Poligami oh poligami...Perkataan ini hanya satu patah perkataan tetapi membawa seribu nikmat dan seribu penderitaan.Bagi kaum adam,terukir di bibir mereka kesenyuman yang mencecah ke telinga apabila mendengar perkataan keramat ini.Di pihak yang lain pula yakni kaum hawa,perkataan ini membawa pada pengunaan otot muka yang berlebihan(muka masam).Sungguh fobia bagi hawa mendengarnya apatah lagi ianya tiba-tiba lahir dari bibir suaminya.Mengapa ini berlaku apakah puncanya?
Memang benar poligami ini adalah perkara yang diperuntukkan kepada si suami.Tidak ada dalam Islam membenarkan isteri mengahwini lebih dari seorang suami atau dikenali sebagai poliandari seperti yang diamalkan wanita beragama hindu.Mengapa Poliandari haram dalam Islam.Terlampau banyak kemudaratan dari kebaikan.Poliandari akan menyebabkan berlakunya kacau bilau dalam susun atur salasilah keluarga malah ianya merupakan diluar kemampuan isteri melayani suami lebih dari satu.Jika ada yang mahukan kesamaan rata untuk si isteri juga dibenarkan kahwin lebih dari satu,maka ia telah serong dari jalan Allah kerana tidak ada langsung nas dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis yang membenarkan poliandari ini.Apa pula yang membenarkan si suami berpoligami pula?Ini buktinya:
"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja , atau tawanan/tahanan(captive*) yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat Ta'ulu" (An-Nisa' ayat 3)
Ayat ini jelas menerangkan bahawa Allah tidak menghalang si suami berkahwin lebih dari satu tetapi ada syaratnya iaitu ADIL.diulangi ADIL.Akhlak Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya yang hebat dan digelar sebagai generasi al-quran sememangnya layak untuk mereka berpoligami kerana keadilan yang dipunyai mereka.Sedarkah kita poligami bukan suatu yang mudah dan perkara sambil lewa sahaja?Mari kita lihat mengapa Nabi dahulu berpoligami.Nabi mengahwini Siti Khadijah dan hanya monogami sehingga Siti Khadijah wafat.Kasih sayang Nabi pada isterinya ini sangat mendalam hingga kematian Siti Khadijah menyebabkan nabi sangat berduka cita.Kasih sayang inilah menolak nabi dari berpoligami pada saat itu.Lagipun ketika itu Islam masih baru dan tidak ramai sahabat nabi yang syahid di medan perang lalu meninggalkan balu-balu.Setelah Islam mula berkembang pesat dan banyak sahabat nabi syahid di medan perang,terbiarlah isteri-isteri para syahid ini tanpa tempat pergantungan.Maka dengan sebab untuk menjaga Islam dan tanda kasih sayang nabi pada umatnya lebih-lebih lagi kepada wanita nabi berkahwin lebih empat orang ketika itu.
Kerana takutkan perkahwinan nabi ini disalahtafsirkan oleh umat Islam ketika itu,turunlah ayat Al-Quran seperti diatas yang mengehadkan perkahwinan hingga 4 orang sahaja pada satu-satu masa.Apa yang nabi lakukan ada makna tesiratnya dan bukan kerana nafsu atau untuk menunjuk-nunjuk.Nabi sangat berlaku adil kepada isteri-isterinya.Sifat cemburu memang Allah jadikan buat manusia lebih-lebih lagi si isteri.Mana tidaknya isteri-isteri nabi sendiri mencemburui antara satu sama lain.Aishah r.a sentiasa mencemburui Siti Khadijah kerana Nabi sangat menyayanginya berbanding yang lain.Tetapi kasih sayang nabi adalah sama rata.Tiada yang lebih mahu pun kurang.Cuma ketika zaman Khadijah r.a lah nabi amat menyintainya.
Bagi adam pula,jangan pandangan di atas membuatkan kalian hanya tersenyum sahaja.Manusia boleh berubah.Lihat sahaja keadaan umat Islam sekarang jauh berbeza ketika zaman nabi dan sahabat dahulu.Zaman yang digelar zaman teknologi sekarang menyebabkan manusia semakin cetek akal fikirannya mengenai hal rumah tangga,keadilan dan percintaan.Benda yang dahulunya dipandang berat diremehkan ketika ini.Begitu juga sebaliknya.Jika dahulu keadilan ditekankan dalam proses berpoligami tetapi ketika ini keadilan sudah tidak diambil peduli.Ada sesetengah kita yang hanya memikirkan nafsu sahaja.Syarat untuk berpoligami seperti mana di dalam Al-Quran tadi adalah bersikap ADIL.Apa maksud ADIL dalam konteks ini?
