Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Hari Selasa dan Rabu Yang Memberatkan ( 14-15/7/2009)

Aku melihat jam..sudah pun menghampiri 9am.Aku bersiap sedia untuk ke kuliah ku di UNITEN untuk subjek Moduling and Analysis Dynamic Systems.Dr Hanim pensyarahku merupakan seorang pensyarah yang begitu muslimah.Menjaga dirinya hanya untuk suaminya.Beliau dapat ku lihat seorang pensyarah yang bernada lembut, senantiasa bersederhana.Sebelum tamat kelas,ditegurnya aku leh Dr Hanim.

 

"Faiz,cuba carikan kawan-kawan yang boleh bantu COE bawah biro kerohanian.Kami COE tengah mencari pelajar yang boleh jadi sukarelawan untuk menjalankan program COE.Kalau ada yang berminat,boleh sahaja datang ke bilik mesyuarat COE jam 3.00pm esok petang (Jumaat)."

 

"InsyaAllah Dr.Saya usahakan."Balasku dengan nada bersahaja.Hakim yang menjadi pak jenguk disebelah ku dari tadi bertanya pula apakah tugasan yang akan dijalankan oleh biro kerohanian COE.Aku tidak dapat menangkap perbualan mereka.Namun seperti ada input yang Hakim perolehi dari Dr Hanim.

 

 Kini aku ada tugasan baru.Membantu pihak COE Uniten mencari sukarelawan.Telah ku temui beberapa orang untuk diperkenalkan kepada COE kelak.Dengan penyediaan sijil dan Scorun,diharapkan ianya menjadi bonus buat mereka dan menjadi pemangkin untuk membantu menegakkan syiar Islam di UNITEN.

 

Malamnya,setelah berhempas pulas mempunyai kuliah selama 7 jam pada hari Selasa,aku terus bergegas ke Masjid UNITEN kerana ada Mesyuarat MT SAQ yang dipengerusikan oleh Nazmie sebagai presiden. Pelbagai aktiviti yang bakal kami jalankan dan kami akan berusaha dalam menarik penyertaan ahli SAQ yang baru untuk diletakkan samada dibawah Guidence Team atau Management Team. 

 

Mesyuarat yang dihadiri seramai 12 orang tersebut menjadi agak panas apabila sesi round table dibuka. Ana sebagai mixture of SAQ dan PPI memberi beberapa cadangan untuk SAQ perbaharui dan perbaiki segala aktiviti yang dibuat.Antaranya adakan Takwim Aktiviti,Jaket SAQ,ToT Fasi SAQ serta ada hubungan komunikasi berkesan antara Muslimin dan Muslimat SAQ agar segala perkembangan terbaru SAQ diketahui semua pimpinan SAQ tidak kisah pucuk mahupun akar umbi.

 

Berakhirnya mesyuarat tersebut pada jam 10.15pm, membuka tirai pula perdebatan olok-olok antara aku dans eorang sahabatku yang berasal dari Terengganu.Baginya semua yang dilakukan seperti puasa adalah kerana terpaksa.Solat dilakukan kerana taknak masuk neraka. Aku tak salahkan perndirian dia.Cuma simpankan pendirian mu itu hanya untuk dirimu.Jangan sebarkan pemahaman mu pada orang lain.

 

Setelah 20 tahun hidup dan telah mencapai akil baligh,diharapkan ada sedikit di hati mu rasa ikhlas dan menjadi tanggungjawab seorang muslim berpuasa wajib.Bukan kerana terpaksa.Semuanya niat ikhlas kepada Allah.Kerana puasa itu ada hikmat dan fadhilat disebaliknya.

 

Seusai aku pulang ke rumah di Seksyen 8,BB Bangi,mental dan fizikal ku akan diuji sekali lagi pada hari keesokkan hari nya (Rabu 15/7/2009) kerana jadual kuliah begitu padat sekali.12 jam kuliah tanpa henti. Adapun kekosongan sejam dua untuk makan+solat+rehat.

 

Pada hari rabu,agak kekalutan diri ini apabila terpaksa keluar separuh kuliah Fluids 2 untuk pergi ke ITMS dan Unit Akademik untuk drop subjek Principle of Management.Jika tidak,akan ku ambil 17 C.Hours dan lambakan projek dan assignment yang melampau pada semester ini.2/3 Refund terpaksa jua aku telan.Bagiku duit boleh dicari tetapi Gred CGPA perlu dijaga agar tidak jatuh menjunam yang akan membawa kesengsaraan yang lebih lama kelak.

 

Kemudian tengahharinya aku sekali lagi bermesyuarat dengan sahabat dari Community Smart Group (CSG)/Usrah Team di tingkat 3 BM COE.Ditugaskan untuk memanggil AJK bawah biroku untuk menjadi AJK Pelaksana Malam CSG Award Nite.Kehadiran ku yang lewat ke mesyuarat tersebut membantut diri ini memahami tugasan sebenarku untuk malam award tersebut.Namun timbalan Exco ku,Nadhirah akan menerangkan kepada ku apa yang perlu dilaksanakan kelak.Jazakallah!

 

Di sini juga mahu ku ucapkan jazakallah sangat-sangat kepada Farah Hanis dan Fatin,pengunjung setia Destinasimu yang banyak memberitahu kepadaku dan Adli akan jadual terbaru kuliah KDKB kami.Ketidak kesempatan aku dan Adli untuk pulang kerumah untuk check inbox email mengenai perubahan jadual disambut dengan bantuan Farah yang memberitahu perkembangan terkini tersebut.

 

Malam semalam (Rabu),pertama kali aku bergurukan pensyarah terkenal UNITEN iaitu Mr Arif,Dean Liberal Studies College.Kuliah selama 3 jam tidak terasa lamanya kerana kuliah telah disela-selikan dengan lawak membina dari Mr Ariff atau nama panggilan Pak Arip.Salah satu part yang aku masih teringat ialah bagaimana beliau menghentam semua kelab dan persatuan yang terdapat di UNITEN termasuklah PPI dan kelab bawah masjid. Apabila ku memerhatikan teguran Pak Arip,ada kebenarannya.Namun perubahan tidak dapat dilakukan secara drastik kerana pengaruh dari kesenioran dalam sesebuah persatuan bakal mempengaruhi sedikit generasi baru pimpinan kelab tersebut.

 

Bagi kelab berasaskan Islamik seperti PPI dan SAQ,kami ada tujuan,visi dan misi kami.Kalau diikutkan, PPI dan SAQ bersifat lebih terbuka dan menjalankan aktiviti yang lebih menarik minat pelajar menyertai kami.Namun mungkin telah menjadi sebati dalam hidup mereka bahawasanya kelab dan persatuan Islamik ini hanyalah mendengar ceramah agama,jalankan aktiviti keagamaan dan seadik-beradik seperti itu sahaja.Namun pimpinan kini dari SAQ dan PPI telah melakukan perubahan.Walaupun tidak menampakkan perubahan besar,sekurang-kurangnya menampakkan ada perubahan kecil yang akan menjadi momentum untuk menaikkan semua semua persatuan berasaskan tauhid kepada Allah kepada semua pelajar UNITEN samada Islam atau non-muslim.

 

Baliknya ku dari kuliah KDKB,terus aku tidur kepenatan dan fikiran menjadi senang apabila esoknya (hari ini) 
,kuliah ku hanya sejam dan detik ku menulis artikel ini,aku sudah bercuti bermula tengah hari tadi hingga Ahad kerana ketiadaan kelas pada hari Jumaat!

0 Kesan Parut: