhala Hubal, dengan diiringi perempuan-perempuan penyanyi dan penari.
Tidak ketinggalan juga peralatan-peralatan muzik seperti rebab, seruling dan alat-alat muzik lain yang boleh menghibur dan membangkitkan semangat para tentera dengan nyanyian dan syair-syair yang merangsang. Minuman keras yang banyak turut dibawa bersama.
)
Sementara kaum Quraisy sibuk bergegas-gegas untuk bertolak dari Mekah ke Madinah, bapa saudara Rasulullah, Abbas bin Abdul Muttalib secara diam-diam mengutus sepucuk surat kepada baginda untuk memberitahu tentang rencana perang kaum Quraisy yang telah mula berangkat ke Mekah dengan sebuah pasukan yang besar, kuat dan lengkap itu.
Setelah mengetahui rancangan orang-orang Quraisy itu, Rasulullah pun bersiap sedia dengan 1,000 tentera untuk berperang dengan mereka.
Walaupun jumlah tersebut terlalu sedikit untuk melawan tentera Quraisy, orang-orang Islam tetap bersemangat waja.
Sebelum peperangan bermula, orang-orang Yahudi telah membuat satu helah. Mereka menghantar Abdullah bin Ubay supaya menawarkan diri untuk membantu orang-orang Islam menentang orang-orang Musyrik. Bagaimanapun tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Rasulullah SAW.
Segala persiapan Nabi SAW adalah bertepatan dengan firman Allah yang maksud-Nya:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya..."
(al-Anfal: 60)
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan