Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Novel Tahajjud Cinta


Saat aku membelek novel Islamik yang akan menjadi juadah akal fikiran ku ketika masa lapang,terpampang di bahagian "Best Seller" di MPH Alamanda,sebuah buku kehijauan dimana tajuknya amat menarik minatku menyentuh dan membaca sinopsisnya.Tulang belakang cerita ini fikirku ketika itu tentulah hanya berlandaskan cinta.Aku mahukan novel Islamik sekembar Salju Sakinah.SS telah memberikan impak sangat positif dalam diriku dalam mengerti apakah itu cinta suci dan perjuangan meneruskan kehidupan yang penuh dengan ranjau keperitan hidup.


Ternyata buku ini seiras Salju Sakinah.Itulah dia
TAHAJJUD CINTA karangan Muhammad El-Natsir,penulis novelis berjaya dari Indonesia.Dengan jualan melebihi 50000 unit di Indonesia,ianya mirip kejayaan Ayat-Ayat Cinta dan Salju Sakinah.Salju Sakinah produk Malaysia berjaya terjual lebih 30000 unit di Malaysia sahaja.Tahniah Ustaz Zaid Akhtar!Kembali pada TC tadi,aku terus membeli buku itu dengan harga RM 27.00.Wang tidak ku berkira jika mahukan novelis islamik seperti ini.Ianya adalah novel Islamik ke 4 yang akan ku khatam seusai khatamnya aku Kombat 1515,Ayat-Ayat Cinta dan Salju Sakinah.


Aku bukanlah "kipas susah mati"(Fanatik Novel).Namun sejak aku diperkenalkan dengan dunia novel Islam bermula dengan Kombat 1515 tulisan Faisal Tehrani,ianya mengubah tanggapan kunoku bahawa semua novel hanya berkisarkan cinta bodoh semata-mata.Namun anggapan itu dipunahkan dengan semangat perjuangan menegakkan tentera Islam dalam Kombat 1515.Ya aku tak mampu lari dari bercinta.Dan aku perlukan juga motivasi dalam mencari cinta yang diredhai.Maka hadirlah pula Ayat-Ayat Cinta dan Salju Sakinah.Jazakallah ku ucapkan pada Nazmie yang mengizinkan aku menjamah otakku dengan novel berunsurkan cinta berlandaskan Islam.Mungkin kerana banyak membaca novel seperti ini,Nazmie mempunyai bakat penulisan blog yang amat hebat berbanding dengan diriku yang fana ini.


Ada apa dengan Tahajjud Cinta?Apa kaitan Solat Tahajjud dan Percintaan?Adakah perlu dimainkan plot yang menggabungkan Ibadat dan Cinta?Sudah tentu perlu!Bukankah kalau bukan kerana cinta kepada Rabb,maka kita perlu bersolat dan beribadat kepadaNya?Watak utama dalam novel TC adalah seorang pemuda Islam yang sangat menjaga solat dan agamanya. Pemuda yang mempunyai sahsiah hidup mirip penakhluk Kota Constantipole iaitu Muhammad Fatih.Fatih merupakan pemuda yang sangat warak,cergas mindanya dan mempunyai seni mempertahankan diri.Dirinya yang tegap gagah perkasa mencerminkan lahirnya Sultan Al-Fatih versi Nusantara.

Fatih merupakan pemuda yang sangat unik.Menunaikan solat Tahajjud pada sepertiga malam merupakan rutin harian wajib bagi dirinya.Dalam keadaan sesukar mana pun,dirinya tetap mahu menunaikan solat yang amat dianjurkan dalam Islam.Kerana bersihnya hati Fatih dari bergelumang dengan dosa sekitar Jakarta,maka secara tidak dia harapkan, 2 orang gadis Indonesia terpikat dengan kewarakan dan keikhlasan Fatih.Fatih bukanlah anak orang berada. Beliau merupakan pemandu kenderaan beroda tiga (Teksi) di Metropolitan Jakarta.Dengan pendapatan cukup makan,dia bersyukur memperolehi rezeki halal.Wang tersebut disimpan untuk diberikan kepada ayahnya di kampung untuk menyara persekolahan kedua-dua adik perempuannya yang bersekolah di Madrasah.

Fatih bukanlah ahli ibadat semata-mata.Dia merupakan siswa jurusan agama.Namun kekangan wang dalam membayar kos pengajian membantutkan dirinya daripada menuntut ilmu agama. Maka dengan kesedihan dia bercuti sebentar dari belajar di Universiti dan mencari wang saku melalui pekerjaan yang dianggap bawahan di Jakarta iaitu pemandu beroda tiga.Namun jiwa yang membara dalam menuntut ilmu,menemukan Fatih dengan Masjid Istiqlal.Disitulah dia menuntut ilmu agama secara percuma melalui ceramah oleh sheikh-sheikh.Dan disitulah bertemunya dia dengan seorang gadis muslimah solehah bernama Khairu Nisa.

Insiden kemalangan kecil antara kenderaan beroda tiga milik Fatih dan kereta mewah Nisa membawa pada pertemuan ilmuan.Mengapa pertemuan ilmuan?Kerana Nisa kagum dengan ilmu yang dimiliki oleh Fatih ketika bertanya dengan sheikh dalam ceramah di masjid Istiqlal. Nisa juga menyertai ceramah tersebut.Terkedu lidah Nisa apabila pemuda yang dianggap murahan dan kuli Jakarta merupakan cendiakawan Islam yang bakal menyinar suatu hari kelak.

Dari detik itulah,Nisa mula mengenali Fatih.Dengan persoalan yang timbul dalam dirinya,Nisa terus menerus bertanya kepada Fatih tentang hal-hal agama.Lagak seperti ulama',memang Fatih seorang yang cerdas dan cergas dalam mengulas isu agama berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Itu yang membuatkan Nisa selesa memperolehi ilmu dari Fatih.Dengan sikap Fatih yang tawadduk dan ikhlas dalam membantu,bermulanya saat rasa cinta Nisa pada Fatih.Maka dibuatnya temujanji untuk slot soal jawab bersama Fatih pada masa akan datang.

Dalam keadaan dirinya perlu mengubah shif bekerja dan memberikan kereta teksinya beroda tiga kepada rakannya,tetiba naik seorang gadis cina yang sangat cantik dan ayu ciptaan Allah. Gadis tersebut bernama Lyceen Cee.Gadis Cina kacukkan darah Islam dan Kristian.Menjadi perkara biasa di Indonesia,perkahwinan campur agama dimana pasangan tidak perlu menukar agama ke Islam kerana bagi mereka tidak kira Islam atau agama lain,semua agama adalah benar dan membawa kepada kebaikan.Itulah fakta kehidupan perkahwinan campur di seberang yang menjadi sesuatu yang haram di dalam Islam.

Dalam perjalanan,dimintanya gadis ayu cina itu untuk berhenti sebentar untuk mengeluarkan wang di ATM,seusai hajat gadis itu menaiki kembali 'teksi' Fatih,mereka dikejar dan dirompak oleh dua orang penyamun yang menaiki motor.Lalu berlakulah aksi kejar mengejar antara Fatih dan dua orang perompak berkenaan.Walaupun baru dikenali sebentar tadi,Fatih dengan semangat perwiranya terus menerus mengejar perompak yang meragut beg Lyceen Cee.Lyceen Cee hanya mampu menjerit dan melihat akan aksi di tengah kota Jakarta itu.Dan akhirnya hilang kelibat penyangak tersebut di tengah hirup pikuk pasar.Kemudian muncul kembali penyangak tersebut dan dengan selambanya mencampakkan beg tangan Cee yang sudah kosong kepada Fatih.Seusai Fatih mengambil beg itu,maka jeritlah penyangak itu mengatakan bahawa Fatihlah menyangak tersebut.Maka tertegaklah batil di Jakarta.Fatih diserbu dan dibelasah secukup-cukupnya oleh penghuni pasar 'neraka' buat Fatih.Namun sebelum sahaj mahu dibakar si Fatih,maka datanglah Cee dengan mempertahankan Fatih dan memberikan fakta sebenar akan hal yang berlaku.Dengan keadaan separuh mati,Fatih masih mampu menghulurkan beg tangan dari genggamannya lau diserahkan pada tuannya.

Dari detik itulah,betapa terharunya Lyceen Cee terhadap seorang pemuda yang nampak kolot di luar namun lelaki sejati di dalam dirinya.Sebagai anak tunggal dalam keluarga berada,maka segala tanggungan perubatan Fatih ditanggung oleh Cee.Namun kerana tidak mahu menyusahkan orang lain,setelah beberapa hari di hospital,Fatih lari meninggalkan hospital dan mencari tempat persembunyian dengan harapan tidak mengharapkan belas kasihan dari sesiapa.Namun nasib tidak menyebelahinya.Dalam keadaan masih dalam lemah dibelasah 'binatang' Jakarta,dia jatuh pengsan setelah menelefon Nisa untuk meminta maaf akan ketidak tepatan dirinya menepati janji dengan Nisa.Dengan rasa risau mendalam, pergilan Nisa mencari Fatih yang dikhuatirinya dalam keadaan sukar.Dan memang benar.Secara tidak sengaja,dia terserempak dengan Fatih yang lemah longlai di sebuah pondok telefon.Sebenarnya Nisa mahu pergi ke Kuliah.Secara kebetulan Reno,orang yang berlagak alim semata-mata mahu memikat Nisa,mengajaknya menaiki kereta menuju ke kuliah.Secara terpaksa,Nisa menerima juga.Dan dalam perjalanan itulah,dia ternampak kelibat tubuh manusia yang duduk keletihan.Dan itulah dia Fatih.

Lalu diminta Nisa kepada Reno untuk menumpang Fatih tinggal di rumah Reno.Reno adalah talam dua muka.Dihadapan Nisa,dia berlakon baik agar bisa menambat hati gadis solehah itu.Namun dibelakangnya,mahu sahaja dibunuhnya Fatih kerana dianggapnya sampah yang berjaya menambat hati Nisa.Dan pada suatu malam ketika mana Nisa sudah pulang kerumah keluarganya,Reno bertukar menjadi syaitan ganas yang memukul dan meminta pengikutnya mencampak Fatih di sungai.Dan dalam keadaan sedar Fatih mengetahui bahawa 2 orang pengikut Reno itulah yang meragut Lycee Cee tempoh hari.Tanpa ada kekuatan dalam dirinya, maka pasrahlah dia kepada Allah.Dicampak ke tengah hutan belukar,dengan hanya beralaskan tanah dan berbumbungkan langit,dia berdoa agar diakhiri cepat dugaan yang mendatang bertalu-talu kepadanya.

Namun Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Tumbukan Reno pada Fatih telah memperbaiki struktur saraf dalam kepalanya.Menjadikan Fatih kurang berasa sakit kepala.Ini memberikan kekuatan kepadanya untuk berjalan seperti biasa.Maka dalam perjalanan yang tidak diketahui dimana dia berada,ditemukan dia dengan sebuah rumah kecil di tepian jalan.Maka bertemulah dia dengan seorang nenek dan cucunya yang hidup dalam keadaan yang cukup daif.Kerana kelaparan yang amat sangat,Fatih meminta jua Ihsan nenek untuk memberikan dia sedikit air dan makanan.Nenek yang terkejut dengan keadaan Fatih,mempelawanya untuk tinggal dan nenek sudi dalam mengubati luka pada diri Fatih.

Dan di situ juga,bertemulah Fatih dengan kelibat cucu nenek tersebut bernama Nariah.Nariah adalah anak kecil yang dicari-cari oleh Fatih untuk dipertemukan Nariah dengan ibunya.Ibunya kini bekerja sebagai orang gaji Lycee Cee.Namun Fatih tidak ketahui akan hal itu.Dari situlah wujudnya semangat kasih sayang antara Fatih,nenek dan Nariah.

Pada masa yang sama,Lyceen Cee bersama sahabat Fatih,Debul dan Rusman mencari seharian Fatih yang lari dari hospital.Setelah dihamparkan dengan kekecewaan,maka Lycee Cee sangat berduka cita akan pemergian Fatih yang masih dalam keadaan tidak stabil kesihatannya. Namun disebut oleh sahabat Fatih bahawa Fatih ada temujanji dengan Nisa.Maka Lycee Cee cuba mengingat siapakah Nisa itu.Dan setelah disoal selidik dan dicari jejak kesan,barulah Cee mengerti bahawa Nisa adalah teman lamanya di bangku sekolah dulu.

Pertemuan Lycee Cee dan Nisa ditakdirkan Illahi atas nama pemuda soleh Fatih.Dua sahabat ini bertemu setelah sekian lama mencari haluan hidup masing-masing.Nisa memberitahu pada Lycee Cee bahawasanya Fatih berada di rumah rakannya Reno.Maka berkejarlah mereka ke rumah Reno.Reno merupakan dajjal yang memang sengaja menempah tiket neraka.Dia cuba menipu dengan mengatakan Fatih lari meninggalkan rumahnya.Dan nafsu syaitan Reno pada Nisa dan Lycee Cee diteruskan dengan bantuan Iblis.Namun Allah menyelamatkan gadis-gadis itu.Reno terminum minuman yang dicampur bahan keghairahan.Maka terbaliklah kesannya. Maka gilalah Reno mencari tempat melepaskan nafsu kotornya itu.Perubahan Reno menakutkan gadis-gadis itu.Maka larilah mereka meninggalkan Reno yang jelas sama sekali kecewa akan umpanannya tidak menjadi kenyataan.

Bertambah sedihlah Cee mengenangkan sikap Fatih yang sering melarikan diri darinya.Cee hanya mahu membalas budi pekerti pemuda itu yang sanggup menggadaikan nyawa dalam menyelamatkan barangnya.Namun Fatih seperti tidak mengenali erti membalas budi.Mungkin itu kelemahan yang ada pada Fatih.Setelah sembuh dari sakit,Fatih meminta izin dari nenek dan nariah untuk pulang ke kampung halaman untuk berjumpa ayahnya.Dan dia menziarahi dahulu pusara ibunya yang meninggal sebulan yang lalu.Setelah selesai ziarah kampung halaman,kembalinya dia ke tempat kerjanya.Sahabatnya semua gembira mendengar kembalinya Fatih ke pangkuan mereka.Fatih sangat dihormati rakan sekerja akan sikapnya warak,berani dan petah berkata-kata.Debul dan Rusman memarahi Fatih kerana tidak menghargai Cee.Mereka mengatakan adanya suatu perasaan kasih Cee dengan Fatih.Fatih tidak mengiakan kerana baginya,Cee hanyalah teman yang baru dikenalinya.Setelah didesak,akhirnya Fatih bersetuju untuk menghubungi Cee untuk meminta maaf.Dalam hatinya,terdetik juga rasa bersalah.

Dan berlakulah satu konflik dimana pabila Fatih menelefon Cee,Cee berubah sikap menjadi kasar kepadanya.Cee begitu kecewa dengan tindakannya yang menghilangkan diri dari Cee. Maka terasa bersalahlah Fatih akan tindakannya.Bukan apa,Fatih hanya mahu mengucapkan terima kasih atas jagaan Cee ketika berada di hospital.Namun semuanya berubah apabila Cee begitu membenci Fatih.Memang dalam hati Cee,dia rasa terpanggil untuk mengetahui Islam.Dan dia lihat Fatih contoh pemuda Islam yang mampu membimbingnya menjadi wanita muslimah yang solehah.Namun dia tidak mampu meluahkannya kerana dia bakal disatukan dengan Kuang Lung,anak jutawan yang membantu perusahaan ayah Cee.

Kerana diperjodohkan oleh keluarga,Cee menerimanya dengan hati berat.Cintanya tidak pada Kuang tetapi pada Fatih yang tulus ikhlas.Kuang mengajak Cee ke villanya.Niat dihati mahu merobek kesucian gadis itu di Villanya.Cee yang masih perawan menafikan niat Kuang lalu ditampar oleh teman lelaki yang ganas itu.Lycee Cee pun melarikan diri ke jalan raya untuk meminta tolong.Ditakdirkan Allah, Lycee Cee mengalami kemalangan.Maka kalutlah Kuang menghadapi situasi ini.Apa yang berlaku selepas itu?Nantikan ulasan seterusnya.Aku baru membaca sehingga plot ini.Muka surat 200 dari 335.InsyaAllah..nantikan sinopsis TAHAJJUD CINTA dariku...


0 Kesan Parut: