Followers

Usha-Usha

Artikel

Template Terbaru

Kahwin Awal?Perlu ke aku kahwin awal?


Aku merenung jauh masa depanku..apakah halangan bakal ku tempuhi.Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya

Assalamulaikum w.b.t

Al-kisahnya masa kecik-kecik dulu ingat lagi aku pasal hal kahwin kahwin ni.Dulu masa jadi budak kecik,bila tanyer hal kahwin,aku kata tak nak kahwin.Bila dan peringkat menengah aku kata pula nak kahwin lambat sebab nak enjoy life dulu.Bila tanya masa nak masuk Uniten dulu,aku jawab nak habis Degree dulu.Macam macam alasan.Tapi kalau tanya sekarang, akan ku jawab jujurnya,Ya,aku mahu kahwin awal dalam tempoh setahun hingga 3 tahun dari sekarang.Kalau nak malu dalam hal kahwin ini bagi aku tak lah sepatutnya dimalukan sangat.Kalau buat benda tak senonoh tu sepatutnya kita merasa malu pada diri sendiri dan Allah SWT.Aku cemburu juga tengok kawan-kawan sebaya aku yang dah mendirikan rumahtangga dan bertunang.Malah ada yang lebih muda dariku mendahului diriku dalam bab ini.Bukanlah niatku cemburu membuta tuli tetapi itulah rezeki kurniaanNya.Ku ketahui bahawa rezeki ku belum tiba lagi.

Kenapa aku nak kahwin awal?Sebab utama aku nak menundukkan pandanganku dari perkara yang tak elok.Kemudian aku boleh mematangkan lagi diri ini serta mendewasakan pemikiranku yang keanak-anakan.Ketiga,aku sangat menyintai anak-anak kecil.Aku suka akan anak-anak kecil.Kalau kulihat baby,aku ku usap-usap mereka.Akan ku buat mimik muka yang membuatkan mereka tersenyum.Aku mahukan anak-anak penyeri hidupku dan bakal zaujahku.Aku mahukan bakal isteriku melahirkannya untuk ku.InsyaAllah zuriat yang akan menegakkan agama Allah kelak.Selain itu,aku juga mahu menyintai wanita secara halal disisiNya.Biar pertemuan ini diredhainya.Memang manusia itu dijadikan oleh Allah itu suka pada perkara yang disebutkan dalam firmanNya:


"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" Surah Al-Imran ayat 14

Tetapi apa pula halanganku dari berkahwin awal?Keluarga dan kewangan.Ini halangan aku terpaksa lalui.Mereka tidak akan bersetuju untuk aku berkahwin awal.Bagi mereka perlu aku mencari kerja dan membantu mereka terlebih dahulu.Ya memang perlu aku mencari pekerjaan yang baik selepas bergraduasi dan memang perlu aku membantu mereka.Itu insyaAllah aku laksanakan.Anak lelaki bertanggungjawab keatas kebajikan ibubapanya sehingga akhir hayat mereka.Tetapi anak perempuan perlu menumpukan taat setia pada ibu bapanya sehingga dia dinikahi sahaja.bermakna bukan tanggungjawab utama si gadis ke atas ibubapanya selepas dia menjadi milik seorang lelaki yakni suaminya.Bila difikirkan hal ini,aku mengerti kenapa aku perlu ikuti perintah dan nasihat mereka ini.Tetapi aku berdoa pada masa depan,mereka lebih berfikiran terbuka dan matang.Paling penting adalah untuk melihat anak-anak mereka bebas dari pengaruh yang mendekati pada zina.Bab kewangan ia juga punca utama menghalang diri ini dari menikahi seseorang dikala ini. Dengan apakah mahu ku beri makan kepada isteri dan anak-anakku kelak?Cuma aku kagumi ibu bapa yang support anak mereka yang mahu berkahwin awal.Mereka berpandangan begitu jauh demi melihat kebahagian anak-anak mereka.Pasal tanggungan rumah tangga anak mereka,mereka dapat bantu serba sedikit sebelum anak mereka dapat menangung kos nafkah hidup berkeluarga.

Mungkin dua sebab ini aku tidak mampu berkahwin awal.Aku sentiasa berdoa agar Allah temukan aku dengan wanita yang layak denganku.Yang memahami diriku.Yang menghormati diriku.Aku tahu wanita itu tidak sempurna seperti mana tidak sempurnanya diriku ini,tetapi biarlah aku dijodohkan kelak dengan yang sekufu denganku agar aku dan si dia berbahagia dunia akhirat.InsyaAllah...

Nukilan Kisah Diriku,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...



1 Kesan Parut:

Tanpa Nama berkata...

salam...
bagus niat saudara tuh....tp tue la zaman dah berubah negara dah maju..hehehe..tiru iklan jap..=p klu dlu mmg xde hal la nk kawin awl,kewangan tuh semua xmenjadi masalah tp ngan keadaan sekarang nie benda tuh menjadi keutamaan..tanpa wang camne kite nk idup taraf kehidupan kite makin meningkat..tp kite perlu igat dimane ade kemahuan disitu ade jalan..pada sy kawin tuh juga 1 pembukaan pintu rezeki,kite kena percaya tuh.bak kate org bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian..=)