Alhamdulillah,rezeki Allah itu ada di mana-mana dan kadang-kadang tanpa disangka-sangka.Pada tanggal 29/11/2008 salah seorang temanku yang bernama Haslinda yang merupakan rakan seperjuangan semasa bersama-sama menjadi Pengawas Koperasi Sekolah Menengah Taman Keramat telah pun sah menjadi seorang isteri kepada suami pilihannya.Ketika mahu beransur pulang aku sempat berkata pada pengantin Haslinda "Linda,tahniah,kau dah jadi isteri orang maka jadilah isteri yang solehah k?ini pesanan dari aku."Haslinda dengan merah muka senyum.Mungkin masih malu untuk dia bergelar isteri agaknya.Majlis yang diadakan di Kelab Ukay Perdana Bukit Antarabangsa menemukan pengantin dengan teman-teman sekolah lama samada dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah.Tak disangka oleh kami ramai juga teman-teman lama yang hadir memeriahkan majlis.Mengikut pengiraanku,lebih 20 sahabat lama berkumpul kembali secara tidak dirancang.Itulah rezekiNya.Dapat aku kembali merapatkan ukhwah yang telah lama pudar kerana masing-masing mencari haluan kehidupan masing-masing.Berikut adalah sedikit tatapan gambar ketika majlis sedang diadakan.
MANUSIA AKHIR ZAMAN
6 tahun yang lalu
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan