Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

ToT PPIP 2009

InsyaAllah pada petang esok (Jumaat 17/7/2009) pada jam 3.00 pm akan bertolak seramai 35 orang siswa-siswi UNITEN yang berorganisasikan di bawah Pusat Pengajian Islam dan Peradaban (PPIP) akan menyertai Training of Trainers (ToT) bertempat di Lembah Azwen Resort Hulu Langat.Aktiviti ini julung kali diadakan yang menggabungkan 5 organisasi berasaskan Islamik iaitu Persatuan Pengajian Islam Kampus Putrajaya,Persatuan Pengajian Islam Kampus Muadzam,Sahabat Al-Quran,Sahabat Al-Farabi dan Sahabat Unicomserves.


Tujuan ToT ini diadakan adalah untuk memberi perkenalan kepada peserta (terdiri daripada pimpinan organisasi yang menyertai dan Naqib serta Naqibah) mengenai asas-asas memimpin,cara-cara menonjolkan sifat kepimpinan,team building serta mempelajari serta memperkuatkan kefasihan peserta dalam membaca Al-Quran dan kemudiannya mengajar kepada para pelajar yang mengambil course Islamic Studies semester ini.


InsyaAllah bermula 3pm esok hingga tengah hari Ahad,pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan. Mengikut tinjauan ana di website Lembah Azwen Resort,pelbagai kemudahan disediakan.Moga kemudahan dan kesenangan yang diberikan Allah ini akan melahirkan rasa syukur dalam diri seterusnya bersemangat dalam menjalani ToT ini kelak!Lets check it!:











Doakan keselamatan kami pergi dan pulang.Moga mendapat keberkatan dan ilmu yang dicurahkan kelak oleh tenaga pengajar akan kami pulangkan kepada sahabat seagama di universiti nanti..InsyaAllah...

0 Kesan Parut: