Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Trilogi Kedua Tahajjud Cinta


Sambungan dari entri "Novel Tahajjud Cinta"


Di keadaaan yang lain,Fatih yang baru kembali dari kampung halaman singgah di Masjid Istiqlal.DI situ dia bertemu dengan Ustaz Ghufran.Kotak minda Fatih mahu melupakan pekerjaannya yang daif iaitu pemandu beroda tiga.Maka dia mencuba nasib untuk mengajar agama di madrasah yang terdapat dalam Masjid Istiqlal.Dia diterima dengan senang hati kerana Ustaz Ghufran memang mengenali kepintaran dan kejujuran si Fatih.Lantas tanpa menoleh kebelakangan diterimanya Fatih sebagai salah seorang tenaga pengajar di situ. 

Namun pabila memikirkan dirinya masih memerlukan uang tambahan untuk menyara persekolahan dua adiknya dan juga semester baru yang akan didudukinya,maka si Fatih mencari kerja sampingan halal.Jenuh dia mencari sekitar metropolitan Jakarta akan kerja kosong di kedai-kedai makan.Setelah idak ditemui,maka perutnya mula berkeroncong memberontak tanda kelaparan.Dengan berbekal 5000 rupiah,maka mahu tak mahu dia terjumpa sebuah kedai makan yang ramai pelanggannya.Dipintanya nasi putih kosong bersama air putih.Tanpa berlauk.

Rezeki kadang-kadang tak kita pinta,dikurniakan Allah buat hambaNya yang soleh.Rupanya pemilik kedai itu ialah Nur Arafah,gadis ayu yang menemui Fatih dalam bas ketika perjalanan Fatih menuju ke kampung halaman.Kerana kepetahan Fatih dalam menjawab soalan agama ketika berbual di dalam bas,melahirkan rasa kagum bangat Arafah kepada Fatih. Diajaknya Fatih mengambil apa sahaja lauk disukainya.Mulanya Fatih keberatan namun mengingatkan pesan Nariah bahawa jangan menolak rezeki Allah,maka diterimanya juga namun lauk yang diambil ala kadar sahaja.

Kemudian berlaku pergaduhan di dalam kedai tersebut apabila penjahat meminta wang perlindungan dari Arafah.Maka beraksilah Fatih menjadi hero menyelamatkan keadaan.Kehebatan seni persilatan yang dimiliki oleh Fatih mengharukan Arafah.Namun bukan tujuan Fatih menunjuk tetapi tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah mempertahankan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan.

Seusai itu,diberitakan kepada Fatih melalui Nisa bahawa Lycee Cee telah jatuh kemalangan. Tanpa berlengah mahu bertemu Fatih dengan Cee untuk melihat keadaannya dan meminta maaf secara berdepan.Apabila bersua muka di dalam bilik rawatan,Cee dikelilingi oleh 3 orang iaitu kedua ibu-bapanya dan Kuang.Melihat kehadiran Fatih,Cee pantas membuka mata dan menegur Cee.Namun Kuang bertindas cemburu buta apabila menyalahkan keadaan yang berlaku kepada Fatih.Maka dipukulnya Fatih.Fatih tidak membalas kerana dia tahu di rumah sakit tidak boleh berlakunya kekacauan.Apabila pengawal datang,disuruhnya Kuang mengheret Fatih berambus dari kamar bilik.Walaupun Cee menafikan Fatih yang mulakan,namun pengawal itu terpedaya dengan bentakkan Kuang yang berlagak kaya.

Selepas itu,bukalah cerita Cee bahawa Kuang cuba mencabuli kesuntiannya.Marah padam ayah Cee lalu dihalaunya Kuang.Dia tahu risiko menghalau Kuang bermaksud perniagaannya akan tergadai.Namun demi maruah anaknya,dia tetap berkorban harta demi keluarga.Setelah beberapa hari,Cee keluar dari hospital.Dari situ,dia kerap bermimpi pada waktu malam apabila mendengar kemersikan laungan azan subuh dari masjid berdekatan.Namun itu di dalam mimpi.Dia berani bertanyakan pada Mak Minah akan hal Islam.Setelah penerangan diberikan, maka dipertemukan Allah untuk Cee cahaya Islam.Dihadapan Mak Minah,Cee memeluk Islam. Namun mimpi azan itu tetap berputar di fikirannya acap kali tidur malam.

Dan pada suatu pagi,terjaganya dia dari mimpi yang sama,terdengar suara azan yang sama,semerdu dalam mimpinya dari Masjid Istiqlal.Lalu diminta Mak Minah membawanya ke masjid untuk mengetahui siapa gerangan pemilik suara emas itu.Alangkah terkejutnya bahawa insan itu ialah Fatih yang memang mengajar di Masjid Istiqlal.Fatih juga terkejut melihat berjilbabnya Cee menjadi wanita solehah.Ketahuilah dia bahawa Cee telah memeluk Islam dan menjadi saudara barunya.

Cee setelah itu memberikan wang yang banyak kepada Fatih melalui Mak Minah.Dimintanya Fatih menerimanya untuk membalas budi Cee merawatnya ketika uzur dahulu.Dan dengan rasa ragu-ragu,Ghufran menyatakan itu wang halal.Gunakanlah untuk melanjutkan pelajaran di Universiti.Namun Fatih masih memikirkan nasib orang lain.Diingatnya nasib malang seorang kanak-kanak bernama Nariah yang berhenti sekolah dan menjadi pengemis untuk menyara kehidupan daifnya bersama nenek tersayangnya.Lalu bergegas Fatih menuju ke rumah nenek,tempat dia dirawat setelah dibuang oleh Reno dan gengnya.

Namun Allah lebih menyayangi Nenek.Nenek telah meninggal dunia meninggalkan Nariah terpinga-pinga mencari tempat berteduh.Maka ditawarkan Fatih dirinya sebagai abang.Dan mahu dimasukkan Nariah dalam sekolah madrasah yang formal.Suka bukan kepalang Nariah.Duitnya sudah ada.Semuanya pemberian Cee.

Plot novel ini bersambung lagi apabila kepulangan Fatih disambut dengan senyuman Ustaz Ghufran.Dia mengatakan ada pelajar baru dalam kelasnya.Fatih tidak menangkap percakapan rakannya itu.Rupanya setelah menjejak kaki ke kelas,terlihat kelibat gadis ayu cina yang bertudung dihadapannya.Itulah dia Lycee Cee.Dengan tersenyum malu Cee,dia menunduk pandangan.Begitu juga Fatih.Namun Cee mengupah seorang budak sekelas pengajian dengannya untuk memberikan sekeping nota untuk Fatih baca dihadapan 3 kali dengan kuat.Mahu tak mahu,terpaksa diuruti juga si Fatih.Apakah rangkap tersebut?Bacalah di Tahajjud Cinta!

Sejak itu berbungalah hati Cee pada Fatih.Dengan perpisahannya dengan Kuang,perniagaan ayahnya makin maju setelah tidak bergantung lagi dengan Kuang.Usaha Kuang dan ayahnya gagal menjatuhkan perniagaan ayah Cee.Itulah hikmah mempertahankan maruah keluarga dari duit poket sendiri.Lycee Cee menerima sepucuk surat jemputan ke walimaturus Nisa dan Reno.Terkejut bukan kepalang Cee melihat bagaimana si Nisa boleh termakan pujukan rayu si Reno penjahat!Diberitahu pada Fatih dan Ghufran.Namun mereka hanya pergi ke sana bukan menjadi kacau daun.Tetap diziarah da berdoa agar Reno berubah menjadi baik.

Namun kelibat Fatih yang hadir memeranjatkan Reno.Lalu mengarahkan anak buahnya membunuh Fatih ketika mana Fatih pulang ke rumah.Dalam perjalanan Fatih pulang,Dikepungnya kenderaan dinaiki oleh mereka bertiga.Namun ilmu seni mempertahankan diri Fatih memang cukup tinggi.Mudah sahaja dia menjinakkan tiga ekor mengikut syaitan Reno itu.Dengan rasa kemarahan,Fatih kembali menuju ke majlis itu dan menjerit kepada Reno akan hal mahu membunuhnya.Buktinya Fatih membawa salah seorang geng Reno yang berjaya ditangkapnya.

Seusai penjelasan terebut,diculiknya Reno Navis,kakak Nisa'.Dilarikan dengan menaiki kereta.Fatih mengekori Reno dengan menaiki motosikal.Namun malang sekali lagi menimpa Fatih apabila pistol milik Reno tepat mengenai dada Fatih.Polis yang turut mengejar terus mengejar Reno dan berhasil menahannya atas jenayah berat.Fatih dibawa ke hospital ditemani Ghufran,Cee dan Nisa.Mereka sangat bersedih akan hal tersebut.Doktor mengatakan bahawa Fatih hanya bertahan sampai esok pagi jika tiada yang menderma darah kepadanya.Darah jenis O yang sukar didapati menjadikan mereka bertiga gusar akan keadaannya si Fatih.Setelah usaha mencari darah sejenis dengan Fatih makin tipis,disandarkan harapan Cee kepada Allah.Diajaknya Cee bersama Nisa dan Ustaz Ghufran menunaikan solat Tahajjud.Meminta dan berdoa mereka agar diselamatkan Fatih.Namun mereka tetap redha akan pemergiannya Fatih jika itu yang terbaik buatnya.Namun hati Cee bersedihan kerana berduka cita dengan si buah hatinya yang dia masih belum lafazkan melalui bibir merahnya kepada Fatih yang dia mencintai Fatih kerana Allah.

Apakah berlaku seterusnya?Adakah Fatih akan meninggalkan mereka selamanya?Adakah sempat Cee melafazkan rasa cinta sucinya kepada Fatih?Adakah Nisa juga memiliki perasaan yang sama seperti mana Cee menyayangi Fatih?Bacalah novel keagamaan,Pembersih Hati dari Belenggu Jiwa dan Emosi Cinta karangan Muhammad El-Natsir.Itulah namanya Novel TAHAJJUD CINTA.Baru sahaja memasuki pasaran Malaysia.Kejayaan lebih 50000 jualan di Indonesia akan diteruskan di Malaysia.InsyaAllah anda tidak akan menyesal membacanya!APa yang saya ceritakan hanyalah jalan cerita kasar sahaja.Hanya 30% dari keseluruhannya.Jazakallah....



1 Kesan Parut:

RIZZNA berkata...

terima kasih adik utk kedua2 sinopsis ini. pembacaan & penghayatan diteruskan utk mengetahui titik akhiran cerita cinta ini.

p/s: sekadar kepastian adakah yg bakal ditayang di tv bersamaan dgn novel sebenar.