Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Berakhirnya 'exam' bermulalah Kembara...


___Kertas Soalan Final Examku___

Alhamdulillah..syukur kepadaNya kerana dengan limpah kurniaanNya telah berjaya daku menyelesaikan final exam pengajianku di Uniten.Bermula pada 28/10/2008 dan berkahir pada 6/11/2008 merupakan suatu dugaan yang begitu besar buat diriku...

Jika selama ini daku gagal mendidik diriku belajar secara istiqamah tetapi dengan adanya peperiksaan tersebut daku berusaha sepenuhnya untuk memberikan hasil terbaik buat keluargaku kelak.Bermula dengan Islamik Studies kemudian Dynamic diikuti Thermodynamics 1,Manufacturing Process dan berakhir dengan Circuit Analysis 1 pada tanggal 6/11/2008. Ada yang daku dapat menjawabnya dan ada juga yang sukar bagi ku seperti Circuit.Aku telah berusaha biarlah Dia yang Maha Esa menentukan rezekiku.Setiap Bayi yang dilahirkan ke muka bumi Allah telah tentukannya 4 perkara sejak azali lagi yakni:

  • Rezekinya
  • Musibahnya
  • Jodohnya
  • Ajal Mautnya
Kesibukan kami untuk Jawlah SAQ Uniten

Oleh itu,tiba kini masa buat diriku untuk berserah dan bertawakal kepadanya.Disini daku mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT BERCUTI buat sahabat-sahabat seangkatan denganku dan moga kita manfaat cuti yang ada dengan sebaiknya.Daku juga menyambut kembali kedatangan adik adik Foundation Uniten yang kembali ke pangkuan Uniten setelah 2 minggu bercuti.Kini giliran abang dan kakak adik-adik pula bercuti yer.hehehe...



Doakan keselamatan daku dan sahabat-sahabatku yang pergi ke Program Jawlah SAQ ke negeri pantai timur yakni dari jumaat malam hingga petang Isnin.Moga perjalanan kami dirahmatiNya. Jazakallah kepada mereka yang sudi membuka Blog ini...Salam ukhwah dari FarEast!
Nantikan post terbaru pada hari Selasa InsyaAllah....

0 Kesan Parut: