Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Tak Habis Habis Dengan Skuter!!!

...Assalamualaikum...
Moga Allah berikan aku kesabaran pada diri ini.Begitu banyak cabaran dan dugaan yang aku lalui saban hari.Minggu lepas skuter ada masalah overhaul,kali ini efek dari overhaul tu,skuter ku bocor minyak hitam.Sedih memang sedih.Terpaksa ulang-alik ke kedai motor cina tu nak repair motor.Nak marah pada cina(tauke) itu tidak boleh.Sebab dia juga manusia biasa jugak.Cuma itulah janganlah poyo sangat.Cakap besar sangat.Kalau nak tahu ceritanya,masa aku ambil motor ku itu pada minggu lepas selepas diperbaiki kerosakan enjinnya,dia kata "Adik jangan risau,saya buat baik punya..budak-budak saya buat ini moto tapi saya sudah cek,takda masalah punya!"..Budak-budak yang dia maksudkan adalah pekerja dia yang terdiri daripada sama bangsa denganku.Budak-budak Melayu ini pun satu keje,lain kali jagalah mutu kerja kalian.Jadi mangsanya bangsa kalian sendiri.Ishk ishk,aku tak suka sangat kutuk bangsa sendiri tapi bangsa kita mudah lupa diri.Termasuk aku.Aku kene senantiasa ingat pada diri ini kerana cabaran kita bangsa Melayu di tanah air sendiri semakin lama makin tergugat.Sudahlah ekonomi hapak melayu tak kuasai sekarang pendidikan,tanah dan politik pun bangsa lain cuba kuasai Malaysia.Apakah nasib anak bangsa kita nanti? Bila aku menyanyi lagu "Anak Kecil Main Api" masa kat MRSM Muar dulu,aku tak rasa langsung yang Melayu tergugat kedudukannya.Masa itu aku rasa selesa sangat kerana ialah aku belajar di MRSM yang semuanya Melayu.Kemudian semua kemudahan disediakan.Lemau la jugak tapi berbaloi la juga sebab aku dulu rajin masa kat MRSM.Tapi bila belajar kat Uniten ini,lara la juga.Tak tahu macam mana mahu kembalikan semangat belajar aku yang lama.Pointer aku pun tak lah baik mana tapi aku tetap berusaha untuk tingkatkannya.Adik aku Wanie pointer dia hebat belaka,aku ini cukup-cukup makan je.Orang kata makin lama kat Uni ni makin susah nak naikkan pointer.Aku dah rasa dah kesusahan ini.Kenapalah masa 1st sem kat Uniten dulu aku main main yer.Menyesal pun tak guna.Masa ada lagi buat diri ini.Jangan aku bazirkan masa lagi. Moga semester baru yang akan datang nanti akan dapat ku penuhi jiwa raga ini dengan ilmu yang bermanfaat...insyaAllah...Moga Allah bantu aku jua....

Nukilan hati ke hati dariku, Mohamad Khairil Faiz bin Sapari....

2 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

jangan pandai tulis dan mengarang serta sedap mulut bercakap je.
laksanakanlah.....

Tanpa Nama berkata...

bro..mane de blaja senang..huhu..insyaAllah dimane ade kemahuan disitu ada jln..pointer tuh lu masih ade masa lg tuk tingkatkn..dr pengalaman wa..wa rase bile lu da final subject semua xsusah sgt dah pasal byk lu dah belaja awl2..yg final2 nie kebykn ulang yg mule2 jer..tp mungkin lebih mendalam..but don't worry lecturer2 mesti bantunye..InsyaAllah..