Bagi muslimah di luar sana,kalian perlu mensyukuri juga nikmat poligami yang dihalalkan oleh Allah buat hamba-hambaNya.Kenapa?Ianya amat menjaga keturunan dan keperibadian seseorang itu.Dengan adanya poligami, tidaklah berlakunya zina seperti mana yang berlaku sekarang.Jika berlaku pun bukan kerana poligami tetapi kerana nafsu masing-masing yang lupakan agama mereka dan lupakan tentang perkahwinan.Di barat serta golongan islam yang berfikiran barat,mereka menentang konsep berpoligami.Bagi mereka,berpoligami hanya dilihat di sudut yang negatif.Hinggakan tiada yang positif yang dilihat oleh golongan ini.Bagi mereka menyimpan perempuan simpanan,berzina dengan mereka dan melahirkan anak haram lebih mulia dari beristeri melebihi satu.Inilah keadilan yang diterapkan oleh nafsu manusia semata-mata yang menjadi ikutan budaya barat dan golongan islam yang kiri.
Islam tidak memaksa lelaki berpoligami, tetapi mengizinkannya sebagai keharusan yang dapat menyelesaikan banyak masalah. Namun pemikiran barat telah menghantui sebahagian pengulas poligami ini. Apabila ada kes ketidakadilan yang dilakukan oleh sebahagian pengamal poligami maka system itu disalahkan. Adalah tidak pelik untuk mereka ini mengikut jejak langkah barat suatu hari nanti mengizinkan hubungan tanpa nikah atas alasan perkahwinan mengongkong wanita dan menzalimi mereka. Bila mereka melihat ada suami yang tidak adil maka perkahwinan akan dianggap menginayai wanita dan patut dicegah.
Allah SWT mengizinkan poligami dengan nas al-Quran dan praktikalnya oleh Nabi S.A.W dan para sahabah. Malangnya di kebelakangan ini ada kecenderungan golongan yang mendakwa muslim meminggirkan al-Sunnah dan ingin hanya berhujah dengan al-Quran dengan tafsiran secara ‘sendiri berhad’ tanpa melihat apa yang menjadi tuntutan untuk seseorang menafsirkan kitab Allah. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.
Kesimpulannya,dapat saya berikan adalah Islam itu sendiri telah lengkap.Jangan salahkan hukum syariat yang telah ada di dalam Islam itu.Ianya sudah lengkap.Cuma umatnya itu perlu mempraktikan mengikut nas Al-Quran dan As-Sunnah.Buruk baik sesuatu umat itu adalah bergantung pada keimanan dan akhlak umat berkenaan.Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib umat itu jika umat itu tidak mengubah nasib mereka sendiri.Bagi si suami,fikir fikirkan,adakah anda berlaku adil kepada isteri dan anak anak anda kelak?Adakah anda mengikut akhlak Rasulullah atau akhlak nafsu anda semata-mata.Bagi isteri muslimah di luar sana,apa yang Allah tetapkan untuk kebaikan kalian bersama.Allah berlaku adil terhadapmu sebab itu Allah meletakkan KEADILAN sebagai syarat utama untuk berpoligami.Seperti perumpamaan bayi yang disuntik oleh doktor di atas tadi,moga muslimah di luar sana bersedia jika menghadaoi situasi ini jika ianya menimpa kalian.Oleh itu carilah pasangan atau bakal suami yang terbaik buatmu.Yang ada agama dan akhlaknya dan bukan hanya kerana paras rupa. Jika kalian pandai benar menjaga hati suami mu dan melahirkan ramai anak buat si suami,maka makin sayanglah si suami pada kalian.Jadilah isteri solehah idaman suami yang soleh.Pendapat personal saya adalah sayang menyokong poligami semasa zaman Rasulullah dan Sahabatnya dan bagi situasi sekarang,perlu lelaki mentarbiyahkan diri mereka untuk menilai diri mereka adakah mereka ini layak berpoligami atau tidak.Jika tidak marilah kita menyayangi seorang isteri kita sahaja.Carilah bakal isterimu yang terbaik buatmu agar tidak mencari yang lain.Tteapi jika kamu mampu lebih dari seorang,bergantung pada kemahuan mu untuk berpoligami.Islam tidak melarang dan risikonya kamulah yang tanggung.Ingatlah konsep ADIL dan berumahtangga.Bukan poligami sahaja yang perlu adil tetapi monogomi juga perlu keadilannya.Kasih sayang pada anak-anak juga perlu ada keadilannya.Moga perbincangan ini memberi sedikit pemahaman kepada sahabat sekalian mengenai apa itu poligami dan isu semasa berkaitan dengannya.Mana yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu jua datang dariNya cuma bersandarkan dari kelemahan diri saya ini.Maaf jika ada yang menyinggung perasaan kalian.Jazakallah dari saya...
