Cemburu kulihat Sang Pungguk memadu rindu dengan Sang Bulan.
Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan.
Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih-sayang.Tapi aku,terus kepiluan.Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.
Kuterbang bebas dalam duniaku.Ibarat Sang Helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur,berani....Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki.Kuterbang setinggi-tingginya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan,tanpa ada dinding yang menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.
Hawa...
Bukan kutewas dengan bayu nan kencang.Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan.Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat..kutidak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku...Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma.Kau tahu Hawa,aku jadi derita.
Hawa...
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.Ku bawamu bersama dalam kepayahan.Kau memarahiku kerana egoku.Kau leteri semahumu.Tanpa kau dengari kalamku.Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan,kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan.
Namun tatkala egoku menjadi egoisme,maka di situ aku perlukan teguran.Terbang di langit tanpa batasan ,sering kuterbabas,hilang arah dan panduan.Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan,agar kutetap terbang diawanan,menjadi jaguh helang terbilang.Tapi tafakurku sejenak di pepohonan...
Hawa...
Kau diciptakan indah,bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dadaku untuk dilindungi,dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai.
Hawa...
Dulu,kuperlukan mu sebagai teman berbudi.Menemani tugas beratku sebagai khalifah dibumi.Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabahkan diri.Tapi kini,keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti...Kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.
Kaumku kekaburan.Matanya bertelanjang.Hatinya lemas ditelan keasyikan.Ah!!..memang kaumku suka mengambil kesempatan!!..Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran??Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaianmu??Dimana!!!???
Tidakkah kau tahu,tubuh montokmu jadi hidangan enak buat mata,tetapi racun pada jiwa.Aku bisa terhumban keneraka kerananya.Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda.Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melemahkan iman.
Oh Hawa...
Aku rindukan Hawa yang dulu..
Malu,terjaga,terpelihara..
Hawa...
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan.Lantaran itu,kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki..bukan juga mengugut dengan paruh berbisa...Tapi supaya direnung bersama.Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.
Dengarlah bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu-sesuci Maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah...
Hawa...
Namamu indah,biarpun di mana,di segenap jiwa
Kaulah ibu,terukir kasih dipaparan dada.
Kaulah kekasih,dirindui saban ketika
Kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata
Kaulah adik,pemberi semangat paling berguna
Kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada.
Ketahuilah Hawa,
Kau kupuja..
Kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja
Kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dengan terjaga
Kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara.
Kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora
Kerana kau adalah hiasan,paling indah dari dunia seisinya
Maka,kudatang padamu Hawa...
Membawa ubat dengan penuh cinta
Ubatilah dirimu..
Agar kudapat terbang menguasai angkasa dan alam
Dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap.
Agar bukan sahaja aku dapat menongkah angin nan kencang
Bahkan sayapku kibar penuh bangga mencipta angin
Nukilan Buku Petua Buat Orang Jatuh Cinta
Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah

0 Kesan Parut:
Catat Ulasan