Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Selamat datang ke UNITEN 2009

Ana mewakili 120 orang Fasilitator mahu mengucapkan Selamat Datang,Ahlan Wasahlan , Wilkommen,Warega-Warega kepada semua 1000++ pelajar baru di seluruh pelusok dunia ke Universiti Tenaga Nasional pada hari Sabtu ini.
Selamat menjalani minggu orientasi yang akan menyebabkan anda semua terasa inilah minggu orientasi paling menyeronokkan dalam hidup anda sekalian.UNITEN berani memberi jaminan bahawa kami tidak akan mempunyai budaya Ragging ke atas pelajar baru tidak seperti di tempat lain.Tetapi jika anda terlalu degil mendengar arahan kami,maka akan ada denda menanti anda!
Sebelum menjejak kaki pertama kali ke UNITEN,ana mahu mengingatkan bahawa pelajar baru sekalian hendaklah membetulkan niat anda semua agar mahu datang UNITEN bukan untuk mencari pasangan hidup,mahu menunjuk-nunjuk,mahu mendapat perkerjaan bagus semata-mata namun perbetulkan niat dengan mengatakan pada diri bahawa "Aku ini khalifahNya,maka menuntut ilmu itu wajib keatas diriku.Aku mahu berjuang dengan ilmu yang akan ku perolehi dengan menaikkan syiar Islam di seluruh dunia.Sistem Khalifah perlu ditegakkan kembali!"
Disini juga ana mahu memberikan kata-kata semangat kepada adik-adik yang akan memasuki UNITEN bahawa janganlah padang IPTS seperti UNITEN sebelah mata.Anda semua akan tahu kenapa UNITEN adalah antara Top 3 IPTS di Malaysia dan Top 10 IPTA/IPTS dalam bidang kejuruteraan (Tak silap ana nombor 3 atau 4).Fasiliti yang disediakan ana boleh katakan anda tidak mampu jumpainya di IPTA seluruh negara.Hampir 90% tempat belajar adalah berhawa dingin termasuklah makmal.
Pensyarah?Sebagai sebuah IPTS,kualiti amat dijaga.Memandangkan IPTS menyediakan gaji dan elaun yang tinggi kepada tenaga pengajarya,maka temuduga yang sangat memnetingkan kualiti pensyarah akan dijalankan.Dengan terletak di antara 4 bandar penting di Selangor,dengan Serdang di kirinya,Putrajaya di kanannya,Bangi di belakangnya dan Kajang di kanannya (Kesemuanya kurang dari 3 KM dari UNITEN),maka menjadikan UNITEN sangat strategik buat anda semua.Tak percaya lihatlah di Google Map.
Baiklah.Sebelum ana berhenti,ana sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua sebagai pelajar baru ke UNITEN untuk sesi pengambilan Jun-Julai 2009/2010.Jangan sesekali menghampakan harapan ibu dan ayah kamu.Kelak kamu akan menyesal!
Tulisan dari ITMS Uniten:
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari
Exco Dakwah dan Sebaran Am PPI UNITEN,
Biro Lajnah Media Sahabat Al-Quran UNITEN,
Admin Destinasi.Blogspot,
Fasilitator Minggu Orientasi UNITEN 2009/2010.
Jazakallah juga pada semua yang menyokong ana dari terang lagi jelas mahupun bersembunyi.Assalamualaikum dari ku buat anda semua!!!

Figure Kemasukan Terbaru Siswa Siswi Baru UNITEN...

Perhatikan figure berikut:

Pelajar Program Asas+Fresh Degree+Transfer Credit

  • Lelaki:730++ pelajar baru
  • Perempuan: 210 ++ pelajar baru

Pelajar International

  • Lelaki = 115 pelajar baru
  • Perempuan = 5 pelaajr baru

Pelajar Persediaan Luar Negara JPA

  • Lelaki = 90 orang
  • Perempuan = 45 orang

Jumlah keseluruhan = 1200 ++ pelajar baru akan mendaftar di UNITEN Kampus Putrajaya sahaja.Figure ini telah diupdate hingga hari ini yakni Rabu (24 Jun 2009).1200 orang tersebut telah pun membayar duit BMK (Bayaran Menunjukkan Kesungguhan).Ana jangkakan akan bertambah bilangannya hingga 1300 orang pada hari pendaftaran kelak.Namun seperti dikatakan oleh Registrar UNITEN,90 % yang membayar BMK sahaja yang akan mendaftar pada hari Pendaftaran.Ana jangkakan,Sabtu dan Ahad kelak,UNITEN akan dihadiri oleh 1000- 1100 orang pelajar baru.

Cuba bayangkan,setiap pelajar membawa Ayah,Ibu dan seorang adik-beradik sekurang-kurangnya,maka 1000 orang X 3 = 3000 pelawat tidak termasuk pelajar.Dicampurkan pelajar boleh mencecah lebih 4000 orang membanjiri sekitar UNITEN pada hari tersebut.Kemudian perhatikan figure terbaru bilangan Fasi:

Jumlah keseluruhan = 120 orang Fasilitator

Fasilitator Program = 90 orang

Faslititator Lain-lain (MT,TTK,Protokol,DLL)= 30 orang.

Maka boleh dikatakan setiap fasilitator kumpulan LDK akan memegang 10 orang pelajar baru sepanjang minggu orientasi.Jika jumlah ini dapat dicapai maka makin mudahlah untuk mendekati setiap pelajar baru akan akan masuk.

Sebenarnya ana tak kisah pun jumlah kemasukan kerana yang akan mengalami keletihan ialah Fasilitator.Namun dengan latihan selama seminggu kini di UNITEN,InsyaAllah ana bersama rakan-rakan akan menjadi tabah dan mempunyai kekuatan fizikal dan mental sepanjang program tersebut dijalankan.

Mencuri Masa Ketika Program!!!(Latest Updated)

Assalamualaikum..
Di sini bukanlah mengatakan bahawa ana tidak mnyertai program yang dijalankan.Saat menulis jam menunjukan jam 1.20pm.Jap lagi akan bersambung latihan modul dalam kumpulan. Serius penat dan best.Pastu ditambah pula kerinduan pada blog ini.KEPADA SAHABAT YANG MEMBERI KOMEN DI ENTRI,ANA PINTA MAAF JIKA TIDAK DAPAT KOMEN BALAS SEMUANYA kerana ini pun ana curi-curi masa rehat untuk ke bangunan IT Uniten.
InsyaAllah Sabtu dan Ahad ini UNITEN akan mengalu-alukan seramai hampir 1000 orang pelajar baru ke Kampus UNITEN Putrajaya.Dan kami fasilitator di UNITEN akan berikan saat paling seronok buat kalian dalam menjalankan modul yang menarik!Ana akan menjadi faslitator untuk MASS Fresh Degree (Untuk pelajar lepasan Matrik,STPM dan A-LEVEL).
Kepada sahabat yang mahu mengetahui perkembangan ana,ana senaraikan beberapa aktiviti menarik yang telah ana jalani sepanjang 3 hari program bermula ahad lepas:
  1. Ahad: Cheer setiap kumpulan,Bang Bang BOOM,Tulis nama Atas kertas dan sebagainya.
  2. Isnin:Paling memenatkan kerana satu hari suntuk modul TEAM BUILDING dijalankan. Antara modulnya ialah Balanced Your Pipe,Spider Web,Uniten Race dan lain-lain. Cuma nanti akan ada perkara panas ana kan ceritakan sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.
  3. Selasa (hari ini): Bermulanya pengisian pembelajaran modul yang akan diapplykan. Cuma modul apa?Ana tak boleh jelaskan di sini.

Bersyukur sangat dapat berjumpa kembali sahabat UNITEN yang lain setelah 3 bulan lamanya berpisah kerana bercuti SEM.Walaupun kepenatannya belum dirasi,namun akan ana rasainya setelah bermulanya pendaftaran pada hari Sabtu dan Ahad ini.

Kepada sahabat yang senantiasa menyokong ana,ana dahului dengan ucapan Jazakallah dan teruskan memanfaatkan artikel yang diberikan.Jika ada pun yang diambil dari website atau blog lain,ana sedar ana kekurangan ilmu namun anda juga tidak punyai masa untuk lawati semua blog.Maka ana kumpulkan ia ke dalam DESTINASIMU.

Ana memohon diri mengundurkan diri dahulu.Assalamualaikum dan doakan kejayaan ana sebagai Fasilitator UNITEN yang menjaga agamanya.Amin.

Darul Ikhwan Namanya! (Last Entry Before Break!)



Inilah nama yang telah diberikan oleh Al-Hafiz kami,Abdul Syakur keatas nama baru rumah kami yakni Darul Ikhwan yang beralamat Nombor 198 Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.Walaupun rumahnya tidak sebesar rumah lama kami (Baitul Junnud),namun amat bersyukur kerana ianya berdekatan dengan surau dan tempat makan.

Dengan hanya memiliki hanya 5 orang penghuni sekarang,kami masih mencari 2-3 orang untuk dijadikan anggota rumah kami.Syarat-syaratnya:

  • Tidak merokok!
  • Tidak berpeleseran.
  • Boleh hidup dalam keadaan yang berpegang pada agama.
  • Tidak berkira dalam segala hal.
  • Bayar sewa bulanan pada masanya.

Jika anda berumur 18 hingga 23 tahun,bolehlah mencuba untuk tinggal dengan kami.Rumah kami adalah tempat perjuangan kami kini.InsyaAllah,kami akan berpindah sepenuhnya pada 25 Jun 2009.

SELAMAT TINGGAL BAITUL JUNNUD

AHLAN WASAHLAN DARUL IKHWAN

Pengumuman Penting Buat Semua!


PERHATIAN
Ana akan bercuti dari menulis blog bermula Isnin (22/6/2009) hinggalah (3/7/2009) kerana menjalani ToT Fasilitator UNITEN sebagai langkah persediaan menjadi Fasilitator kepada Minggu Orientasi Pelajar Baru UNITEN yang akan mendaftar pada 27 Jun 2009.Maaf atas kekurangan yang selama ini dilihat dalam setiap artikel yang ana sajikan.Teruskan menyokong ana dan sampaikan ilmu kepada sahabat-sahabat lain.Jazakallah teramat sangat kepada yang senantiasa menyokong Destinasimu!!!Percutian Destinasimu moga-moga tida mematikan sokongan anda semua kepada ana!Jumpa lagi pada 3/7/2009 kelak.Assalamualaikum dari ku buat anda yang menatap Destinasimu...

Aku Benci TV3!!! (MUST READ)


Ini bukan isu politik semata-mata.Bila orang fikir pasal benci membenci TV3 atau media prima ni, mulalah ada melenting mengatakan aku ni pembangkang la apalah.Dulu memang aku minat giler kat TV3.Namun ianya dikikis dengan perasaan meluat dengan agenda tersembunyi TV3 dalam merosakan bangsa Malaysia khususnya Melayu Islam.

Semalam aku bersama ibuku menonton TV9.TV9 juga di bawah TV3 iaitu Media Prima.TV9 ini dikira TV yang lebih pada kekeluargaan dan Islamik.Aku menonton rancangan Pondok-Pondok di mana hosnya ialah Nabil (Raja Lawak).Aku tertanya-tanya beginikah mendidik anak bangsa yang masih berumur antara 5-10 tahun?

Perhatikan sebab kenapa aku tidak senang dengan rancangan ini:

  1. Nabil yang mempunyai awek seperti mempromosikan kapel kepad budak-budak.Semalam tajuk perbincangan bersama adik-adik ialah Handphone.Ditanyanya Nabil kepada kedua-dua budak yang menjadi tetamunya dengan soalan "Adik pakai hp nak telefon siapa?Tak telefon pakwe atau awek?Ada pakwe atau awek tak?"Apa kejadahnya semua ini? Arghhhh tension aku mendengarnya.Kecik-kecik dan ajar benda macam ni!Bukan nak tanya "Tak call mak ayah ke?"Hancur la macam ni anak bangsa.Mak Ayah yang bawa anak mereka ke studio untuk menghiburkan anak mereka namun rancangan itu seperti mahu mendidik pendidikan barat kepada anak-anak.
  2. Selebriti yang dijemput semalam (aku x ingat namanya) sangat lah seksi.Pastu Nabil tanya pada adik-adik tu "Cantik tak akak ni?".Tak pasal-pasal budak ini mencuci mata dengan benda yang haram!
  3. Lagi satu yang aku benci adalah Nabil bertanya pada budak-budak ini,siapakah yang mencipta telefon.Budak-budak ini menjawab "Allah!".Mungin nampak lawak namun sekurang-kurangnya mereka masih ingat akan Allah dalam segala hal.Namun Nabil bukannya mahu mengatakan "Ya memang benar,semua ilmu manusia dariNya namun berasal dari tamadun Islam yang hebat dahulu kala".Namun yang dijawabnya "Abislah aku, tak dapat nak jawab dah".Arghhh hancur hancur!
  4. Penutup pada rancangan ialah tarian lagu barat oleh 3-4 orang budak sekolah rendah yang memang tarian itu tiada langsung budaya ketimuran.Aku tak tahu sampai bila cerita ini akan menghancurkan anak bangsa yang masih di bangku sekolah.

Itu baru pondok-pondok,belum tengok lagi rancangan yang melalaikan banyak di TV induknya iaitu TV3.TV3 dahulu banyak program berbentuk pada informasi.Kini TV3 menjadi program hiburan tanpa had!Tengok sahaja Mentor,rancangan ulangan diulang pada waktu Maghrib! Anak bangsa sekarang tergilakan hiburan hingga sanggup menuntut ilmu nyanyian yang batil daripada guru yang batil dan jahil.Guru agama diketepikan dan sekolah agama dicantas dari ditumbuh melata seluruh negara!

Melodi!Arghhh,,rancangan Fitnah menfitnah sensasi negara.Janganlah buka aib seseorang.Ini suka sangat terjah orang yang ada masalah keluarga.So bila di hadapan TV adalah artis yang mencetuskan kontroversi baru.Merimaskan lagi keadaan.Suka sangat membuka aib orang lain!Takda maruah langsung MELODI ini.Kemudian mempromosikan artis-artis Malaysia.Mahu mempromosikan artis nasyid?Lagi dicari kesalahan dan keaiban artis nasyid adalah!

Buletin Utama?Semua sedia maklum,TV3 agen BN lebih dari TV1 dan TV2.Berita yang disampaikan amat-amat memihak kepada kerajaan.Keutuhan dasar kewartawanan telah dinodai oleh TV3!Berita benar diserongkan.Berita batil diagung-agungkan!

Jom Heboh,konsert mempromosikan maksiat paling dasyat di Malaysia!Konsert percuma ini sebenarnya banyak dihadiri Melayu.Lebih 95% yang tonton konsert secara live adalah Melayu yang mengakui dirinya Islam.Aurat wanita mendayu-dayu menyanyi disajikan ke telinga pendengar.Dosa!!!Ah TV3 fikir apa pasal dosa,paling penting populariti dan ongkosnya masuk dalam poketnya!

Semalam,Konsert Inspirasi TV3 sempena 25 tahun penubuhan TV3 menghangatkan lagi masalah sosial!Memang benar ada mengatakan ianya menjadi hiburan keluarga.Tetapi apa kejadahnya bawa anak-anak yang masih hingusan ke konserta di tempat gelap,mendengar aurat yang haram dan melihat telatah pemuda-pemudi Islam yang Islam hanya pada namanya?Pasti ada ibu bapa yang tertinggal solat maghrib atau isyak kerana mahu duduk hadapan menonton konsert tersebut!16 artis kononya menghiburkan,entah apa yang dihiburkan!

Mesti ada pembaca nanti mempersoalkan bahawa TV3 masih ada program berbentuk agama seperti Al-Kuliyyah,.Ya memang bagus rancangan ini.Namun kenapa dianak-tirikan rancangan seperti ini?Kenapa waktu rancangan pada jam 5 pm?Bukankah masa itu orang ramai baru nak pulang bekerja?Namun bukan pada jam 9pm?Sebab nak jaga rating penonton,agama perlu diketepikan?

Drama-drama di TV3 yang berkonsepkan kehidupan dan percintaan remaja dijaja begitu hebat sekali.Laki perempuan macam dah biasa bersalaman dan peluk.Air mata tumpah kerana derita cinta haram menjadi sajian terbesar dalam cerita naif seperti ini.Drama keluarga pula mempersembahkan masalah cerai berai yang melalut-lalut.Macamlah sekarang tiada lagi keluarga bahagia yang mahu ditonjolkan di arena penyiaran negara?

Natijahnya,lihat sahaja bahana yang berlaku pada negara sekarang.Selain didikan agama yang tidak diberikan sepenuhnya oleh ibubapa,media juga memainkan peranannya yang kejam dalam membangunkan sahsiah anak-anak yang menjadi generasi peneraju negara kelak.Seram mendengar statistik seperti kes rogol,dadah,penceraian dna sebagainya di mana majoritinya dilakukan oleh Melayu Islam.Eh kenapa ya setiap kali aku menulis pasti menulis Melayu Islam.Bukankah Melayu itu Islam?Namun sejak memasuki alam Mellinium ini,sudah ribuan orang Melayu senyap-senyap murtad dan menjadi penganut agama sesat lain.Sudah tentu ramai tidak sedar bukan?

Janganlah Melayu hanya mahukan perpaduan atas nama bangsa semata-mata.Mana perpaduan Islam yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu?Kekuatan ummah dilenyapkan dengan perasaan cinta teramat pada dunia.Allah mencabutkan perasaan gerun terhadap Islam dari hati sanubari musuh-musuhNya.Sampai bila Islam di Malaysia mahu diliberalkan?Kesimpulannya, AKU BENCI TV3 dan SEGALA YANG MEMPROMOSIKAN BENDA HARAM SECARA UMUM MAHUPUN TERSEMBUNYI!!!

Luahan dan pendapat,

Mohamad Khairil Faiz bin Sapari,

Admin Destinasimu

"Akibat isu politik yang hangat dimainkan,kini isu pembangunan sahsiah keluarga dan anak remaja diabaikan hingga dibiarkan terkapai-kapai mencari jalan yang lurus."

Tahniah UNITEN!



"The Perodua Eco-Challenge was held on 20 June 2009.UNITEN team had done extremely well in the competition. For the longest distance covered for AUTO car, we came in second after USM, ahead of teams from UiTM, UTM, UM and UTP.

For presentation (which covered the modifications and ideas, design, and supporters), we came in third after USM, and UiTM. The other universities in this category are UTM, UM, UTP, UKM, UIA, UMP, UTHM, UNISEL and Polytechnic Ungku Omar. 

We would like to thank the team members for the hard work they they put for the last few months. We would also like to thank the supporters who cheered the team on that day."
Associate Professor Dr Azri,
Deputy Dean of College Enginnering,
UNITEN
Berikut adalah IPTA dan IPTS yang menyertai Perodua Eco-Challenge:
  1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  5. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  6. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  8. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  9. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  11. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  12. Politeknik Ungku Omar

Dari segi pencapaian jarak perjalanan terjauh dengan menggunakan teknologi enjin mesra alam yang dibangunkan sendiri oleh setiap Universiti,UNITEN berjaya mendapat tempat kedua di belakang USM dan berada di hadapan UM,UiTM,UTM dan UTP.Manakala dari segi persembahan dan penerangan UNITEN berada di tempat ke-3 dari 12 IPTA/IPTS yang bertanding.

Apa-apapun tahniah kepada Professor Madya Dr Azri yang banyak membantu pelajar UNITEN mengubah suai enjin MYVi yang lebih mesra alam.Bangga menjadi Siswa Kejuruteraan UNITEN!



Terkejut Melihat Isterinya Cantik


DI sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, berasal daripada keturunan Imam Hasan ra.

Satu hari, ketika leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, pemuda itu ternampak gugusan epal yang dihanyutkan arus sungai.

Disebabkan sangat lapar, beliau mengambil sebiji epal lalu memakannya. Begitupun, dia kesal selepas sedar dia makan epal itu tanpa izin tuannya. Lalu, dia berjalan menyusur sungai itu sehingga terjumpa sebatang pohon epal yang lebat buahnya.

Yakin bahawa itulah pohon yang dicari, dia menemui pemilik pohon epal berkenaan untuk memohon maaf. Pemilik pohon itu sebenarnya wali yang disegani di kawasan itu dan berasal daripada keturunan Imam Husin ra, dikenali sebagai Syeikh Abdullah.

Beliau tertarik pada keikhlasan dan ketakwaan Abu Salleh lalu berhasrat mengujinya dengan mengenakan syarat, Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun dan tanpa banyak soal Abu Salleh bersetuju dengan syarat itu.

Tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa Syeikh Abdullah untuk memohon maaf atas peristiwa lalu. Syeikh Abdullah bersetuju, tetapi beliau mengenakan syarat baru kepada Abu Salleh.

Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya dia menikahi puterinya, seorang yang digambarkan sebagai lumpuh, buta, tuli dan bisu.

Memikirkan balasan di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan, Abu Salleh reda dan bersetuju menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kepada isterinya. Melihat seorang wanita cantik di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangka wanita lain menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya.

Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia.”

Hasil perkahwinan pasangan soleh itu lahirlah seorang wali Allah yang masyhur daripada keturunan Rasulullah SAW, Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau dikenali dengan gelaran ‘Mahyuddin’ bermaksud ‘Yang Menghidupkan Agama’.

Mari Berdoa: Minta Jadi Beriman


WAHAI Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikuti Rasul-Mu. Oleh itu masukkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaan-Mu dan kebenaran Rasul-Mu). (Ali-Imran: 53).


Keterangan ayat

Ibn Jarir mengatakan bahawa apabila Nabi Isa a.s. dikepung bersama 19 pengikutnya daripada kalangan al-Hawariyyin di Baitul Maqdis. Maka Nabi Isa telah berkata kepada pengikutnya: 

Siapakah yang akan mengambil wajahnya untuk dibunuh oleh musuh. Sebagai balasannya, Allah akan memberikan kepadanya syurga.” Maka seorang daripada mereka menerimanya lalu Allah mengangkat Nabi Isa ke langit. (tafsir Ibn Jarir, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).

Masukkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi” bermaksud bersama Nabi Muhammad SAW dan umat baginda (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-‘Imran).

Jika Nabi Isa .a.s. yang mulai memohon tersenarai sebagai umat Nabi Muhammad SAW, alangkah malunya kita jika tidak memohon mendapatkan kemuliaan itu.

Khasiat dan kaifiat beramal

Amalkanlah membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad SAW pada hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah SWT akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan. (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imaran).

Memori Semalam (Pictures)


Memori Hari Semalam:Tunjuk Ajar Bermain Pantball


Tebusan ku Hakim Adzman!


Gaya Seorang Shooter Pantball Yang Agak Pro!(Gaya Je Lebih)


Kini aku pula menjadi tebusan Hakim!


Jangan Pandang Belakang Sirkit Pantbal!!!


Lautan buku ilmiah di Rumah sewa lama kami...


Hanya tinggal kenangan di Baitul Junnud


Proses permindahan barang rumah lama ke rumah sewa baru!(Apahal lak ada tong kuning???)


Mencari Kotak Katik untuk membungkus barangan...


Masak!Boleh lak breakdown kereta ku ini!

Ciri-Ciri Lengkap Isteri Yang Solehah


Mahu Menjadi Isteri Solehah?


1) Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. 

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. 

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. 

Firman Allah:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (An-Nisa: 34). 


2) Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami. 

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim). 

3) Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. 

4) Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. 

5) Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin. 

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya". (Riwayat Ibnu Majah). 


Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar. 

6) Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami. 

Sabda Rasulullah s.a.w.,
"Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak". (Riwayat Ahmad).
 


7) Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah,
"Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak". (An-Nisa: 19). 


Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya. 

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih). 

8) Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya. 

9) Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam. 

Sabda Rasulullah s.a.w.,
"Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang. "


10) Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai. 

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.:
``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

Jenis Bantal dan Perwatakan Anda


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.



2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.



3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan
boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.



4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.



5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.



6)Bantal di bawah punggung

Biasanya mereka ini mungkin mempunyai sistem peranakan yang cemerlang
Gemilang dan terbilang
Kepanasan di punggung membuat mereka
Mencari bantal yang lembut
Untuk menenangkan hati menanti taluan anak-anak
Yang bakal dilahirkan




7) Tidak punya bantal

Ciannye... gi le kedai beli satu..



Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. 

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun. 


Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Seangkuh-angkuh Iblis pun,mereka hanya tidak sujud pada Adam a.s,tetapi keangkuhan biasa manusia khususnya umat Muhammad s.a.w yang lalai ialah tidak mahu bersujud pada Tuhan Sekalian Makhluk termasuklah Iblis sendiri yakni Allah S.W.T.Iblis begitu takjub melihat manusia yang tidak mahu ebrsujud pada Allah kerana mereka sendiri tidak berani melakukan sebegitu.Itulah manusia,mudah lupa...bukan sahaja Melayu mudah lupa,tapi umat Islam sekarang sudah lupa...

Tahukah Anda Akan 3 Hakikat Ini?




1) Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

2) Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

3) Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Puisi Untuk Abah!


Abah
A.B.A.H
4 Abjad
Yang memberikan benih
Untuk melahirkan seorang
Yang punyai 18 abjad
M.O.H.A.M.A.D K.H.A.I.R.I.L F.A.I.Z


Engkau menikahi ibuku setelah 27 tahun Merdeka
Engkau menimangku setelah 30 tahun engkau ditimang nenek ku
Engkau seorang yang tabah
Engkau seorang yang tenang
Engkau seorang yang penyabar
Itulah engkau


Dahulu aku rasa kekok
Kerana engkau hanya seorang posmen
Benar abah benar aku kekok
Tetapi tuhan bukakan pintu rezeki mu lewat
Sekarang engkalulah mengarahkan posmen
Engkaulah mempengerusikan himpunan pagi di pejabat
Rezekimu dibuka olehNya
Atas berkat engkau bersabar dan tabah menghadapi ujianNya


Rezeki mu tidak lengkap
Tanpa anak-anak mu ini
F.A.I.Z
W.A.N.I.E
H.U.S.A.I.N.I
Sudah tentu engkau kebosanan
Namun kami rezeki dariNya
Untuk engkau jaga dan didik kami
Ke jalan yang diredhaiNya


Abah
Rezeki halalmu
Memberi peluang ku
Untuk kini menjejak kaki dengan tenang
Di menara gading
Begitu juga angahmu,WANIE
Kami sedang mengecapi saat kemanisan rezeki halal
Dari kudrat tangan mu
Yang suci lagi tulus


Aku masih ingat
Dahulu Kini dan Selamanya
Imej mu dengan misai A.Galak
Tebal menghitam
Aku ingatkan dikau bagaikan singa
Yang mahu baham mangsanya
Namun dikau disebaliknya
Luar nampak bengis
Namun dalam sangat lembut
Bagaikan pallet Pantball


Sempena hari ayah ini
Maafkan daku
Yang menghabiskan RM 2000 duitmu
Kerana hal kereta sahaja
Saat ku kemalangan
Kamu tenang
Saat kereta rosak
Kamu masih tenang
Moga saat ku mahu bertunang
Kamu berdebar
HeHeHe


Abah
Maafkan atas kesalahan
Yang dilakukan oleh kami
Sekeluarga
Faiz,Wanie dan Husaini
Makhluk biasa
Bukan luar biasa
Jika luar biasa
Maka abah mak tentu juga luar biasa
Maka kita tidak luar biasa
Maka buat-buat biasa je lah..


Selamat Hari Bapa diucapkan
Moga panjang umur
Murah rezeki
Cuma
Harapan Faiz satu sahaja
Jangan tambah bini baru
HeHeHe
Tak pasal-pasal dapat mak tiri
Aiyak!!!
Salam sayang dariku buat mu Sapari bin Zianal
Ayahku dunia akhirat...



Ummu Sulaim: Srikandi Islam yang tabah


Salam perjuangan, di sini saya bawakan kisah seorang serikandi dahulu buat pedoman diri dan sahabat-sahabat yang mengunjung blog ni. Inilah kisah seorang serikandi solehah yang telah meninggalkan sejarah gemilang untuk dicontohi oleh setiap wanita sepanjang zaman. 

Beliau ialah Ummu Sulaim atau nama gelarannya Rumaisha iaitu ibu kepada Saidina Anas bin Malik. Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang terkenal. Ummu Sulaim merupakan seorang yang tegas dan kuat keyakinannya kepada Islam. Beliau lebih menyintai perjuangan Islam. Beliau lebih rela berpisah dengan suaminya iaitu ayah kepada Anas yang masih seronok dengan alam jahiliyah.


Bercerai dengan suaminya kerana kebenaran Islam

Walaupun sudah berkali-kali Ummu Sulaim mengajak suaminya kepada kehidupan yang lebih baik dengan percaya dan tunduk dengan hokum-hukum ALLAH, tapi suaminya enggan dan akhirnya berlakulah perceraian. Setelah berlaku perceraian dengan Malik Nazhar, Ummu Sulaim berazam tidak akan berkahwin lagi sehinggalah Anas dewasa. Ini adalah kerana mahu anaknya benar-benar terdidik dan menjadi anak yang bertaqwa.


Anaknya sebagai hadiah kepada sebuah perjuangan Islam.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim membawa Anas berjumpa dengan Baginda s.a.w. Ketika itu usia Anas baru meningkat 10 tahun. Ummu Sulaim berkata kepada Rasulullah SAW:-

“Hampir semua kaum Ansar, baik lelaki mahupun wanita telah menghadiahkan Baginda dengan suatu hadiah yang berharga. Aku tidak mempunyai sesuatu untukku hadiahkan, melainkan seorang anak lelakiku. Maka ambillah dia supaya dapat dia melayani dan melakukan tugas yang Baginda perintahkan kepadanya”

Ummu Sulaim sangat menginginkan anaknya memperoleh sebanyak mungkin keberkatan daripada Rasulullah SAW. Akhirnya Anas menjadi seorang yang alim yang tinggi ilmunya dan banyak meriwayatkan hadis.

Perkahwinan kali kedua 

Datanglah Abu Talhah yang masih kafir ingin mengahwini Ummu Sulaim. Ummu Sulaim telah memintanya membawa mas kahwin yang paling tinggi. Abu Talhah pergi mendapatkan Rasulullah SAW dan menceritakan segala-galanya.

Mas kahwin yang teramat tinggi nilaianya :- Kalimah Syahadah LA ILAHA ILLA ALLAH

Lalu Rasulullah SAW menikahkan Abu Talhah dengan Ummu Sulaim menurut syarat yang diminta. Berkahwinlah Ummu Suliam buat kali kedua dengan Abu Talhah dengan mas kahwinnya ialah Abu Talhah mengucap dua kalimah Syahadah.

Mungkin pada zaman sekarang, kalau berlaku sekarang..masyarakat akan pelik. Bagaimanakah seorang wanita sanggup berkahwin tanpa ada ems, perak, duit hantaran ataupun apa-apa pemberian sebagai mas kahwin. Hakikatnya ALLAH S.W.T tidak pernah memandang kepada harta kemewahan kita, tetapi yang paling utama disisiNYA adalah Iman dan Taqwa.


Seorang isteri yang solehah.

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Talhah dengan penuh kebahagiaan, beliau menjadi isteri yang taat, sentiasa menyuburkan jiwa suaminya dengan iman dan taqwa. Memberikan galakn kepada suaminya agar gigih berjuang, takut dengan ALLAH, rindu dengan syurga ALLAH dan sabar serta redha dalam menghadapi ujian ALLAH. Beliau melayani suaminya sebaik-baiknya. Tidak pernah meminta itu dan ini, beliau merasa cukup dengan apa yang ada. Masa terluang beliau gunakan untuk beribadah, bertahajjud, berwirid dan berzikir kepada ALLAH. Ummu Sulaim tidak menyibukkan diri dengan dunia, hatinya sentiasa terikat dengan ALLAH.


Diuji ALLAH SWT dengan kematian anaknya.

ALLAH SWT menurunkan ujian untuk menguji dan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada-NYA. Anaknya yang masih kecil meninggal dunia setelah menderita sakit beberapa lama ketika Abu Talhah tiada di rumah. Ummu Sulaim dengan tenang menghadapi kematian anaknya itu. Dimandikan, dikafankan dan ditutup anaknya itu dengan kain.

Apabila Abu Talhah pulang ke rumah, seperti biasa dia menanyakan tentang keadaan kesihatan anaknya itu, Ummu Sulaim menjawab : “Dia kini sudah tenang dan berehat sepuas-puasnya.” Pada sangkaan Abu Talhah, anaknya itu telah sembuh.

Kebetulan hari itu mereka berpuasa. Ummu Sulaim menyediakan makanan dan berbukalah mereka. Tiba waktu malam, Ummu Sulaim berdandan dan bersolek serta mengenakan wangi-wangian dan melayan suaminya sehingga suaminya lupa untuk bertanyakan khabar anaknya itu. 

Sehinggalah keesokan harinya, Abu Talhah bersiap-siap untuk keluar, Ummu Sulaim berkata kepada Abu Talhah : “Wahai suamiku, ada seorang jiran kita telah diberi pinjam pinggan padanya, datang tuan pinggan untuk mengambil pinggannya kembali. Tetapi, jiran kita itu tidak mahu memulangkan semula pinggan itu kepada tuan empunya pinggan. Apa pendapat engkau tentang jiran kita ini??

“Mereka tidak berhak berbuat demikian”, jawab Abu Talhah. Lalu Ummu Sulaim berkata lagi : “ Allah telah meminjamkan kepada kita anak, kemudian DIA meminta kembali anak itu, wahai suamiku.”

Terdiam Abu Talhah, lalu dia pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya. Bersabda Rasulullah SAW: “ semoga Allah memberkati kamu berdua dalam perbuatan kamu malam tadi.”

Doa Rasulullah itu dimakbulkan. Dan dengan kematian anaknya itu, ALLAH gantikan dengan kurniaan yang makin bertambah. Sejak malam itu, Ummu Sulaim mengandung dan melahirkan anak lelaki yang diberi nama Abdullah yang kelaknya menjadi ayah dari seorang anak lelaki pula yang diberi nama Ishaq iaitu seorang tabi’in besar dan alim dalam ilmu hukum-hukum Islam, dan anak lelakinya yang lain kesemuanya berjumlah Sembilan orang. Kesemuanya adalah orang yang berilmu dan penghafal Al-Quran.


FaREasT vs HaFiZi


Assalamualaikum...

Petang yang nun indah ini,sengaja ana mahu menceritakan tentang kisah menarik antara ana dan seorang sahabat ana ini.Kalau dengar nama dia pasti ana tersenyum kambing melihat telatah dan kenakalannya yang tak menampakkan kematangannya.HeHeHe.Pigi jangan marah ya.

Belum lagi ana dan sahabat serumah diuji dengan ujian mengemas rumah lama untuk berpindah ke rumah sewa baru,Allah uji ana apabila kereta Wira ayah ana yang ana pandu breakdown di pertengahan jalan.Hanya Allah tahu bagaimana gelabahnya hati ana ketika itu.Ana terimbas kembali kata ayah semalam, "Faiz,sabtu ni abah nak bawak kete ni pergi bengkel".Maka ana pahamlah maksudnya kereta ini tak leh dibawa pergi jauh dari rumah keluarga di Keramat.

Tetapi pagi keesokkan harinya (pagi tadi),ana perlu ke rumah sewa lama di Seksyen 9 Bangi untuk berkemas barang untuk dibawa pindah.Sebelum meneruskan perjalanan ana mengambil Nazmie yang mahu menumpang ana.Namun apabila teringat pesan ayah malam sebelumnya, ana call ayah "Abah,kereta Faiz nak guna pi Bangi.Boleh tahan ke bateri dia?".Abah menjawab "Boleh je,cuma kena balik hari ini juga sebab esoknya nak bawa ke bengkel".

Setelah mendapat kebenaran,maka keyakinan menggunung ana bahawa kereta kesayangan keluarga ini tidak akan membawa sebarang masalah.Namun sangkaan ana itu meleset sama sekali.Ana lupa bahawa abah bukanlah seorang mekanik.Maka kata-katanya pasal kereta agak mengecewakan.HeHe.Maka terbreak downlah kereta untuk kali pertamanya sejak ana memandu kereta tersebut.Kecuakkan ana diubati dengan sikap tenang tak boleh blah Nazmie di sebelah.

Namun seperti telah dirancang,kereta ana breakdown 300 meter dari rumah sewa.Namun yang menariknya hanya 13 meter dari bengkel kereta yang terdekat.Yang kedua terdekat adalam 20 meter dari jarak kereta ana berhenti.Sebenarnya sebelum sahaja breakdown,ana bersama Nazmie melawat sebentar rumah sewa baru di Seksyen 8.Kemudian apabila mahu keluar ke jalan besar untuk menuju ke Seksyen 9,kereta tetiba mati.Syukur yang teramat dekat sahaja bengkel kereta tersebut.

Berkenaan dengan masalah kereta itu,gadjet kecil iaitu Handphone boleh menghubungkan 2 orang manusia yang tidak pernah berjumpa melakukan suatu transaksi pertukaran sistem butter iaitu duit dan barangan yang perlu ditukar (senang kata bincang pasal masalah kereta dan bayaran perlu dilakukan).Maka setelah bersetuju,ana pun melepaskan tanggungjawab menukar barang ganti kepada tokeh cina tersebut dan tanggungjawan duit bayaran kepada ayah ana.HeHeHe.RM 360 tak mampu ana nak bayar.Terpaksa juga lah ayah membantu. Inilah hadiah hari Bapa!HeHeHe.

Kemudian kisah dilanjutkan di rumah sewa lama.Kelibat bibit (orang gaji) Hakim (salah seorang rakan serumah kami) mengingatkan ana pada nasi gorengnya yang sedap.Tanpa ada kemalu eh tak leh ada imbuhan ke dan an.Bahaya.Tanpa ada rasa malu,ana terus menjamah sarapan pagi. Terpaksa sebab dah penat uruskan hal kereta.Tak makan pagi pula tu.Gastrik pula nanti.

Proses mempacking barang berjalan lancar hinggalah hadirnya kelibat hitam yang amat ana kenali.Itulah dia adik Hafizi yang comel-comel gitu (jangan mara pigi).Kedatangannya telah mewujudkan sebuah program debat perdana antara FaREasT (Destinasimu) vs HaFiZi (PerjalananJauh).Hostnya ialah Hakim dan hakimnya ialah Nazmie( eh macam dekat je hakim dan Hakim).Topik yang dibualkan ialah "Destinasimu dan Pertunangan serta tip-tip".Entah apa-apa entah tajuk debat.Macam tidak best.Namun kelibat bibit yang membawa sedikit air sirap dan kecomelan muka Hasan (adik Hakim) yang bengkak gusi akibat sakit gigi menceriakan suasana yang tak sepatutnya diceriakan.HeHeHe.

Salah satu point yang menarik yang dikeluarkan ialah baginda mengatakan bahawa Destinasimu menghebahkan pertunangan yang bakal dijalankan.Terkezut beruk admin Destinasimu.Maka dengan tenang Destinasimu punya admin menjawab,intipati utama ialah untuk menyedarkan pembaca bahawa konsep sebenar pertunangan (Sila rujuk artikel "Aku dan Pertunangan").Pengumuman itu sebenarnya hanyalah perancangan ana.Yang menentukan adalah pencipta ana dan sahabat sekalian.

Kemudian ana mempersoalkan kepada Hafizi,kenapa tidak mengajak atau sekurang-kurangnya menjemput ana untuk menyertai Jawlah Penang.Terdiam seketika beliau.Namun beliau sepantas kilat menyambar menjawab "Aku nak ajak tetapi kereta dah penuh.Takkan nak menjawab,Marilah join jawlah,tapi kereta dah penuh,so tak perlu ikutlah".Mati akal ana nak membalas.Apa-apapun debat tersebut sangat menyegarkan otot-otot dimuka kami semua.

Pada jam 2 petang sebelum mengambil kereta,ana bersama kawan-kawan ke UNITEN untu melihat sirkit Paintball yang akan menjadi gelanggang beradu kekuatan mental dan fizikal untuk Persatuan Belia Islam Nasional keesokkan harinya (Sabtu pagi).Kemudian ana terus pergi ke bengkel kereta berkenaan dan mengambil semual kereta yang breakdown tadi.Itulah sedikit rentetan hidup yang penuh berliku untuk hari Jumaat.Memang benar telah tiba masa payahku dalam tempoh hampir dua minggu ini.Doakan kesenangan ku menghadapinya.InsyaAllah...

Bukti Menarik Kenapa Babi Haram!


COMEL-COMEL PUN TETAP HARAM!!!
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia. " Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya. Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya "Maka kebersihan luaran tidak memberikan gambaran yang hakiki.Begitu jugalah manusia,luaran alim tak semestinya dalamnya juga alim dan soleh.Babi yang diternak bersih di luar namun di dalamnya tetap ada kekotoran yang telah dibuktikan secara sainstifik.Tepuk dada tanya selera..eh tak boleh tanya selera bahaya!HeHeHe...

Mulai Sibuk (Tentatif Hidupku)

Assalamualaikum...

HuHuHu.Apakah bermula dengan hari ini maka berakhirnya masa santai ku di rumah?Ana tak pasti sehingga bila akan ketemu semula masa senangku kelak kerana percaya atau tidak bermula sejurus ana memasukkan entri ini,maka ana secara rasminya menjadi sibuk selama 20 hari berturut-turut.Berikut adalah tentatif kehidupan ana sepanjang 20 hari kelak:

  • Jumaat (19/6/2009)- Berkemas bersama sahabat serumah.Barang akan dibungkus sebelum dinaikkan keatas lori untuk dipindahkan ke rumah sewa baru.
  • Sabtu (20/6/2009) - Pagi hingga tengahari ana akan menapak di Litar Latihan Memandu Metro Driving di Subang untuk menduduki ujian QTI JPJ.Malamnya ana kena bersedia ber kemas barang keperluan hidup yang perlu dibawa untuk pendaftaran di UNITEN keesokkan harinya.
  • Ahad (21/6/2009) - Pagi hingga petang ana bersama sahabat rumah akan mencuci rumah sewa yang baru.Kemudian jika ada kesempatan kami akan memunggahkan barangan masuk ke dalam rumah baru di Seksyen 8 Bangi.Pada petangnya selepas Asar,ana akan mendaftar di Apartment Cendiakawan untuk menjalani ToT Fasilitator UNITEN selama seminggu.
  • Isnin- Jumaat ( 22/6-26/6) - Menjalani kursus formal TOT Fasilitator.Ia merupakan persediaan sebelum kedatangan siswa siswi baru UNITEN pada 27/6 dan minggu orientasi pada 28/6-3/7kelak. 
  • Sabtu dan Ahad (27/6-28/6) -  Menguruskan Pendaftaran siswa siswi baru UNITEN yang dijangkakan lebih 1000 orang mendaftar di kampus Putrajaya.
  • Isnin- Jumaat ( 29/6 - 3/7) -Bermulalah minggu orientasi dengan menjadi salah seorang daripada 120 Fasilitator dan urusetia UNITEN.Pengalaman terbesar selepas menjadi Fasilitator dan Biro Program dalam Kem Motivasi Perdana FELDA-UNITEN 2009.
  • Sabtu - Ahad ( 4/7 -5/7 ) - Memindahkan saki baki barangan dari rumah di Keramat ke rumah sewa baru. Proses penyesuaian diri di rumah sewa baru bermula.Keperluan rumah baru juga perlu diperkemas kinikan.
  • Isnin-Rabu ( 6/7 - 8/7) - 3 Hari yang akan memenatkan kerana akan melakukan penyususnan semula jadual kuliah serta menyesuaikan diri pada subjek baru yang lebih mencabar. Keperluan belajar seperti buku memeritkan wang saku.
  • Khamis ( 9/7/2009) - InsyaAllah ana akan mengambil Ujian JPJ untuk motorsikal pada hari yang tersebut.
  • ( 9/7/2009 onward) - InsyaAllah akan dibukakan pintu kelapangan bermula tarikh tersebut.Tetapi apabila memasuki awal bulan Ogos,ana akan kembali sibuk dengan bermulanya lautan ujian subjek di UNITEN.

Benar kata nabi s.a.w,rebutlah 5 peluang sebelum 5 peluang dan salah satu daripadanya ialah Masa lapang sebelum masa sibuk.InsyaAllah ana akan lakukan terbaik dalam setiap tugasan di atas.Masa untuk update blog?InsyaAllah selepas habisnya minggu orientasi,ana akan sedaya upaya mencuri masa terluang untuk bersama Destinasimu.Amin...

AWARD!!!


Jazakallah kepada beberapa orang yang bagi ana banyak membantu dan memberikan sokongan kepada ana dalam meneruskan baki perjuangan dalam dunia blog.Ana khaskan kepada 6 orang yang ana rasakan menjadi mentor,rakan setia blog serta yang sering menjadikan blog ini sebagai santapan harian mereka:

  1. Puteri Perak (p3perak.blogspot)
  2. Muiz (khalifmujahid.blogspot)
  3. Nazmie (lensahati.wordpress)
  4. Ustaz Zaid Akhtar (myzaidakhtar.blogspot)
  5. .....
  6. .....

Lagi 2 itu belum diisi..siapa ya???Tengok la siapa yang kena Ya!!!

Aku dan Pertunangan... ^-^"v


Dulu masa kecik-kecik dulu,bab nak kahwin ni adalah part yang paling budak-budak malukan.Ada yang kata tak mahu kahwin la.Kata laki jahat la,perempuan gedik la.Macam-macam.Itu al kisah ketika belum baligh.Selepas baligh masing-masing dah mula merenyam.


Masa itu mula lah timbul istilah couple,cintan monyet dan sewaktu dengannya.Ana dulu pun dulu mula-mula kenal apa itu rasa nak sayang kat berlainan jantina masa Form 2.Itupun entah tak tahu kenapa leh lak suka kat seseorang.Tapi masa itu tak paham langsung konsep bercinta. 


Seperti malam dan siang yang silih berganti,begitu jugalah hati manusia.Hinggalah saat ini,bermacam rasa manis dan duka mengenang saat hati dimiliki dan dikecewakan.Namun itu lumrah manusia yang senantiasa diuji dengan nikmat dunia yang sementara ini.


Kini ana sudah pun berumur 23 tahun.InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, mungkin tahun depan atau 2011 akan ana sedaya upaya untuk meletakkan batu asa cinta suci ke tempat yang sewajarnya(Pertunangan).Calonnya?Kelihatan seperti sudah ada.Akan ana jaga dia sebaiknya.


Bukanlah kerana diri ini mahu menurut langkah ramai sahabat dan kenalan ku yang sudah berumur linkungan 22-24 tahun yang mula melangkah ke alam pertunangan dan pernikahan. Namun perkara yang baik jangan dilengahkan.Takut boleh menjadi dosa kelak.


Tetapi sedarkah kita bahawa kadang-kadang syariat memudahkan tetapi adat yang menyusahkan?Yang memang pertunangan dan pernikahan hanya sekali dalam seumur hidup dan sepatutnya dua majlis ini menjadi satu kejadian yang menjadi kenangan memori indah bagi pasangan yang bercinta.Dalam Islam,pertunangan bukanlah satu kewajipan tetapi ianya digalakkan.Jika mahu bertunang hendaklah lepas 4 syarat ini:


1. Bakal tunang bukan isteri atau suami orang lain.

2. Bakal tunang bukan tunangan orang lain.

3. Bakal tunang bukan dalam i'dah.

4. Bakal tunang bukanlah dari golongan yang tidak boleh dikahwini.

Kalau diikutkan,pertunangan sebenar ialah perjumpaan antara wakil keluarga kedua belah pihak tunang lelaki dan perempuan iaitu ibu bapa kedua-dua pasangan.Mereka akan berjumpa dan akan bermesra serta memberitakan asal usul,kelakuan anak masing-masing.

Kemudian,perlulah ibu bapa kedua belah pihak meletakkan perjanjian seperti berapa tempoh pertunangan,tarikh pernikahan yang mahu diadakan dan apakah penyelesaian jika terputus pertunangan di tengah jalan menuju ke pernikahan.Selepas adanya perjanjian,bolehlah si ibu menjenguk bakal menantunya dan sarungkan cincin pertunangan di jari si perempuan.Tambahan adat Melayu sebenarnya mungkin diberikan tepak sirih sebagai lambang adat melayu.Duit hantaran?Tidak perlu kerana pernikahan itu lebih utama dan lebih memerlukan perbelanjaan.Barangan hantaran?Sekadar Al-Quran atau sejadah mencukupi.Tidak perlu yang mahal-mahal belaka kerana Islam lebih sukakan kesederhanaan.

Cuma situasi sekarang,adat Melayu mementingkan pertunangan itu hingga menjadi terlalu GRAND.Bukanlah pertunangan itu hanya perlu diketahui oleh keluarga khusus iaitu keluarga terdekat sahaja?Tidak perlu dihebohkan semua orang kerana takut berlakunya fitnah.Dan ingatlah,pertunangan bukanlah lesen untuk diberikan kebebasakn berdua-duaan.Sedangkan pertunangan itulah yang menyebabkan ramai orang sesat dari tujuan sebenar pertunangan.

Memang pertunangan penting tetapi pernikahan itu lebih utama.Jika mahu elak tak baik,teruskan pada pernikahan.Kenapa pula putus tunang dibolehkan dalam Islam?Ini adalah sebab musababnya:

1) Antaranya memberi kemudaratan sekiranya hubungan pertunangan itu diteruskan dengan ikatan perkahwinan.

2) Putus tunang berlaku dengan tujuan menjaga nama baik keluarga serta keharmonian keluarga.

3) Pasangan melakukan kecurangan dan memutuskan ikatan pertunangan adalah jalan terbaik daripada diteruskan dengan perkahwinan.

Maka tanyalah dada anda,adakah anda benar-benar mahu bertunang atau terus ke pernikahan? Memandangkan keadaan ana,ana akan ke alam pertunangan dahulu sebelum ke pernikahan.Doakan ana,insyaAllah tempoh setahun ini,kita berusaha untuk mendapatkannya namun Dia juga menentukan.Salam Alayaik dari ana...