Waktu kecik-kecik dulu aku nakal.tetapi tak lah senakal adik lelaki ku.aku ni pemalu di dalam nakal dan nakal di dalam pemalu.Petang sabtu bermain basikal kecik dengan adik.Ku paksa adikku bermain denganku sebab rumahku tiada jiran yang mempunyai kawan sebaya denganku.Sejak matahari terpacak di atas kepala hinggalah ianya mula menyembunyikan diri dari manusia,aku bermain tanpa berhenti.Hingga gelap kulitku yang dahulunya putih melepak.Kini semua tinggal kenangan.Walaupun diri ini seperti berubah bangsa dari Melayu ke..... aku tetap ada semangat Kemelayuan.
Al-kisahnya,bila aku terkenang zaman kenakalan aku,baru aku mengerti kenapa kita ketika masih di alam kanak-kanak dan remaja memang mempunyai sifat nakalnya.Kita orang dewasa tidak boleh memarahi mereka.Itu perlu kita ketahui.Itulah proses pertumbuhan akal fikiran mereka dari zaman kanak-kanak kecil ke pra remaja seterusnya ke peringkat yang kritikal yakni remaja. Kem Cuti Sekolah Boyz ii Menz menyedarkan aku bahwa inilah proses perkembangan fizikal dan mental yang dapat aku perhatikan.Aku menjadi fasilitator buat adik adikku yang comel comel bangat bagi yang berumur 10-13 tahun dan yang besar-besar belaka bagi yang berumur 14-17tahun.Ada rupanya seperti Baby Face dan ada pula kelihatan lebih matang dari penulis blog ini sendiri.Baru aku sedar diriku ini rendah rupanya.Adik-adik ku yang umurnya 4-6 tahun muda dariku,ada yang tingginya tinggi mengggalah.Baka yang sungguh hebat.
Sepanjang menjadi menunjuk ajar mereka,aku mengenali dengan lebih dekat cara pergaulan mereka.Memang cukup nakal bagi yang pra-remaja.Jenuh diri ini menjaga mereka.Mahu ditengking sudah tentu aku elakkan sebab ini bukan kem rambut mawi (kem tentera).Aku hanya dipertanggungjawabkan untuk bimbing mereka bukan untuk mengarah.Waktu inilah tugasku untuk mendidik adik adik sebangsa denganku untuk menjadi pewaris berguna agama dan bangsaku kelak.Apa yang ku lihat,pra-remaja ini(10-13 tahun),mereka lebih mudah mengenali antara satu sama lain dan lebih aktif pergerakkan mereka walaupun dalam keletihan mahupun dalam kepayahan.Tidaklah hyperaktif tetapi tenaga yang dimiliki mereka memang dianugerahkan olehNya untuk golongan ini.Yang umur melebihi akil baligh,mereka lebih matang tetapi sifat pemalu mereka untuk lebih mengenali sahabat baru lebih rendah dari adik adik mereka.Mungkin telah wujud sikap rendah diri ataupun sudah mempunyai klik mereka sendiri atau pengaruh mereka sendiri.Masa inilah pengaruh kawan sangat mempengaruhi tingkah laku mereka.Mana tidaknya,ada sekelompok 5-6 orang yang memang sudah bersahabat di sekolah lagi mahupun setaman.Ketika kem,merekalah yang menghavockan keadaan.Mereka mempunyai teladan yang baik untuk adik adik mereka tetapi ada sesetengah akhlak mereka perlu diperbaiki dan tidak perlu dicontohi oleh peserta lain.Tidak perlu diceritakan disini.Biasalah kenakalan remaja ini kita sendiri paham-paham la.
Ada diantara mereka yang aku lihat belum mencapai kematangan akal fikiran yang sepatutnya.Salah seorang dari peserta yang menyertai kem ini mempunyai masalah hyperaktif disordered(bak kata saudara Syakur).Adik ini ada masalah sedikit dalam membuat keputusan.Sepanjang kem dialah menjadi bahan lawak peserta lain.Kami sebagai fasilitator pun tidak dapat mengawal tingkah laku adik ini.Dia lebih suka menyendiri dan suka untuk ditegur atau memberi arahan kepadanya.Berumur 12 tahun tetapi akalnya seperti kanak-kanak tadika. Mungkin dahulu masa kecilnya mengalami demam panas mengejut yang merencatkan sedikit pertumbuhan normal otaknya.Aku doakan dia menjalani kehidupan normal seperti insan yang sebaya dengannya.Kini baru ku ketahui,kenapa ibuku sering memarahiku ketika bermain di tengah panas bersama adikku...Husaini....
Nukilan pengalaman dari,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan