Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Jadual Perjalanan JawLaH SAQ 2008

"Tentatif" kami pada hari ahad jauhhhlahhhh:

0600am:Ustaz sudah bangun,manakala peserta lain baru terkial-kial membuka mata.
0615am:Bersama jemaah yang lain bersolat jemaah subuh di rumah sahabat ustaz yang ditumpangi.
0630am:Ma'thurat bersama-sama dan sesi ta'ruf bersama sahabat ustaz.
0700am:Menuju ke Kuala Terengganu.Ustaz Adnan seperti biasa mendahului konvoi.
0800am:Memasuki sempadan Terengganu-Kelantan.
0845am:Tayar Kereta Angsa Ustaz Dzul yang dinaiki daku pecah.Break Emergency!
0850am:Ikhwah bersama-sama bergotong royong menukar tayar yang pecah.Terima kasih buat saudara syakur atas toolbox anta yang sgt berguna.
0915am:Kembali menuju ke K.Terengganu.
0945am:Tiba di sebuah restoran nasi dagang dan kepok lekor.
1000am:Menjamu selera.Sungguh wau rasa asli kepok lekor Terengganu.
1030am:Syakur menambah lagi kepok lekor kerana tangki perutnya mempunyai 5 bahagian yang perlu dipenuhkan.hehe..
1100am:Menuju ke pantai.Tazkirah bersama Bekas Ustaz kepada Ustaz Dzul,Adnan dan Abdul Aziz.
1115am:Tajuk Tazkirah berkaitan dengan kehidupan pelajar Muslim.
1130am:Menuju ke Taman Tamadun Islam.Sebelum itu,Ustaz Abdul Aziz pinta ahli ikhwah memakai baju yang lebih formal kerana sambutan formal akan dilakukan oleh petugas TTI.
1145am:Tiba di TTI.Kelihatan di hadapan kami Masjid Kristal.
1155am:Disambut oleh CEO TTI merangkap Abang Ipar Ustaz Aziz.Menjadi tetamu 1st Class.
1200pm:Dibawa ke audotirum Masjid Negara untuk melihat sejarah Silam pembinaan Masjid Negara.
1215pm:Dibawa melawat ke monumen menarik seperti Taj Mahal,Kubah As-Syakarah,Masjid Pattani,Masjid Biru,Masjidil Haram,Masjid Nabi dan sebagainya.
0130pm:Membeli cenderahati.Sumbangan dari pihak rombongan kepada pihak pengurusan TTI.
0140pm:Menuju ke Masjid Kristal yang berdekatan.Bersolat jamak takdim serta sesi taklimat dari petugas(iaitu CEO TTI).
0200pm:Sesi tangkap gambar di masjid kristal.
0300pm:Ke pasar Kepayang.Membeli belah di pasar(Barang dibeli adalah seperti Keropok,Telur Penyu,Tudung,Baju dan sebagainya).
0530pm:Menunggu ketibaan ustaz untuk mengambil kami menuju ke destinasi berikutnya iaitu rumah Waqar(Peserta Jawlah).
0600pm:Tiba di rumah Waqar Hamman.Ikhwah berehat dan menjamu selera Sata(Makanan Tradisional Terengganu).
0730pm:Menuju ke Kuantan,Pahang.
0900pm:Melalui kawasan perindustrian gas asli.Sangat besar.
1000pm:Tiba di Kuantan dan sesat mencari tempat penginapan kami di pejabat ISMA Kuantan.
1100pm:Tiba jua di destinasi.Solat Isyak Maghrib Jamak Takhir.
1200am:Bersiap untuk tidur.Semua keletihan...


Bersambung aktiviti kami pada hari yang terakhir....

1 Kesan Parut:

Sharifah Natasha berkata...

salam..citerlah sikit..isi2nya..intipati sepanjang perjalanan..tazkhirah ringkas..mana tahu..leh share..