Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Jadual Perjalanan JawLaH SAQ 2008

"Tentatif" kami hari Sabtu JauhLahhhhhh.....:

12:00am: Masih dalam kereta angsa.Kelajuan 130km/j xmampu memintas pemandu F1 Uniten,Ustaz Adnan.
12:30am:Topik hangat di UnserUstDzul.fm....lebih dasyat dari biasa!
03:00am:Berhenti di Gue Museng..makan sup perut ataupun sup toyol.
03:30am:Kepenatan memandu mula dirasai oleh ust Dzul.Ditukar pemandu.
05:30am:Solat Subuh di border Kelantan Pahang.1st time dalam tempoh 18 tahun daku kembali ke Kelate!
06:30am:Pertemuan Ustaz-ustaz dengan sahabat lamanya di masjid tanpa dirancang.
06:45am:Menuju ke Kota Bahru.
08:30am:Tiba di Masjid Abdul Rahman,GuNong Bachok Kelantan.Bersarapan di sana bersama sahabat seteman masa kecil ustz Adnan.
08:45am:Sesi patah kepala kucing..hehehe...
09:00am:FutSaL!!!warming UP bermain bola futsaleeerrrrr...daku x warming..sakit badan...
10:00am:Oye....kami kalah 6-3 kepada team ikhwah dari kelantan.
10:10am:Sesi bergambar...bersedia menuju ke rumah Adli Ariff...
10:30am:Tiba di rumah adli ariff,menjamah makan tengah hari di sana.Sesi berkenalan dengan keluarga Adli.Ramai yang syahid kepenatan ketika dalam perjalanan.
11:00am:Menuju ke air terjun air terjun jeram pasu..mandi di papan gelongsor.. sangat menyeronokkan dan menyegarkan!
12:30pm:Berkemah pulang.Hujan lebat mula melanda.Menuju ke Kota Bahru.
02:00pm:Singgah di sebuah masjid untuk bertemu dengan sahabat lama ustaz adnan dan Dzul.Bersih wajahnya..
03:00pm:Tazkirah bersama sahabat Ustaz,sesi ta'ruf.
03:30pm:Selesai tazkirah,semua berehat di masjid kecuali daku dan waqar.Diberi ceramah tambahan oleh 'Ustaz' SIAK masjid berkenaan.hanya 10% perbualan yang difahami kerana menggunakan loghat Kelantan Pekat!
04:00pm:Menuju ke Kota Bahru..Semakin dekat dengan bandaraya Islam ini,makin besar bandarayanya.Cantik dan maju.
05:00pm:Tiba di Masjid Muhammadi..jalan kawasan sekitar.
07:00pm:Sembahyang jamak takdim di masjid muhammadi dan menunggu kedatangan ust adnan dan aziz yang jalan jalan berasingan dengan kami.
07:30pm:Membeli belah di bazar sebelah masjid.Ustaz Dzul membeli minyat Tar dan daku dipaksa oleh Bro Syakur membeli kayu sugi.
07:40pm:Mengigit kayu sugi.tidak reti mengguna..
07:45pm:Akhirnya berjaya menggunakan.Sesi bergambar di sekitar Kota Bahru.
08:00pm:Ustaz Adnan dan Ustaz Aziz tiba.Kami dibawa ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh.Pasar Malam terbesar kat Malaysia.Barang-barang sangat murah.
08:15pm:makan sup perut di situ.Sedap beh....Sebab Ustaz belanja.
08:30pm:Membeli tudung dan baju serta buah-buahan untuk Family dan sahabat-sahabat.
09:00pm:Sempat tengok arsenal gol MU 2-1..hehe..
09:30pm:Bertolak ke Kuala Terengganu.Mata dah berat sangat.Ustaz Dzul memandu.
10:00pm:Tukar pemandu.Daku memandu dalam keadaan mengantuk sgt.Hujan sgt lebat.
10:30pm:Ustaz Adnan menuju ke jalan yang bukan ke K.Terengganu.Daku tension sebab perjalanan masih jauh.Mata dah ngantuk.
11:00pm:Tiba di sebuah rumah yang makin mendekati Kota Bahru.Rupa-rupanya disinilah tempat penginapan kami pada malam ini.
11:15pm:Alhamdulillah rumah ikhwah sangat besar dan cantik.Kami terus bersiap untuk berehat kerana kepenatan yang amat sgt.
11:30pm:Mataku tertutup perlahan-lahan..gelap gelita permandangan an terus tertidur........zzzzzzz....

Bersambung aktiviti hari ahad kelak....Jazakallah...





2 Kesan Parut:

Sharifah Natasha berkata...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

hehe..comelnye cerita jaulah ni. Penat tapi seronok sebab untuk dapatkan sesuatu..mula2 kita bersusah payah dalam suasana seronok tu, kemudian, the result, make us smile back. :)

KaYRaiL FaREasT berkata...

Ya...Jazakallah kak..memang benar..memang penat sgt tetapi alhamdulillah banyak pengalaman manis kami dapat..moga ditemu lagi program seperti ini.