Nukilan pandangan peribadi oleh,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari....

Tetapi mari kita lihat situasi umat sekarang.Janganlah pula kita hanya salahkan wanita yang tidak setuju si suami berpoligami.Wanita ini kadang-kadang berfikiran jauh.Mereka lebih tahu efek kepadanya jika si suami berpoligami.Bagi mereka suami sukar untuk berlaku adil ataupun kasih sayang suami pada mereka berkurangan.Mungkin itu pendapat mereka.Kita sebagai adam tidak boleh sanggah mereka membuta tuli.Inilah tugas kita untuk membimbing mereka ke arah Islam yang sebenar.Cuba kita bayangkan situasi ini:Bayi baru dilahirkan oleh si ibu disuntik oleh Doktor.Si bayi menangis meraung menangis kesakitan yang ditanggung olehnya akibat suntikan itu.Si ibu yang penat lelah melahirkan si bayi pasti kasihkan melihat anaknya itu meraung kesakitan.Sudah tentu si ibu memarahi doktor kerana memperlakukan anaknya seperti itu.Bagi si ibu yang tidak mengetahui mengapa doktor bertindak seperti itu,sudah tentu dimarahi doktor itu.Tetapi yang sebenarnya adalah suntikan ang menyakitkan itu akan menyelamatkan si bayi itu pada masa hadapan.Tangisan yang dihasilkan oleh si bayi hanya sementara agar tidak ada tangisan susulan ketika mana dia sudah membesar.Tanpa suntikan itu mungkin penyakit berbahaya akan dihadapinya?Suntikan itu yang dahulunya perit diterima akan membawa perkara yang positif.Kesimpulannya adalah,mungkin bagi si isteri sangat sakit hatinya menerima takdir dia akan dimadukan.Tetapi kesannya pada masa hadapan tidak kita ketahui.Allah ada mengatakan bahawa jangan difikirkan yang baik tiada buruknya dan yang buruk tiada kebaikannya.Ada hikmah disebaliknya.Seperti mana firmanNya:
"Diperlukan ke atas kamu berperang,sedang berperang itu suatu yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu itu sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu,sedang ia melarat kepadamu.Dan Allah mengetahui tetapi kamu tiada mengetahuinya"
Surah Al-Baqarah ayat 216
Surah Al-Baqarah ayat 216
Bagi adam pula,jangan pandangan di atas membuatkan kalian hanya tersenyum sahaja.Manusia boleh berubah.Lihat sahaja keadaan umat Islam sekarang jauh berbeza ketika zaman nabi dan sahabat dahulu.Zaman yang digelar zaman teknologi sekarang menyebabkan manusia semakin cetek akal fikirannya mengenai hal rumah tangga,keadilan dan percintaan.Benda yang dahulunya dipandang berat diremehkan ketika ini.Begitu juga sebaliknya.Jika dahulu keadilan ditekankan dalam proses berpoligami tetapi ketika ini keadilan sudah tidak diambil peduli.Ada sesetengah kita yang hanya memikirkan nafsu sahaja.Syarat untuk berpoligami seperti mana di dalam Al-Quran tadi adalah bersikap ADIL.Apa maksud ADIL dalam konteks ini?
- Perkahwinan (kedua) hanya patut atau perlu atas faktor kemandulan, keuzuran jasmani, sengaja ingkar mematuhi perintah hak persetubuhan atau gila di pihak isteri.
- Pemohon berkemampuan menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk yang bakal ditanggung.
- Pemohon berupaya memberi layanan adil kepada semua isteri.
- Perkahwinan tidak menyebabkan ‘darar Syarie’ atau bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal, maruah dan harta benda mengikut kebiasaan yang diakui hukum syarak; dan
- Kuasa mahkamah mengkehendaki seseorang membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
Bagi muslimah di luar sana,kalian perlu mensyukuri juga nikmat poligami yang dihalalkan oleh Allah buat hamba-hambaNya.Kenapa?Ianya amat menjaga keturunan dan keperibadian seseorang itu.Dengan adanya poligami, tidaklah berlakunya zina seperti mana yang berlaku sekarang.Jika berlaku pun bukan kerana poligami tetapi kerana nafsu masing-masing yang lupakan agama mereka dan lupakan tentang perkahwinan.Di barat serta golongan islam yang berfikiran barat,mereka menentang konsep berpoligami.Bagi mereka,berpoligami hanya dilihat di sudut yang negatif.Hinggakan tiada yang positif yang dilihat oleh golongan ini.Bagi mereka menyimpan perempuan simpanan,berzina dengan mereka dan melahirkan anak haram lebih mulia dari beristeri melebihi satu.Inilah keadilan yang diterapkan oleh nafsu manusia semata-mata yang menjadi ikutan budaya barat dan golongan islam yang kiri.
Islam tidak memaksa lelaki berpoligami, tetapi mengizinkannya sebagai keharusan yang dapat menyelesaikan banyak masalah. Namun pemikiran barat telah menghantui sebahagian pengulas poligami ini. Apabila ada kes ketidakadilan yang dilakukan oleh sebahagian pengamal poligami maka system itu disalahkan. Adalah tidak pelik untuk mereka ini mengikut jejak langkah barat suatu hari nanti mengizinkan hubungan tanpa nikah atas alasan perkahwinan mengongkong wanita dan menzalimi mereka. Bila mereka melihat ada suami yang tidak adil maka perkahwinan akan dianggap menginayai wanita dan patut dicegah.
Allah SWT mengizinkan poligami dengan nas al-Quran dan praktikalnya oleh Nabi S.A.W dan para sahabah. Malangnya di kebelakangan ini ada kecenderungan golongan yang mendakwa muslim meminggirkan al-Sunnah dan ingin hanya berhujah dengan al-Quran dengan tafsiran secara ‘sendiri berhad’ tanpa melihat apa yang menjadi tuntutan untuk seseorang menafsirkan kitab Allah. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.
Kesimpulannya,dapat saya berikan adalah Islam itu sendiri telah lengkap.Jangan salahkan hukum syariat yang telah ada di dalam Islam itu.Ianya sudah lengkap.Cuma umatnya itu perlu mempraktikan mengikut nas Al-Quran dan As-Sunnah.Buruk baik sesuatu umat itu adalah bergantung pada keimanan dan akhlak umat berkenaan.Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib umat itu jika umat itu tidak mengubah nasib mereka sendiri.Bagi si suami,fikir fikirkan,adakah anda berlaku adil kepada isteri dan anak anak anda kelak?Adakah anda mengikut akhlak Rasulullah atau akhlak nafsu anda semata-mata.Bagi isteri muslimah di luar sana,apa yang Allah tetapkan untuk kebaikan kalian bersama.Allah berlaku adil terhadapmu sebab itu Allah meletakkan KEADILAN sebagai syarat utama untuk berpoligami.Seperti perumpamaan bayi yang disuntik oleh doktor di atas tadi,moga muslimah di luar sana bersedia jika menghadaoi situasi ini jika ianya menimpa kalian.Oleh itu carilah pasangan atau bakal suami yang terbaik buatmu.Yang ada agama dan akhlaknya dan bukan hanya kerana paras rupa. Jika kalian pandai benar menjaga hati suami mu dan melahirkan ramai anak buat si suami,maka makin sayanglah si suami pada kalian.Jadilah isteri solehah idaman suami yang soleh.Pendapat personal saya adalah sayang menyokong poligami semasa zaman Rasulullah dan Sahabatnya dan bagi situasi sekarang,perlu lelaki mentarbiyahkan diri mereka untuk menilai diri mereka adakah mereka ini layak berpoligami atau tidak.Jika tidak marilah kita menyayangi seorang isteri kita sahaja.Carilah bakal isterimu yang terbaik buatmu agar tidak mencari yang lain.Tteapi jika kamu mampu lebih dari seorang,bergantung pada kemahuan mu untuk berpoligami.Islam tidak melarang dan risikonya kamulah yang tanggung.Ingatlah konsep ADIL dan berumahtangga.Bukan poligami sahaja yang perlu adil tetapi monogomi juga perlu keadilannya.Kasih sayang pada anak-anak juga perlu ada keadilannya.Moga perbincangan ini memberi sedikit pemahaman kepada sahabat sekalian mengenai apa itu poligami dan isu semasa berkaitan dengannya.Mana yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu jua datang dariNya cuma bersandarkan dari kelemahan diri saya ini.Maaf jika ada yang menyinggung perasaan kalian.Jazakallah dari saya...
Nukilan pandangan peribadi oleh,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari....
0 Kesan Parut:
Catat Ulasan