Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Semakin Dilihat Semakin Cantik?


Daripada Anas bin Malik RA. bahwa Rasullullah SAW. bersabda yang bermaksud:


"Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari arah sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah, didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, "Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanmu. "Jawab isterinya, "Engkau demi Allah sungguh tampan dan pakaianmu tambah indah sekembalimu."

(Al-Hadis)


Sifat-sifat bidadri yang cukup sempurna dapat diambil sebagai pelajaran dalam kehidupan kita di dunia, terutama aleh kaum wanita yg ingin menjadi wanita solehah. Wanita solehah diberi peluang untuk memilih sendiri syurga yang dikehendakinya sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

"Jika seseorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, taatkan suami dan menjaga maruahnya, pilihlah mana-mana syurga yg ia mahu."

(HR. Al-Bazzar)


Di antara sifat-sifat bidadri yang juga menjadi kewajipan bagi setiap wanita Muslimah untuk mengamalkannya adalah "Qaashiraatut-tharfi," yang ertinya menundukkan pandangan, tiada liar pandangannya, bidadari-bidadari hanya memandang kepada penduduk syurga sebagai suami mereka. Dan mereka menundukkan pandangan matanya kepada lelaki yang bukan suaminya. Dalam prinsip hidup mereka, suaminyalah yg terbaik.

Menundukkan pandangan, yang merupakan sifat bidadari syurga, juga menjadi kewajipan bagi wanita Muslimah. Begitu juga laki-laki diwajibkan menundukkan pandangannya.Ini dijelaskan Allah SWT. menerusi FirmanNya. bermaksud :


"Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki(mukminin) agar mereka menundukkan sebahagian dari pandangan mata ( terhadap wanita), dan memelihara kemaluan mereka(menutupnya). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yg mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman (mukminat), hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak daripadanya.

( An-Nuur: 30-31)


0 Kesan Parut: