Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Jawapan Pada Komentar Entri Transformers 2..


KOMEN TERBARU TENTANG ARTIKEL "YANG TERSIRAT DENGAN TRANSFORMER 2?"
DILUAHKAN OLEH TANPA NAMA PADA JAM 9.30PM 14/7/2009
Sila baca dan hayatikan...
_____________________________________________________________
Kenapa begitu terasa dan mencari di mana kita ini dikaitkan? 

Aksi2 ghairah itu mmg obvious salah lah..

Aksi2 peperangan mainly di padang pasir. Itu ya, tapi piramid tu, bukan di tanah arab kan? Piramid pun bukan Islam yang bina. Mungkin scene di padang pasir lebih senang dibuat drpd kwsan yg rata2 penduduknya penuh. (Boleh aje dianggap begitu. Kenapa nak mencari point yang agama kita mesti diperlekehkan juga. - nak je cari salah org?)

Kenapa mesti mencari point kesalahan orang lain. Padahal yang diberi akal itu kita. Kita mampu tgk yg mana baik, yang mana buruk. Siapa encik ni, yang sesedap rase fitnah diorg yang mungkin takde tendency langsung utk kaitkan dgn mana2 agama. Kalau itu yg sebenar, bagaimana? Kenapa cepat sgt buat judgement ni? Islam tak tuduh melulu bukan? 

Biar aje ape movie diorg nak buat, kt takde hak nak kate ape motif diorg buat, sbb kite takkan tahu. Allah Maha Mengetahui. Menuduh diorg tu pun same salah. Menfitnah kerana tanggapan kita, juga berdosa. Kan?

Kita berakal. Kita fikir baik buruk sendiri. Kita tak tahu motif mereka, then jangan tuduh. Kalau yg baik, ambiklah. Kalau yang buruk, buanglah. Yang encik disini sedang buat, bagi tanggapan, disebarkan tanpa mengetahui kebenaran, dan yang baca, sama2 cepat terima. 

Begitu kah kita? Hmm.. Senangnya..
_______________________________________________________________
Jawapan:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Nabi Muhammad mengajar kita menyampaikan salam kepada sesiapa semuslim yang kita temui.Moga saudara Tanpa Nama (TN) juga melakukan perkara yang sama jika anda muslim.

Pertamanya,jazakallah kerana memberikan komen yang lain dari yang lain di dalam blog ana. Keberanian anda saya dahului dengan ucapan syukran jazilan.

Baiklah,buat saudara TN,Bukanlah niat saya menuduh filem ini melulu.Sesungguhnya ada fakta mengaitkan perkara yang berlaku di depan mata kita tetapi untuk menyedarkan semuslim sedunia bahawa kita sedang berada dalam dunia globalisasi dimana semua maklumat serta media tidak lagi dapat disekat atau dikawal.

Dan sesungguhnya,umat Islam di dunia kini sedang mengalami suatu peperangan minda yang jauh lebih bahaya dari peperangan fizikal seperti peperangan Salib dahulu kala.Buat saudara TN,hayati PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI YANG KE-13:

"Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi."

Secara jelas menunjukkan bahawa Freemason dan Zionisme telah bergabung membentuk 24 Protokol Zionis Yahudi untuk menghancurkan seluruh bangsa terutamanya Islam.Mereka menggunakan proksi hiburan seperti Hollywood untuk mencucuk jarum freemason.Apakah yang dicucuknya?Perhatikan pula PROTOKOL ZIONIS YAHUDI KE-4:

"Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi."

Adakah TN benar-benar terkesan dalam hati bahawa telah termaktub sendiri dalam protokol mereka yang dicipta lebih 100 tahun dahulu bahawa mereka akan mengikiskan segala bentuk kepercayaan agama dan hanya memikirkan keperluan duniawi sahaja dan seterusnya melupakan bahawa musuh-musuh Islam sedang meracuni pemikiran umat Islam.

Meracun pemikiran umat Islam adalah lebih bahaya dari serangan bom atom.Kerana serangan bom atom sekalipun tak dapat menghancurkan syiar Islam.Bayangkan ratusan bom tidak meletup di Iraq dan Gaza kerana Allah tidak mengizinkan bom itu memusnahkan orang Islam.Tetapi orang Islam dapat dimusnahkan dengan mudah apabila pemikiran mereka dijuruskan hanya kepada cintakan dunia semata-mata.Sedangkan perjalanan setiap muslim sudah tentu akhiratnya walaupun dunia tidak boleh kita ketepikan.

Meracuni umat Islam menjadi salah satu punca kejatuhan Turki Uthmaniah dimana muda-mudi ketika itu sudah tiada Islam di dalam diri mereka.Semangat jihad sudah pudar dari hati mereka. Sultan dan pemerintah ketika itu mula menjadi tali barut Yahudi.Maka runtuhlah sistem Khalifah di muka bumi Allah pada 1924.

Dan sedarkah wahai si TN bahawasanya Steven Spieldberg adalah orang yahudi???Tahukah anda bahawa dia adalah salah seorang orang besar Hollywood dimana Hollywwod dicipta oleh Yahudi untuk menghancurkan bangsa Amerika dan Islam?Mereka menggunakan medium hiburan dan wayang untuk menggambarkan kehebatan tamadun barat sedangkan tamadun barat sebenarnya dicedok dari tamadun Islam dahulu kala.Filem Transformers 2 termasuk filem lain secara zahir dan jelas memaparkan kehebatan teknologi mereka untuk menakutkan negara Islam dari melawan kehendak mereka.Itupun kamu masih menutup mata dan telinga?

Kemudian,sedarkah yang menonton cerita tersebut betapa ramainya adalah kanak-kanak kecil yang tidak mengenal apa mesej yang hendak dibawa.Memang mereka dibawa untuk bergembira. Tetapi suasan tumbesaran mereka sangat jauh menyimpang dari apa yang Islam anjurkan.Jika mereka boleh ingat nama setiap robot Transformers,adakah mereka mampu mengingat 25 rasul yang wajib diketahui?

Dialog yang dimainkan memang ana ingat.Kerana ana sudah menontonya 2 kali.Tujuan menonton pada mulanya untuk berseronok tetapi selepas itu kesedaran muncul apabila anasir Freemason dimasukkan di dalam filem tersebut.Kenapa ana tahu hal ini?Bacalah buku "Gerakan Freemason,Musuh dalam menghancurkan Islam" karangan Hj. Nik Azran Muhamed dan Hj Mohd. Mahadi Hj. Isa.Buku ini menterjemahkan pelbagai cara Yahudi mahu menghancurkan pemikiran umat Islam khususnya pewaris Islam iaitu pemuda dan pemudi Islam.Hiburan melampau,arak,perjudian dan sukan melampau menjadi mainan mereka memperkudakan Islam!

Barisan ayat TN "Aksi2 ghairah itu mmg obvious salah lah..".Itu sahaja mampu ana ungkapkan? Bukankah yang menonton terdiri dari mereka di bawah umur 13-18 tahun?Ramai bukan? Ada pula couple haram yang menonton adegan itu akan menaikan keghairahan mereka sendiri bukan?Sebab ada 'pil' perangsang di hadapan!Tidak rasa bersalahkah kita melihat semua mata muslim tertumpu melihat aksi menggoda mereka.Sudah biasa sangatkah TN dengan hal sedemikian hingga tiada terdetik rasa mahu mengubah diri sendiri bersama-sama orang Islam lain untuk menjauhkan dari zina mata ini?Bukankah ini jelas anasir jahat mereka mahu menjauhkan kehidupan Islamik yang menyuruh kita menjaga pandangan mata?Lupakah kamu?

Eh,sedarkah TN yang bercakap ini,bahawa Mesir adalah negara Islam?Sekarang nak tanya saudara TN,Mesir bukan tanah arab,memang benar!Tetapi tanah milik siapa Mesir ini wujud? Allah Taala memiliki seluruh debu tanah yang ada di alam semesta ini.Sanggup mereka perkecilkan bumi Anbiya' dengan mengadakan adegan hancur menghancur.Dapat kita gambarkan bagaimana mereka menganyang negara Palestin dengan bom-bom yang digunakan dalam filem ini.Tidak terfikirkah kita,kesan dalam filem ini sudah cukup memberikan efek jantung bergegar.Apatah lagi BOM FOSFURUS yang digunakan Israel dalam melanyak Gaza?

Ana bukan suka-suka mencari kesalahan orang lain.Namun berniat menyedarkan ramai orang yang makin alpha dengan kenikmatan hidup di dunia tanpa memikirkan kematian yang kian hadir.Jika kita hanya menerima sahaja apa yang dibawa oleh barat tanpa difikirkan dari perspektif agama,maka jadilah pemikiran bebas dan berkecuali melampau seperti yang ada pada saudara TN.Sedarkah bahawa dunia akhir zaman,umat Islam sendiri sudah tidak mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.



Berfikirlah sebelum memberikan pandangan yang sangat taksub pada pemikiran bebas anda.Inilah kejayaan Freemason yang meliberalkan umat Islam...

3 Kesan Parut:

asrar_nia berkata...

saya setuju.mengapa TN umpama membela kemara mereka dalam merosakkan agama sendiri. tidak sayangkah anda pada agama sendiri?? mengapakah perlu anda menafikah sesuatu yang jelas lagi tersuluh? pernahkah anda dengar cara yg akan dgunakn oleh yahudi untuk memusnahkn umat Islam.mgkin anda tidak pernah sbb itu anda mmbr komen yg akn mmbuatkn org yahudi akan bertepuk tgn dengn kjyn mrk dgn adany org yg bfhmn sprt anda. sedarlh wahai teman...
p/s:maaf kiranya ia menguriskn hati anda dengan komen yg tlh sy brkn.

Unknown berkata...

Biar aje ape movie diorg nak buat, kt takde hak nak kate ape motif diorg buat, sbb kite takkan tahu. Allah Maha Mengetahui. Menuduh diorg tu pun same salah. Menfitnah kerana tanggapan kita, juga berdosa. Kan?

_tapi Allah bagi kita akal untuk berfikir.Org yahudi bukan bodoh. Dia takkan bgtau kita mkna tersirat disebalik movie nih.kita yg 'pandai' ni la yg kena berfikir luar alam...kadang2 kite harus prejudis n takleh terlalu baik sangka..lebih2 ag yg berkait ngan agama....thanks to saudara paiz coz sudah 'menjentik kepala' saya psl dis topik.....jgn cuak ya... Islam tak mengajar umatnya menjadi lemah....dat ur responsible tuk 'menjentik kuat2'umat islam yg tertido dgn mate terbukak nih...

yg memuliakan berkata...

salam.. terlebih dahulu, saya amat bersetuju dengan saudara empunya blog.. sesungguhnya bangsa yahudi mmg bangsa yg bijak dan tidak dapat dinafikan sejak zaman dahulu lagi. salahudin al ayubi pernah berkata, "sesiapa yg menguasai jerusalam, dialah menguasai dunia".. mungkin saudara TN tidak menyedari yg yahudi sedang menguasai dunia. tp bagaimana mereka menguasainya? adakah dengan bom fosforus semata2? mereka membunuh islam dari hati kita sendiri dengan pelbagai propaganda, kita sebagai umatnya janganla lalai dan sentiasalah beringat agar tidak kalah dengan yahudi. berbalik pada filem transfomers, mmg jelas ia merupakan propaganda barat dan yahudi untuk melemahkan dan melalaikan umat islam yg leka. saudara kena ingat, yang haram tetap haram walau dipusingkan bagaimana sekalipun.. jangan mengambil mudah. walaupun adengan megan fox yg agak memberahikan itu hanya singkat, tetapi kesan terhadap minda penonton? terutamanya golongan muda dan kanak2.. filem tersebut telah diklasifikasikan sebagai filem tontonan umum, tetapi se"umum" mana pula budaya barat yang cuba ditontonkan itu? lihatlah sekeliling anda, berapa ramai umat islam yg sudah berpakaian seperti megan fox itu? semuanya bermula dengan sikap mengambil mudah perkara yg haram. saudara empunya blog bukan mengeluarkan fitnah tetapi memberikan pendapatnya yg matang dan secara berhikmah. harap saudara TN dapat mengambil manfaat..