Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Al-Kisah yang tidak berakhir...(Awas,jangan ketawa!)

Jgn jadi macam ini...

alkisahnya...

Boss berkata kepada Secretary
: Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama. ...

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya...

Sila sambung sendiri...


Mungkin entry di atas agak lawak, tetapi terpulang pada diri anda sendiri untuk memahaminya secara halus. Samada dari sudut negatif atau positifnya. Saya yakin masing-masing ada pemikiran dan kefahaman tersendiri. Walaupun kita bersantai, tapi biarlah santai kita ini ada nilainya.

0 Kesan Parut: