Sebaik-baik perhiasan bagi seorang lelaki di dunia adalah wanita solehah.Wanita solehah lah yang akan melahirkan anak yang soleh dan solehah.Dari rahim wanita solehah inilah akan lahirnya seorang pemimpin umat,lahirnya seorang doktor,lahirnya seorang jurutera,lahirnya seorang Ulama,lahirnya seorang pejuang Allah dan lahirnya seorang pemimpin keluarga yang hebat untuk generasi mendatang.Allah SWT menjadikan Hawa itu dari tulang rusuk Adam.Tulang Rusuk yang bengkok itulah akan diluruskan oleh Adam dengan bimbingan dan nasihat dengan harapan menjadi wanita dan isteri yang taat pada perintah agama dan suaminnya.
Sesungguhnya,mencari wanita yang solehah itu adalah amat perlu bagi setiap pemuda yang beragama Islam.Tetapi dimanakah kita mahu mencari kategori wanita muslimah seperti ini? Apakah syarat-syarat yang layak untuk digelar wanita solehah?Benarkah lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik?
Untuk persoalan yang pertama,dimana.Memang sukar untuk mencari atau mengetahui samada seseorang itu solehah atau tidak.Baka yang baik kana melahirkan generasi yang baik.Setiap bayi yang lahir ke dunia bak kan kain putih.Yang mencorakkan adalah ibubapanya.Anak perempuan yang solehah akan dilahirkan dari sebuah ibu bapa dan keluarga yang Islamik.Segala tindak tanduk sang ibu dan ayah akan mempengaruhi tumbesaran anak-anaknya.Al kisahnya saya ada seorang kawan yang berumur 2 tahun lebih muda dari saya.Seorang wanita yang boleh dikategorikan Solehah.Kisah pertemuan antara ibu sahabat saya itu dengan Allahyarham ayahnya dahulu menggambarkan tingkah laku ibu bapanya mempengaruhi baka yang telah dilahirkan ke dunia.Ayahnya adalah seorang Tabligh yang menjaga agamanya manakala ibunya adalah seorang yang baik orangnya.Pertemuan mereka adalah atas dasar Islam.Si ayah meminang ibunya ketika dahulu ibunya sudah ada kekasih.Tetapi ibunya menerima jua pinangan ayahnya kerana takdir telah menentukan bahawa akan ada pewaris wanita solehah akan dilahirkan oleh si ibu kelak.Maka lahirlah sahabat saya ini yang amat saya kagumi akhlaknya dan perjuangannya dalam Islam.Nah,sekarang terdapat satu bukti dari seribu bukti yang menunjukkan lelaki yang baik untuk wanita yang baik seperti yang terdapat dalam surah An-Nur ayat 26:
Maka yakinlah pada firman Allah ini.Jika kita mahu mencari pasangan yang solehah,solehkan diri kita dahulu.Jika kita mahu mencari yang soleh,solehahkan diri kita dahulu.
Buat kaum adam,apakah ciri-ciri wanita solehah?Ada yang mengatakan 2 syarat utama dan yang pula menyatakan 4.Saya akan jelaskan yang 4:
- Taat pada perintah agama-yakni tidak syirikkan Allah,patuh pada RasulNya.
- Sempurna rukun Islamnya-Yakni melakukan segala suruhanNya seperti mana yang terdapat dalam rukun Islam yang lima.
- Taat dan patuh pada suami selagi tidak melanggar batas agama jika sudah berkahwin ataupun taat pada kedua ibubapanya bagi mereka yang belum berkahwin.
- Menutup aurat serta menjada adab tingkah lakunya.
Adakah wanita diluar sana sudah memenuhi 4 ciri-ciri wanita solehah ini?Jika belum,ayuh bangkitlah diri kalian untuk memenuhi 4 ciri tersebut agar berpeluang untuk dijodohkan oleh Allah SWT dengan pemuda yang mempunyai iman di dadanya.Berkenaan dengar benarkah wanita yang solehah hanya dijodohkan dengan lelaki yang soleh dan sebaliknya.Jika mengikut ayat 26 surah An Nur sudah tentu ianya benar.Ada sahabat yang bertanya,"Bagaimana pula jika ada wanita yang baik mengahwini lelaki yang kurang solehnya?".Dalam hal ini,semua yang ditakdirkan Allah ada hikmahNya.Jangan memandang sesuatu yang buruk tiada baiknya dan jangan pula leka mengatakan yang baik tiada yang buruknya.Allah menjodohkan wanita ini dengan lelaki yang kurang solehnya agar wanita itu menjadi pelengkap dan pebimbing serta guide kepada kehidupan lelaki ini.Sesetengah lelaki keras hatinya sesama kaumnya tetapi ada yang lembut hatinya pada kaum hawa.Dan mungkin ia merupakan dugaan dan ujian Allah kepada wanita tersebut tanda sayangnya Allah kepada muslimah ini.Jika seorang lelaki dijodohkan dengan wanita yang kurang kesolehahannya,maka wajarlah lelaki yang menjdi ketua dalam keluarganya meluruskan tulang rusuk isterinya yang bengkok itu.Dari si isteri tidak solat dan bertudung,wajiblah dia membimbing si isteri ke arah yang baik agar tidak menjadi lelaki yang dayus kerana lelaki yang dayus tidak layak masuk ke syurga Allah SWT.
Alhamdulillah moga sedikit sebannyak penerangan oleh saya dalam bab ini dapat meleraikan kekusutan mahupun persoalan mengenai pasangan yang bakal kita dapati kelak.Berdoalah kepadaNya dan berubahlah diri ini menjadi yang soleh mahupun yang solehah.Moga generasi yang bakal kita lahirkan kelak akan bersama-sama Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s menegakkan Islam di akhir zaman kelak.Maaf jika terdapat kesalahan bahasa mahupun fakta.Sila beri pandangan kalian tentang bab ini.Jazakallah...
Nurkilan tangan,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...
Alhamdulillah moga sedikit sebannyak penerangan oleh saya dalam bab ini dapat meleraikan kekusutan mahupun persoalan mengenai pasangan yang bakal kita dapati kelak.Berdoalah kepadaNya dan berubahlah diri ini menjadi yang soleh mahupun yang solehah.Moga generasi yang bakal kita lahirkan kelak akan bersama-sama Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s menegakkan Islam di akhir zaman kelak.Maaf jika terdapat kesalahan bahasa mahupun fakta.Sila beri pandangan kalian tentang bab ini.Jazakallah...
Nurkilan tangan,
Mohamad Khairil Faiz bin Sapari...
1 Kesan Parut:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah. Artikel yang bagus untuk lelaki dan perempuan. Pelbagai generasi pada hari ini, masih lemah dalam istiqamah atau melahirkan jiwa atau fitrah yang jundiy.Ramai yang tidak yakin bahawa kata-kata Allah itu benar cuma kita perlu yakin dan istiqamah dengannya. Cuma pada zaman sekarang, ramai yang istiqamah tetapi akhirnya kecundang jua. Dimana silapnya? Harap, lelaki yang melihat lelaki berubah jalan tu...ajaklah dia ke jalan Allah. Sama juga dengan perempuan. Jangan putus asa. Kalau Rasulullah tarbiyyah 23 tahun, bagaimana kita pula. wallahualam.
Catat Ulasan