Kisah Benar Aku dan Sahabat
Apa ertinya sahabat buatku?Sahabat adalah sebuah anugerah Tuhan Maha Pengasih kepada setiap makhluk samada ada iman atau tidak ada iman didadanya.Sahabat beriman adalah satu lagi anugerah Tuhan Maha Penyayang kepada hambaNya yang menghambakan diri kepadaNya.Sahabat beriman mempengaruhi hidup dan tatacara kehidupan sahabatnya.Dalam hidup ini aku bersyukur menemui beberapa sahabat yang amat baik bagiku.Ada yang dari kaum adam dan ada dari kaum hawa. Yang adam,mereka adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan daku mengenai agama.Sejak kemasukkanku ke Uniten,aku memang lara dalam menguruskan hak aku kepada Allah SWT.Sentiasa terdetik dalam hidupku mencari manusia bernama sahabat yang mampu mempengaruhiku dalam mengubah kehidupanku yang penuh dengan kelaraan.
Dulu aku bercampur gaul yang tidak dibatasi dengan syariat agama.Aku berasa bersalah tetapi ketika itu aku masih lagi di zaman jahiliah ku untuk mengerti batas-batas agama.Mungkin Allah mendengar rintihan hatiku ini,dia kurniakan aku sahabat-sahabat yang membimbingku ke jalan yang lebih diredhaiNya.Sejak aku tinggal bersama-sama mereka aku mengerti apakah dinamakan sebagai nikmat sahabat.Sahabat-sahabatku ini terpuji akhlaknya.Tidak mampu ku capai taraf mereka hingga saat ini.Biarlah aku mengikuti mereka menuju ke jalan yang dirindui oleh pencinta iman.Aku cintakan iman tetapi sebagai manusia biasa yang dicalit kehinaan dosa,aku sering terbabas dari jalan yang lurus.Aku mahu bangkit dari keterbabasan ini maka dikurniakan Allah sahabat seperti ini.Merekalah pendakwah muda yang aku kagumi.Masa hidup muda mereka dipenuhi dengan amalan mulia seperti Sultan Muhammad Al-Fatih.Akhlak mereka adalah generasi Al-Quran yang baru.Indah sungguh budi pekerti mereka.Berbeza dengan teman-temanku yang sekuliah dengan ku.Baru aku tahu anugerah Allah kepadaku ini. Ramai orang diluar sana mimpikan mempunyai sahabat seperti ini tetapi hajat mereka tidak kesampaian malahan ada yang ditarik oleh sahabat mereka sendiri ke lembah kehinaan.Moga Allah memberi pertolongan kepada orang seperti ini.
Kini aku sedar,aku sedar akan apa ertinya sahabat.Walaupun kadang-kadang aku terkasar bahasaku,mereka yakni sahabatku ini memahami personalitiku.Malah mereka memberi nasihat dan tunjuk ajar berguna walaupun umur mereka setahun dua lebih muda dariku.Tiada erti segan atau egois wujud dalam hati sanubariku jika mereka menegurku.Tetapi ingatlah bahawa bukan mudah sesuatu yang menjadi tabiat hidupku dulu untuk aku berubah dengan sekelip mata.Biarlah aku bangkit dengan perlahan agar ku menghargai nikmat perubahan dalam diriku ini.Sahabatku ini,moga Allah merahmati kita dan moga kita mendapat syafaatNya diakhirat kelak.
Buat sahabatku hawa.Dahulu,aku punyai ramai teman hawa.Dulu aku punyai ramai sahabat hawa tetapi tidak pernah aku punyai Sahabat Muslimah yang Solehah.Di saat aku mencari-cari rentak selepas aku dikecewakan oleh seorang hawa yang ku anggap dulu sebagai peneman hidupku masa depan kelak,dia datang dalam keadaan aku amat memerlukan nasihat dari jantina yang berbeza. Dialah sahabat terbaik dari kaum hawa pernah aku punyai.Akhlaknya terpuji,tutur katanya indah dan kesopanannya membuatkan aku menganugerahkan dia hingga ke tahap wanita solehah impian lelaki yang beriman.Aku tahu aku penah melukai hatimu tetapi keikhlasan persahabatan kita membuatkan memori pahit kita mudah dia lmelupakannya agar tiada lagi halangan yang merosakan persahabatan kita.Engkau begitu hebat buatku.Aku sering mendoakan engkau dikurniakan apa yang engkau inginkan.Akanku menjadi tulang belakang mu tanpa dikau sedari. Di saat aku kemurungan,engkaulah yang hadir memberikan panduan dan tauladan dalam hidupku.Tidak pernah engkau tinggalkan aku bersendirian.Hebatnya dikau wahai sahabatku.Dimana akan ku cari ganti orang seperti mu ini.Jika aku kehilangan mu,hilanglah aura persahabatan hawa dengan ku.Janganlah ku berpisah denganmu melainkan nyawa ini dijemput oleh Malaikat Maut untuk mengadap illahi.
Doakan buatmu sahabatku adam dan hawa,"Ya Allah,dariMu aku datang dan kepadaMu lah aku kembali.Dengan janjimu yakni pertemuan dan perpisahan niat keranaMu akan mendapat perlindunganMu di akhirat kelak,maka lindungi la kami di bawah payung kerahmatan mu dan lindungilah kami dari banjir peluh manusia di padang Mahsyar kelak.Ya Allah,ampunilah dosa mereka,kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani daku ketika aku dalam kesusahan.Ya Allah,pertemukanlah kami di syurgamu.Pertemukanlah kami dengan wajah yang gembira.Aku mengerti perpisahan itu adalah lumrah alam.Tetapi biarlah perpisahan kami adalah perpisahan yang diredhaiMu yang Allah.Biarlah mereka menyusungku hingga ke liang lahad ku ya Allah.Merekalah yang akan mendoakan aku jika aku berada di alam lain ya Allah.Jika mereka yang pergi dahulu,biarlah aku pula mengiringi jasadnya ke kuburan dan memori indah terpahat antara kami akan ku simpan elok jauh di hati sanubariku.Syukur ya Allah atas kurniaan sahabat seperti ini kepadaku.Engkaulah Tuhan Sekalian Alam...amin.."
Nurkilan dari lubuk hatiku, Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan