Bermula dengan hanya meminati wajah 'tampan' yang dimiliki pengkid berkenaan yang dikenali dengan Boy, Azni (bukan nama sebenar) yang merupakan model bertudung lantas jatuh hati dan cuba untuk mendekatinya.Perkenalan itu akhirnya membuatkan mereka berdua rapat dan menjalin hubungan 'cinta songsang' secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami, keluarga dan rakan-rakan.Menurut Azni, tindakannya itu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu musnah.
Bercerita lanjut, Azni memberitahu, pada awal perhubungan dengan Boy, suaminya (Azim - bukan nama sebenar) tidak mengesyaki apa-apa meskipun beliau selalu pulang lewat.Bukan sahaja pulang lewat tetapi Azni semakin lama mengabaikan anaknya dan tidak mempedulikan rumah tangganya."Suami hanya fikir saya sibuk dengan kerja sebagai model sambilan tanpa mengetahui sebenarnya telah curang bersama seorang pengkid," katanya.Namun, kisah percintaan songsang itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan Azim yang mengetahui perkara itu melalui rakan sekerja Azni dan juga anaknya sendiri.
"Azim betul-betul terkejut apabila anak saya bercerita tentang saya bersama Boy di atas katil dan rakannya pula bercerita tentang keakraban saya dengan pengkid itu.Setelah tidak menemui jalan penyelesaian meskipun telah merujuk ke pejabat agama, Azim akhirnya terpaksa melepaskan isterinya ke tangan seorang pengkid pada penghujung 2006.Sehingga kini, Azni dikatakan masih berhubungan dengan Boy.
Nukilan Kosmo...
- Hebatnya penangan budaya barat yang diterap di kalangan anak muda kita.Bukan sahaja anak muda,isteri orang pun boleh terpengaruh.Ceteknya ilmu agama anak bangsa kita.Astaghfirullah.
- Inilah akibatnya pentingkan kerjaya melebihi kepentingan rumah tangga.Anak-anak terabai dan isteri diberi kebebasan sepenuhnya.Dayus benar si suami jika mempunyai perlakuan seperti di atas.Harta yang suami miliki hasil penat lelah berniaga tidak berguna sesen pun kerana dia mengabaikan keluarganya.
- Malu!Sangat Malu!Bangsa kita,kemudian akhbar terang-terang tulis model wanita bertudung.Mana nak letak air muka orang Islam Malaysia?Adakah ini juga propaganda akhbar kita untuk memburukkan Islam itu sendiri?Tidak perlulah cerita keaiban sendiri kemudian mengaitkan ianya dengan agama suci kita!Astagfirullah.
- Dimana Modal Insan yang hebat diura-urakan oleh kerajaan kita?Mana??? Kembalilah pada sistem pendidikan Islam.Jangan dicedok dari barat yang sesat lagi menyesatkan!
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan