Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Terima Kasih Mak..Faiz Sudah Berumur 23 Tahun..



Assalamualaikum.1 April setiap tahun merupakan detik mengisahkan pengorbanan ibuku Rihana binti Saad.Bertempat di Hospital Batu Gajah Perak.selama semalaman ibuku menahan sakit mahu melahirkan bayi yang kini telah pandai menaip untuk artikel ini.Saat mula ibuku mahu melahirkan ku,Abah masih berada di Kuala Lumpur dan apabila mendengar ibuku mahu melahirkan ana pertamanya,abahku bergegas ke Batu Gajah pada hari itu juga.Setelah beberapa jam berhempas pulas dan bersusah payah,akhirnya lahirlah ana ke dunia ini.Dan wajah pertama yang ana lihat ialah ibuku.(Ceh macam ingat je..).23 tahun ana dibesarkan oleh ibuku,ku rasakan hubungan ku dan ibuku akrab.Dalam tiga anaknya,ana rasakan diriku paling hampir dengan dirinya.Dan tenang sangat rasa diri ini kerana memiliki ibu sepertinya....

"Mak...Faiz sayang mak... Faiz sayang mak sangat!Terima kasih lahirkan Faiz.Selagi dirimu masih hidup,Faiz mahu menjaga mak.Jikapun Faiz sudah diperjodohkan dengan seseorang sebagai Zaujah Faiz,akan Faiz didik dia menjadi ibu seperti mak dan Faiz akan senangkan hati mak kerana memiliki anak seperti Faiz...Mak..Syurga di bawah tapak kaki ibu.Biar orang lain katakan Faiz anak manja mak tetapi Faiz tak rasakan macam itu.Salahkan Faiz manja pada insan yang melahirkan Faiz dahulu? Ynag menjerit kesakitan kerana melahirkan Faiz dahulu?Sudah tentu tidak.Mak,Jazakallah tak terhingga kerana melahirkan Faiz...Dan terima kasih abah.. Tanpa abah tanpa juga Faiz.Faiz dapat rasakan antara tiga anakmu,abah paling ambil berat terhadap Faiz.Faiz tak mahu hampakan mak dan abah.Faizlah contoh buat adik-adik iaitu Salwanie dan Husaini..Terima kasih besarkan Faiz dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.Moga Allah balas pengorbanan mu dengan SYURGA yang kekal abadi..Amin Ya Allah..Terima doaku ini..."
Buat sahabatku di luar sana yang telah mengucapkan selamat ke atas ana sempena ulang tahun ke 23 tahun,ana ucapkan JAZAKALLAH dan moga hubungan persahabatan kita semua kekal hingga ke akhir hayat.Dan moga kita juga menjadi salah seorang dari 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah di akhirat kelak yakni dua orang mukmin yang bertemu dan berpisah kerana Allah Taala.Alhamdulillah ada yang sudah mengucapkan selamat hari lahir melalui SMS,Panggilan dan YM.Syukran.Dan juga yang memberikan hadiah pada ana.. Terima kasih tidak terhingga.Tidak kira bagaimana cara sahabat mengingatinya,ana tetap dan amat hargainya walaupun hanya dengan ucapan.Sudah bermakna buat ana.Cuma ana sangat sibuk dengan 2 paper final exam.Maka ana terpaksa postponed menyambut tarikh lahir ana ke petang Khamis...Moga Allah panjangkan umurku dan murahkan rezekiku. InsyaAllah sudah kelihatan ana telah menemui insan untuk azam ke-10 ana untuk tahun ini.. Amin..Moga dimakbulkan..Biar ana,dia dan Allah sahaja mengetahuinya..Amin...


Jazakallah pada sahabat-sahabatku atas hadiah ini.Moga Allah rahmati diri antum... (Diterima pada jam 5.30pm 31/3/2009)

Yang Menulis...

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari

(ADMIN Destinasimu)

Kepada
  1. Mak
  2. Abah
  3. Wanie dan Husaini
  4. Insan Azam ke-10
  5. Sahabat UNITEN,PPI dan SAQ
  6. Pengunjung Destinasimu...

Produk NIKE vs Allah!!!



Astaghfirullah...apa nak jadilah dengan dunia akhir zaman sekarang...Islam dipermainkan oleh kafir laknatullah.Wahai sahabat sekalian,marilah kita boikot barangan yang menghina Islam ini dan marilah kita mengkhabarkan berita sedih ini kepada sahabat kita di luar sana. Sesungguhnya inilah jihad kita dengan memboikot barangan mereka ini.Biar usaha ini secebis tetapi besar pahalanya buat kita.InsyaAllah...

Muslimah Must Read This Book!!!




Buat Muslimah di luar sana...dua buku ini amat-amat ana recommendkan kepada enti sekalian.. Ianya mendekatkan diri kalian kepada Allah SWT.Membimbing serta memberi motivasi kepada kalian untuk menjadi wanita solehah...InsyaAllah selepas saudari membaca dua buku ini,moga Allah tergolongkan diri saudari sekalian seperti mana tokoh-tokoh muslimah di dalam buku ini. Jadilah wanita solehah...

(Hadiah Buat Yang Tekun Dengan AgamaNya)

Tangisan Hatiku...


Ya Allah,

Aku bersyukur pada-Mu

Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku

Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku

Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu

Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu

Ya Allah

Aku hanyalah hamba-Mu

Hamba yang senantiasa menzalimi diri

Hamba yang kufur pada nikmat-Mu

Hamba yang mengikut hawa nafsu

Ya Allah

Aku mohon pada-Mu

Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku

Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku

Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku

Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan

Ya Allah

Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang

Lindungilah aku,payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu

Peliharalah pandanganku Ya Allah

Peliharalah hatiku Ya Rabbi

Peliharalah diriku Ya Rahim

Ya Allah

Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu

Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu

Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu

Cinta dan rindu pada kematian

Ya Allah

Andai aku ditakdirkan mati

Matikanlah aku dalam iman

Matikanlah aku dalam Islam

Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu

Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu

Ya Allah

Terimalah taubatku ini

Kerana aku

Aku takut dengan azab-Mu

Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu

Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu

Aku takut Ya Allah

Theory Of Machines


...Salam ukhwah...

Baru sebentar tadi ana telah mengabiskan paper kedua untuk final exam semester ini iaitu Theory of Machines.Bertempat di Dewan Seri Sarjana UNITEN pada jam 2.30pm,ana mengharapkan paper kali ini lebih baik dan mudah berbanding paper Mechanics of Materials semalam.Pada mulanya ana lihat amat sukar soalan yang diberikan.Getar hati dan tangan ini mahu menjawabnya. Ana masih belum menjawab ketika membuka kertas soalan kerana diperuntukkan 10 minit untuk pelajar menulis informasi diri pada Answer Booklet serta membaca soalan yang diberikan.

Terbeliak juga mata ini. Tetapi bila masa 10 minit itu tamat dan masa menjawab bermula, ana pasrah dan mula menjawab satu persatu soalan. Ada 2 soalan yang ana ambil masa yang lama untuk menjawabnya iaitu soalan 7 dan soalan 5.Soalan 7 lebih kurang 40 minit dan soalan 5 pula hampir 35 minit.Nasib baik masa menjawab ialah 3 jam.Itu pun tak cukup untuk ana semak kesemua jawapan yang telah ditalkinkan di atas kertas jawapan. Moga Allah murahkan rezeki ana.

Esok,Selasa ana tiada paper tetapi ana perlu buat persediaan rapi untuk Advanced Thermodynamics pada hari Rabu dan Mechanics of Fluids I pada pagi khamisnya.Rasa seperti tiada sambutan hari jadi ana pada tahun ini.Moga hadiah bernilai pada hari jadi ana pada tahun ini ialah mendapat keputusan yang cemerlang untuk exam sem kali ini. Amin ya Allah...Doakan ana dan rakan-rakan seperjuangan ana di UNITEN.Salam Alaik!

Cermin Diri Sendiri Dulu!


CERMIN DIRI SENDIRI

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut: "Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya". Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini.

Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita. Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim

Ragam Perang Poster Di Perak (PRK)

Strange Aeroplane!!! (Pictures)








Syaitan dan Hidung


Syaitan & Hidung

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: “Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur.” (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing). Akhir kata……..”Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku” .

Mechanics Of Materials dan Earth Day!


...Salam ukhwah fillah...

ALhamdulillah baru je tadi ana menghabiskan menjawab soalan peperiksaan semester ini untuk subjek Mechanics of Materials.Subjek ini dikira macam Statics tetapi ianya lebih mendalam dan banyak berkaitan dengan material yang digunakan dalam Static (Eh apa penerangan ana ini.Ana pun tak paham.HeHeHe)..Apa-apapun,dari full mark 100 mungkin ana mampu mendapat lebih separuh markahnya.HuHuHu.Sangat rendah dari yang ana targetkan.Tak mengapalah.Itu yang terbaik boleh ana buat...Esok ana berjuang lagi di dewan BEKU (Seri Sarjana) yang sejuk macam di antartika!Esok ana akan menduduki pula peperiksaan Theory Of Machines.Open Book tetapi tanpa belajar sebelum itu,lebih baik jangan masuk dewan peperiksaan kerana soalannya sangat rumit.Moga Allah permudahkan urusanku kelak.Selamat lah Earth Day bukan tiap-tiap malam.Apa kaitan dengan Earth Day? Yelah,sebab kena tutup lampu sejam lah,masa study ana terbuang macam itu je..Hah..alang- alang cakap pasal 60 Earth Hour ini,ada sedikit gambar di rumah kami semasa kami menyahut kempen ini....




World Fastest Airplane and Toilet???(ZzZzZz)

Sengaja atau Tak Sengaja?


Sengaja atau tak Sengaja?

1)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam.

2)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Siap bawak bantal,tikar dan pakai sarung serta membaringkan badan ketika bekerja.

3)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu.

*Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga.

4)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur.

5)Korang mungkin tak sengaja jika..
-Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak.

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
-Terlewat hingga beberapa jam kerana jalan tren komuter jem.

6)Korang mungkin tak sengaja jika..
- Tertinggal solat kerana tertidur

*Tapi mustahil tak sengaja jika..
- Sengaja membaringkan diri anda sedangkan waktu solat dah waktu gajah (waktu dah nak habis).

9 Perempuan Di Neraka


Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya:

  • Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.
  • Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
  • Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.
  • Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

Sekitar Jamuan Tahunan SAQ UNITEN


Bertempat di Bilik Kuliah Masjid UNITEN (27 March 2009 jam 12pm) diadakan sedikit jamuan tahunan Sahabat Al-Quran yang pertama kalinya diadakan.VIP yang hadir ialah Ustaz Abdul Aziz,Ustaz Adnan dan Ustaz Dzul...Dengan kehadiran melebihi 40 orang,ianya sungguh meriah dan dimeriakan lagi dengan santapan Nasi Arab Kambing.Memang sungguh menyelerakan.. Jazakallah bagi yang hadir...Jumpa lagi kita di Sem akan datang...






Faiz Berkata....

Salam Alaik sahabat dan sahabiah ana sekalian...

Jam 5.00pm adalah waktu senggang yang memang ana tak boleh belajar.Petang waktu yang tenang dan menyeronokkan untuk diisikan.Ana pada waktu petanglah ana akan mengambil sedikit masa untuk mencoret beberapa artikel untuk sahabat sekalian.Bagi ana,Destinasimu bagaikan satu wadah untuk ana memperbaiki serta memperkembangkan seni karangan dan penulisan ana.Walaupun ana bukan sasterawan yang menghabiskan sisa hidup mereka dengan pena dan buku sastera,tetapi ana juga mahu mempergunakan kemudahan yang ana ada untuk mencoret serta berkongsi secebis idea,ilmu serta maklumat bersama sahabat sekalian.Atas sebab inilah terciptanya Destinasimu.Jika dahulu ana mempunya fareastdihearty.wordpress.com ...ianya sudah menjadi kenangan yang indah kerana di situlah ana memulakan langkah kanan ke dunia blog. Bukanlah niat untuk menjadi terkenal atau untuk berbangga dengan diri.Jauh sekali.Niat di hati untuk berkongsi apa yang ana ada untuk sahabat sekalian.Ada yang membangkitkan isu,mengapa Destinasimu punyai artikel yang tidak menjurus kepada satu bidang atau jurusan sahaja seperti agama.Ya memang itulah yang ada di Destinasimu.Ana tidak menulis atau menaip hanya artikel berkaitan dengan keagamaan.Islam itu syumul.Ia merangkumi segala aspek kehidupan.Sebagai hamba Allah,tugas kita bukan hanya beribadat kepadanya sahaja tetapi juga mempunyai tugas untuk memakmurkan alam ciptaanNya. Untuk memakmurkan alam ini,perlu kita ada ilmu yang mencakupi pelbagai bidang kehidupan seperti ilmu matematik,ilmu fizik,ilmu sastera,ilmu sains,ilmu munakahat dan sebagainya.Islam itu anjal tetapi tetap dari segi akidahnya.

Oleh sebab itu,ana mahu pelbagaikan penulisan ana kerana Islam itu mengajar akan kepelbagaian dalam kehidupan dengan syarat tidak menyalahi apa yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.Ada persoalkan,mengapa banyak artikel mengenai percintaan. Jika dilihat dari segi statistik artikel Percintaan,ianya tidak banyak seperti group artikel yang lain.Majoritinya dikuasai oleh Koleksi Kisah Tauladan dan Nasihat.Artikel Percintaan yang di bawa juga tidak menjurus kepada cinta yang sia-sia.Fitrah manusia itu sukakan cinta.Suka dicintai dan mencintai.Matilah hati manusia itu tanpa cinta.Bidang cinta bukan hanya pada manusia tetapi antara makhluk dan khaliq dan manusia dan rasulnya.Makin dijauhkan diri pada cinta,makin dekat kita padanya.Ianya seperti mengejar kita seperti mana saat mati itu mengejar kita.Jika persoalkan mengapa dan mengapa ada pula artikel serta video hiburan.Setiap manusia ada strategi masing-masing untuk mengembankan cara dakwah.Ya mungkin ada pengunjung yang tidak terdiri daripada mereka yang suka atau dekat pada artikel-artikel yang berunsurkan keagamaan.Dengan cara ana selitkan hiburan dalam Destinasimu,disamping mereka melihat dan membaca artikel Hiburan,mereka juga mungkin terlintas atau terbaca artikel yang berunsurkan nasihat dan agama.Itu semua secara tak langsung.Dan artikel Hiburan di dalam Destinasimu juga tidak melanggar batas-batas agama.Ianya hanya sekadar hiburan dan insyaAllah ana tidak menyakiti hati mana-mana pihak.

Setiap orang ada caranya untuk mengekspreskan apa yang terbuku di hatinya.Begitu juga ana.Bersyukur padaNya kerana ana bukanlah insan yang jika ada masalah di hati terus luahkan di atas keoyboard laptop ana.Biarlah perasaan sedih,gembira dan sebagainya hanya Allah dan insan terpilih mengetahuinya.Berkaitan dengan perasaan,dalam hidup ana,ana paling tak gemar mereka yang mengguris akan maruah ana.Maruah ana bagaikan nyawa ana.Begitu juga sababat sekalian.Maruah ana merangkumi diri+agama+kredibiliti diri ana.Ana bukan mahu menyalahkan sesiapa.Ana tahu siapalah ana dan ana juga manusia biasa yang sering melakukan kesalahan demi kesalahan yang tidak disengajakan.Cuma jika ana salah,tegurlah dengan baik.Mungkin teguran yang tidak kena pada tempatnya akan membawa kepada krisis persahabatan. Jika di baca personaliti mengikut bulan,ana dilahirkan pada bulan April dan sahabat semua akan tahu,apa yang tercatat di siti mungkin banyak yang benar.Ana tidak akan tunjukkan ketidakpuas hatian dihadapan tetapi ana akan simpan dan lihatlah perubahan tersebut. Bagi ana,ana pinta jangan sesekali sentuh maruah ana.Ana happy go lucky tetapi setiap insan ada batasnya.Begitu juga diri ini.

Akhir kata,yang terasa..fikirlah..anda mungkin tinggi ilmu agama,baik bacaan Al-Qurannya dan hebat kepimpinannya.Tetapi ia tidak berguna jika anda mempunyai masalah hubungan insan yang lain.Luka di luar dapat dirawat luka di dalam...hanya Allah dan yang terasa itu sahaja tahu. Luaran ana gembira,di hati..biar Allah sahaja tahu.Anda mungkin hebat tetapi anda juga seperti ana.Tidak tentu saat mengucap ketika sakaratulmaut anda dijamin dapat mengucapnya. Anda juga melakukan kesilapan secara tak sengaja.Kerana mulut badan binasa dan kerana mulut nafsu berkuasa.Jika dulu ana kagum kini makin berkurang kekaguman ana pada anda.Moga Allah ampuni kita semua....Assalamualaikum...

Kata Hati...
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari
Admin DESTINASIMU...

24 Perkara Jangan Dilakukan!

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~

Bermulalah Perjuanganku..

Pantun Jarjit dan Upin Ipin

Hang Upin dan Hang Ipin

Pantun Jarjit
Dua tiga burung kenari
Apa hajat tuan hamba kemari

Pantun Mail (menyampuk)
Dua tiga kucing berlari
Dua singgit mana nak cari

Pantun Ipin
Dua tiga ayam goreng
Kami datang nak tangkap jarjit (boleh ke pantun macam ni?)

Pantun Jarjit #2
Dua tiga kapal terbang
Lanun mana yang paling garang

Pantun Upin
Pergi kedai beli barang
Kak Ros la yang paling garang

Pantun Jarjit
Dua Tiga Ada Gigi
Lain Semua Takda

Pantun di atas sangat kelakar.Ianya dipetik dari cerita Upin dan Ipin yang abru ditayangkan cuti sekolah baru-baru ini...


Ada Apa Dalam Kotak? (Mesti Baca!)


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)


Personaliti Melalui Bulan Kelahiran...


KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan

Suka smart, kemas dan teratur
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
Pandai mengambil hati orang lain
Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu
Daya tumpuan yang sangat tinggi

Mudah mendisiplinkan diri sendiri

Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI

Berfikiran abstrak
Sukakan benda yang reality dan abstrak

Intelligent, bijak dan genius
Berpesonaliti yang mudah berubah
Mudah menawan orang lain
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
Jujur dan setia pada segalanya

Keras hati untuk mencapai matlamat

Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
Mudah mempamerkan marahnya

Tidak suka benda yang remeh-temeh
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam
Suka hiburan dan sukan
Suka benda yang bersifat seni
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

Berkecenderungan pada benda yang tahyul

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti yang menarik dan menawan
Mudah didampingi

Sangat pemalu dan pemendam rasa
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
Suka pada kedamaian
Sangat peka kepada orang lain
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah
Tahu balas budi dan tahu kenang budi

Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal

Suka berangan-angan
Suka melancong
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

Kelam kabut dalam memilih pasangan
Suka dgn hiasan rumahtangga
Punya bakat seni dalam bidang muzik

Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
Jangan terlalu moody.


APRIL

Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri
Punya daya mental yang sangat kuat
Suka diberi perhatian
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
Sangat berani dan tiada perasaan takut
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
Emosi cepat terusik
Try control the emotion
Kecenderungan bersifat dendam
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
Kuat daya ingatan Gerak hati yang sangat kuat
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada

Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI

Kekerasan hati & degil
Kuat semangat & bermotivasi tinggi

Pemikiran yang tajam

Mudah marah apabila tidak dikawal

Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian

Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal
Tidak perlu dimotivasikan
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

Mudah dipujuk
Bersikap sistematik (otak kiri)
Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam
Pandai berdebat
Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan
Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah
Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak
Rajin dan bersemangat tinggi
Agak boros


JUN

Berfikiran jauh & berwawasan
Mudah ditawan kerana sikap baik
Berperangai yang lemah lembut
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood
Idea yang terlalu banyak di kepala

Bersikap sensitif
Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
Sukar melakukan sesuatu dengan segera
Bersikap suka menangguh-nangguh
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik

Cepat marah & cepat sejuk

Suka bercakap & berdebat

Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan
Mudah berkawan & pandai berkawan

Orang yang sangat tertib
Pandai mempamerkan sikap
Mudah kecil hati
Mudah kena selsema
Suka berkemas
Cepat rasa bosan
Sikap terlalu memilih & cerewet

Kurang mempamerkan perasaan
Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama
Mudah menjadi eksekutif
Kedegilan yang tidak terkawal

Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya


JULAI

Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki

Agak pendiam kecuali diransang

Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain

Sangat peramah

Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
Jarang berdendam

Mudah memaafkan tapi sukar melupakan

Tidak suka benda remeh-temeh

Membimbing cara fizikal dan mental
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian

Mudah dan rajin belajar
Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama

Suka mendiamkan diri
Suka duduk di rumah
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
Tak agresif kecuali terpaksa
Lemah dari segi kesihatan perut
Mudah gemuk kawal tak kawal diet
Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat
Rajin dalam membuat kerja


OGOS

Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya

Sopan santun dan caring terhadap orang lain
Berani dan tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa

Cepat marah & mudah mengamuk

Mudah marah apabila cakapnya dilawan

Sangat cemburu

Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk

Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relax
Sikap kelam kabut

Romantik, pengasih & penyayang

Suka mencari kawan


SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik

Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui
Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik

Otak bijak & mudah belajar
Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik
Pandai mendorong diri sendiri

Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia

Suka sukan, hiburan & melancong

Kurang menunjukkan perasaannya

Terluka hatinya sangat lama disimpan
Terlalu memilih pasangan
Sukakan benda yang luas
Bersistematik


OKTOBER

Suka sembang
Suka orang yang sayang padanya

Suka ambil jalan tengah

Sangat menawan & sopan santun

Kecantikan luar & dalam

Tidak pandai berbohong & berpura-pura

Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan

Sentiasa berkawan

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah
Macam pentingkan diri sendiri

Tidak menolong orang kecuali diminta

Suka melihat dari perspektifnya sendiri
Tidak suka terima pandangan orang lain
Emosi yang mudah terusik
Suka berangan & pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut

Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)

Suka melancong, bidang sastera & seni
Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan

Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain
Suka kegiatan luar
O
rang yang adil
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran

Mudah patah semangat


NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya

Berfikiran kehadapan

Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor

Cermat dan teliti

Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.

Diusahakan sehingga berjaya

Tak suka marah kecuali digugat

Mudah ambil berat terhadap orang lain

Pandai muhasabah diri

Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri

Tidak hargai pujian

Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
Badan yang "tough" (sasa)

Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai

Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur

Tidak pandai berpura-pura

Cepat marah
Perangai yang berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan

Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

World Biggest dan Longest!!! (3)

WORLD BIGGEST SHOPPING COMPLEX (CHINA)
WORLD BIGGEST PASSENGER AIRPLANE (AIRBUS A 380)
WORLD BUSSIEST AIRPORT (NEW YORK)
WORLD BIGGEST STATUE (BRAZIL)
WORLD TALLEST BUILDING (DUBAI)
WORLD BIGGEST PALACE (ROMANIA)
WORLD BIGGEST PASSENGER SHIP
WORLD LONGEST BUS
WORLD LONGEST BRIDGE (CHINA)

Kisah 3 Manusia Sengal (HeHeHe)


Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan” .Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-ta je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata,

“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…” Tok imam pun terkedu & terpana…

Iblis dan Manusia Ketika Sakaratul Maut!


Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW.. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..

Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”